BAJET 2014 – PENGURUSAN FISKAL & HUTANG NEGARA

Untitled3fg

Untitled2vfd

1. Saya ingin memberi perhatian utama kepada dua perkara dalam Bajet 2014: (a) Teras Bajet Yang Kedua – Mengukuh Pengurusan Fiskal dan (b) Hutang Negara.

Kejayaan

2. Sebelum itu, sukalah saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB PM dan Jemaah Menteri beliau kerana terus berjaya dan mampu mengemudikan negara yang kita cintai ini, terutama di bidang ekonomi, dengan baiknya.

3. Diakui kerajaan BN tidaklah sempurna atau perfect tetapi, berdasarkan a basket of indicators, ia jauh lebih baik daripada banyak negara di dunia ini, berdasarkan outcome yang diharapkan oleh rakyat dari segi:

3.1 Pertumbuhan GDP – Malaysia = 4.5% banding dengan negara-negara lain yang lebih rendah atau menguncup seperti USA, Germany, Euro Zone dan Singapura;

3.2 Kadar pengangguran – menikamati guna tenaga penuh bertahun-tahun manakala banyak negara bergelut dengan masalah pengangguran yang tinggi seperti Jepun, China, USA dan Euro Zone;

3.3 Kadar kemiskinan – hanyalah 1.7% sedangkan banyak negara terus dicengkam kemiskinan seperti USA (15%), China (36%), Indonesia (50%) dan India (75%);

3.4 Kadar inflasi – rendah / sederhana (1.8%) berbanding dengan Negara-negara lain melebihi 4% seperti Indonesia, China dan India;

3.5 Keamanan – berdasarakan Global Peace Indeks, Malaysia di kedudukan no.29/162 di dunia;

3.6 Kebahgiaan – berdasarkan World Hapiness Index, kedudukan Malayasia no. 56/156 di dunia.

3.7 Kemakmuran – berdasarkan Legatum Prosperity Index, kedudukan Malayasia no. 44/142 di dunia.

3.8 Kemajuan – berdasarkan Human Development Index, kedudukan Malaysia no. 64/187 di dunia.

4. Rengkasnya, berdasarkan 4 petunjuk global itu, Malaysia berada di top one third di kalangan 195 buah negara di dunia.

Tuntutan

5. Agar seimbang, pada hemat saya, bajet wajarlah dilihat dari segi 5 aspek berikut:

5.1 pendapatan kerajaan (sumbangan rakyat) dan perbelanjaan (kehendak rakyat),

5.2 suasana ekonomi global (permintaan luar) dan suasana ekonomi dalam negeri (permintaan domestik),

5.3 pertumbuhan serta agihan,

5.4 keseimbangan antara kepentingan individu dan kepentingan negara, serta

5.5 pertumbuhan mapan yang turut mengambil kira tuntutan jangka pendek, sederhana dan panjang.

6. Diharaplah cadangan dan kritikan mengambil kira tuntutan yang kadangkala berkonflik ini.

Teras

7. Mengenai Teras Mengukuh Pengurusan Fiskal pula, ia merupakan kesinambungan usaha Bajet 2013, khasnya Fokus Ke-4 iaitu meneruskan konsilidasi fiskal:

7.1 meneruskan langkah perbelanjaan berhemah;

7.2 nilai untuk wang (value for money);

7.3 sasaran pulangan perbelanjaan yang lebih baik;

7.4 jabatan kerajaan bertanggungjawab ke atas barangan dan perkhidmatan yang diperolehi; dan

7.5 paras hutang kekal mapan iaitu tidak melebihi had berhemah melalui:

(a) pelaksanaan dasar makrofiskal yang baik,

(b) kepatuhan kepada peraturan fiskal, dan

(c) strategi pengurusan hutang yang berhemah.

8. Kali ini kerajaan menumpukan pula kepada:

8.1 Transformasi Perkhidmatan Awam,

8.2 Menambahbaik Pengurusan Belanjawan,

8.3 Potongan Cukai Bulanan Sebagai Cukai Muktamad,

8.4 Rasionalisasi Subsidi, dan

8.5 GST.

Pertimbangan

9. Untuk memberikan gambaran yang lengkap, sekurang-kurangnya aspek-aspek berikut hendaklah ditimbangkan:

9.1 Hasil kerajaan,

9.2 Perbelanjaan kerajaan,

9.3 Hutang kerajaan,

9.4 Tujuan kerajaan berhutang,

9.5 Kemampuan kerajaan membayar balik,

9.6 Defisit fiskal, dan

9.7 Rizab antarabangsa.

10. Hasil kerajaan terus meningkat dari RM158.6B (2009) kepada RM224.1B (2013) atau 41.3% dalam tempoh tersebut.

11. Perbelanjaan kerajaan meningkat dari RM206.6B (2009) kepada RM262.2B (2013) atau hanyalah 26.9% dalam tempoh yang sama.

12. Kadar kenaikan hasil (41.3%) yang lebih tinggi daripada kadar kenaikan perbelanjaan (26.9%) merupakan salah satu bukti kerajaan meneruskan langkah perbelanjaan berhemah.

13. Hutang Kerajaan Persekutuan (HKP), akhir Jun 2013:

13.1 benar HKP pada akhir Jun, 2013 dianggarkan berjumlah RM519.4B atau 52.6% darpada nilai GDP dan ianya menghampiri ceiling 55% yang ditetapkan tapi kini berkurangan 1.1% banding 2012 (53.7%). [Nota: ceiling Eurozone = 60%].

13.2 Namun hutang ini adalah sihat kerana:

(a) Ia adalah untuk pembangunan yang merangsang kemajuan dan menjana pendapatan; bukan untuk operasi / penggunaan (consumption);

(b) 96.8% daripada HKP adalah hutang domestik; hanya 3.2% daripada jumlah hutang tersebut adalah hutang luar negara atau 1.7% daripada GDP. Bermakna (i) tidak banyak berlaku aliran wang keluar dan (ii) peminjam dalam negeri seperti KWSP (para pencarum – pekerja) mendapat pulangan yang reliable dan stable.

14. Hutang Luar Negara (HLN), akhir Jun 2013

14.1 meningkat 12.6% dari RM252.8B (2012) kepada RM284.7B (2013); ia hanyalah 28.8% daripada GDP;

14.2 HLN kita lebih rendah dari banyak negara seperti Singpaura 110%; Itali 120% dan Jepun 200%;

14.3 HLN mengandungi hutang sektor swasta dan HKP. HKP amatlah kecil – hanyalah RM16.5B atau 5.8% daripada jumlah HLN atau hanyalah 1.7% daripada GDP;

14.4 HKP menurun dari RM18.1B (2011) kepada RM16.8B (2012) dan RM16.5B (2013).

15. Kemampuan membayar balik

15.1 HKP – Kerajaan mampu membayarnya. Bukti:

(a) Nisbah bayaran khidmat hutang kekal terurus – hanya 10.1% daripada jumlah hasil; masih di bawah threshold 15% daripada jumlah hasil;

(b) Jumlah HKP (52.6%) tidak melebih 55% daripada GDP;

(c) Defisit keseluruhan telah dapat diturunkan sebanyak 21.7%, dari RM47.4B (2009) kepada RM37.1B (2014);

(d) Defisit fiskal telah dapat diturunkan dari 6.7% (2009) kepada 4.0% (2013) dan diunjurkan akan turun lagi ke 3.5% (2014), berbanding dengan negara-negara lain yang melebihi 10% seperti Greek, UK dan Sepanyol; dan

(e) Nisbah khidmat hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan amatlah rendah – 0.1% (2013), menurun dari 0.8% (2011) dan 0.2% (2012).

15.2 Jumlah HLN

(a) Nisbah khidmat jumlah hutang luar negeri di tahap yang mapan – 10.7%;

(b) Rizab Antarabangsa pada 14 Oktober, 2013 sebanyak RM444.9B; ia mampu untuk membayar 3.9 kali hutang luar negeri jangka pendek dan membiayai 9.7 bulan impot tertangguh.

16. Gambaran komposit ini membuktikan Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang cekap dan effisien dalam menguruskan kewangan negara demi kepentingan rakyat. Bukan seperti yang cuba digambarkan oleh para pembangkang yang sakit. Namun ia akan terus memperkukuhkan (consolidate) lagi kedudukan fiskal dan kewangan negara, sepertimana yang telah dilakukan selama ini. Salah satu rantaian usaha itu ialah menurunkan lagi defisit fiskal kepada 3.5% pada tahun depan berbanding 4.0% pada tahun ini.

17. Yang demikian, adalah bijak sekali dan tidak silap rakyat telah memilih sekali lagi BN pada 5 Mei 2013 lalu untuk mentadbirkan Malaysia bagi tempoh 5 tahun akan datang.

Mohon perhatian

18. Dalam pada itu, saya ingin menarik perhatian kepada beberapa perkara berikut:

18.1 pembinaan Lebuhraya Pantai Barat dari Banting ke Taiping. Ia telah pernah diumumkan pada tahun 2008. Diharaplah bahawa kali ini ia akan menjadi kenyataan. Pada masa yang sama, saya memohon agar Lebuhraya Pantai itu akan dapat diteruskan ke selatan hinggalah ke Johor Bahru.

18.2 Projek RAPID di Pengerang yang bernilai kira-kira RM62 bilion. Difahamkan projek ini mengalami banyak masalah dan kini telah lewat dari jadual asalnya. Ia mempunyai impak yang besar ke atas ekonomi, syarikat-syarikat yang terlibat serta rating ke atas negara kita. Justeru saya mohon Kerajaan menerangkan kepada rakyat senario sebenar.

18.3 Lobster farm project di Semporna. Projek ini telah beberapa kali disebut; dilaporkan ia akan diusahakan oleh Darden, sebuah syarkiat dari USA. Ada pihak-pihak tertentu yang mempunyai reservation terhadap projek dan syarikat berkenaan. Terdapat laporan yang menyatakan syarikat tersebut menjangkakan pengeluaran hanya akan bermula pada tahun 2017 dan ia akan siap sepenuhnya pada tahun 2029! Semuanya akan dikawal oleh syarikat tersebut. Oleh itu, eloklah Kerajaan memaklumkan kepada rakyat:

(a) Kaedah operasi syarikat berkenaan,

(b) Tahap pelaburan Darden, kerajaan negeri dan Persekutuan dalam projek tersebut,

(c) Pihak yang bertanggungjawab mengongkosi pembinaan prasrana, dan

(d) Pulangan kepada rakyat setempat, kerajaan negeri dan Persekutuan.

18.4 Pembanguan lima koridor, khasnya IRDA. Tahniah di atas kejayaan IRDA yang luasnya 1.3 kali ganda lebih besar dari Melaka dan 3.1 kali ganda lebih besar dari Singapura kerana laju berada di hadapan di kalangan koridor-koridor yang telah diwujudkan. Sehubungan itu, eloklah Kerajaan memaklumkan sejauh manakah kemajuan, kemakmuran dan kejayaan itu turut dinikmati oleh rakyat Malaysia, khasnya golongan berpendaptan rendah?

18.5 Dari segi pemilikan tanah, eloklah rakyat diberi tahu secara telus berapa luaskah tanah milik Melayu telah bertukar tangan kepada kaum lain dan bangsa asing, dan berapa banyak pulakah hartanah, dari segi bilangan unit dan nilai, yang telah dimiliki oleh orang Melayu berbanding kaum-kaum lain dan warganegara asing?

18.6 Kita tidak mahu melihat pembangunan di kawasan tersebut menjadikan bangsa Melayu, seperti ungkapan masyhor Allahyarham Tan Sri Aminudin Baki, “umpama ayam di kepuk mati kelaparan, itek di air mati kehausan”.

18.7 Skim Usahawan Pasar Malam. Prakarsa baru yang diperkenalkan oleh YAB PM / MK II untuk membantu para peniaga ini amatlah dihargai. Saya yakin mereka tentunya gembira dan menyambut baik. Dalam pada itu, saya ingin menambahbaik inisiatif MK II tersebut demi kebaikan dan keadilan sosial.

18.8 Pada hemat saya, golongan peniaga pasar malam (PPM) ini berada di bawah golongan EKS dalam hiraki masyarakat peniaga. Yang demikian itu, sepatutnyalah mereka ini mendapat pertolongan/bantuan yang lebih dari golongan EKS. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

18.9 Kumpulan PPM diberikan pinjaman dengan dikenakan kadar faedah 4% manakala kumpulan EKS yang lebih bernasib baik diberikan subsidi kadar faedah 2%! Justeru dipohon agar PPM diberikan subsidi kadar faedah yang sama atau lebih baik lagi.

18.10 Seterusnya saya mencadangkan had maksima pinjaman RM30,000 itu dinaikkan kepada RM100,000, selaras dengan kemudahan pinjaman maksima yang diberikan oleh TEKUN.

18.11 Ekoran dari syor tersebut, mohon peruntukan ditambah antara RM50 juta – RM100 juta lagi.

19. Moga-moga artikel ini dapat membantu mencerahkan kefahaman rakyat tentang kedudukan fiskal kerajaan serta rantaian usahanya dalam menangani masalah yang dihadapi itu. Pada masa yang sama, diharap pula pihak kerajaan dapat memberikan perhatian dan pertimbangan yang serius tergadap 5 perkara yang dibangkitkan di atas.

,

  1. #1 by Hj Mohd Arif Hj Yusa on December 14, 2013 - 10:52 am

    Tqvm Datuk Akbar. More data is needed to be validated

    • #2 by darahtuah on December 20, 2013 - 11:16 pm

      Pls raise the reservations so that can respond accordingly.

  2. #3 by sri hartamas on December 24, 2013 - 7:44 pm

    nampaknya tak adalah banyak masalah di Malaysia ni ya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: