Menyusuri Kehebatan Melaka

Kehidupan yang baik menjadi aspirasi semua rakyat. Untuk terus maju dan berpeluang menikmati kehidupan yang lebih baik itu maka daya usaha dan daya saing adalah antara resipi kejayaan yang kritikal. Setelah berjaya, maka kita berhak untuk berbangga di atas hasil titik peluh kita itu.

Tetapi kita tidaklah perlu angkuh dan takbur sehingga menidakkan kejayaan orang lain. Jauh sekali memutarbelitkan fakta untuk membolehkan kejayaan itu dilaungkan.

Dalam konteks Malaysia, dan berpaksikan semangat 1Malaysia, semua negeri diakui berjaya dengan pencapaian masing-masing, termasuklah Perlis – negeri tercomel itu. Perlis, misalnya, boleh berbangga dengan buah mangganya. Begitu juga dengan Pulau Pinang. Ia boleh berbangga dengan jambatannya yang terpanjang di ASEAN, sebagai contoh.

Tetapi apabila kebanggaan dan semangat bersaing itu telah melepasi sempadan sehingga pihak lain terasa kejayaannya pula dinafi atau diperkecilkan maka eloklah ianya diperbetulkan secara baik berserta dengan fakta yang sahih.

Melaka & Pulau Pinang

Dalam hal ini, sukalah di ketengahkan kehebatan tertentu Melaka yang melebihi sesetengah negeri seperti Pulau Pinang. Perbandingan ini bukanlah dengan tujuan untuk menafikan kejayaan pulau tersebut dari aspek-aspek yang lain. (Catatan: sebelum ini saya telahpun membuat perbandingan antara Melaka dan Kelantan).

Malah diakui bahawa terdapat beberapa persamaan antara Melaka dan Pulau Pinang. Misalnya, kedua-duanya adalah Negeri Selat, tidak ada Raja dan tiang seri kedua-dua ekonomi ialah sektor perkhidmatan dan sektor  pembuatan.

Dalam pada itu, Bandaraya Melaka Bersejarah dan George Town merupakan adik beradik kembar yang diisytiharkan sebagai Bandaraya Warisan oleh UNESCO pada hari yang sama. Walau bagaimanapun, Bandaraya Melaka Bersejarah merupakan abang kepada George Town!

Bandaraya Warisan di Melaka telah menjadi salah satu produk pelancongan terulung. Iltizam dan kegigihan YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam melonjakkan sektor pelancongan telah menarik perhatian The New York Times sehingga ianya terpanggil untuk menyenaraikan Bandaraya Melaka Bersejarah di tangga ke 28 daripada 45 buah bandaraya yang patut dilawati pada tahun 2012!

Di Malaysia, hanya Bandaraya Melaka Bersejarah sahaja yang dipilih oleh akhbar tersebut!

Kehebatan Melaka

Ekonomi

Yang amat membanggakan Melaka ialah ia merupakan negeri pertama di Malaysia yang telah mencapai tahap negeri MAJU (90.6%) berdasarkan 32 indikator yang dipelopori oleh OECD, sebuah pertubuhan eksklusif negara-negara maju yang beribu-pejabat di Paris. Bukan saja maju berdasarkan indikator kuantitatif itu malah disokong pula oleh  indikator kualitatif di mana lebih 80% penduduk Melaka juga berpendapat negeri mereka telah mencapai tahap maju!

Tahap maju itu pula diperkukuhkan lagi oleh kejayaan unik Melaka mencapai tahap MAPAN di SELURUH negeri sejak tahun 2009; negeri TUNGGAL di Malaysia yang mencapai tahap tersebut! Kemapanan atau sustainability ini adalah kritikal dalam mendepani ancaman kepanasan global dan perlunya menggiatkan amalan teknologi hijau.

Yang penting, penduduk Melaka dapat menikmati kehidupan dunia maju dan mapan itu; ianya bukan sekadar statistiks yang tidak bernyawa di atas kertas saja!

Sebagai contoh, seluruh penduduk Melaka telah mendapat akses kepada kemudahan bekalan AIR PAIP terawat (terbersih selepas Putrajaya) dan bekalan LETRIK sejak tahun 2005, di samping kemudahan-kemudahan prasarana lain yang baik seperti jaringan jalanraya (sampai ke tangga rumah), pendidikan dan kesihatan. Dalam konteks ini, Melaka bukan saja berada di depan negeri-negeri lain di Malaysia malah meninggalkan negara-negara maju seperti Australia, Britain, Kanada, Korea Selatan dan USA!

Keselesaan hidup yang baik itu menjadi lebih sejahtera dan bermaruah lagi apabila Datuk Seri berjaya mengatasi masalah KEMISKINAN dan PENGANGGURAN secarakonsisten.

Kemiskinan tegar telah dapat dihapuskan pada tahun 2008 manakala kemiskinan biasa virtually sifar (0.5%)!

Begitu juga dengan pengangguran – virtually sifar (0.3%)! Datuk Seri telah berjaya memacu pertumbuhan ekonomi yang rancak dengan menwujudkan banyak peluang pekerjaan sehinggakan penduduk Melaka telah dapat menikmati gunatenaga penuh sejak tahun 2000 lagi!

Sekali lagi Melaka berada di tangga teratas dari segi kejayaan menangani kemiskinan dan pengangguran; bukan saja di Malaysia bahkan juga berbanding dengan negara maju OECD yang sedang bergelut dengan kedua-dua masalah ini! Hebat sungguh!

Berhubung dengan ekonomi (GDP), Datuk Seri bukan saja mampu memacu pertumbuhannya  bahkan, lebih crucial lagi, mampu mempastikan pertumbuhan yang MAPAN dalam persekitaran ekonomi global yang hostile dan mencabar. Inilah yang amat getir. Kemapanan itu dicerminkan oleh purata pertumbuhan GDP bagi tempoh 2000 – 2011 adalah sebanyak 5.3% setahun.

Kerancakan pertumbuhan ekonomi ini yang boleh meningkatkan pendapatan tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat jika peningkatan pendapatan itu habis dihakis oleh kenaikan KADAR INFLASI. Walau bagaimanapun, kita bernasib baik kerana, sama seperti isu kemiskinan dan pengangguran, isu inflasi telah mampu diurus dengan cemerlang oleh Datuk Seri.

Kadar inflasi bagi tempoh 9 bulan pertama tahun ini adalah rendah; hanyalah 1.9%. Ia berjaya diturunkan dari 2.9% pada tahun lalu. Bagi tempoh 11 tahun (2001 – 2011) yang lepas, purata kadar inflasi setahun adalah 2.5%; di bawah threshold 3%. Satu rekod yang cemerlang dan hebat; lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan rekod inflasi di Singpaura, Indonesia dan India, misalnya, yang melebihi 4%!

Sektor Awam

Dari segi pengurusan kewangan Kerajaan pula, Melaka telah berjaya “mengekalkan rekod BAJET LEBIHAN bagi tempoh sembilan tahun berturut-turut sejak tahun 2005”, sepertimana yang dimaklumkan oleh Datuk Seri dalam Dewan Undangan Negeri pada  29 Oktober lalu.

Sekali lagi ini merupakan rekod yang gemilang dan hebat kerana ia bertaraf mapan. Rahsia kehebatan itu ialah pendekatan pembangunan berimbang yang menjadi tiang seri Visi dan Misi Melaka Maju.

Kemapanan dan kecekapan menguruskan kewangan ini disahkan oleh Ketua Audit Negara apabila Melaka mendapat Sijil Bersih ke Atas Akaun Awam Kerajaan Negeri selama 11 tahun berturut-turut sejak 2001! Sekali lagi Melaka hebat!

Kehebatan dari segi kecekapan dan kompetensi jentera kerajaan negeri Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri bertambah terselah lagi baru-baru ini. Kehebatannya diiktiraf pula oleh Kerajaan Pusat  apabila ia merupakan negeri tunggal menggondol kedua-dua Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat & Komunikasi (AIICT) serta Inovasi Pentadbiran Daerah & Tanah (AIPDT) sempena Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam 2011 pada 1 November 2012. Huh…hebat..hebat!

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri, Datuk Wira Setiausaha Kerajaan Negeri dan semua warga sektor awam di atas kehebatan dan kejaayaan cemerlang itu.

Mercu Tanda

Kehebatan dalam menguruskan kedua-dua sektor ekonomi dan sektor awam ini, di samping kejayaan di bidang-bidang lain,  menjadi mercu tanda kegemilangan pentadbiran Datuk Seri sepanjang 13 tahun yang lalu. Tahniah, Datuk Seri.

Oleh kerana ada pihak menjanjikan bahawa mereka boleh melaksanakan lebih baik lagi dan ada pulak tu yang percaya walaupun  tidak ada bukti maka janji kerajaan BN untuk terus memperbaiki taraf hidup rakyat tentulah lebih layak dipercayai kerana ia bersaksikan banyak bukti kejayaan yang hebat-hebat!

Kaji dan susurilah kehebatan kerajaan BN, khasnya di Melaka.

Dikembalikan kepada rakyat untuk membuat penilaian dan keputusan. Aminnn.

PETUNJUK PENCAPAIAN

No.        Butiran                                             Melaka                       P.Pinang

 1.           Destinasi Pelancongan 2012        28/45                    Tak Tersenarai

 2.           Tahap maju                                      Sudah dicapai              Belum

 3.           Mapan                                              Seluruh Negeri            George Town

 4.           Bekalan air terawat (% Isi Rumah)    100.0                           99.8

 5.           Bekalan letrik (% Isi Rumah)              100.0                             99.5

 6.           Kemiskinan (%);  2009                         0.5                                 1.2

 7.           Pengangguran (%); ST2/2012            0.3                                 1.9

8.           Inflasi (%); Jan – Sept 2012                 1.9                                  2.0

 9.          Bajet Lebihan 2012 (RM Juta)          +0.167                           (-)213.71

 10.        Bajet Lebihan  2013 (RM Juta)        (+)0.112                        (-)262.04

 11.          Anugerah Inovasi Sektor Awam          2                                    0

Sumber: Pelbagai.

, ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: