ISU INFLASI – SEMUA PIHAK BERPERANAN MEMERANGINYA

 

1. Rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang. Kerajaan BN gagal menterjemahkan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan. Itulah yang kedengaran, terutama bila di musim PRK. Termasuklah di Merlimau.

2. Tujuan artikel ini adalah untuk membantu menjelaskan isu ini secara mudah dan ringkas.

Punca

3. Punca utama Inflasi atau kenaikan harga barang runcit, secara kasar, ialah kerana:

(a) faktor domestik yang disebabkan pula oleh:

(1) kenaikan / tolakan harga (cost push) – misalnya disebabkan oleh kenaikan kos input seperti baja dan upah buruh,

(2) dorongan permintaan (supply-driven) – misalnya kerana kekurangan bekalan yang disebabkan oleh cuaca buruk atau bencana alam seperti banjir besar di Queensland, kemarau di Argentina, atau

(3) dorongan permintaan (demand pull) – misalnya kerana permintaan yang tinggi seperti di musim perayaan dan impak pendapatan rakyat yang meningkat.

(b) faktor luar (imported inflation) yang disebabkan pula oleh:

(1) kenaikan nilai matawang seperti Yuan dan Yen,

(2) kenaikan kos produk – misalnya kerana bencana alam, persaiangan ekoran penggunaan alternatif seperti minyak kelapa sawit diguna untuk membuat biofuel,

(3) larangan / sekatan negara pengeksport – secara fisikal, pentadbiran ataupun menggunakan tarif.

4. Untuk memudahkan kefahaman, dilakarkan punca-punca berkenaan seperti dalam carta di bawah.

5. Inflasi, secara mudah, terbahagi kepada 4 jenis:

5.1 kenaikan yang rendah (low) – Jerman (1.0%)

5.2 kenaikan yang sederhana (moderate) – Malaysia (1/7%), Melaka (1.9%), Denmark (2.2%).

5.3 kenaikan yang tinggi atau hyper inflation – Mesir (12.8%), Venezuela (29.8%)

5.4 harga turun atau deflasi – Jepun (-0.8%), Ireland (-1.4%)

6. Yang terbaik ialah kadar inflasi yang sederhana seperti Malaysia, Melaka & Denmark

Kenaikan Harga

7. Rakyat, khususnya pekebun kecil, peneroka FELDA dan FELCRA, pastilah suka bila harga komoditi seperti minyak kelapa sawit, getah dan minyak mentah naik sebab kita adalah pengeluar komoditi berkenaan. Pendapatan mereka dan kerajaan bertambah.

No.   Komoditi                                   Jan. 09            Jan. 10              Dis. 10

1. Minyak Sawit (RM/Tonne) 1,838.50          2,515.00         3,620.00
2. Getah SMR20 (Sen/Kg)           500.89              994.38          1,283.55
3. Minyak Mentah (US$/barrel) 40.45                75.04                84.01
4. Gula (US cents/lb)                        11.76                 12.49                 23.23
5. Gandum (US$/Tonne)             239.36              201.51               306.99

8. Jika masing-masing gembira dengan kenaikan pendapatan ekoran kenaikan harga komoditi-komoditi berkenaan maka kita perlulah juga menerima hakikat impak kenaikan kosnya itu. Sebagai contoh, jika harga minyak sawit mentah sudah naik tinggi maka sudah tentulah harga minyak masak dan produk-produk yang berasakan minyak sawit mentah akan turut naik.

9. Jika harga tidak dinaikkan maka pengilang dan para peniaga akan menanggung kerugian. Akhirnya rakyat juga yang akan susah kerana ketiadaan bekalan minyak masak sebab kilang terpaksa ditutup dan para pekerja pula akan hilang pekerjaan. Justeru kadar pengangguran dan kadar kemiskinan akan meningkat. Lalu berjangkit pula kepada penyakit-penyakir sosial yang lain.

Subsidi

10. Namun, kerana kerajaan BN prihatin, subsidi diberikan untuk mengurangkan beban rakyat kerana kebajikan rakyat didahulukan. Pada tahun 2010, sebanyak RM24.9 bilion dibelanjakan bagi tujuan subsidi; contoh:

No.    Komoditi                 Nilai Subsidi

1. Petrol RON95 –      RM3.13 bilion
2. Diesel –                      RM3.59 bilion
3. LPG –                          RM1.43 bilion
4. Beras ST15 –                 RM486 juta
5. Minyak masak –          RM813 juta
6. Gula –                             RM789 juta
7. Tepung Gandum –       RM 89 juta

11. Ekoran daripada pemberian subsidi itu, harga barang-barang runcit berkenaan di Semenanjung Tanah Melayu telah dapat dikurangkan seperti berikut:

No. Komoditi              Harga Pasaran         Harga Kawalan           Jimat

1. Petrol RON95 (1 litre)     RM2.35                     RM1.90       RM 0.45
2. Diesel (1 litre)                     RM2.29                     RM1.80      RM 0.49
3. LPG (10 Kg)                       RM38.30                 RM19.00      RM19.30
4. Beras ST15 (10 Kg)         RM22.00                 RM18.00       RM 4.00
5. Minyak masak (1 Kg)        RM5.40                    RM3.30       RM 2.10
6. Gula (1 Kg)                            RM2.35                     RM2.10       RM 0.25
7. Tepung Gandum (1 Kg)    RM1.80                    RM1.35       RM 0.45

12. Kerana tindakan kerajaan BN yang mengutamakan prestasi (berjaya menguruskan ekonomi dengan cekap serta mampu mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dengan berkesan) maka kadar inflasi di negara kita dapat dikawal di tahap sederhana (seperti di atas).

13. Harga runcit kita terbukti terendah dari negara-negara seperti yang tersenarai di lampiran / di bawah.

HARGA PRODUK BARANG KAWALAN (BAHAN PETROLEUM, GULA, TEPUNG GANDUM DAN MINYAK MASAK) DI NEGARA ASEAN SEHINGGA JANUARI 2011

HARGA RUNCIT PETROL, DIESEL, LPG

 

NEGARA

PETROL 

RM/LITER

DIESEL 

RM/LITER

LPG 

RM/KG

 

Malaysia

(RON95) 1.90  

1.80

 

1.90

(RON97) 2.50
Thailand (RON95) 4.35 2.95 1.92
Singapura (RON98) 4.90 

(RON95) 4.70

3.47 6.42
Indonesia (RON95) 2.47 2.51 2.00

 

 

 

 

 

 

HARGA RUNCIT GULA

Negara Harga per kilogram 

(RM)

Malaysia 2.10
Thailand 2.90
Singapura 3.65
Indonesia 3.85
Filipina 3.75

HARGA TEPUNG GANDUM

Negara Harga per kilogram 

(RM)

Malaysia 1.35
Thailand 2.10
Singapura 2.30
Indonesia 1.90
Filipina 2.10
Vietnam 2.10

HARGA MINYAK MASAK

NEGARA Harga per kilogram 

(RM)

Malaysia 2.50
Thailand 4.50
Indonesia 4.00
Singapura 8.50
Brunei 5.00

14. Sukalah ditegaskan bahawa prakarsa kerajaan BN dalam memerangi inflasi tidaklah semata-semata tertumpu kepada pemberian subsidi sahaja. Langkah-langkah lain juga dilaksanakan seperti mengawal harga barang-barang perlu, misalnya gula, tepong dan minyak petrol, menambah pengeluaran, melonggarkan sekatan import barangan terpilih dan memberi insentif.

Peranan Pihak Lain

15. Dalam pada itu sukalah diingatkan bahawa pihak-pihak lain juga mempunyai tanggungjawab bersama dalam peperangan ini. Pihak-pihak itu ialah majikan, pekerja, peniaga dan pengguna / rakyat sendiri.

16. Untuk memudahkan kefahaman tentang peranan masing-masing, kembalilah melihat sekali lagi carat yang dilakarkan itu.

17. Peranan rakyat adalah sekurang-kurangnya menerima kenyataan (mentally / emotionally prepared) bahawa kadar inflasi pada tahun ini akan terus meningkat kerana harga barang dan perkhidmatan diunjurkan akan terus mengukuh.

18. Sebagai contoh, tarif letrik (kadar bayaran api letrik) dijangka akan dinaikkan jika harga arang batu (digunakan untuk menjana letrik) semakin mahal (telah naik dari US$107 setonne kepada US$145 setonne dalam masa sebulan = 35.5%) sekiranya TNB tidak mampu menyerapnya. Kenaikan tersebut adalah kerana bekalannya di pasaran dunia terancam akibat banjir besar di Queensland.

Sumbangan Pakatan Rakyat?

19. Apakah pula sumbangan PR atau mereka yang bijak berkokok itu dalam meredakan tekanan inflasi ke atas kehidupan rakyat?

  1. #1 by F on February 12, 2011 - 9:57 am

    Tuan…

    MMG BNAR MINYK PETROL ADALAH PALING MURAH DI MALAYSIA BERBANDING NEGARA LAIN…SAYA MENGAKUI….

    TAPI RAKYAT TIDAKLAH BODOH SGT NAK KENA TIPU DGN BN.KALAU CNTH, SPORE. KALAU KITA CONVERT BALIK DGN CURRENCY SANA, HARGA LEBIH RENDAH DRPD MSIA. TMBHAN GAJI DI SANA LAGI LUMAYAN.

    APA LA BN NI…JGN LA TIPU KAMI SELAMA-LAMANYA

    Like

  2. #2 by darahtuah on February 12, 2011 - 4:58 pm

    F,

    Mcm mana dgn harga minyak masak? mcm mana dgn harga kereta?

    Apa sumbangan anda dan kumpulan anda dalam sama2 menangani inflasi?

    Yg utama ialah Kerajaan BN telah berjaya menguruskan masalah inflasi ini dengan berkesan dan terbaik berbanding dgn banyak negara.

    Marilah kita terus sama2 melaksanakan tugas ini secara bersama bagi faedah bersama.

    Like

  3. #3 by dinturtle on February 13, 2011 - 4:21 pm

    salam tuan,

    saya mengaku saya banyak melalak tiap kali harga barang naik hehehehehe… saya faham mana ada barang yang turun harga. kalau tidak dikaitkan dengan perkara lain mungkin senang untuk diterima.

    Tapi bila fikiran kita asyik dihujani dengan cerita2 rasuah, kerugian billion2, pengambilan komisyen dan segalanya yang haram ….. timbul pertanyaan. Kerajaan naikkan harga barang atau menyelaraskan subsidi kerana bajet dah lari. Tapi kalau segala masalah haram diatas dapat dikurangkan mungkin bajet masih ada dan tak perlu diselaraskan subsidi ?

    memanglah susah nak dapatkan keadaan yang bebas rasuah tapi sekurang2nya biarlah NAMPAK yang kerajaan serius melakukan sesuatu dan ini saya tak nampak.

    Jadi bagi saya, kerajaan seperti menghukum rakyat dengan memaksa rakyat pula yang membayar segala benda haram itu.

    Pandangan jujur dari saya.

    Like

    • #4 by darahtuah on February 15, 2011 - 2:48 pm

      Salam dinturtle,

      Sdr tak nampak usaha2 kerajaan dalam membasmi rasuah? Cuma tak perasan aje kot.

      Kerajaan mengaku ada berlaku ketirisan; saya juga tak suka dan kerajaan komited utk memeranginya. Maka banyak usaha telah / sedang dibuat oleh kerajaan utk menghapus/mengurangkan rasuah ini.

      Contoh terkini ialah menubuhkan IIM, mengukuhkan SPRM (dulunya BPR), memperkenalkan Akta Whistel Blower, melaksanakan NKRA (salah satu ialah membasmi rasuah) dan KPI, memeprkenalkan GTP dsbnya.

      Outcomenya ramai sudah ditangkap, didakwa dan, yg bersalah, dihukum. Mungkin belum spt mana yg kita harapkan.

      Impaknya, satu kajian persepsi melaporkan keyakinan terhadap kerajaan telah meningkat. Kita tunggu keputusan CPI pada tahun ini nanti.

      Satu yg perlu ditegaskan ialah rasuah melibatkan tiga pihak (a) pemberi, (c) penerima dan (c) pihak ketiga.

      Kedua, rasuah bukan berlaku di sektor awam sahaja tetapi (dikatakan lebih berleluasa lagi) di sektor swasta juga.

      Ketiga, kedua-dua jenis tindakan diperlukan – curative and preventive.

      Sama2lah kita memeranginya manakala kerajaan hendaklah lebih tegas lagi.

      Tk.

      Like

  4. #5 by sputjam on February 14, 2011 - 10:55 am

    Inilah kerajaan BN. Ampu bodek rakyat yang berpendapatan rendah, pelajaran rendah dan pemikiran sempit.

    Sepatutnya subsidi patut dihapuskan kerana menyebabkan pembaziran. Yang untong adalah penyeludup yang membeli barang subsidi, dan menjualnya diluar negara.

    kerana subsidi, nelayan melayu menjual kuota minyak disel, dan tidak memancing ikan. Jadi harga ikan naik. Yang untong, nelayan bukan melayu.

    Kerana subsidi, pelajar diinstitusi pelajaran tinggi, tidak mengindahkan peluang pelajaran, dan mengabaikannya. Hanya yang bersyukor akan berjaya.

    Kerana subsidi, maka penjualan motosikal “two stroke” masih dibenarkan kerana ianya murah, walaupun ianya menyebabkan pencemaran udara dan bunyi yang bising dan diminati oleh “mat rempit untk berlumba. Jiran kita di thailand dan indonesia sudah lama mengharamkan penjualan motor tersebut.

    Kerana subsidi, maka proton menjual kereta dimalaysia dengan harga yang tinggi, dan menghantar keuntongannya ke UK group Lotus di UK sebagai subsidi, kerana kumpulan lotus tidak membawa sebarang keuntungan selama 14 tahun. tahun ini sahahaj, proton terpaka meminjam wang untuk subsidi group Lotus sebanyak RM2.5 billion untk dua tahun akan datang.

    pada pendapat saya, lebih baik naikan gaji. Ini akan menghapuskan pembaziran dan kelemahan dalm ekonomi negara.

    malaysia adalah satu negara dimana rakyat diminta subsidi kehidupan yang kaya raya saperti tuan punya IPP, group Lotus dan proton, Bernas, Puncak niaga/syabas, UEM/PLUS, MMC, MRCB dan sebagainya.

    Like

    • #6 by darahtuah on February 15, 2011 - 2:33 pm

      Tk atas ulasan tuan. Nadanya sama saja.

      Pengguna akan menjaga kepentingan mereka; majikan / pengeluar / peniaga akan menjaga kepntingan mereka pula. Kerajaan perlu menjaga kepentingan semua golongan tersebut, termasuk mahu mengekalkan kuasanya. Lumrah alam. Mampukah Sputjam melihat juga dari sudut kerajaan, terutama dalam mengharmonikan kepentingan / permintaan yg berkonflik?

      Saya juga tidak setuju dgn kaedah pemberian subsidi sekarang. Saya dah tulis mengenai isu ini, termasuk syor memperbaikinya. Kerajaan juga sedar tentang demirit pendekatan ini dan sedang mengkaji semula. Tentu Sdr tahu.

      Saya tak boleh setuju subsidi dihapuskan, sptmana yg sdr syorkan, sebab saya tak tahu dasar kesulurhan sdr dlm menguruskan negara.

      Saya jangka sdr juga tahu bahawa negara2 maju sendiri spt Jepun, USA, UK dll tak malu2 mengamalkan various forms of ‘subsidy and protection” dalam membantu rakyat dan industri di negara masing2.

      EVERYBODY must appreciate the fact that the government’s responsibility is to act in TOTALITY and for EVERY aspect of life and non-life, now and future. Hence, when one presents only ONE part of it, one must be mindful of the the whole; otherwise one may cause a disequilibrium and could trigger a catastrophe.

      Tk.

      Like

    • #7 by Average Joe on February 15, 2011 - 11:00 pm

      @ Sputjam

      quote: “Sepatutnya subsidi patut dihapuskan kerana menyebabkan pembaziran. Yang untong adalah penyeludup yang membeli barang subsidi, dan menjualnya diluar negara.”

      jelas menunjukkan betapa kamu rasa kamu bijak tetapi pada hakikatnya bukanlah bijak mana pun.

      berdasarkan logik mudah: Si A yang berbuat salah, patutkah Si B yang tidak bersalah pun dihukum sama?

      Untuk menghapuskan sama sekali subsidi atas alasan berlaku ketirisan dalam bentuk penyeludupan dan pembelian secara runcit dengan kerap oleh warga asing amatlah tidak adil kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang amat memerlukan barangan keperluan asas dan bahan api pada harga yang berpatutan.

      kita mengakui ada segelintir orang Malaysia (termasuk Melayu) sendiri bersikap khianat dengan menjual semula subsidised fuel/fertilizer/food in bulk kepada orang lain kerana ingin mendapatkan keuntungan segera tanpa banyak berusaha. tetapi walau apa-apa pun hukumlah hanya mereka yang terlibat, bukannya mengheret sama jutaan rakyat lain yang tidak bersalah dengan cara menghapuskan subsidi sekaligus.

      perlu diambil tindakan juga terhadap peniaga-peniaga di Johor Bahru (kebanyakannya bukan Melayu) yang masih menjual bahan-bahan makanan bersubsidi secara runcit kepada pelawat dari Singapura. sedangkan subsidi itu semua sepatutnya hanya untuk rakyat Malaysia. kenapa anda tidak menyebut perkara ini sama?

      Like

  5. #8 by Mullah TTDI on February 14, 2011 - 4:24 pm

    Salam Tuah

    Terima Kasih di atas artikel yang menarik perhatian saya. Saya ada soalan untuk Encik Tuah.

    1. Mengapa kita membandingkan harga barangan dalam unit RM sahaja?? Contohnya harga minyak RON 95 di Malaysia: RM 1.90 dan harga minyak RON 95 di Singapura: RM 4.70 atau SD 2.14. Memang betul melalui kadar pertukaran wang asing, kita akan dapat menilai harga RON 95 di Singapura iaitu RM 4.70, tetapi bagi rakyat Singapura, SD 2.14 adalah rendah kerana kuasa membeli (purchasing power) dollar Singapura adalah tinggi berbanding kuasa membeli RM. Bolehkah pihak tuan memberi jawapan kepada soalah saya ini?? Adakah terdapat faktor-faktor luaran seperti ketirisan subsidi yang menyumbang kepada rendahnya kuasa membeli RM sekarang ini??

    Like

    • #9 by Darahtuah on February 15, 2011 - 1:54 pm

      Tk atas perhatian yg diberikan oleh Sdr Mullah TTDI.

      Soalan yg dibangkitkan ini agak besar; maka tak mudah dijawab dengan rengkas. Secara kasar spt di bawah:

      1) Perbandingan – yg lebih baik adalah menggunakan Purcahsing Power Parity (PPP US$). Di peringkat produk, saya tak ada maklumatnya tetapi sekadar utk melihat perbezaannya, saya berikan contoh GNI Per Kapita (dlm harga semasa) Malaysia, 2010:

      a) dlm RM = RM26,355
      b) dlm USD = $8,236
      c) dlm PPP = $14,102

      2) Kuasa beli

      a) individu – bergantung kepada pendapatannya dan kadar inflasi. Punca2 inflasi spt dalm carta yg saya sertakan dlm artikel saya itu.

      b) dlm RM –

      i) dalam negeri – bergantung kpd kadar inflasi, dan
      ii) produk luar negara – bergantung kpd nilai pertukaran wang asing yg ditentukan oleh banyak faktor, termasuk prestasi ekonomi dan keyakinan terhadap negara masing2 secara relatif. In short, ada nilai RM yang turun (misalnya Yuan dan Aus$) dan ada yg naik (misalnya US$ dan GBP). Anehnya, nilai Yen terus kukuh w/pun presatsi ekonominya tidaklah baik.

      Mungkin ada pihak2 lain (spt Sputjam) ingin turut memberikan ulasan.

      Tk.

      Like

    • #10 by Average Joe on February 15, 2011 - 11:07 pm

      di sini ada satu artikel yang boleh dijadikan rujukan dan panduan oleh sdr Mullah (kau ni Taliban ker?) tentang Purchasing Power Parity (PPP) atau dalam bahasa kampungnya Perbandingan Setara Kuasa Beli (betul ke translation aku ni?)

      http://basuhbaju.blogspot.com/2010/03/model-ekonomi-baru-bahagian-1.html

      http://basuhbaju.blogspot.com/2010/03/model-ekonomi-baru-bahagian-2.html

      dan saya kira penulis blog tersebut telah sedaya upaya menyampaikan buah fikirannya dalam bahasa yang mudah difahami golongan muda dan masyarakat biasa termasuk Mullah.

      Like

  6. #11 by sputjam on February 18, 2011 - 11:40 pm

    daripada mmberi subsidi, kerajaan harus memberi bantuan secara menerus kepada golongan yang memerlukannya. ini akan mengurangkan pembaziran dan “third party losses”.

    Misalan, dibrunei, percapita income setanding negara maju. mereka tidak mepunyai “national oil cpmpany saperti petronas untuk mengutip ‘royalty” . Setiap titik minyak dan gas asli yang dikeluarkan oleh shell, diberi terus kepada kerajaan untuk mengurus pentadbiran negara sebagai cukai.

    matawang brunei menggunakan “currency board” yang dipegkan kepada matawang singapore sama rata, iaitu B$1=S$1. malah sekarang, sebelah matawang singapore, dan apabila dipandang sebelah lagi, menjadi matawang brunei.

    Kita bandingkan per capita income brunei, bersama kedua negeri malaysia di borneo, iaitu, sabah dan sarawak. amat memalukan. wang minyak dan gas disalurkan kepada Petronas, bukan ke rakyat negeri tersebut.
    sabah dan sarawak tidak mempunyai faedah daripada kilang proton, tetapi, kenderaan yang ijual, dicukai sehingga sebanyak 300%. Di brunei, tiada cukai impot kereta, tiada cukai pendapatan.
    Rakyat brunei boleh mendapat sebuah rumah atas tanah sebanyak 5000 kaki persegi secara percuma jika mereka memohon kepada kerajaan, Inilah bantuan menerus yang saya katakan tadi.

    apakah subsidi yang diberi kepada para petani yang kebanyakkan nya melayu dan kaum bumiputra, apabila bernas membeli hasil mereka lebih rendah daripada harga pasaran dunia? Bukankah pihak kerajaan sepatutnya memberi bantuan kepada golongan ini? atau pihak bernas sengaja membangkruptkan petani supaya dapat membeli tanah mereka dengan harga yang murah? Bukankah bernas sepatutnya membeli padi tersebut dengan harga yang lebih tinggi supaya kaum bumiputra medapat menafaat kerajaan? Ini akan mendorong mereka untuk lebih berusaha, dan anak mereka boleh membantu dan mengambil alih pekerjaan ini kelak? Dan kerajaan akan subsidi penjualan beras tempatan dengan menjual harga yang berkemampuan kepada rakyat? Beli mahal, jual murah, intulah subsidi yang sebenarnya. bukan beli murah jual mahal. wang subsidi untuk petani sebenarnya disalurkan kepada pengeluar baja dan harga ini dipotong terus olih pihak bernas. maka sekarang, ramai petani bukan orang malaysia lagi, tetapi dari negara thai, yang menyewa tanah tersebut, dan anak petani menjadi mat rempit, bekeliaran disekitar laluan dan menganggur.

    kenapa wang sokongan pak cik dan mak cik kampung yang menyokong membeli kereta nasional, dimana wang ini sekarang akan digunakan untuk menyaran Lotus di england sebanyak RM2.5 billion dalam dua tahun yang akan datang. Lebih baik jual sahaja lotus untuk Rm1 dan wang Rm2.5 billion itu digunakan untuk mengluarkan model baru proton, dimana CEO nya telah mengumum bahawa mereka tiada wang untuk membuar research dan development dan terpaksa mengunakan mitsubishi lancer untuk menjadikan proton insipra. Lotus tidak pernah menjanakan keuntungan selama 14 tahun sejak proton membelinya. dan “technology transfer” pun tidak kelihatan langsung, kecuali dalam bidang suspension dan engine tuning. mekanik bawah pokok pun tahu buat perkara tersebut. Bukankah lebih baik tututp sahaja lotus dan wang yang dijimatkan diberi terus kepada pembeli kereta nasional dengan menjual dengan harga yang murah? Inilah contoh subsidi orang msikin kepada orang kaya.

    Sebagai seorang senator, sepatutnya kita siasat kenapa kerajaan ini telah gagal dalam pelaksanaan untuk memajukan negara ini. Tahun ini, ekonomi singapura adalah purata bersama ekonomi malaysia. maknanya, negara singapura sama kaya dengan malaysia. tetapi penduduk mereka hanya 20% penduduk kita. saya hanya mennuggu bila pula negara brunei akan memotong kita dari segi kebesaran ekonomi. nampaknya, dua negara yang ditadbir oleh british yang tidak menyertai malaysia, jauh kehadapan dari semua segi. Amat malang sekali untuk sabah dan sarawak.

    dan banyak lagi subsidi kerajaan dimana orang miskin terpaksa menyara kehidupan mewah orang kaya, saperti IPP, AP untuk kereta, besi, tepung gandum, gula, konsesi jalan raya tol dan sebagainya. hanya Amat malang sekali.

    Like

  7. #12 by kucau on February 27, 2011 - 9:50 am

    Sedara Sputjam , ingin saya memperbetulkan pandangan saudara tentang Lotus . Jika dilihat dari teknologi transfer proton tidak mungkin akan dapat bergerak seperti skrg jika tiada lotus. Proton adalah hanya beberapa syarikat yang MAMPU untuk design kereta dari “scratch”, sehingga kepada “production. Dari segi chasis design , trainy division ( sila baca pasal CAMPRO, sapa design , READ more about the upcoming CAMPRO fuel efficent ( CFE ) , a low turbo boost engine selaras dengan trend eropah , small engine displacement but turbocharged to increase low RPM torque figure. Dari manakah dapat semua ini jika bukan Lotus ? bolehkan proton buat semua ini tanpa lotus? ini belum lagi pasal plugin hybrid EMAS punyer technology , omnivore engine etc etc etc . Adakah Lotus perlu sentiasa dlm kerugian tanpa proton inject sedikit duit utk kemajuan masa depan? think about it

    Like

Leave a comment