Jabatan Agama Islam Melaka – “Khutbah Khas: Bahaya Syiah” (7 September 2012 / 20 Syawal 1433H)

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ،

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ. اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,
Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar yang mulia ini akan membincangkan tajuk: “Bahaya Syiah”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam bertujuan untuk memecahbelahkan umat Islam dari dalam. Perancangan ini telah dimulakan oleh seorang Yahudi yang berpura-pura Islam yang dikenali dengan nama Abdullah bin Saba’. Boleh dikatakan ajaran sesat pertama timbul selepas kewafatan Rasulullah saw adalah ajaran Syiah. Kejayaan Syiah yang pertama adalah pembunuhan Khalifah Islam yang ketiga iaitu Sayyidina Uthman bin Affan.

Apakah intisari ajaran Syiah yang diketuai oleh Abdullah bin Saba’ itu? Apakah pegangan atau fahaman-fahaman yang dianuti oleh penganut-penganut Syiah? Syiah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan paling berhak untuk memimpin umat Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Mereka juga mendakwa bahawa Sayyidina Ali merupakan pengganti yang telah dipilih oleh Rasulullah s.a.w secara nas. Di samping itu juga mereka mempunyai fahaman-fahaman lain yang bertentangan dengan akidah Islam . Golongan Syiah telah terpecah kepada lebih daripada 300 kumpulan kerana wujudnya fahaman-fahaman yang saling bertentangan. Mimbar jumaat pada hari ini kita akan tumpukan kepada salah satu daripada kumpulan-kumpulan tersebut yang di kenali dengan kumpulan Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah atau Syiah Imam dua belas. Aliran inilah yang dipegang dan dianuti oleh kerajaan Iran pada hari ini. Golongan inilah yang telah muncul dalam masyarakat kita dan telah difatwakan sebagai sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Kumpulan ini dikenali juga sebagai Syiah Rafidhah kerana kumpulan ini menolak kepimpinan Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar Radiallahu anhuma.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Marilah sama-sama kita renung sejenak mengenai kepalsuan ajaran Syiah, percanggahannya dengan agama Islam, bahayanya kepada aqidah, syariat, akhlak dan negara umat Islam di setiap tempat dan ketika. Seorang ulama besar Syiah, iaitu Muhammad bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan dalam ‘Ushul Kafi’ dari Abi Abdillah, kata beliau, “Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendakki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakkinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.” Sedangkan Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al-Quran surah Al-A’raaf ayat 128 yang berbunyi:-

 “Musa Berkata kepada kaumnya: “Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; diberikan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

Allah s.w.t berfirman lagi di dalam surah Al-Hadid ayat 2 yang bermaksud:-

“Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi, dia menghidupkan dan mematikan, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Allah telah memberitahu bahawa langit dan bumi adalah kepunyaan-Nya tetapi golongan Syiah berpegang kepada kepercayaan bahawa langit dan bumi adalah kepunyaan imam-imam mereka. Kepercayaan ini sangat bertentangan dengan aqidah Islam.

Al-Kulaini mengemukakan satu riwayat dari Jaafar as-Sadiq bahawa beliau berkata, “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di neraka. Aku mengetahui perkara yang berlalu dan perkara yang akan datang.” [Kitab al-Hujjah Min al-Kafi]

Ini bermakna Syiah menyekutukan Allah s.w.t dengan para imam dalam mengetahui perkara-perkara ghaib.

Khomeini mengatakan di dalam bukunya Hukumah al-Islamiyyah bahawa imam-imam mempunyai kekuasaan terhadap setiap zarah-zarah dan atom-atom di alam semesta. Tunduk kepada imam-imam setiap zarah dan atom di alam semesta. Kata-kata ini jelas bertentangan dengan apa yang telah difirmankan oleh Allah s.w.t.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Di antara aqidah Syiah ialah at-tahrif Al-Quran, iaitu satu kepercayaan bahawa Al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini adalah Al-Quran palsu yang sudah diubah, ditokok tambah dan diselewengkan. Mereka percaya bahawa Al-Quran yang sebenar, yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t hanya dikumpul dan disimpan oleh Sayyidina Ali dan imam-imam selepasnya. Sekarang ini, mereka percaya Al-Quran berada pada Imam Mahdi. Dan mereka juga percaya bahawa Al-Quran yang diturunkan oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w mengandungi sebanyak 17,000 ayat. Sedangkan Al-Quran yang menjadi panduan hidup kita hanya mempunyai 6,236 ayat sahaja.

Golongan Syiah juga percaya kepada konsep al-Imamah dan Walayah. Jawatan imamah ini disamakan oleh golongan Syiah seperti kenabian. Jawatan ini diberikan oleh Allah s.w.t kepada orang-orang tertentu sahaja. Imamah merupakan satu rukun iman. Sesiapa yang tidak mempercayai imamah ini tidak dikira sebagai mukmin mengikut aqidah mereka. Kepercayaan kepada imamah ini cukup penting kerana imam-imam ini boleh membatalkan apa-apa yang telah ditentukan Rasul s.a.w. Mereka juga percaya bahawa dua belas Imam yang dilantik itu menerima wahyu dan ma’ksum serta wajib ditaati.

Khomeini pernah ditanya sekiranya imam-imam ini sangat penting kedudukannya mengapa Allah swt tidak menyebutnya di dalam al-Quran? Lalu Khomeini menjawab sekiranya nama-nama mereka disebut di dalam al-Quran sekali pun, sudah pasti ayat-ayat itu akan dikeluarkan dari al-Quran oleh orang-orang yang gila kuasa seperti Abu Bakar dan Umar.

Satu lagi kepercayaan orang-orang Syiah ialah kepercayaan kepada raj’ah. Raj’ah ertinya orang-orang tertentu akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Orang-orang ini termasuklah Rasulullah s.a.w, isterinya Aisyah dan Hafsah, Abu Bakar, Umar, Ali, Hassan, Hussain, Mu’awiyah dan beberapa imam mereka yang lain. Termasuk juga orang-orang yang menentang ahli al-bait dari zaman awal hingga akhir zaman. Mereka mengatakan bahawa Abu Bakar, Umar, Aisyah, Hafsah dan lain-lain sahabat akan dibongkarkan dari kubur-kubur mereka dan disalib serta diisytiharkan di hadapan orang ramai bahawa mereka ini adalah orang-orang kafir, perampas kuasa dan penjenayah kepada agama. Ini yang akan berlaku di zaman raj’ah mengikut kepercayaan orang-orang Syiah.

Pendapat mereka dalam hal ini bercanggah secara jelas dengan nas Al-Quran dan Al-hadith. Menurut aqidah Islam, setiap manusia yang telah mati tidak akan dibangkitkan sehinggalah berlakunya kiamat. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa tidak ada negeri setelah kematian melainkan syurga dan neraka.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Swt,
Musuh-musuh Islam yang merupakan pengasas Syiah telah mengenepikan dan memperkecilkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Al-Quran menyatakan bahawa seseorang akan diberi balasan dan ganjaran mengikut amal yang dilakukan olehnya. Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya. Al-Quran juga menyatakan bahawa orang-orang yang tidak solat akan dimasukkan ke dalam neraka. Syiah pula mengatakan itu semua tidak penting asalkan seseorang sudah menerima dan mempunyai hubungan kasih sayang dengan para imam. Mereka juga percaya untuk masuk ke syurga seseorang tidak perlu terikat kepada syariat asalkan ia telah mencintai Ali dan imam-imam sesudahnya.

Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap solat, zakat dan haji. Memadai dengan ada segolongan daripada mereka yang mengerjakan ibadat tersebut. Ajaran ini bertujuan untuk mengelirukan umat Islam.

Golongan Syiah menghidupkan amalan jahiliyah atas nama Islam dengan mengemukakan kahwin mut’ah. Perkahwinan mut’ah tidak memerlukan kepada saksi dan wali. Ia boleh dilakukan di antara seorang perempuan dan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi. Ulama Syiah, At-Thusi di dalam kitabnya, mengatakan bahawa tidak perlu disoal dan ambil tahu samada perempuan itu mempunyai suami atau tidak. Mengikut Syiah, bilangan perempuan yang boleh dikahwini secara mut’ah tidak ada had. Ia tidak terbatas kepada empat orang sahaja. Mereka meriwayatkan dari Jaafar as-Saddiq beliau ada berkata, “Berkahwinlah dengan mereka secara mut’ah walaupun sampai seribu orang kerana mereka itu termasuk di antara perempuan yang disewakan.” Selain dari itu, seseorang lelaki boleh berkahwin secara mut’ah dengan seorang perempuan yang sama beberapa kali.

Pihak lelaki tidak diwajibkan untuk memberi nafkah kepada pasangannya dan juga zuriat yang dilahirkan hasil dari pernikahan tersebut. Pihak perempuan yang dinikahi secara mut’ah ini tidak berhak untuk mewarisi harta dari pasangan lelakinya.

Orang-orang Syiah bersikap biadap terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul. Al-Kulaini menyebutkan bahawa darjat imamah atau imam-imam mereka lebih tinggi dari nabi-nabi dan rasul-rasul.

Golongan Syiah percaya bahawa Nabi Adam dikeluarkan dari syurga kerana berdengki dengan imam dua belas. Oleh itu, Allah murka lalu mengeluarkan Adam dan Hawa dari syurga. Nabi Ayub diuji oleh Allah s.w.t dengan penyakit kerana tidak menerima imam dua belas. Allah s.w.t menyembuhkan Nabi Ayub setelah beliau menerima imam dua belas. Nabi Yunus ditelan oleh seekor ikan besar untuk sekian lama kerana tidak percaya kepada imam dua belas.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Allah,
Satu lagi fahaman yang tidak dapat di pisahkan dari golongan Syiah ialah taqiyyah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah berdusta atau berbohong. Imam Syafie pernah berkata, “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih dahsyat dari golongan Syiah.” Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Abdillah beliau berkata, “Allah mengangkatkan darjat orang yang bertaqiyyah dan merendahkan orang yang tidak mempunyai taqiyyah.” Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang berfahaman Syiah. Taqiyyah merupakan amalan yang paling afdhal dan tidak boleh ditinggalkan. Sehingga di katakan tidak ada iman bagi orang-orang yang tidak bertaqiyyah. Mereka mengamalkan taqiyyah ini secara meluas dalam segala perkara.

Golongan Syiah percaya kepada perkara-perkara khurafat dan tahyul. Syiah menganggap bandar Kufah sebagai tanah haram. Bersolat padanya pasti mendatangkan pahala yang besar. Tanah Karbala dianggap sebagai tanah yang suci. Tanahnya digunakan oleh orang-orang Syiah sebagai tempat sujud di mana saja di dunia ini. Mereka menganggap tanah Karbala itu boleh dimakan sebagai penawar yang boleh menghilangkan berbagai-bagai jenis penyakit.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Mimbar mendapati dewasa ini, sudah ada orang-orang Syiah berketurunan Melayu, yang sudah sanggup melontarkan Al-Quran ke dalam tong sampah dan berani memijak Al-Quran. Sesungguhnya ajaran Syiah ini bukan sahaja mengancam keharmonian masyarakat, malah boleh memusnahkan aqidah dan memporak perandakan ajaran Islam. Dalam menghadapi golongan Syiah, umat Islam harus menyatakan pendirian mereka dengan lebih tegas demi memastikan gerakan Syiah ini dapat dibendung daripada ia terus tersebar. Gerakan ini perlu dipantau agar ia tidak menular di dalam masyarakat. Pihak berkuasa seperti JAKIM dan JAIM haruslah menggandakan usaha untuk membendung perkembangan ajaran Syiah khususnya di Negara kita ini.

Akhirnya sama-samalah kita merenung firman Allah s.w.t didalam surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang yang rugi.”

,

  1. #1 by sputjam on September 24, 2012 - 8:40 am

    Errr! I thought freedom of faith is guaranteed in the constitution. It is also stated in the Koran that :-
    2:256 There is no compulsion in the orderly way of life. Certainly it is now clear between the guidance from the wrong ones. Thus whoever denies the virtual idols and he believes with God alone – thus – indeed he holds with the strongest bond which can never be broken – for him. And God is listening – He is very conscious.

    So why are there people who are keen on imposing their standards, practice and faith on to others? Please practice what you preach. If you say “peace be with you”, then say it with good intention and not be a hypocrite.

    I see no threat from the syiah. In fact, they have been badly bruised, persecuted and harmed by the Sunnis with daily bombings and killings, particularly in Iraq, Pakistan and Afghanistan. Now that hatred has spread to Syria. And yet, despite all that, they are the ones who have been vocal in the Palestinian cause.

    If we were to study the Koran, i believe, it has nothing to do with religion. In fact, my humble opinion, it is a book that warns the masses against the tyranny of religion and ideologies.

    Like

Leave a reply to sputjam Cancel reply