SALAH GUNA DADAH: MARILAH BANTU NEGERI PEMBANGKANG (CONTOHILAH MELAKA!)

Saya sering menulis isu-isu ekonomi dan kemiskinan; kadang-kadang saya menyentuh isu gejala sosial . Kali ini saya ingin menyentuh sepintas lalu satu aspek gejala sosial iaitu penyakit salah guna dadah.

Untitl

Sesungguhnya penduduk Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau amatlah bertuah dan wajar bersyukur kerana masalah salah guna dadah bukan saja rendah malah terus menurun di negeri ini. Pada tahun 2009, bilangan mereka adalah seramai 327 orang. Ianya telah dapat dikurangkan dengan ketara sebanyak 46% kepada 176 orang pada tahun 2010.

Dalam tempoh yang sama, bilangan penagih dadah di Pulau Pinang (3,753), Selangor (3,548), Kedah (2,507) dan Kelantan (2,360) bukan saja tertinggi di seluruh negara malah terus melonjak. Peratus lonjakannya adalah antara 24% hingga 90%!

Hampir tiga suku penagih ini adalah golongan belia (19 – 39 tahun). Mereka merupakan kumpulan yang aktif dari segi ekonomi dan reproduktif. Justeru kehilangan sumbangan daripada mereka merupakan satu kerugian besar kepada negara dan generasi akan datang. Lantaran itu, masalah ini perlulah ditangani bersama dengan berkesan, holistik dan segera.

Syukur kita kepada Allah swt dan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam (DAR) kerana beliau berjaya mengawal dan memerangi penyakit masyarakat tersebut di Melaka.

Beliau pula tentu gembira kerana dapat melihat sendiri hasil titik peluhnya itu. Gambar beliau berpeluk tubuh dan senyum itu merupakan manifestasi air muka seorang yang berjaya, confident dan berwawasan!

Sebagai rakyat yang tahu bersyukur dan berterima kasih, kita juga insaf terhadap saudara mara kita di negeri-negeri lain, terutama di empat buah negeri berkenaan. Marilah kita sama-sama bantu mereka di bawah semangat 1Malaysia.

Salah satu cara ialah kita mengalu-alukan kedatangan kesemua Menteri Besar/Ketua Menteri mereka untuk berbincang dan belajar dari DAR.

Cungkillah rahsia beliau menguruskan negeri ini sehingga berjaya dengan cemerlang; bukan saja berjaya dari segi ekonomi dan pembangunan prasarana serta bersih dan indah hingga diakui maju oleh OECD malah mampu mengatasi pelbagai penyakit sosial seperti pengangguran, kemiskinan dan salah guna dadah.

Jadikanlah Melaka sebagai contoh, model atau penanda aras!

Dalam pada itu, tiga pra syarat ini hendaklah terlebih dahulu dipenuhi sebelum memulakan prakarsa tersebut. Sesungguhnya inilah juga penyakit yang sebenar; bukan simptom.

Pertama, mengubati penyakit sindrom penafian. Pemimpin dan rakyat negeri-negeri berkenaan hendaklah mengakui dan menerima hakikat penyakit sosial kronik yang sedang mereka hidapi itu. Janganlah menafikannya, seoalah-olah semuanya sihat dan segar belaka.

Kedua, muasabah dan mengakuilah kelemahan / kesilapan sendiri. Yang demikian, barulah kelemahan / kesilapan itu boleh diperbetulkan.

Ketiga, buanglah jauh-jauh pendekatan mempertahankan pemimpin yang bersalah kerana ia mirip kepada sifat assabiyah yang merugikan. Sifat buruk inilah yang membuai pemimpin menjadi selesa sehingga membuat mereka terfikir yang mereka adalah maksum.

Setelah sedar betapa lemah dan teruknya pemimpin itu maka buatlah apa yang patut demi kebaikan masa depan bersama.

Jika tiga pra syarat ini dapat dipenuhi maka ruang pembaikan terbuka luas dan mudahlah kita menolong mereka. InsyaAllah.

,

  1. #1 by oviruses65@kiyaijr.com on December 19, 2012 - 12:12 pm

    Reblogged this on Oviruses 65.

  2. #2 by kepalangantuk on December 26, 2012 - 5:02 pm

    Berdasarkan jumlah penduduk,

    http://www.statistics.gov.my/portal/download_Stats_Negeri/files/State/2010/Melaka/06Penduduk.pdf

    Bilangan penagih per populasi di Selangor hanyalah 3 kali jumlah penagih di Melaka, 0.06% berbanding 0.02%, walaupun populasi Selangor ialah hampir 7 kali lebih besar dari populasi Melaka, 5.46 juta berbanding 0.82 juta.

    Walaubagaimanapun, syabas kepada negeri Melaka kerana berjaya mengawal bilangan penagih di dalam negeri tersebut.

  3. #3 by zelanwahab on May 4, 2013 - 8:36 pm

    Kekakan Melaka sebagai kubu BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: