LANSKAP EKONOMI MALAYSIA MASA KINI & CABARAN 2012

1. Kejayaan YAB Dato’ Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia menguruskan negara kita ini dalam tempoh 3 tahun pertama beliau menerajuinya telah dilaporkan dengan meluas. Setinggi tahniah kepada beliau dan bersyukur kita kepada Allah swt kerana kita yang turut menikmati kejayaan tersebut. Kita dapat tumpang berteduh:

     Anak duri anak tenggiri,

    Dalam belanga bertemu jodoh,

    DS umpama payung negeri,

    Tempat kita tumpang berteduh.

2. Dalam pada itu, saya ingin melebar-luaskan 6 kejayaan beliau yang lain.

3. Pada umumnya, di merata dunia, termasuklah Malaysia, rakyat mengharpakan sekurang-kurangnya 6 pra syarat utama untuk meneruskan kehidupan yang makmur dan sejahtera. Pertama, keamanan; kedua, aktiviti ekonomi yang rancak; ketiga, peluang pekerjaan yang banyak; keempat, pendapatan yang meningkat; kelima, kemiskinan yang rendah atau sifar; dan keenam, kadar inflasi yang rendah atau sederhana.

4. Dalam konteks ini, kepujian wajar diberikan kepada YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan 1 di atas kejayaan cemerlang beliau memenuhi tuntutan 6 pra syarat tersebut. Kejayaan beliau mengemudikan negara dalam aspek keamanan dan ekonomi itu terbukti dari fakta-fakta yang ingin saya berkongsi bersama di sini.

5. Dalam pada itu, wajarlah juga kita merakamkan setinggi penghargaan terhadap beberapa ‘orang kuat’ DSN (seperti Pak Husni, Tok Pa, H2O dan Pak Zahid) yang telah membantu beliau dalam mencapai kejayaan cemerlang tersebut. Rekod kejayaan ini pula selari dengan apa yang dicapai oleh DAR di Melaka.

Keamanan & keselamatan

6. Dari segi keamanan dan keselamatan, adalah jelas sekali beliau telah berjaya mengurangkan kadar jenayah yang merupakan salah satu dari 7 NKRA yang telah beliau tetapkan. Pada tahun 2009, Indeks Jenayah Keseluruhan adalah sebanyak 746 kes per 1,000 penduduk. YAB PM kita telah berjaya menurunkannya sebanyak 15% pada tahun 2010 berbanding tahun 2009 dan sebanyak 16% lagi pada tahun 2011. Kejayaan ini tentulah membanggakan kerana ia telah jauh melebih sasaran 5% yang telah ditetapkan menjelang akhir 2012.

7. Kejayaan tersebut diperkukuhkan lagi oleh ukuran Global Peace Index (GPI) yang mana tahap kemanan Negara kita telah meningkat dari tangga ke-22 pada tahun 2010 ke tangga ke-19 pada tahun lalu. Di kalangan Negara ASEAN kita kekal berada di tangga teratas manakala di benua Asia pula kita berada di tangga ke-2 selepas Jepun.

Kerancakan ekonomi

8. Dari segi kerancakan pertumbuhan ekonomi pula, berdasarkan ukuran GDP, beliau telah mampu mencatatkan pertumbuhannya sebanyak 5.1% pada tahun lepas. Walaupun ianya lebih rendah berbanding 7.2% pada tahun 2010, namun ianya sungguh cemerlang dalam konteks persekitaran ekonomi global yang sukar dan tidak menentu ini.

9. Sebagai bandingan, pertumbuhan ekonomi global telah menurun dari 5.2% pada tahun 2010 kepada 3.8% pada tahun 2011 manakala ekonomi negara maju seperti USA, Jerman, UK, Perancis dan Jepun turut mencatatkan pertumbuhan yang lemah iaitu masing-masing 1.5%, 2.7%, 1.1%, 1.7% dan -0.5% pada tahun yang sama; jauh lebih rendah dari pencapaian Malaysia.

10. Ekoran dari pertumbuhan GDP yang memuaskan itu dan dibantu oleh hasil kerajaan Persekutuan yang bertambah sebanyak RM13.2 bilion pada tahun 2011 melalui peningkatan kutipan LHDN sebanyak RM109.7 bilion berbanding anggaran sebanyak RM96.5 bilion maka Kerajaan BN telah berjaya mengurangkan defisit fiskal kepada 5.0% berbanding unjuran 5.4%. Ini bermakna, YAB PM telah berjaya mengemudikan ekonomi Negara serta mengawal dan menguruskan wang rakyat dengan berhemah sepanjang 3 tahun berturut-turut apabila beliau berjaya menurunkan defisit fiskal dari dari 7.0% pada tahun 2009 kepada 5.6% (2010) dan 5.0% pada tahun lalu dalam suasana ekonomi yang berkembang.

11. Yang demikian, saya inigin menegaskan bahawa penyakit yang dialami oleh Greek, Itali, Portugal dan Sepanyol tidak akan menjangkiti Malaysia, insyaAllah. Janganlah pihak pembangkang menakut-nakutkan rakyat tak tentu pasal. Lebih-lebih lagi hutang Negara kita, walaupun dikatakan agak tinggi iaitu 53.1% daripada nilai GDP, masih lagi rendah berbanding dengan Singapura (98%) dan Jepun (200%).

12. Tahap tersebut juga jauh lebih rendah berbanding dengan 75.5% yang dicatatkan pada tahun 1990. Juga tidak begitu membimbangkan kerana hanya 4% sumber hutang tersebut dipinjam dari luar.

13. Pada masa yang sama, dengan peningkatan hasil kerajaan sebanyak RM13.2 bilion itu, maka ia mengukuhkan lagi lebihan akaun semasa kerajaan yang diunjurkan sebanyak RM5.3 bilion semasa pembentangan Bajet 2012 pada tahun lepas.

14. Lebihan akaun semasa kerajaan membuktikan bahawa hasil yang diperolehi melebihi perbelanjaan mengurus. Dan belanja mengurus itu meliputi peruntukan untuk BR1M bernilai RM2.6 bilion, bantuan sekolah sebanyak RM530 juta dan baucer buku berjumlah RM260 juta. Ini bermakna, semasa meluluskan Bajet 2012, semua ahli Dewan yang mulia itu telah mengakui bahawa kerajaan BN TIDAK meminjam sesenpun daripada sesiapapun untuk melangsaikan tanggungjawab meringankan beban rakyat itu.

Peluang pekerjaan

15. Dari segi peluang pekerjaan, YAB PM berjaya menjana peluang pekerjaan yang banyak melalui aktiviti ekonomi yang rancak, sepertimana yang saya lakarkan sebentar tadi. Justeru beliau terus berjaya mengekalkan tahap guna tenaga penuh iaitu kadar pengangguran berada di bawah threshold 4%.

16. Kadar pengangguran pada tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing sebanyak 3.7%, 3.4% dan 3.1%. Lanskap ini berbeza dengan beberapa Negara maju seperti Jepun (4.4%), UK (7.8%), USA (9.1%), Perancis (9.5%) dan Sepanyol (23.3%). Kerana itu, bukan sahaja rakyat Negara ini mendapat manfaatnya, bahkan menjadi tarikan rakyat asing untuk datang bekerja berduyun-duyun di sini.

17. Dianggarkan lebih 2 juta warga asing bekerja di Malaysia atau kira-kira 16% dari jumlah tenaga kerja kita. Tahap ini adalah tahap yang membimbangkan, khususnya dari segi keselamatan dan masalah sosial; lebih-lebih lagi terdapat hampir 400,000 rakyat kita yang masih menganggur.

18. Dalam konteks ini, eloklah Menteri Sumber Manusia menerangkan outcome usaha mengurangkan kebergangtunggan Negara kepada pekerja asing dan apakah usaha-usaha selanjutnya untuk menyelesaikan masalah ini dengan lebih berkesan dan prudent lagi.

Meningkatkan pendapatan

19. Mengenai peningkatan pendapatan pula, dari segi GDP per kapita, YAB PM telah mampu melonjakkan sebanyak 14%, dari RM26,175 pada tahun 2010 kepada RM29,816 pada tahun lalu. Berdasarkan prestasi ini, dijangka pendapatan individu dan isi rumah akan turut meningkat kerana peluang pekerjaan yang banyak, kadar pengangguran yang rendah serta peningkatan gaji yang memuaskan.

20. Saya mengambil purata kenaikan gaji di sektor perdagangan agihan sebagai proksi peningkatan pendapatan ini. Purata gaji di sektor tersebut telah melonjak 27%, dari RM4,250 pada suku kedua 2010 kepada RM5,403 pada suku ketiga 2011. Yang demikian, adalah dijangkakan kadar kemiskinan sebanyak 3.8% pada tahun 2009 akan dapat diturunkan lagi. Ia berbeza dengan tahap kemiskinan yang tinggi dan terus meningkat di India (75.6%), Indonesia (50.6%), Mesir (18.5%), USA (15.1%) dan di UK (14.0%).

Kadar Inflasi

21. Akhir sekali mengenai kadar inflasi. Bertepatan sekali dengan slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, YAB PM telah menambah senarai NKRA, yang mana asalnya sebanyak 6 bidang, kepada 7 bidang dengan menambah usaha menangani serangan inflasi.

22. Beliau bukan sahaja meneruskan usaha tradisional seperti meneruskan subsidi, menambah penawaran, mengawal dan memantau kenaikan harga barang bahkan juga memeperkenalkan inisiatif baru seperti Klinik 1Malaysia, KR1M, Menu 1Malaysia, bantuan persekolahan sebanyak RM100 seorang murid, baucer buku sebanyak RM200 seorang pelajar dan BR1M, seperti yang telah saya nyatakan awal tadi. Semua ini adalah dalam konteks untuk mengurangkan beban rakyat dan memelihara kebajikan mereka.

23. Sebagai outcomenya, kadar inflasi telah dapat dijinakkan. Kenaikan tahunanya pada bulan Februari lalu hanyalah 2.2% berbanding USA (2.9%), UK (3.6%), Indonesia (3.7%), China (4.6%) dan India (6.5%).

24. Berdasarkan 6 kejayaan cemerlang yang telah saya lakarkan itu maka memang wajarlah Negara kita, khususnya YAB PM, mendapat pujian dan sanjungan dari badan-badan antarabangsa yang berwibawa seperti IMF. Sudah tentulah kita tidak boleh mengharapkan pengiktirafan dan pujian dari pihak pembangkang kerana hanya jauhari yang mengenali manikam!

Prospek 2012

25. Dalam kita meraikan kejayaan tahun lalu itu, kita haruslah mindful atau berwaspada dan berhemah tentang situasi semasa dan akan datang. Prospeknya tidaklah begitu cerah kerana lanskap geo-politik dan ekonomi dunia pada tahun 2012 bertambah mencabar.

26. Sovereign debt yang besar, austerity drive yang ganas dan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan Negara-negara di Zon Euro dan USA serta keadaan kemelesetan ekonomi di Jepun boleh mengancam jumlah global GDP dan perdagangan dunia pada tahun ini.

27. Menurut pandangan IMF, aktiviti global telah bertambah lemah dan downside risks pula meningkat. Selari dengan pandangan itu, sepertimana saya maklumkan awal tadi, Tabung tersebut mengunjurkan pertumbuhan GDP dunia pada tahun 2012 lebih rendah iaitu hanyalah 3.3% berbanding 3.8% pada tahun lalu.

28. Sudah tentu pertumbuhan yang lebih rendah ini akan memberi tamparan dan tempias kepada Malaysia. Walau bagaimanapun, pihak IMF menaruk keyakinan yang penuh terhadap kemampuan kita mendepani cabaran dunia luar itu kerana kita memiliki sistem kewangan yang mantap dan berdaya tahan serta program transformasi ekonomi yang diperkenalkan oleh YAB PM kita secara terancang.

29. Justeru Tabung berkenaan mengunjurkan Negara kita masih mampu mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang modest – sekitar 4.0% pada tahun ini.

30. Harus dipuji bahawa di bawah lanskap aktiviti ekonomi global telah bertambah lemah dan downside risks pula meningkat maka pertumbuhan GDP sebanyak 4% itu amatlah membanggakan. Namun kita harus pula akui bahawa kadar pertumbuhan tersebut adalah di bawah sasaran purata 6% setahun yang telah ditetapkan di bawah MBE.

31. Setelah mengetahui senario ini maka rakyat bersama kerajaan hendaklah berganding bahu menerokai usaha baru untuk mempastikan bahawa sasaran pertumbuhan purata 6% setahun itu akan dicapai menjelang 2020 nanti. Antara usaha yang boleh dilakasanakan ialah menfaatkan kira-kira 7 juta sumber manusia yang kini berada di luar tenaga buruh. 75% (5.2 juta orang) daripada mereka adalah berpelajaran menengah dan tertiari.

32. Pertumbuhan ekonomi adalah pra-syarat penting untuk mengagihkan kekayaan negara secara adil dan saksama di kalangan rakyat tanpa mengira kaum. Terdapat tanda-tanda awal bahawa kita akan mengulangi sejarah Negara maju di mana perkembagan ekonomi disusuli oleh penglebaran jurang kekayaan. Justeru itu, kerajaan hendaklah komited untuk mempastikan potensi jurang melebar itu tidak berlaku dan seterusnya kita mampu mengulangi sejarah kejayaan DEB.

Bail-out

33. Sekarang saya ingin beralih kepada beberapa isu untuk mempertahankan kerajaan di samping memberi ruang dan peluang kepada kerajaan untuk memberikan penjelasan.

34. Masih kedengaran suara pihak tertentu, khususnya pembangkang, yang mempersoalkan usaha bail-out oleh kerajaan seperti membantu syarikat Proton dan MAS. Semasa krisis kewangan yang melanda Asia pada tahun 1997, perkataan bail-out ini adalah jijik dan kotor pada IMF, World Bank, Soros, USA dan pihak pembangkang di Negara ini. Sekarang mereka itu, kecuali pembangkang di Malaysia, telah menjilat balik air ludah masing-masing.

35. Mereka bukan sahaja memuji bahkan menjejaki langkah-langkah unconventional yang telah diperkenalkan oleh YABhg Tun Dr Mahatahir. Amerika Syarikat, misalnya, telah menyelamatkan Ford dan AIG manakala European Union telah bail-out Ireland, Greek dan Sepanyol. Justeru pihak pembangkang haruslah insaf akan kesilapan mereka dan mensyukuri tindakan bijak pemimpin BN dalam menangani krisis tersebut.

36. Dalam pada itu, setelah dibantu, syarikat-syarikat berkenaan hendaklah diurus dengan cekap dan amanah supaya untung. Malangnya ada syarikat yang terus bergelut untuk meraih keuntungan. Contohnya MAS.

37. Pihak Khazanah Malaysia dan pengurusan MAS telah beberapa kali merancang dan melaksanakan pertukaran pengurusan, penjualan asset, penyusunan semula dan turnarounds tetapi nampaknya MAS terus gagal. Kegagalan terkini dan terbesar ialah kerugian bersih sebanyak RM2.5 bilion bagai tahun kewangan 2011.

38. Bersandarkan prinsip ketelusan, saya memohon Menteri Pengangkutan supaya menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di MAS, termasuklah menjelaskan apakah faedah ketara yang telah/akan dinikmati oleh pemegang saham, terutama minority shareholders MAS, ekoran pembayaran iklan sebanyak RM18 juta kepada Kelab QPR dan adakah ianya mematuhi amalan tadbir urus yang baik?
Cabaran 3 serangkai

39. Dunia masa kini menghadapi pelbagai ancaman yang kompleks dan serius. Antaranya ialah cabaran tiga serangkai iaitu pemanasan dunia, kekurangan bekalan tenaga dan kekurangan makanan.

Kepanasan dunia

40. Menurut kajian yang dibuat oleh Foreign & Commonwealth Office, Britain kepanasan dunia boleh meningkat sehingga 6 darjah Centigrade menjelang akhir abad ini; melebihi threshold 2 darjah Centigrade. Jika ramalan ini menjadi kenyataan maka ianya akan mengancam keselamatan dan kemakmuran hidup manusia.

41. Banjir dan kemarau serta kehilangan tanah pantai akan mengancam Malaysia dan Negara-negara lain juga. Sebahagian besar tanah yang subur akan menjadi rosak kerana serangan air masin. Bekalan makanan akan terancam.

42. Sehubungan itu, eloklah Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menerangkan apakah outcome dari usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia serta Negara-negara lain dalam uasaha menangani ancaman pemanasan dunia ini? Apakah pula senarionya pada tahun 2020 nanti?

Bekalan tenaga

43. Ancaman seterusnya ialah bekalan tenaga yang mencukupi. Pada masa ini, dilaporkan kita mengalami defisit tenaga sebanyak 30%. Bekalan minyak mentah dan gas pula dimaklumkan semakin berkurangan. Akan diperburukkan lagi oleh seketan eksport minyak yang dikenakan ke atas Iran. Kesan segera ialah harga minyak mentah dunia terus melambung; kini ianya sudah melebih US$120 satu berel; hampir menyerupai senario 2008.

44. Impaknya pasti melebar dan mendalam. Bukan saja inflasi akan meningkat bahkan pertumbuhan ekonomi dunia akan terancam dan kadar pengangguran serta kemiskinan pula akan melebar-luas.

45. Mempelajari dari pengalaman tahun 2008 dan untuk mengelakkan tsunami politik dari berulang lagi, eloklah kerajaan menerangkan apakah inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan untuk menangani senario yang menakutkan itu serta apakah hasilnya setakat ini? Apakah status terkini alternative / renewable energy (dengan izin) di Negara kita?

Keselamatan makanan

46. Akhir sekali, saya ingin menyentuh tentang keselamatan makan atau food security bagi Negara kita. Atas beberapa sebab, menurut Bank Dunia, seramai satu bilion manusia kebuluran pada masa ini. Kita bersyukur bahawa rakyat Malaysia di bawah pemerintahan BN tidak mengalami trajedi itu; jika ada pun, ianya tidaklah ramai. Namun kerajaan tentu sedar bahawa kita banyak bergantung kepada dunia luar untuk pelbagai bahan makanan seperti beras, gula, tepung, daging dan sebagainya.

47. Ancaman dan risikonya terus meningkat akibat pemanasan dunia, kekurangan bekalan tenaga, kenaikan harga dan pembaziran. Justeru untuk memelihara masa depan Malaysia yang lebih selamat, maka wajarlah Menteri Pertanian & Asas Tani serta Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau menerangkan usaha-usaha berterusan yang dilaksanakan untuk menjayakan rancangan food security ini.

Kesimpulan

48. Kita hendaklah bersama-sama kerajaan dalam menangani cabaran 3 serangkai itu dengan segera dan berkesan di samping terus menjayakan 6 pra syarat kehidupan tersebut agar kita dapat memperbaiki lagi tahap kualiti kehidupan kita. Kini kita berada di kedudukan kedua di kalangan Negara-negara Asean sebagai penduduk paling gembira. Sasaran kita ialah setanding dengan tahap keamanan sepertimana yang diukur oleh GPI.

,

  1. #1 by sputjam on April 20, 2012 - 1:48 pm

    I say! this sound like a surat “bodek”.
    a) kadar jenayah sengaja dikurangkan dengan meyusahkan membuat lapuran pencurian.
    b) dari segi keaman, jelas rakyat ditimpa bencana dari segi rompakan yang dibuat dirumah dimana keselamatan keluarga diancam dengan kecederaan atau diperkosa. Dari segi ini, kadar penjenayah dari kalangan kaum muda akan naik kerana tidak mendapat pedidikan, pelajaran dan latihan yang mencukupi kerana kekurangan perhatian yang diberikan kepada golongan ini.
    c)kedua-dua negara dinusantara yang diperintah British selain Malaysia telah mecatatkan kadar per capita income yang jauh lebih tinggi dari Malaysia Dan sistem pentadbiran dan pendidikan dikekalkan manakal diMalaysia, sistem pendidikan diubah dengan alasan kebangsaan yang mengakibatkan golongan yang terbawah lagi ditumpas.
    d) Negara Itali, ireland, England dan Sepanyol mempnyai pembelanjaan negara yang kukoh sebelum krisis kewangan Euro. Yang menyebabkan keadaana mereka diragui adalah kerana kejatuhan pasaran hartanah dan ini dikaitkan kepada pinjaman yang berlebihan yang diberi oleh pihak “bank” kepada sektor tersebut dan mengakibatkan “bubble” yang semestinya deperbetulkan oleh kerajaan masing-masing dari segi :bank bailout”. Keadaan ini samalah sapert yang dialami oleh Malaysia dan lain-lain negara asia pada 1997 asian currency crisis dimana sektor swasta telah meminjam terlalu banyak wang USD untuk urusan perniagaan mereka.
    e) chrysler dan GM diselamatkan oleh pemerintah USA, Ford menolak pertolongan kewangan. Akhirnya, GM dan Crysler dimilk oelh kerajaan USA. Apabila keadan pulih, saham syarikat dijual dan dikembalikan kepada pasaran dan chrysler dijual kepada FIAT yang menguntongkan kerajaan dimana pinjaman dijelaskan dan saham dijual, manakala Petronas mengalami kerugian apabila diarah untuk mengambil alih proton.
    f) kadar pinjaman kerajaan Jepun dan Singapura amat tinggi, tetapi pinjaman mereka adalah dibuat dari segi “dalaman” dan bukan pinjaman luar negara. Ini adalah kerana kadar jimatan rakyat kedua negara tersebut agak tinggi dan ini membolehkan peperintah untuk meminjam dari rakyat merka sendiri dan mengawal keadaan. pada fikiran saya, Yen jepun akan menurun akibat bencana yang ditimpa mereka dan juga kengganan rakyat mereka untuk menggunakan tenaga nuklear dan ini mengakibatkan beban kos tenaga yang mahal.
    g) MAS (Malaysian airlines dan bukan Moetary authority of singapore) masih belum dapat menyelesaikan masaalah mereka. pengambilan CEO dari syarikat IPP kroni amat pelik kerana syarikat kroni tidak mempunyai pengalaman dari segi pasaran dan logistik, dua kaedah yang penting untuk menjalankan syarikat penerbangan. kerana itu dua eksekutif asing diambil untuk membantu peserta tersebut. kalau dia arif dari segi perniagaan syarikat penerbangan, maka tidak perlulah megambil penasihat luar. Mak dengan itu, saya ragu MAS dapat dibaik pulih dari segi jangka masa panjang. pendapat saya, Kerjasama dengan QANTAS adalah penyelesaian yang paling baik untuk MAS. kedua-dua syarikat dapat bergabung sebab synergy amat sesuai. malangnya, pergabungan QANTAS-MAS akan memudaratkan Airasia dan Tony fernandes.

    Sebab QANTAS mahu bertapak diasia tenggara adalah kerana mereka memerlukan feeder centre saperti KLIA untuk menarik penumpang dari seluruh ASIA ke satu tempat dan memuatkan pesawat mereka ke australia. Pekerjaan ini dibuat dengan sempurna oleh SIA waktu ini. Jadi penumpang dari negara Tiongkok, India dan Asia tenggara alirkan kesingapura, dan dimuatkan kedalam penerbanga SIA ke australia. rancangan QANTAS adalah untuk menggunakan KLIA dan MAS untuk pekerjaaan ini, maka secara ini dapat bersaing dengan SIA. SIA tidak mendapat keuntingan yang banyak dari menerbangkan rakyat mereka keluar negara, tetapi menerbengkan rakyat asia ke ausralia and rakyat australia kenegara asia. Pada waktu ini, QANTAS tidak boleh kendalikan pekhidmata ini kerana tiada “hub” diasia tenggara..maka amat kecewa sekali gabungan ini tidak menjadi.

  2. #2 by Darahtuah on April 23, 2012 - 9:52 pm

    I say man, sputjam..apa yg saya tulis ditomahkan bodek ke…nape tak lebih lagi?

    Berdasarkan apa yg anda tulis di atas dan selama ini tak perlulah saya katakan anda memberi persepsi bahawa anda adalah seolah2 menjadi running dog mereka atau in their payroll …sanggup defend, apologetik dan being selective…sanggup menggadai maruah dan integriti sendiri…itupun jika ada…

    Kalau ia2 sangat nak defend Singapore…bacalah apa yg saya tulis tentang hutang negara…berapa % hutang luar negeri dan berapa % hutang domestik…sedia SJK (C) & (T) dimansuhkan spt di pulau itu? sedia hidup spt police state?

    Kalau anda di China, anda mungkin sebahagian daripada satu pertiga rakyat China yg miskin; jika di India, salah seorang dari 75% yg miskin, jika di USA & Sepanyol, 25% drp yg menganggur dan miskin..belajarlah bersyukur..

    Sape kata di malaysia tak ada crime, tak ada pembunuhan dll? Memang ada..isunya Malaysia paling aman di ASEAN..kalau data domestik anda tak percaya, data GPI pun tak boleh pakai? Ya memang anda tak pakai sbb ianya positif utk Malaysia; kalau negatif anda lah orang yg akan bersorak sorai…

    jadilah sbgai seorang pengkritik yg membina, bukan arrogant dan looking down on others…jgn lupa orang lain pun ada yg lebih bijak berfikir dari kita…

  3. #3 by zaaba on October 31, 2012 - 2:20 am

    Being thankful is one thing, but we must also ask ourselves if we can do better. If we deserve better. If we can choose better.

    All points aside, full marks for showing us your way of thinking and for rakyat to assess accordingly. Tq.

  4. #4 by Peniaga kecil on March 15, 2013 - 11:35 am

    Pertumbuhan ekonomi negara bagus? Kerajaan bagus? Pernah tanye pd peniage kecil? Rakyat yg bersuare lemah mcm kami peniage kecil? Hidup terkontang kanting. Dpt keuntungan hanya pda setiap 25hb ke atas (gaji). Saya adalah slah sorang yg xmgambil BR1M. Jgn anggap rakyat buta. Xnampak apa yg org laen buat. Biler dikritik kate xtau besyukur. Saya besyukur hanya pada ALLAH bukan pd kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: