Usul Ekonomi: Kedudukan Ekonomi Bumiputera – Matlamat Masih Jauh

Ucapan perbahasan di Perhimpunan Agung Umno yang baru lepas ini:

____________________________________________________________

Bismillah… Asm’kum wbt.

YBhg Tan Sri Pengerusi Tetap yang dihormati,

YAB Presiden UMNO Malaysia yang dikasehi,

YAB Timbalan Presiden UMNO yang disayangi,

Para pemimpin dan kerabat UMNO di dalam dan di luar Dewan yang Allah rahmati, khasnya YAB DS Ir Idris Haron, Pengerusi BPUNM.

Nama saya AKBAR ALI,

Ikan tuka, ikan masin

Wakil Melaka, UMNO Bahagian Jasin.

  1. Terlebih dahulu izinkan saya  merakamkan ribuan terima kasih kerana turut diberi peluang untuk membahaskan usul ekonomi yang penting ini.
  2. Seterusnya saya ingin merakamkan setinggi penghargaan terhadap parti keramat ini yang telah banyak berjasa dalam menggubal, melaksana, mempertahan dan melindungi hak Melayu dan Bumiputera serta kaum-kaum lain juga, termasuklah saya dan keluarga saya yang turut mendapat manfaatnya. 

YBhg Tan Sri Pengerusi Tetap,

Kejayaan

  1. UMNO Melaka menyokong usul ekonomi sepertimana yang telahpun dihuraikan oleh YBhg. Dato’ Dr Awang Adek itu. Di ruang dan peluang yang terhad ini, UMNO Melaka  akan lebih menumpukan kepada mengupas the disturbing re-emerging issues dan matlamat yang masih jauh untuk dicapai.
  2. Selanjutnya, UMNO Melaka  akan mengangkatkan beberapa syor demi untuk menyokong iltizam YAB Presiden ke arah memperkasa ekonomi Bumiputera, seperti mana yang telah pertama kali beliau lafazkan pada 14 September lalu. Kini beliau telah mengulangi dan menegaskannya beberapa kali, termasuklah dalam ucapan perasmian beliau semalam.
  3. Cuma saya agak terpinga-pinga  mengapa tidak semua pak menteri UMNO dan pak menteri dari parti-parti komponen BN yang lain  turut menzahirkan sokongan mereka sedangkan agenda ini telahpun diangkat oleh YAB PM sebagai sebahagian dari agenda nasional! Adakah mereka tidak berkongsi impian dan visi yang sama?

 

YBhg Tan Sri Pengerusi Tetap,

  1. Kejayaan parti keramat kita telahpun dihuraikan oleh YAB Timbalan Presiden tiga hari lalu dan YAB Presiden semalam. Rengkasnya, UMNO telah berjaya delivering dengan cemerlangnya tuntutan hakiki dan aspirasi rakyat SEMUA kaum yang merangkumi 4 aspek crucial iaitu keamanan, kebahagian, kemakmuran dan pembangunan.
  2. Outcomenya, Malaysia mampu menjadi the best one third teratas di persada dunia berdasarkan  Global Peace Index, World Happiness Index, Legatum Prosperity Index dan Human Development Index.
  3. Lantas tepat sekalilah UMNO menjadi payung kita:

Anak duri anak tenggiri,

Dalam belanga bertemu jodoh,

UMNO umpama payung negeri,

Tempat kita tumpang berteduh.

  1. Maka wajar sekali parti UMNO, yang telah banyak berjasa kepada semua rakyat berbilang kaum, disanjung dan dijunjung, bak kata pantun Melayu:

Dari Rengit pergi ke Bentung,

Membeli nyiur di pasar Tanjung,

Bumi tersenget langit tergantung,

Jasa UMNO tetap dijunjung!

 

YBhg Tan Sri Pengerusi Tetap,

Matlamat masih jauh   

  1. Di celah-celah kejayaan yang kita raikan itu dan di antara sorak sorai yang kita laungkan, kita hendaklah menerima hakikat bahawa walaupun kita kini telah berada di kedudukan yang jauh lebih baik berbanding pada tahun 1970an, namum matlamat yang hendak kita kejar itu masih jauh lagi. Di antara tepukan dan pekikan, terselit pula beberapa isu lama yang timbul semula. Semua ini menunut ditangani segera.
  2. Seperti yang diungkapkan oleh YAB Presiden, Bumiputera merupakan golongan terbesar di bumi bertuah ini iaitu 67.9% atau lebih dari dua pertiga! Apa yang perlu kita terjemahkan dari penegesan beliau itu ialah 67.9%  ini hendaklah dijadikan benchmark atau penanda aras baru dalam perancangan, pelaksanaan dan sasaran kita. Bukan lagi 30%. Sasaran 30% itu sesuai semasa DEB digubal tetapi kini ianya perlu dikemaskini.
  3. Berdasarkan penanda aras yang baru ini iaitu 67.9%, maka angkubah-angkubah kritikal berikut masih jauh dari sasarannya:
  • Pendapatan kasar isi rumah bulanan kita hanyalah di tahap 59.2%.
  • Syer pendapatan 40% isi rumah Bumiputera terbawah hanyalah 15.1% iaitu masih di tahap 1989!
  • Golongan profesional 44.7%,
  • Milikan ekuiti 23.5%, (tawaran saham khas untuk Bumi  2013 hanya 7%; sepatutnya 12.5%! Mohon YAB DS / Tok Pa tolong jelaskan)
  • Tabungan 9.7%,
  • Premis industri 4.5%,
  • Bangunan perdagangan 5.4%,
  • Rumah kediaman 26.1%, dan
  • Milikan tanah di salah sebuah negeri tertentu 42.5%.
  1. Mengenai pemilikan tanah, saya ingin menarik perhatian kepada Wasiat Raja-Raja Melayu yang telah diingatkan oleh YAB Presiden semasa melancarkan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada 14 September lepas.
  2. Raja-raja Melayu telah mewasiatkan 50% Tanah Simpanan Melayu, setelah ditolak gunung ganang, tasik dan hutan simpan. Baki 50% lagi direbut bersama kaum-kaum yang lain. Ini bermakna, Bumiputera  sewajarnya memiliki lebih 50% keluasan tanah  di negara kita sendiri, setelah ditolak gunung ganang, tasik dan hutan simpan. Malanganya di sebuah negeri tertentu itu di mana rakyat Bumiputeranya seramai 66.9% tetapi hanya memiliki 42.5% sahaja!
  3. Tanah adalah paksi kepada segala-galanya di sesebuah negara bangsa. Justeru atas keinsafan ini, UMNO Melaka mohon kepada YAB Presiden agar dapat menerangkan kedudukan sebenar pemilikan terkini tanah mengikut negeri, kaum dan warganegara.
  4. Juga menjadi minat kami untuk mengetahui kedudukan pemilikan tanah terkini di Iskandar Malaysia yang luasnya 1.3 kali ganda lebih besar dari Melaka atau 3.1 kali ganda lebih besar dari Singapura.
  5. Secara jujur, kita tidak mahu senasib dengan ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, sepertimana yang dibimbangi oleh allahyarham Tan Sri Aminudin Baki.

 

YBhg Tan Sri Pengerusi Tetap,

Jurang melebar semula

  1. Masalah  matlamat yang masih jauh itu, seperti yang saya senaraikan tadi, diburukan lagi oleh jurang yang melebar semula selepas 2009. Sebagai contoh, nisbah purata pendapatan kasar isi rumah bulanan Bumiputera telah melebar berbanding isi rumah orang Cina. Pada tahun 2009, setiap RM1 yang dimiliki isi rumah Bumiputera, isi rumah Cina memiliki RM1.38. tetapi pada tahun 2012, pendapatan isi rumah orang Cina meningkat kepada RM1.43.
  2. Jurang pendapatan antara isi rumah luar bandar dan bandar turut melebar.
  3. Dalam tempoh yang sama, peratus pemilikan nilai premis terraced factory oleh Bumiputera merosot dari 45% kepada 35.1%, bangunan perdagangan dari 5.8% kepada 5.4% dan rumah kediaman dari 27.2% kepada 26.1%!

 

Syor UMNO Melaka

  1. Sehubungan itu, UMNO Melaka ingin mencadangkan beberapa resipi untuk membantu parti dan kerajaan mencapai matlamat yang masih jauh itu dan sekali gus membantu merapatkan semula jurang yang kian melebar.
  2. Dalam menegaskan hak kita, kita hendaklah mencontohi ketegasan dan keberanian Allahyarham Dato’ Onn Jaffar. Kita jangan bersikap apologis dan defensif; jangan berbisik-bisik macam suara itik nila atau itik serati.
  3. Namun, ingin  ditegaskan juga di Perhimpunan yang bersejarah ini, agar kawan-kawan kita bukan Bumiputera tidak gunda gulana, bahawa usaha untuk membantu Bumiputera bukanlah ala Robin Hood iaitu merompak harta orang kaya dan berikan kepada orang miskin.
  4. Kita akan berpaksikan falasafah orang Melayu, sepertimana yang diungkapkan dalam pantun ini:

Kita tak nak ke seberang,

Kita hanya nak ke kota,

Kita tak nak hak orang,

Kita hanya nak hak kita!

  1. Atas semangat sedemikian, UMNO Negeri Melaka menyarakan 8 perkara  berikut:

Pertama       –        menyokong iltizam dan usaha parti untuk terus memelihara dan melaksanakan keistemewaan Bumiputera yang dipahat di  bawah Perkara 153 Perlembagaan Malaysia kerana kini  terdapat suara-suara sumbang untuk merobeknya.

Perkara 153 ini berkait rapat dengan memperkasa ekonomi Bumiputera iaitu kemasukan ke perkhidmatan Awam, biasiswa dan latihan serta lesen dan permit. Ia termasuklah AP  bagi kereta impot yang tidak wajar dihapuskan, sepertimana  lesen casino tidak dihapuskan. Ia boleh dianggap sebagai unconstitutional, jika ianya dimansuhkan.

Sukalah saya sama-sama mengingatkan bahawa keistemewaan, hak, taraf dan kedudukannya dilindungi serta tidak boleh dipersoal dan dipertikaikan, sepertimana yang dilarang oleh Perkara 10 Fasal (4). Justeru janganlah ada bukan Bumi dan Melayu liberal yang cuba merobek dan membuang Perkara 153 dan Perkara-perkara lain seperti Perkara 3 (agama Islam), Perkara 89 (Tanah Rizab Melayu) dan Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan) sedangkan anak cucu cicit kaum migran terus menikamti kerakyatan mereka di bawah Bahagian 3, Perlembagaan sehingga ada matahari dan bulan!

Perkara 153 hendaklah terus dikekalkan sekalipun affirmative action  sudah tidak diperlukan lagi kerana kita sudah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum yang lain pada suatu hari nanti. Ia hendaklah dikekalkan sepertimana kita mengekalkan Perkara 5 (Hak kebebasan diri) dan Perkara 10 (Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan).

Kedua         –        Memperkasa usaha untuk Bumiputera mencapai kemerdekaan ekonomi bagi mengisi kemerdekaan negara.

Ketiga         –        Menegaskan keseimbangan antara pertumbuhan dan agihan atau growth with equity; agihan tanpa pertumbuhan merupakan pengagihan kemiskinan manakala pertumbuhan tanpa agihan pula boleh melebarkan lagi jurang, sepertimana yang berlaku selepas 2009.

Keempat      –        membina aset hartanah mampu milik di samping membina rumah kediaman mampu milik.

Kelima         –        UMNO Melaka menyokong penuh langkah kerajaan menyemak semula dasar-dasarnya seperti dasar sekim subsidi yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi rantaian prakarsa konsilidasi fiskalnya.

Sesungguhnya pemberian subsidi atas nama untuk menolong rakyat miskin sudah lama patut dirombak kerana yang mendapat nikmat besar ialah orang kaya. Sebagai contoh, sektor  isi rumah hanya menggunakan gula sebanyak  3%, menurut Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah. 97% lagi digunakan oleh pihak industri seperti kilang yang membuat minuman rengan, coklat dan confectionery serta hotel dan restoran.

Ini bermakna yang medapat faedah besar dari subsidi gula ialah pihak industry; bukan isi rumah, bukan kita! Siapakah mereka yang ramai itu? Tentulah bukan kita.

Begitu juga dengan subsidi disel untuk para nelayan. 80% dari disel itu dinikmati oleh 20% nelayan besar dan kaya. Siapakah kebanyakan mereka itu? Tentunya bukan orang kita! Baki 20% lagi dinikmati pula 80% nelayan kecil dan miskin. Siapakah mereka itu? Kebanyakannya adalah nelayan Bumiputera! Maka siapakah sebenarnya yang kita tolong?

Menurut satu kajian, faedah subsidi yang dinikmati oleh seorang pemilik kereta mewah dalam tempoh satu minggu adalah bersamaan dengan faedah yang dinikmati seorang pemilik motorsikal kecil bagi sepanjang tahun. Tentulah kita tahu siapa yang paling ramai memiliki kereta mewah dan siapa pula yang paling ramai memiliki motorsikal kecil!

Maka jelas sekali subsidi-subsidi  inilah yang membantu menggunungkan bukit, mendalamkan lurah dan melebarkan lagi jurang.

Dalam konteks ini, perjuangan Bumiputera tidak lebih ibarat kerbau yang penat membajak di sawah tetapi kucing yang kenyang makan nasi di rumah!

Lantaran  sebab itulah, maka, secara tersirat, kerajaan mahu merombak semua sekim subsidi ini. Syabasy YAB DS dan YB DS Husni yang menjadi arkiteknya.

Keenam       –        Dalam pada itu, UMNO Melaka juga  ingin mencadangkan agar kerajaan turut mengkaji  semula semua dasar kerajaan yang lain yang merugikan atau membunuh Bumiputera. Saya sentuh dua saja iaitu  pendekatan meritokrasi dan sistem kuota.

Meritokrasi memang berguna, terutama sekali di pasaran yang hebat persaingannya. Tetapi melaksanakan meritokrasi di padang permainan yang tidak sama rata hanyalah melebarkan lagi jurang antara kaum dan antara golongan sosio-ekonomi yang berbeza kerana ia umpama undang-undang rimba dan kita pula belum duduk sudah belunjur. Maka tanpa disedari kita telah menyusukan kera di hutan!

Contohnya ialah keputusan PTPTN menukar pinjaman kepada biasiswa bagi mereka yang lulus ijazah kelas pertama. Kerana padang yang tidak sama rata, untuk makluman semua, hanya 19% sahaja faedah itu dinikmati oleh mahasiswa Bumiputera manakala baki 81% lagi pergi kepada mahasiswa bukan Bumiputera.

Dari segi sosio-ekonomi pula, hanya  33% dinikmati oleh mereka yang dari keluarga berpendapatan bawah RM2,000 sebulan manaklah baki 67% lagi dinikmati oleh mereka yang dari keluarga berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan. Dari segi nilai, difahamkan ia melibatkan RM500 juta setahun. Sekali lagi, outcomenya jurang melebar semula.

Sistem kuota yang kita amalkan sekarang adalah merugikan dan boleh membunuh kita. Sebagi contoh kuota kemasukan ke IPTA adalah B55:BB45; kuota rumah kediaman luar bandar B60:BB40; rumah kediaman bandar B40:BB60; bangunan perniagaan luar bandar B40:BB60 dan bangunan perniagaan bandar B35:BB65! Tanpa sedar kita merancang untuk gagal, bukannya gagal merancang! Sepatutnya kuota itu hendaklah semuanya B68:BB32!

Ketujuh       –        memberi focus kepada golongan makan gaji.

Satu characteristic yang ingin saya ketengahkan ialah, di kalangan gunatenaga Bumiputera, 69% adalah sebagai pekerja makan gaji, 29% bekerja sendiri seperti petani, nelayan serta peniaga kecil dan hanya 2% adalah majikan. Ini bermakna tumpuan pertama untuk menolong Bumiputera  adalah mereka yang makan gaji.

Jika tidak ditolong mereka ini maka bermaknalah kita tidak menolong bangsa kita. Namun ia tidaklah bermakna kita tinggalkan langsung yang baki  31% itu. Apabila kita fahami ini maka barulah kita boleh fahami mengapa isi rumah Bumiputera adalah yang teramai dalam kumpulan pendapatan 40% terbawah  iaitu 75%, seperti yang terkandung dalam buku MBE.

Keadaan ini berlaku kerana gaji sebenar atau real wages pekerja bawahan menurun dan kenaikannya pula ditekan oleh kebanjiran pekerja asing. Oleh itu kita mohon supaya kerajaan menyemak semula dasar gunatenaga yang tidak selari dengan wawasan  negara berpendapatan tinggi ini.

Keadaan ini juga berlaku kerana diskriminasi kaum yang serius berleluasa di sector swasta dan sector ini merupakan majikan terbesar di mana 90% pekerja bekerja di situ.

Contoh yang saya boleh berikan adalah berdasarkan Tracer Study oleh KPM. Menurut kajian tersebut, graduan Bumiputera merupakan kumpulan terbesar  iaitu 47.5% menerima gaji permulaan bulanan bawah RM1,500 berbanding 33.4% graduan Cina dan 41.2% graduan India.

Yang lebih menyedihkan lagi, bagi semua jenis aktiviti pekerjaan, menurut HIS, kita mendapat purata pendapatan kasar bulanan yang lebih rendah dari kaum-kaum lain.

Untuk menghapuskan diskriminasi ini, UMNO Melaka mencadangkan agar kerajaan mengadakan engagement yang serius dengan sector swasta sehingga mereka menghayati saranan YAB Presiden “That shared peace and collective prosperity are the true guarantors of national success”.

Matlamat seterusnya ialah untuk mendapatkan  akujanji bagi 4 perkara utama ini:

satu – menerima atau buy-in dan melaksanakan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera di sektor swasta;

dua – menghapuskan diskriminasi terhadap Bumiputera dan kaum-kaum lain;

tiga – menyusun semula guna tenaga dan kekayaan, dan

empat – mewujudkan padang permainan yang sama rata.

Kelapan       –     UMNO Melaka menyokong anjakan paradigma YAB Presiden dalam mengendalikan ekonomi negara yang bertujuan untuk serve the rakyat, bukannya golongan elite semata-mata, sepertimana yang telah beliau ungkapkan di International Forum 2013 pada 2 Disember lepas.

Dalam konteks ini, UMNO Melaka mohon mencadangkan agar dikurangkan kuasa pasaran serta dilebihkan intervensi kerajaan dengan tujuan untuk membantu Bumiputera dan kaum-kaum lain yang tertinggal.

Di era sekarang, even the great free marketeer USA sudah lari dari pasaran bebas dan mengamalkan dasar perlindungan sebab mereka, akhirnya, sudah menerima hakikat bahawa kebanyakan krisis yang melanda negara maju dan jurang melebar di Malaysia bukan kerana  kita ignore the markets but because we take them too seriously, menurut Prof Dani Rodrick.

Kita boleh ikut jejak langkah China yang lebih berjaya dalam menguruskan ekonominya. Menurut seorang pegawai tinggi kerajaan China, “in China, we make the market economy to serve the people and the State, not the market”!

  1. Dalam keghairahan menyaran dan meyeru pihak-pihak lain melakukan itu dan ini, yang lebih utama ialah Melayu dan Bumiputera sendiri hendaklah turut  melakukan transformasi sikap, ilmu dan kemahiran agar sama-sama selangkah, sederap dan sebahu dalam merealisasikan Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera ini.

YBhg Tan Sri Pengerusi Tetap,

Penutup

  1. UMNO Melaka berpendapat jika kerajaan yang diterajui oleh UMNO melaksanakan 8 perkara yang telah dihuraikan itu dan disokong pula oleh majoriti rakyat  maka diyakini Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera akan berjaya. Inilah juga yang diharapkan oleh masyarkat Melayu dan Bumiputera kerana hanya pada UMNO sahaja tempat kita semua berpaut. Justeru demi kepentingan kita jua, marilah sama-sama kita kukuh dan perkasakan parti keramat ini:

Pohon nyiur di tepi laut,

Burung gagak di pucuk kayu,

Kepada UMNO kita berpaut,

UMNO tegak, PERKASAlah MELAYU!

Para perwakilan sekelian, walaupun UMNO bukanlah sebuah parti yang sempurna atau perfect, namun saya cukup yakin bahawa UMNO adalah parti yang terbaik untuk kita: 

Anak ayam terlari-lari,

Anak itik terlompat-lompat,

Parti politik senang dicari,

Sebaik UMNO susah nak dapat.

Sekian, terima kasih… assamu’alaikum wbt

DATUK AKBAR ALI

6 Disember 2013

photo 1 photo 2 photo 3 photo 4

,

  1. #1 by Anak Halon on December 10, 2013 - 12:17 pm

    Juai…juai…juai..
    Anak Halon kaki juai…
    lu olang semua baca sini…
    http://anakhalon.blogspot.com/2013/12/anak-halon-jual-laut-melaka-kepada-cina.html

  2. #2 by mysweetbulma on December 10, 2013 - 9:54 pm

    Idea yang sangat bernas. Syabas DAA..

    • #3 by darahtuah on December 20, 2013 - 11:19 pm

      Tqvm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: