MEMBANTU GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK

selamat hari raya

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya) – Al Baqarah, Ayat 215.

Pertubuhan Kesejahteraan Ummah telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2008. Objektif utamanya ialah:

“Membantu dan melengkapkan usaha kerajaan untuk meningkatkan usaha kesejahteraan ummah negeri Melaka dari segi:

1. Memantapkan kualiti dan taraf hidup ummah.

2. Menolong mereka yang kurang bernasib baik seperti OKU, ibu tunggal, fakir miskin, anak yatim/piatu dan warga emas.

3. Memperkasa kompetensi dan kualiti modal insan ummah.

4. Memajukan tahap ekonomi ummah.

5. Mengukuhkan perpaduan ummah.”

Acara pertamanya pada tahun lalu ialah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Golongan Yang Kurang Bernasib Baik di bulan Ramadhan. Seramai 190 orang telah diberi bantuan. Mereka termasuklah fakir miskin, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, pesakit kronik dan OKU.

Pada masa yang sama, aktiviti untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan ummah terus dijalankan sehinggalah sekarang. Ia meliputi memberi sumbangan kepada golongan seperti yang disebutkan itu dan juga bagi tujuan pembangunan modal insan serta menjana ekonomi.

Pertubuhan ini juga bertindak sebagai jambatan yang menghubungkan antara golongan yang kurang bernasib baik dengan agensi-agensi yang diberi tanggung jawab untuk membantu golongan yang sama seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, MAIM, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka, Unit Pembangunan Desa (Jabatan Ketua Menteri), hospital dan PROKHAS (Kementerian Kewangan).

Dalam tempoh setahun yang lalu, kira-kira 380 orang telah dibantu untuk mendapatkan bantuan berkenaan seperti bantuan kewangan / makan bulanan, rumah PPRT, pembaikan rumah, persekolahan dan alat penglihitan / pandangan dengar.

Di bulan Ramadhan tahun ini, Pertubuhan telah membantu seramai 400 orang yang kurang bernasib baik di DUN Serkam, Merlimau, Sg. Rambai, Teluk Emas, Bemban, Bukit Baru dan Ayer Kroh. Sumbangan adalah dalam bentuk wang tunai dan beras. Diharap bantuan ini dapat mengurangkan beban dan menceriakan lagi kehidupan mereka menjelang hari raya nanti.

Pendekatan yang digunakan kali ini adalah berbeza dengan pendekatan tahun lepas di mana mereka telah dijemput ke satu majlis yang diaturkan bagi tujuan tersebut.

Pada tahun ini, saya bersama isteri telah turun padang dan berkunjung dari rumah ke rumah untuk menyampaikan sumbangan, selaras dengan pendekatan rakyat didahulukan. Ia bermula dari minggu pertama hingga minggu terakhir bulan Ramadhan.

Akbar bersama-sama penerima sumbangan yang terdiri dari warga emas, ibu tunggal dan pesakit angin ahmar (stroke), Tedong.

Saya bersama-sama penerima sumbangan yang terdiri dari warga emas, ibu tunggal dan pesakit angin ahmar (stroke), Tedong.

menyampaikan sumbangan kepada anak yatim piatu, anak Addilla, Tedong.

Saya menyampaikan sumbangan kepada anak yatim piatu, anak Addilla, Tedong.

menyampaikan sumbangan kepada YBhg. Datuk Idris yang menjaga 70 orang anak yatim dan anak-anak menghadapi masaalah di Teluk Mas.

Saya menyampaikan sumbangan kepada YBhg. Datuk Idris yang menjaga 70 orang anak yatim dan anak-anak menghadapi masaalah di Teluk Mas.

menyampaikan sumbangan kepada anak yatim di Rumah Tunas Harapan, Bemban (14 orang). Penjaga Rumah ini ialah Pn. Azizah (OKU).

Saya menyampaikan sumbangan kepada anak yatim di Rumah Tunas Harapan, Bemban (14 orang). Penjaga Rumah ini ialah Pn. Azizah (OKU).

Datin Kalsom mencium emak Lijah yang mengalami parkinson, Merlimau

Isteri saya mencium emak Lijah yang mengalami parkinson, Merlimau

menyampaikan sumbangan kepada Hishamudin Hamzah (OKU), Seri Minyak.

Saya menyampaikan sumbangan kepada Hishamudin Hamzah (OKU), Seri Minyak.

Pendekatan tersebut mempunyai dua kekuatan. Pertama, ia tidak menyusahkan penerima bantuan, terutama mereka yang sakit dan mereka yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke tempat di mana majlis diadakan.

Kedua, ia menjimatkan perbelanjaan. Wang untuk menganjurkan majils tersebut boleh diberikan kepada golongan berkenaan.

Suatu yang amat mengembirakan saya ialah, berkat usaha turun padang ini, saya telah bernasib baik berjumpa dengan 3 orang kawan sedarjah (1961); berjumpa semula setelah 48 tahun berpisah kerana melalui perjalanan hidup masing-masing. Mereka ialah Pn. Hazah, En. Idris dan Pn. Norliah.

Pada masa yang sama, buat pertama kalinya saya tahu dan bertemu dengan Mak Cik Miri Mohd (85 tahun), Tedong Pantai, penjaga / pengasuh saya dan arwah abang saya di masa kecil dahulu. Kegembiraan kami berdua beranak ini tidak dapat digambarkan dengan sebarang kata-kata [gambar di bawah – sedang cium tangan. Turut serta En. Nazarudin, Ketua UMNO Cawangan Tedong Pantai, duduk kanan; En. Yusuf, Naib Ketua UMNO Cawangan Tedong Pantai, berdiri kanan & Sidang Hidir, berdiri kiri].

6

gambar bawah – Sumbangan telah disampaikan kepada Pn. Hazah Husin, Pulai bagi salah seorang penerima yang tidak dapat hadir. Turut sama Cik Gu Anwar, Ketua UMNO cawangan Serkam Darat (no. 2 dari kiri) dan Cik Gu Seman Derus, Ketua UMNO Cawangan Pulai ( kanan sekali ).

1

gambar bawah – Sumbangan telah disampaikan kepada En. Idris Md. Said, di rumahnya di Taman Pahlawan. Beliau telah mengalami lumpuh sejak tahun 1978 akibat kemalangan jalan raya semasa berkhidmat sebagai tentera. Turut sama En. Dolah Taib, Ketua UMNO Cawangan Pulai Barat.

2

gambar bawah – Saya menyampaikan sumbangan kepada Pn. Norliah Hamid (balu), Tedong Pantai. Turut hadir anak Pn. Norliah (kanan sekali).

3

Di samping itu, inisiatif turun padang ini telah memberi peluang kepada saya untuk turut membantu mereka yag terlepas daripada safety net, seperti anak yatim piatu ini, Siti Fatimah Barzah dan dua lagi adik beradiknya (gambar bawah – duduk no. 3 dari kiri), serta warga emas Abang Ahmat Puteh (75 tahun) [duduk kiri sekali]. Saya telah mengusahakan bantuan dari Jabatan Kebajikan untuk mereka dan bantuan dari Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka untuk adik Siti Fatimah -

7

Di kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan kepada Pertubuhan kami bagi tujuan ini.

Semoga sumbangan mereka itu diberkati Allah swt dengan menambahkan lagi rezeki mereka dan sentiasa pula  di bawah perlindunganNya.

Harapan saya ialah agar Allaw swt memberikan saya kesihatan dan kekuatan serta rezeki untuk meneruskan kerja amal ini.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA YANG BERAGAMA ISLAM.

Turun angin perahu berlabuh,

Di malam gelap menangkap ikan,

Saya menyusun jari sepuluh,

Salah dan silap pohon maafkan.

Terima kasih.

  1. #1 by hafiz on September 18, 2009 - 4:52 pm

    Tahniah Datuk atas usaha yang dijalankan, teruskan berbakti….Bukan hanya Ahli Dewan Rakyat yang kena turun padang, Ahli Dewan Negara juga perlu sama, insyallah kalau ada rezeki datuk, dapat dicalonkan ke Dewan Rakyat atau ADUN

    • #2 by darahtuah on September 25, 2009 - 10:43 am

      Sdr. Hafiz,

      T/kasih di atas doa dan harapan ikhlas itu.

      Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

      Darahtuah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: