PRU 13: Iltizam Kaum Cina Untuk Menegakkan Ketuanan Cina!

PRU ke 13 telah sebulan setengah berlalu. Keputusannya telah diketahui ramai: BN menang dengan majoriti mudah – 133 buah kerusi parlimen; merosot 7 kerusi tetapi berjaya merampas kembali Kedah; pembangkang pula menang 89 kerusi parlimen.

Banyak sebab telah diberikan berhubung kemerosotan itu; antaranya kesilapan memilih/meletakkan calon, kelemahan jentera dan sabotaj dari dalam parti. Apapun, sebab yang paling besar, seperti yang diungkapkan oleh YAB Dato’ Sri Najib ialah tsunami Cina!

Agar saya tidak disalah-tafsirkan sebagai rasis, maka sebelum saya menulis lebih lanjut lagi, eloklah saya tegaskan bahawa kaum Cina adalah pragmatis dan bijak menggunakan peluang keemasan yang ada.

Adalah tidak salah mereka BERSATU menggunakan hak demokrasi yang mereka miliki sebagai rakyat Malaysia. Justeru adalah juga tidak salah mereka BERSATU mahu memilih/memangkah mana-mana parti yang mereka suka.

Lantaran hakikatnya mereka secara sukarela dan demokratik telah mengundi keluar dari kerajaan Barisan Nasional (BN) dan memilih berpayung di bawah pembangkang. Yang demikian, mereka sewajarnyalah (deserve) TIDAK berhak mendapat apa-apa hak dan keistimewaan sebagai ahli sebuah parti yang menang.

Orang Melayu pula disebaliknya; kurang pragmatis dan kurang bijak serta TIDAK bersatu! Janganlah salahkan ibu mengandung.

Orang Cina telah melihat dan menyambar peluang serta tawaran yang diberikan oleh Dato’ Seri Anwar kepada kaum mereka. Anwar bukan sahaja bersedia memberikan peha, bahkan nampaknya sanggup menghadiahkan celah peha asalkan nafsu kemaruknya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.

Lantaran itu, pada hemat orang Cina, INI KALI LAH bagi kaum mereka untuk mencapai strategi jangka panjangnya yang ketiga: MEREBUT KUASA POLITIK. Dua strategi pertama telahpun berjaya – kerakyatan dan kuasa ekonomi.

Mereka telah menyeru supaya bersatu dalam menumbangkan kerajaan BN, sepertimana yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau pada 13 Jun 2009.

Ia boleh ditafsirkan sebagai prakrasa dan iltizam untuk menumbangkan kerajaan yang bertunjangkan Pribumi/Islam dan menggantikan dengan sebuah kerajaan yang berteraskan bukan Islam dan kaum minoriti Cina pula menjadi dominan ataupun, dalam lain-lain perkataan, ingin menegakkan ketuanan Cina.

Justeru PRU ke 13 telah mereka rancangkan sedemikian rupa dari peringkat persiapan menyerang, pertahanan, pemilihan dan peletakan calon dan sebagainya. Hasilnya, walaupun mereka tidak menang, tetapi komposisi calon-calon yang berjaya itu adalah manifestasi rancangan tersebut!

Natijahnya, di pihak pembangkang, bilangan MP Bukan Islam adalah jauh lebih ramai iaitu 50 orang atau 56% berbanding MP Islam hanyalah 30 orang atau 44%! MP Cina pula adalah seramai 39 orang atau hampir empat kali ganda lebih ramai jika dibandingkan dengan MP Cina dalam BN!

Dalam BN, terdapat seramai 97 MP Pribumi / Islam atau 73% dan 21 MP lagi Pribumi Bukan Islam atau 16%. MP Cina hanyalah 11 orang atau 8%!

Lantaran itu, adalah tidak salah jika dibuat kesimpulan bahawa orang Cina telah bersatu untuk menumbangkan kerajaan yang bertunjangkan Pribumi/Islam dan menggantikan dengan kerajaan yang bertunjangkan Bukan Islam/orang Cina!

Kerana laungan “INI KALI LAH” untuk mereka boleh merebut kuasa maka ahli-ahli MCA dan Gerakan dari kaum Cina telah menjadi pengkhianat parti dan berduyun-duyun lari bersekongkol dengan DAP. Lalu Tsunami Cina, sepertimana yang diungkapkan oleh Najib, adalah tepat sekali!

Tanpa sokongan padu Bumiputra di Sabah dan Sarawak, BN telah kalah pada tahun 2008 lagi!

Ada pendokong MCA mengingatkan orang UMNO bahawa orang Cina telah menyokong BN semasa PRU 1999. Tanpa sokongan mereka, mungkin BN kehilangan lagi banyak kerusi dalam PRU berkenaan. Setuju.

Tetapi mari kita tanya soalan ini: kalaulah orang Cina dihidangkan pada tahun 1999 itu peluang yang sama seperti tahun 2013, tidak mungkinkah orang Cina sudah merebut peluang tersebut dan menumbangkan BN pada tahun itu juga?

Melihat dan menilai sikap, pemikiran dan strategi orang Cina di Malaysia ini pada tahun 2008 dan 2013 maka jawapannya, tanpa melupakan tulisan pada tahun 2009 di atas dan malapetaka PRU 1969, tidak lain dan tidak bukan tentulah YA!

Dengan mengambil kira:

(a) sikap dan iltizam kaum Cina sedemikian rupa,
(b) kemasukan pemilih baru kira-kira 2.64 juta orang nanti,
(c) kawasan bandar akan semakin besar (dari 71% kepada 77%) kelak, dan
(d) penetrasi internet pula akan melebihi 75% nanti

apakah pelan tindakan BN/UMNO untuk kekal menang dengan selesa dalam PRU ke 14 nanti? Atau kaum minoriti Cina berjaya menegakkan pula ketuanannya di Malaysia ini.

Kalaulah iltizam orang Cina ini menjadi realiti maka Pribumi / orang Melayu hendaklah bersedia menghadapi malapetaka penghapusan mereka secara sistematik, sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Cina Singapura. Malapetaka tersebut telah diterangkan dengan jelas oleh Dr Lily Zubaidah. Layarilah http://www.zul4kulim.blogspot.com bertajuk “Ketuanan Cauvinis”!

Slide5

Slide6

Artikel yang disiar di dalam Utusan Malaysia

Artikel yang disiar di dalam Utusan Malaysia

, , ,

  1. #1 by NP on June 23, 2013 - 11:33 am

    Salam Dato’ DarahTuah,

    PRU-13 adalah antara KEKAL status quo perkongsian kuasa antara kaum yang diamalkan oleh Barisan Nasional yang mana menjaga hak-hak seperti termaktub dalam Perlembagaan tanpa mengenepikan mana-mana kaum. Dan PRU-13 juga adalah nekad UBAH segala bentuk status quo dengan sistem Malaysian Malaysia yang mahukan segala bentuk hak-hak istimewa yang mereka dakwa diskriminasi dihapuskan walaupun ianya bercanggah dengan Perlembagaan.

    PRU-13 bukannya berkenaan diskriminasi kaum. Kerana dasar-dasar kerajaan terhadap semua kaum sentiasa terbela dalam masa yang sama menjaga hak-hak yang sudah termaktub. Dasar-dasar yang dilakukan oleh Dato’ Sri Mohd Najib sangat terbuka dengan mengiktiraf pencapaian semua kaum dengan melihat kepada merit.

    Kaum Cina tidak melihat ada ruang lagi bagi mereka melakukan tawar-menawar banyak perkara di dalam BN. Manakala, di pihak PR, Anwar sanggup membuang segala bentuk status quo ini dengan memberikan janji populis berbentuk jawatan strategik seperti Timbalan Perdana Menteri kepada Lim Kit Siang.

    http://kembarapolitik.blogspot.com/2013/05/pru-13-sebab-utama-kaum-cina-undi-dap.html

  2. #2 by sputjam on August 26, 2013 - 12:34 pm

    Sukar untuk kaum minoriti menyokong kerajaan yang wujudkan polisi diskriminasi sebagai polisi memerintah. orang melayu pun akan menolak pemerintah yang merendahkan murtabat mereka.
    Halangan yang dikenakan kepada pelajar minority mengecewakan semangat dan cita-cita. Sebab itulah kaum minority bukan bumiputra secara amnya mengundi parti bukan Bn sebagai protes. Mereka perlukan harapan baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: