MALAYSIA TERCINTA – SELAMAT MERAIKAN KEMERDEKAAN NEGARA KITA

Sempena hari kemerdekaan Negara kita yang ke-53, saya abadikan gambar dua pejuang yang dilupakan:

Warga emas datuk Deni Ibrahim, tinggal di Kg. Berangan Enam, Umbai, Melaka. Beliau berumur 103 tahun. Seorang yang gagah berjuang di zaman Jepun dan semasa menuntut kemerdekaan daripada British; luka perkara biasa; malah hampir terkorban nyawa. Membuat bermacam kerja, termasuk sebagai nelayan, mandur estet dan anggota Home Guard.

Warga emas, pak cik Hj. Baba Ismail, Pekan Serkam, Melaka, berusia 86 tahun. Beliau sama-sama berjuang menuntut kemerdekaan sejak tinggal di Singapura dengan menjadi ahli UMNO Singapura Bandar pada awal tahun1950an. Sama-sama menghantar YTM Tunku dan rombongan beliau berangkat dari Singapura ke London pada tahun 1957 untuk merundingkan kemerdekaan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

Mereka berdua dengan penuh semangat menceritakan perjuangan masing-masing kepada saya semasa saya berkunjung untuk menyampaikan sedikit sumbangan (wang tunai dan makanan) sempena bulan Ramadhan al Mubarak dan Hari Raya Aidil Fitri.

Berapalah banyak pengorbanan dan sumbangan saya kepada Negara berbanding dengan mereka? Hasil pengorbanan / sumbangan warga seperti merekalah maka kita semua telah dapat mengecapi nikmat kemerdekaan sehingga ke hari ini.
Jutaan terima kasih kepada datuk Deni dan pak cik Baba serta semua pejuang yang lain.

Dari Bentung pergi ke Rengit,
Tanjung Tuan airnya tenang,
Langit tergantung bumi tersenget,
Pengorbanan tuan tetapa dikenang.

  1. #1 by Kenn on August 31, 2010 - 6:54 am

    Pejuang berjasa kita abadikan. Kita cuba mengikut langkah mereka walaupun bidang mungkin berlainan.

    Kita sama-sama memperjuangkan kemerdekaan sistem pendidikan negara ini dari elemen-elemen anti-nasional, demi anak bangsa.

    MERDEKA!

  2. #2 by Kenn on September 1, 2010 - 2:33 pm

    NEM’s Lethal Dose – The More Derserving Is Getting Less !

    Let’s support the call for a REVOLUTION by Kijang Mas – Demi Negara!

  3. #3 by sputjam on September 1, 2010 - 3:06 pm

    Dan apakah pulangan mereka setelah berjuang untuk kemerdekaan? Terpaksa diberi sedekah setahun sekali. Amat malang sekali.
    Kalau bertugas untuk askar british, dapat juga wang pencen/social benefit/National health servis yang percuma kalau bermastautin di britain.
    Bukankah ini menunjokkan kegagalan pemerintahan dibawah BN? Dimana rakyat terpaksa menagggung orang yang kaya raya, dan yang miskin dan middle class tidak dipedulikan.
    Adakah ini kemerdekaan yang mereka memperjuangkan?

  4. #4 by Mayday on September 3, 2010 - 7:54 am

    Semoga mendapat keberkatan yang Esa- Allah SWT. Selamat berpuasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: