ISU HUTANG NEGARA

TBS BTS

1. Pada mulanya saya mahu melaburkan masa saya untuk menjawab tomahan / teguran Ust Ahnaf terhadap dua artikel TBS BTS saya yang lalu. Saya lihat beliau sudah semakin seperti Nik Aziz; berani memfitnah dan mengeluarkan fatwa songsang. Tetapi saya menangguhkan hasrat saya itu dan ingin menumpukan kepada topik di atas.

2. Walau bagaimanapun, saya masih mahu memberi peluang kepada beliau untuk membuktikan satu persatu bahawa (a) saya membuat fitnah dan (b) pihak-pihak yang cuba dipertahankannya itu adalah benar dengan berlandaskan fakta yang sahih dan berimbang (bukan, misalnya, hanya menyebut kos tanpa angka dan tidak langsung menyebut pendapatan).

3. Jika Ust Ahnaf gagal berbuat demikian dalam masa 7 hari dari tarikh artikel ini disiarkan maka kesimpulan yang boleh dibuat ialah: (a) Ust Ahnaf lah yang sesungguhnya memfitnah saya, (b) dia cuba menegakkan benang basah, (c) dia cuba mempertahankan pihak yang bersalah, (d) Ust Ahnaf sebenarnya adalah orang upahan dan (e) isu ini ditutup.

4. Secara baik, pihak UKAS dan SPAD telah juga dimaklumkan tentang dua artikel ini; namun bukan saja mereka tak respon demi nama baik kerajaan malah sms sayapun tak dijawab sedangkan YB Dk Rahim, Timbalan Menteri Pengangkutan sedia menjawab sms saya itu.

5. Begitulah tahap kesombongan pegawai-pegawai berkenaan. Maka janganlah salahkan rakyat apabila mereka membenci pegawai kerajaan secara menyeluruh. Yang mendapat bahananya ialah kerajaan. That much about GTP, DSN!!!

Hutang Negara

6. Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.

Ringkasan

7. Kerajaan Malaysia (BN) berhutang kerana hendak membangunkan negara bagi faedah rakyat; bukan untuk joli. Hutang Kerajan Persekutuan kecil sahaja (7.7%) dari jumlah hutang atau 2% daripada KDNK. Hutang yang besar ialah oleh sektor swasta. Kerajaan mampu bayar – pada kadar 2 sen daripada setiap RM10 dari hasil eksport (0.2%).

8.      Defisit Fiskal (Perbelanjaan melebihi hasil) -       % KDNK (GDP)

Malaysia    -                                                                                  5.6% (Terendah)
UK                -                                                                                   12.8%
Greek          -                                                                                    12%
Ireland       -                                                                                    11.7%
Sepanyol   -                                                                                    9.3%
Portugal    -                                                                                    7.3%.

9.      Hutang Negara                                                  % KDNK (GDP)  

Malaysia    -                                                                         34% (Terendah)
Sepanyol   -                                                                         60%
Portugal    -                                                                          82%
USA             -                                                                          90%
Singapura -                                                                          98%
UK -                                                                                        158%
Greek -                                                                                 160%
Jepun -                                                                                200%

10.   Hutang Negara Per Kapita

Malaysia   - RM7,918 (US$2,514)/seorang – Terendah
USA            - US$31,000/seorang
Belanda, Switzerland dan Denmark - US$25,000/seorang
Luxemburg, Sweden dan Kanada     - US$17,000/seorang
Australia - US$11,400/seorang

5 Untuk memakmurkan rakyat, termasuk mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Kita semua perlulah sokong usaha beliau itu.

Penjelasan Lanjut

6. Hutang Negara terbahagi kepada 3 komponen:

Jenis      2009 (Bilion)                               2010 (Bilion)

6.1 Hutang Sektor Awam:

a) Hutang Kerajaan Pusat =   RM13.8 (16.2%)                         RM17.1 (20.0%)
b) PABK*                                 =   RM71.6 (83.8%)                         RM68.3 (80.0%)
c) Jumlah                                =   RM85.4                                          RM85.4

• Perusahaan Awam Bukan Kerajaan (seperti TNB dan Telekom)

6.2 Sektor Swasta                   = RM 70.0                                        RM 64.2
6.3 Hutang Jangka Pendek = RM 77.8                                         RM 72.1
6.4 Jumlah                                = RM233.1                                        RM221.7

7. Hutang-hutang di atas dibayar oleh pihak-pihak yang berkenaan; bukanlah dibayar oleh rakyat (seperti kita bayar hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya) sekalipun pihak-pihak tersebut tak mampu membayarnya. Rakyat bukan penjamin.

8. Hutang Kerajaan Pusat (HKP) yang sebenar adalah KECIL sahaja iaitu hanyalah RM17.1 Bilion (2010) atau 17.1% daripada hutang Sektor Awam atau 7.7% daripada keseluruhan Hutang Negara ataupun hanyalah 2% daripada KDNK.

9. HKP – Dari segi Nisbah Khidmat Hutang Luar Negeri (bayaran balik hutang), hanyalah 1.2% (2009) dan turun kepada 0.2% pada tahun 2010; jauh di bawah threshold 20%. Maksudnya, dari segi konsep berhemah, as a rule of thumb, jika kita berhutang, bayaran balik seelok-eloknya janganlah melebihi RM20 sebulan kalau pendapatan kita adalah sebanyak RM100 sebulan.

10. HKP adalah bagi tujuan pembangunan / pelaburan seperti membina jalan, hospital, sekolah dan seumpamanya yang akan mendatangkan faedah kepada rakyat. Bermkna bukan bagi tujuan operasi / consumption seperti bayar gaji dan elaun yang tak ada pulangan. Rakyat tentulah mahukan jalan, hospital, sekolah, bekalan air dan api. Pembangkang tak mahu?

11. Kerajaan Pusat amat berhemah dalam membelanjakan wang rakyat – sentiasa ada lebihan dalam akaun semasanya (2009 = RM1.2 bilion; 2010 = RM10.0 bilion). Maksudnya hasil kerajaan (2010 – RM162.1 bilion) melebihi perbelanjaan mengurus (2010 – RM152.1 bilion) seperti gaji, elaun, pencen, api dan air.

12. Jika dicampurkan dengan perbelanjaan pembangunan, kedudukan kewangan/fiskal Kerajaan Pusat terhutang (defisit) sebanyak RM47.4 bilion (2009). YAB PM berjaya menurunkannya kepada RM43.3 bilion pada tahun 2010.

13. Dari segi ukuran standard dunia (IMF, World Bank), defisit fiskal Malaysia hanyalah 7% daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau GDP (2009) dan turun kepada 5.6% (2010); diunjurkan akan turun lagi kepada 5.4% (2011). Lebih rendah daripada UK (12.8%), Greek (12%), Ireland (11.7%), Sepanyol (9.3%) dan Portugal (7.3%).

14. Dari segi hutang negara, ukuran standard yang digunapakai adalah berapa % hutang itu dari KDNK. Hutang Negara Malaysia adalah terendah (34%) berbanding Sepanyol (60%), Portugal (82%), USA (90%), Singapura (98%), UK (158%), Greek (160%) dan Jepun (200%).

15. Hutang Negara Malaysia, jika dipuratakan setiap seorang = RM7,918 (US$2,514); jauh lebih rendah dari USA (US$31,000/seorang), Belanda, Switzerland dan Denmark (US$25,000/seorang); Luxemburg, Sweden dan Kanada (US$17,000/seorang) dan Australia (US$11,400).

16. Untuk memakmurkan lagi rakyat dan negara, termasuklah mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Melalui pendapatan yang tinggi ini, nilai KDNK akan melompat dan hasil cukai (pendapatan Kerajaan Pusat) akan bertambah. Maka hutang negara dapatlah dikurangkan lagi. Justeru kita semua perlulah menyokong usaha DSN itu bagi kebaikan kita juga.

About these ads

  1. #1 by Jibam on February 9, 2011 - 3:24 pm

    Kenapa hanya dikira hutang luar, hutang dalam negara tak kira ke? Lagipun yg kata Malaysia nak bangkrap adalah Menteri dari Kabinet kerajaan Barisan Nasional. Biasalah bila nak berdolak dalih makna hutang diputarbelitkan supaya hanya merangkumi hutang luar negara.

    nak tanya satu, kalau kerajaan kutip RM 10 dari cukai, adakah dia terpaksa nak membayar koupon dari Bon MGS dan GII? kalau kena bayar kan ianya hutang.

    • #2 by darahtuah on February 9, 2011 - 10:00 pm

      Jibam,

      Menjawab soalan tuan agak mudah tapi ia tak banyak menokok value added; yang akan banyak menyumbang valued added jika tuan dapat memberikan syor2 yg membina berkait dengan isu yg ditulis ini.

      T/kasih.

      Darahtuah.

  2. #3 by dinturtle on February 9, 2011 - 4:29 pm

    Salam Tuan, Terimakasih diatas info. Bahasa yang senang dan mudah difahami

    • #4 by darahtuah on February 9, 2011 - 10:01 pm

      dinturtle,

      T/kasih, tuan.

  3. #5 by razordous on February 24, 2011 - 7:09 pm

    Satu penerangan yang menarik dan ringkas. Adapun pihak yang tidak bertanggungjawab tergamak menipu rakyat dan memperbodohkan rakyat mengatakan kita terlampau banyak hutang. Mereka yang menuduh tanpa ilmu dan usul periksa adalah malang sama sekali. Jika hendak berbicara, kita kene berbicara dengan ilmiah dan bukan melulu menerima bulat2 apa orang kata. Tahniah saudara kerana membentangkan satu kajian yang bagus dan ringkas.

  4. #6 by darahtuah on February 25, 2011 - 2:22 am

    Ribuan terima kasih, razordous.

  5. #7 by razordous on March 4, 2011 - 9:48 am

    ok lah datuk….itu citer pasal Malaysia

    Melaka punya hutang pulak macam mana?

    dengar kabar duit parking kat Maybank tu sekejap aje! Asik keluar je? Ye ke?

  6. #8 by darahtuah on March 16, 2011 - 10:09 pm

    razordous,

    1. Satu soalan yang baik. Siapa pinjam dan bagi tujuan / kegunaan apa pinjaman dibuat wajar juga ditanya / dibderi tahu.

    2. Perbelanjaan mengurus – DAR telah berjaya menguruskannya dengan baik bagi tempoh 2000 – 2010; setiap tahun ada lebihan (surplus), kecuali pada tahun 2008 (defisit RM4.6 juta sahaja).

    3. Pinjaman / Hutang – pinjaman dibuat bagi tujuan pembangunan. Bermakna ada pulangan (boleh bayar balik) / untuk kebajikan rakyat; bukan untuk consumption expenditure.

    Pinjaman dibuat oleh (a) kerajaan negeri (b) PBT dan (c) Badan Berkanun spt PKNM dan SAMB.

    Contoh pinjaman dibuat – oleh Kerajaan Negeri utk rumah awam kos rendah, pengambilan tanah, lapangan terbang; SAMB bagi bekalan air; PKNM untuk pembangunan industri, MITC.

    Baki pinjaman pd akhir tahun: 2000 = RM461.7 juta; 2007 = RM1.1 bilion; 2010 = RM852.1 juta.

  7. #9 by sam on June 21, 2011 - 12:01 am

    nak komen sikit tentang point ke 7 kalau rujuk ke dalam buku tentang kewangan seperti interest and inflation free money oleh margrit kennedy dan the truth in money book oleh richard warner sebarang hutang oleh pabk akan diserap kepada pengguna . jika hutang tnb dan telekom maka pengguna merekalah yang terpaksa membayar melalui kenaikan caj bil mereka .

  8. #10 by sam on June 21, 2011 - 12:32 am

    sila rujuk data tentang hutang negara yang saya ambil dari unit perancang ekonomi . berapa besar jumlah hutang negara meningkat dari tahun 1988 hingga 2009 . siapakah yang terpaksa menanggung pembayaran hutang tersebut . andalah sebagai pengguna yang kena melangsaikan nya melalui kenaikan harga barang atau inflasi . inflasi adalah hidden tax yang dikenakan oleh kerajaan yang memerintah ke atas rakyat . sila rujuk buku interest and inflation free money oleh margrit kennedy dan the truth in money book oleh richard warner

    tahun jumlah hutang
    1988 – 49,424

    1989 – 45,414

    1990 – 45,903

    1991 – 50,969

    1992 – 55,951

    1993 – 69,181

    1994 – 73,635

    1995 – 85,009

    1997 – 97,851

    1998 – 170,757

    1999 – 169,956
    2000 – 161,065

    2001 – 173,419

    2002 – 185,660

    2003 – 186,736

    2004 – 200,586

    2005 – 197,698

    2006 – 184,505

    2007 – 187,445

    2008 – 236,311
    2009 – 233,012

    • #11 by akbar ali on June 30, 2011 - 12:09 am

      sam,

      Hutang yang meningkat itu hanyalah sebahagian daripada the whole equation ini. Sebahagian lagi ialah penggunaan/faedahnya, ROI, kemampuan bayaran balik, opportunity and real costs. Apa alternatif jika tidak meminjam? Apa outcome jika tidak buat apa2, misalnya, tak menambah penjanaan elektrik oleh TNB kerana sam tak mahu TNB meminjam sedangkan energy demand terus meningkat?

      Terima kasih.

    • #12 by Sempoi on October 11, 2011 - 1:44 pm

      Ini cuma jumlah hutang. Kena lihat jumlah pembayaran balik untuk melihat net balance. Terima kasih.

  9. #13 by faris on August 18, 2011 - 2:35 am

    Salam..
    nk tanye, ni sume sahih ke mklumat kt sini? sbb nk share, tkot trfitnah lak.. :) tq

  10. #14 by Anti Bersih on October 10, 2011 - 4:26 pm

    Salam…

    Info yg mantap…
    Mohon share…

    FB Anti Bersih

    • #15 by akbar ali on October 11, 2011 - 6:10 pm

      Sdr kalian,

      1. Data2 yg saya paparkan itu adalah dari sumber yg sahih; ia boleh dikongsi bersama.

      2. Agaknya, hidup yg ideal adalah tidak berhutang. Hakikatnya majoriti kita / negara berhutang.

      3. Kalau kekurangan wang tetapi keperluan bertambah, apa pilihan yg ada dan yg akan dipilih? Mungkin masing2 ada kaedah / prinsip sendiri.

      4. Yg penting, jika berhutang, ialah ianya (a) bagi tujuan pembangunan / menjana pulangan yg mapan (b) bukan tujuan consumption dan (c) mampu dibayar balik.

      5. Kita bernasib baik, berbanding sesetengah negara, pemimpin kerajaan BN berhemah / prudent dlm menguruskan wang negara: (a) berhutang utk pembangunan spt infra, sekolah, hospital dll (b) defisit fiskal terus dpt dikurangkan (para 13 di atas); 2012 – diturunkan lagi ke 4.7% drp GDP (c) debt service ratio (2010) rendah; hanyalah 7.4% (d) rizab RM414.5 bilion (15 Sept 2011) – mampu bayar impot tertangguh selama 9.5 bulan dan ianya 4.5 kali ganda drp hutang luar jangka.

      6. DSN komited utk transformasikan negara utk kesejahteraan hidup yg lebih baik melalui GTP, ETP, NKEA, NKRA dll. Semua ini tak perfect tp eloklah kita sama2 membantu untuk menjadikannya lebih baik lagi bagi kebaikan KITA jua.

      7. Kita dituntut supaya kritikal dan positif / konstruktif. Apa faedahnya kita sentiasa cynical dan negatif / destruktif?

  11. #16 by antiDAP on October 11, 2011 - 6:09 pm

    Bila masuk PAS dapat title Ustaz…

    inilah akhirnya….
    uztaz akhir zaman…
    uztaz yang suka tabur fitnah…
    tapi bila orang yang bangkang kata dia…. keluarkah semua hadis untuk bela diri…

  12. #17 by Michael Mandang on December 10, 2012 - 2:31 am

    Sesungguhnya, semua ini telah kuperhatikan, semua ini telah kuperiksa, yakni bahwa orang-orang yang benar dan orang-orang yang berhikmat dan perbuatan-perbuatan mereka, baik kasih maupun kebencian, ada di tangan Allah; manusia tidak mengetahui apapun yang dihadapinya.
    Segala sesuatu sama bagi sekalian; nasib orang sama: baik orang yang benar maupun orang yang fasik, orang yang baik maupun orang yang jahat, orang yang tahir maupun orang yang najis, orang yang mempersembahkan korban maupun yang tidak mempersembahkan korban. Sebagaimana orang yang baik, begitu pula orang yang berdosa; sebagaimana orang yang bersumpah, begitu pula orang yang takut untuk bersumpah.
    Inilah yang celaka dalam segala sesuatu yang terjadi di bawah matahari; nasib semua orang sama. Hati anak-anak manusiapun penuh dengan kejahatan, dan kebebalan ada dalam hati mereka seumur hidup, dan kemudian mereka menuju alam orang mati.

    Tetapi siapa yang termasuk orang hidup mempunyai harapan, karena anjing yang hidup lebih baik dari pada singa yang mati.
    Karena orang-orang yang hidup tahu bahwa mereka akan mati, tetapi orang yang mati tak tahu apa-apa, tak ada upah lagi bagi mereka, bahkan kenangan kepada mereka sudah lenyap.
    Baik kasih mereka, maupun kebencian dan kecemburuan mereka sudah lama hilang, dan untuk selama-lamanya tak ada lagi bahagian mereka dalam segala sesuatu yang terjadi di bawah matahari.
    Mari, makanlah rotimu dengan sukaria, dan minumlah anggurmu dengan hati yang senang, karena Allah sudah lama berkenan akan perbuatanmu.
    Biarlah selalu putih pakaianmu dan jangan tidak ada minyak di atas kepalamu.
    Nikmatilah hidup dengan isteri yang kaukasihi seumur hidupmu yang sia-sia, yang dikaruniakan TUHAN kepadamu di bawah matahari, karena itulah bahagianmu dalam hidup dan dalam usaha yang engkau lakukan dengan jerih payah di bawah matahari.
    Segala sesuatu yang dijumpai tanganmu untuk dikerjakan, kerjakanlah itu sekuat tenaga, karena tak ada pekerjaan, pertimbangan, pengetahuan dan hikmat dalam dunia orang mati, ke mana engkau akan pergi.
    Lagi aku melihat di bawah matahari bahwa kemenangan perlombaan bukan untuk yang cepat, dan keunggulan perjuangan bukan untuk yang kuat, juga roti bukan untuk yang berhikmat, kekayaan bukan untuk yang cerdas, dan karunia bukan untuk yang cerdik cendekia, karena waktu dan nasib dialami mereka semua.
    Karena manusia tidak mengetahui waktunya. Seperti ikan yang tertangkap dalam jala yang mencelakakan, dan seperti burung yang tertangkap dalam jerat, begitulah anak-anak manusia terjerat pada waktu yang malang, kalau hal itu menimpa mereka secara tiba-tiba.

  13. #18 by putra on March 24, 2013 - 12:32 am

    ada yang tau g’ ? bandingkan berapa besar jumlah utang pemerintah antara thailand,indonesia dan china?…….

  14. #19 by Cotton Bud on December 4, 2013 - 3:08 pm

    Ini sudah bukan isu, tapi real.

  15. #20 by neosaladin on December 17, 2013 - 2:40 pm

    Pandai nya admin page ni. Cuba terangkan pula macam mana Malaysia boleh berada di kedudukan ke-4 ranking aliran wang haram keluar?

    • #21 by AfiqAizuddin on January 19, 2014 - 11:47 pm

      dye da tengok hutang negara makin naik, da xnakla jawab soalan ko. Hahaha

  1. Budget 2012 – Embracing the middle class | Jebat Must Die
  2. GAJI YAB PM WAJAR DIPOTONG??? « Hidup Tuah!
  3. Nothing gloomy | MALAYSIAN INSIDER - MALAYSIAKINI
  4. BAJET 2013 DAN HUTANG KERAJAAN « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: