GAJI MINIMA – SITUASI KONDUSIF UNTUK MELAKSANAKANNYA

1. Pada malam 30 April 2012, sempena perayaan Hari Pekerja pada 1 Mei keesokan harinya, YAB DS Mohd Najib, PM Malaysia, mengumumkan “hadiah menarik” pelaksanaan Gaji Minima (GM) untuk para pekerja di sektor swasta. Ia meliputi semua pekerja (termasuk pekerja asing) di semua sektor ekonomi, kecuali pekerja domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun; Tahniah dan terima kasih, DS.

2. GM yang telah diumumkan ialah (a) di Semenanjung Malaysia sebanyak RM900 sebulan, dan (b) di Sabah, Labuan dan Sarawak pula sebanyak RM800 sebulan. Ia akan dilaksanakan antara 6 -12 bulan dari tarikh GM itu diwartakan. Lantas meletakkan Malaysia sebaris dengan UK dan USA serta di hadapan China, India dan Singapura!

3. Saya telah diberi peluang membicarakan topik ini di Awani pada 30 April 2012 jam 6.45 ptg. Saya ingin berkongsi pula maklumat yang sama di kalangan pembaca di sini.


Ekosistem

4. Dalam konteks membicarakan ekosistem GM, terdapat 4 pemain utama:

a) Majikan – pemilik syarikat / modal; pembeli tenaga buruh/pembayar gaji;
b) Pekerja – pemilik / penjual tenaga buruh;
c) Masyarakat – bukan dari 2 golongan di atas tetapi akan turut menerima impak seperti kenaikan inflasi; dan
d) Kerajaan – bertanggungjawab menjaga kepentingan ketiga-tiga golongan di atas; perlu berhemah dan berintegriti dalam mengharmonikan kehendak yang berkonflik – majikan (secara stereo type) mahu memberi gaji yang rendah manakala pekerja pula (secara stereo type) mahkukan gaji yang tinggi. Masyarakat pula merupkan kumpulan ‘rojak’ – pengguna biasa, suri rumah, pelajar, pesara, penganggur, bapak majikan, anak pekerja dan lain-lain lagi. Maka kehendak mereka pun semestinyalah seperti rojak. Pening kerajaan?

Sosio-ekonomi

5. Pelaksanaan GM adalah kritikal dan dituntut dari sudut sosio-ekonomi makro:

a) Ia merupakan salah satu pra syarat untuk menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE) yang mana salah satu daripada tiga tonggaknya pula ialah melonjakkan Negara ke tahap berpendapatan tinggi berdasarkan GNI per kapita. Salah satu penyumbang kepada nilai GNI/KDNK/GDP ialah gaji (compensation of employees). Justeru penetapan / kenaikan GM akan menyumbag secara langsung kepada kenaikan nilai GNI dan seterusnya peningkatkan GNI per kapita.

b) Ia merupakan salah satu prakarsa yang boleh membasmi kemiskinan. Membasmi kemiskinan merupakan sebahagian daripada tonggak kedua MBE yang komited kepada isu keterangkuman. Ia turut dipahatkan dalam RMK10. Penetapan GM di atas paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) akan dengan sendirinya melepaskan pekerja berkenaan dari cengkaman kemiskinan.

c) Golongan pekerja merupakan golongan terbesar (74%) di kalangan gunatenaga seramai 11.1 juta orang. Ini bermakna apa-apa usaha untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan menaikkan nilai ekonomi Negara hendaklah menumpukan kepada golongan ini. Sekaligus membantu menjayakan usaha keterangkuman.

d) GM mampu menyumbang kepada keadilan sosial yang lebih baik, selaras dengan tonggak keterangkuman di bawah MBE. Yang demikian tidaklah ada lagi pekerja yang menerima gaji lebih rendah dari GM sebulan. Sekarang ini ada pekerja yang menerima RM400 sebulan. Justeru jurang pendapatan akan mengecil.

Pertimbangan

6. Seperti yang dimaklumkan oleh DSN, penetapan gaji GM ini telah dicapai secara konsensus dengan mengambil kira (a) keperluan asas keluarga pekerja, (b) kemampuan majikan membayar gaji, (c) produktiviti, (d) kenaikan kos sara hidup dan (e) keadaan pasaran buruh Negara.

7. Dari segi keperluan asas keluarga pekerja, maka penanda aras yang boleh digunakan sebagai proksi untuk mengukur keperluan tersebut ialah PGK isi rumah:

a) Semenanjung Malaysia – RM763 sebulan;
b) Sarawak – RM912 sebulan;
c) Sabah dan Labuan – RM1,048 sebulan.

8. Dari segi kemampuan majikan membayar gaji pula, pertimbangan pertama ialah ianya tidaklah wajar terlalu tinggi sehingga boleh membunuh ‘angsa yang memberikan telur emas’. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak ruang untuk majikan menyerap kenaikan kos gaji ekoran dari pelaksaan GM ini.

9. Keupayaan tersebut bersandarkan peratus sumbangan kos gaji kepada keseluruhan kos pengeluaran yang, secara relatif, adalah rendah. Misalnya, purata kos gaji di kalangan syarikat di sektor pembuatan hanyalah 7% dari keseluruhan kos pengeluaran syarikat.

10. Diakui kos gaji syarikat tertentu, terutama di kalangan EKS, agak sensitif kepada keuntungan syarikat.

11. Dari segi produktiviti pula, secara purata produktiviti Negara meningkat sebayak 5.8% pada tahun 2010. Di sektor pembuatan, kadarnya lebh tinggi iaitu 9.4%. Ia menunjukkan pekerja kita, bersama majikan, adalah kreatif, inovatif dan rajin. Kenaikan produktiviti yang tinggi itu memberi peluang yang sihat untuk memperkenalkan GM ini.

12. Pada masa yang sama, data ini membuktikan bahawa kenaikan kadar produktiviti telah mengatasi kadar kenaikan gaji. Yang demikian sudah sampai masanya pihak majikan menunaikan janji untuk mebayar gaji kepada para pekerja masing-masing pada kadar yang lebih berpatutan.

13. Pelaksanaan GM ini adalah sebahagian dari rantaian usaha kerajaan untuk mempastikan majikan mengimplementasikan keadilan sosial itu.

14. Kenaikan kos sara hidup boleh diukur dengan menggunakan Indeks Harga Pengguna (IHP/CPI) sebagai proksinya. Pada tahun 2011, tahap inflasi Negara kita di tahap sederhana iaitu 3.2%.

15. Dari segi pasaran buruh, Malaysia menikmati gunatenaga penuh beberapa tahun kebelakangan ini; di bawah threshold kadar pengangguran 4% yang digariskan oleh ILO. Pada tahun lepas, kadar penganggurannya hanyalah 3.1%! (Melaka lebih hebat lagi – hanyalah 0.7%; terendah di Malaysia dan terendah di kalangan Negara maju OECD!). Pencari kerja tentu gembira.

16. Dari sudut lain pula, guna tenaga penuh ini menyebabkan keadaan penawaran buruh yang ketat. Situasi ini kurang disenangi oleh majikan / gologan peniaga. Dalam pada itu, GM ini boleh membantu menjadi pull factor dengan menarik sebahagian daripada kira-kira 7 juta working age population yang berada di luar tenaga buruh keluar untuk bekerja kerana gaji yang lebih menarik.

17. Lebih kurang 1.8 juta daripada mereka itu adalah berumur dalam lengkongan 25 – 49 tahun dan 5.3 juta berpendidikan menengah dan ke atas. Jelas sekali mereka itu adalah economically active. Yang demikian, mereka bukan saja dapat membantu ‘melonggarkan’ penawaran buruh bahkan sekali gus dapat menambah nilai ekonomi dan seterussnya meningkatkan GNI per kapita. Justeru memudahkan lagi pencapaian objektif MBE

Kondusif

18. Isu / soalan seterusnya ialah bilakah masa yang sesuai dan situasi yang kondusif untuk melaksanakan GM ini?

19. Dari sudut sosio-ekonomi makro, situasi sekarang adalah kondusif bagi pelasaknaan GM.

20. Pertama, seperti yang dituliskan di atas, majikan mampu menyerap kenaikan kos akibat pelaksanaan GM ini kerana (a) sumbangan kos gaji kepada keseluruhan kos pengeluran adalah kecil iaitu 7% (sector pembuatan); dan (b) purata kenaikan gaji sebelum ini pula adalah kecil saja iaitu 3% berbanding kenaikan produktiviti sebanyak 5.8%. Ini bermakna kenaikan produktiviti berada di hadapan curve kenaikan gaji. Ia adalah suatu yang sihat.

21. Kedua, kenaikan produktiviti yang tinggi dan melebihi kenaikan gaji, sepertimana yang telah diterangkan di atas.

22. Ketiga, kadar inflasi adalah rendah dan ianya menurun pula. Sebagai contoh, kadar inflasi pada tahun 2011 adalah sebanyak 3.2%. Kadar tersebut telah menurun kepada 2.3% bagi tempoh suku pertama 2012. Jika pelaksanaan GM ini mendorong kenaikan harga barang pengguna, maka dijangka kenaikan inflasi tidakakan melebihi 3% nanti, citrus paribus.

23. Keempat, Malaysia terus menikamati guna tenaga penuh dan mengukuh. Pada tahun 2010, kadar pengangguran adalah sebanyak 3.3%. Ia menurun kepada 3.1% pada tahun lalu. Kalaulah berlaku pengurangan pekerja akibat pelaksanaan GM ini, impaknya tidaklah begitu besar – kadar pengangguran tidak akan melebih 4%, citrus paribus.

24. Kelima, kadar kemiskinan yang rendah; sebanyak 3.8% pada tahun 2009. [Kadar kemiskinan Melaka hampir zero = 0.5%; terendah di seluruh Malaysia dan di kalangan negara maju OECD!]. Kalaulah berlaku pengurangan pekerja akibat pelaksanaan GM ini, impaknya tidaklah begitu besar – kadar kemiskinan tidak akan melebih 4%, citrus paribus.
25. Keenam, mendorong permintaan domestik. Peningkatan pendapatan ekoran dari pelaksanaan GM ini akan menggalakkan penggunaan swasta dan seterusnya menyuntik pertumbuhan ekonomi. Lantaran itu, peningkatan permintaan domestik ini akan membantu mengurangkan impak kejatuhan permitaan luar (eksport) yang dijangkakan.

Masa yang tepat?

26. Walaupun situasi sosio-ekonomi makro adalah kondusif untuk melaksanakan GM ini namun masa yang tepat untuk melaksanakannya perlu juga difikirkan dengan teliti. Ini bermakna tarikh mewartakan GM itu perlulah dipilih dengan berhati-hati. Di satu sudut, kesan positifnya adalah ketara. Di satu sudut lagi, kemungkinan kesan negatifnya, khususnya tekanan inflasi, hendaklah dikurangkan.

27. Dalam konteks mengurangkan tekanan inflasi itu, amatlah sesuai GM dilaksanakan menjelang musim perayaan besar atau semasa pemberian bonus dan seumpamanya kerana faktor kenaikan inflasi telahpun diambil kira. Yang demikian double effect inflation dapat dielakkan.

Pertanyaan

28. Dalam pada itu, dua pertanyaan ingin dimajukan. Pertama, ramai yang ingin tahu sama ada pekerja seperti pengawal keselamatan, cleaners dan tea ladies akan turut mendapat GM?

29. Kedua, GM Semenanjung berbeza dengan GM Sabah/Labuan/Sarawak tidak dipersoalkan. Yang memerlukan penjelasan ialah mengapa GM Sabah dan Sarawak lebih rendah dari Semenanjung sedangkan PGK Sabah dan Sarawak lebih tinggi dari Semenanjung? (Para 2 & 7 di atas). Ia seolah-olah satu anomali. Justeru GM di Sabah, Labuan dan Sarawak, seperti yang diumumkan itu, tidak membantu mengurangkan kadar kemiskinan di negeri-negeri tersebut.

30. Komitmen kerajaan untuk menyeragamkan GM di seluruh Negara amatlah dialu-alukan. Ia seperti apa yang diamalkan di UK. Penyeragaman tersebut terlebih dahulu menuntut, antara lain, penyeragaman kos sara hidup.

31. Langkah berikutnya ialah memilih satu tarikh yang sama untuk melaksanakan GM tahunan dan ianya diumumkan beberapa bulan lebih awal sepertimana yang dilakukan di UK. UK memilih 1 Oktober.

32. Pada masa yang sama, untuk memastikan GM ini bukan sahaja berterusan dan mapan (sustainable) bahkan juga ianya terus meningkat, maka para pekerja serta pihak-pihak yang lain hendaklah komited untuk memperkasakan prinsip ‘produktiviti dan daya saing adalah sasaran yang bergerak’ (productivity and competitiveness are moving targets).

33. SELAMAT MERAIKAN HARI PEKERJA. PEKERJA SENDI KEMAJUAN NEGARA. PEKERJA BERINOVATIF PENGGERAK TRANSFORMASI!!!

,

  1. #1 by sputjam on May 8, 2012 - 11:52 am

    Our minimum wage is less than RM1k. You cannot support a family on that.
    besides, it is easier now for employers to make a call to an agent and arrange for many hundreds of foreign workers into the country on the excuse that no Malaysian want to work for them. It is cheaper, less hassle and comes with an employment contract for two or more years.

    These foreign workers are the ones that is suppressing the wages of those at the bottom of our hierarchy. They probably get a measly RM500 or less. It is the agent that grabs all the worker’s pay from agency fees from employers and employees, plus monthly deductions. And like Irene Fernadez mentioned, foreign workers are not protected by law in Malaysia. If they are not paid, they are simply sent home.

    Meanwhile, the future of those who will be paid minimum wage are being taught english by the Peace corps from america. They will speak english the american way and give high fives etc. reminds me of the many students sent overseas on scholarships who failed their exams.

    • #2 by Darahtuah on May 19, 2012 - 10:19 am

      Sputjam, talkkng about relative poverty never ends.. paying higher minimum wage can start from u n those who disagree with this one.

  2. #3 by Senah on May 9, 2012 - 5:50 am

    Apa yang sputjam ni mengarut? Gaji minima yang diumumkan termasuk bayaran gaji kepada pekarja asing. Jadi sekarang majikan sudah tiada insantif untuk mengambil pekerja asing bekerja memandangkan kos agen yang tinggi. Tidak lagi seperti sebelum GM.

    • #4 by sputjam on May 21, 2012 - 10:10 am

      Saperti yang dimaklumkan oleh tenaganita boss, Ms Irene Fernandes, pekerja asing tidak diliputi oleh kadar gaji minima yang baru delaksanakan.
      Makluman ini dibuat diJakarta.

      saya tahu sangat perangai saudagar-saudagar dinegara ini. dalam perniagaan, lebih senang untuk buat satu panggilan ke ajensi pekerjaan untuk memdapatkan pekerja luar negara daripada membuat berpuloh temuduga untuk memenuhi kekosongan unutk tenaga buruh. pejerja luar negara lebih cekap berkhidmat, kurang ponteng kerja dan lebih disiplin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: