BUMIPUTERA BAWAH MBE: MIMPI NGERI JADI REALITI!

 BUMIPUTERA BAWAH MBE: MIMPI NGERI JADI REALITI!
(menilai pencapaian DEB dan MBE)

“This is not simply a matter of economic justice; it is also of national stability. Poverty and inequality have a destabilising and corrosive effect on societies. Why should law and order mean anything to people who hardly benefit from them? Why should the marginalised support a political system if it only widens the gap between the rich and the poor?” YAB Dato’ Sri Najib Tun Hj Abdul Razak, 11 November 2013.

1. Bagaimana kita hendak mengukur pencapaian Bumiputera, kaum terbesar di bumi Malaysia bertuah ini, agar kita boleh berimbang dan berlaku adil (a) kepada Kerajaan, (b) kepada UMNO, parti asal orang Melayu yang terbesar yang berkuasa sejak merdeka hingga kini dan (c) kepada kaum Bumiputera yang hendak dinilai itu sendiri?

2. Secara jujur, saya akui saya tidak tahu. Saya tidak ada theoretical construct yang jitu. Saya juga tidak ada maklumat dan kayu pengukur yang tepat dan lengkap.

3. Walau bagaimanapun, pada 29 Mei 2010, dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM), YBhg Datuk Halipah Isa dan saya telah menyenaraikan kelemahan-kelemahan Model Baru Ekonomi (MBE) manakala Allahyarham Datuk Dr Mahani Zainal Abidin dan YBhg Prof. Dr Normah Mansor telah mempertahankannya.

4. Sukalah saya tegaskan sekali lagi bahawa MBE ini BUKANLAH satu model baru. Ianya merupakan satu PENIRUAN model ekonomi di Amerika Latin, seperti yang diakui sendiri oleh Prof Dr Danny Quah, salah seorang ahli panel pakar NEAC! 

5. Kesimpulan saya yang turut diterima oleh KEB ialah:

• Yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran.
• Jurang akan melebar.
• Alat baru menjajah Bumiputera.
• Senjata untuk menumbangkan kerajaan.

6. Sebahagian artikel saya mengenai isu ini terdapat di pautan—pautan dalam artikel di atas dan juga di sini dan di sini.

7. Kini, sudah kira-kira 4 tahun, benarkah ramalan / kesimpulan saya itu?

8. Sehubungan itu, izinkanlah saya memaparkan output mixed di bawah ini untuk dikongsi bersama. Sama-samalah kita perhalusi supaya kita boleh berimbang dan berlaku adil dalam membuat penilaian ini.

9. Output mix yang ingin saya rujuk ialah (a) pendapatan isi rumah, (b) kemiskinan, (c) pemilikan ekuiti dan aset (d) golongan profesional, dan (e) jurang pendapatan dan asset.

Kejayaan

10. Dari segi pendapatan, sesungguhnya Kerajaan, melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan sekarang ini di bawah payung MBE, telah berjaya meningkatkan purata pendapatan kasar bulanan isi rumah SEMUA kaum, termasuklah kaum Bumiputera dalam tempoh 1970 – 2012. Sila rujuk Carta 1.

a1

11. Purata pendapatan semua isi rumah telah menokok hampir 1,800% kepada RM5,000 sebulan manakala pendapatan isi rumah Bumiputera melonjak hampir 2,500% kepada RM4,457 sebulan, pendapatan kaum Cina kira-kira 1,500% kepada RM6,366 sebulan dan pendapatan kaum India pula melompat lebih kurang 1,600% kepada RM5,233 sebulan.

12. Walau bagaimanapun, eloklah diberikan perhatian bahawa kaum yang kerap mengatakan mereka itu rakyat kelas kedua dan kononnya sering pula ditindas rupa-rupanya memiliki pendapatan yang jauh lebih tinggi dari kaum Bumiputera. Purata pendapatan kaum Cina adalah 43% lebih tinggi dari pendapatan kaum Bumiputera manakala pendapatan kaum India pula adalah 17% lebih kukuh dari pendapatan kaum Bumiputera, kaum yang dikatakan kelas pertama itu!

13. Impak daripada pendapatan isi rumah yang meningkat itu telah hampir berjaya menghapuskan kemiskinan SEMUA kaum dalam tempoh 42 tahun yang sama itu. Kadar kemiskinan penduduk Malaysia telah dapat diturunkan dari 49.3% (1970) kepada 1.7% (2012). Kadar kemiskinan Bumiputera menjunam dari 64.8% kepada 2.2%, Cina dari 26.0% kepada hampir sifar (0.3%) dan India pula merosot dari 39.2% kepada 1.8%. Kemiskinan bandar dan luar bandar juga telah hampir dapat dibasmi. Sila rujuk Carta 2 dan 3.

a2

14. Lantaran rekod pencapaian tersebut, maka seharusnya kaum-kaum lain tidak wajar mempersoalkan usaha kerajaan untuk terus menumpukan usaha membasmi kemiskinan di kalangan Bumiputera berdasarkan 2 faktor.

15. Faktor pertama ialah kadar kemiskinan yang masih kekal tertinggi di kalangan kaum berkenaan. Faktor kedua pula ialah dari segi bilangan isi rumah miskin Bumiputera yang mana bilangannya adalah berkali-kali ganda banyaknya (11 – 19 kali ganda)! Sila rujuk Carta 4.

a3

16. Dari segi ekuiti dan golongan profesional pula, Kerajaan BN, yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya, juga berjaya meningkatkan peratus pemilikan ekuiti Bumiputera dan peratus professional Bumiputera, seperti di Carta 5 dan 6. Ada yang telah melebihi sasaran 30% dan masih ada juga yang belum mencapai sasaran tersebut.

a4 a5 a6

Matlamat Masih Jauh / Mimpi Ngeri Jadi Realiti

17. Sama ada kita mengguna pakai sasaran 30% dan apatah lagi kalau kita mengguna-pakai sasaran 67.9% sebagai penanda aras (benchmarks) yang baru maka matlamat yang hendak dicapai oleh kaum kelas pertama ini masihlah jauh lagi! Silalah teliti Carta 7.

a7

Paling teruk sekali ialah pemilikan premis industri (2.4%), premis perdagangan (7.9%) dan tabungan (9.7%) yang amat rendah!

18. Penanda aras baru tersebut adalah bersandarkan komposisi rakyat Bumiputera di bumi bertuah ini, seperti yang sering dilaung-laungkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib menjelang Perhimpunan Agong UMNO 2013 tetapi TIDAK berani ditegaskan sebagai kuota atau penanda aras baru.

19. Sesungguhnya 67.9% itu hendaklah dijadikan sebagai penanda aras baru dan ianya pula hendaklah dijadikan sebagai sebahagian dari paksi Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, jika kita tidak mahu melihat Bumiputera menjadi pengemis di tanah air sendiri! Ia amat sesuai pada masa ini demi keadilan sosial serta keharmonian kaum manakala kuota 30% itu adalah praktikal semasa DEB hendak dilancarkan 44 tahun lalu.

20. Dalam PAU 2013 lalu, Najib telahpun mengangkat Agenda ini menjadi sebahagian daripada Dasar Nasional.

21. Dasar saja tidak mencukupi. Ia hendaklah disusuli oleh ketegasan dan penegasan tindakan afirmatif. Tindakan afirmatif ini pula telah menjadi lebih mendesak lagi kerana jurang pendapatan dan jurang kekayaan semakin melebar sejak MBE dilaksanakan! Ia bukan menguncup seperti semasa di bawah DEB. Jurang pendapatan yang melebar semula itu dapat dilihat dalam tempoh 2009 – 2012, seperti di Carta 8 & 9.

a8

22. Jurang tersebut diperkukuhkan lagi oleh nisbah pendapatan antara kaum dan antara luar bandar (majoriti Bumiputera) / bandar (majoriti Bukan Bumiputera) yang melebar seperti di Carta 10. Sebagai contoh, pada tahun 2009, setiap RM1 yang dimiliki oleh Bumiputera, orang Cina memiliki RM1.38. Tetapi pada tahun 2012, setiap RM1 yang dimiliki oleh Bumiputera, orang Cina kini memilik RM1.43.

a9

23. Begitu juga keadaan di luar bandar berbanding dengan bandar. Pada tahun 2009, setiap RM1 yang dimiliki oleh isi rumah luar bandar, isi rumah bandar memiliki RM1.85. Tetapi pada tahun 2012, setiap RM1 yang dimiliki oleh isi rumah luar bandar, isi rumah badar kini memilik RM1.86.

24. Lebih mendukacitakan lagi ialah pemilikan kekayaan aset, walaupun ditegaskan oleh Perdana Menteri akan dipertingkatkan di bawah MBE, telah merosot di bawah lanskap ekonomi yang berkembang. Menurut beliau,

“A fair distribution must encompass the whole spectrum of measuring wealth such as equity ownership, other financial and non-financial assets, and access to wealth creating opportunities such as long-term concessions and contracts. Even in measuring ownership, it should go beyond equity to include other properties, business assets such as retail, landed properties, commercial building, intellectual property and other services as well as managerial positions.”

25. Carta 11 amat jelas menunjukkan realiti ngeri ini. Ia tidak memerlukan ungkapan.

a10

26. Kaum Bumiputera yang baik ini juga hanya mampu merintih kerana pemilikan saham mereka di PNB yang diwujudkan KHAS untuk mereka kini telah turut terhakis. Kangkang mereka telah dibuka dengan paksa untuk membenarkan orang lain turut memasukkinya! Ratapkanlah Carta 12!

a11

27. Berdasarkan purata pertumbuhan GDP bagi tempoh 2010 – 2013 sebanyak 5.8% (Tempoh DEB lebih tinggi = 6.8%), nampaknya jelas bahawa MBE mungkin akan berjaya dalam mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi iaitu GNI Per Capita US$15,000 setahun menjelang 2020. Walau bagaimanapun, data terkini, sepertimana yang dipaparkan di atas, menunjukkan ianya GAGAL dari segi KETERANGKUMAN. Yang demikian, pencapaian dari segi KEMAPANAN pula boleh diragukan.

28. Data-data tersebut juga membuktikn bahawa 4 ramalan / kesimpulan saya di KEB itu adalah tepat sekali! Cita-cita Najib untuk mengejar majoriti kerusi dua pertiga di Parlimen tidak kesampaian; malah beliau kehilangan / keciciran pula 7 kerusi (140 kerusi merosot kepada 133 kerusi). Maka sahlah MBE itu menjadi senjata baru untuk menumbangkan kerajaan.

29. Jurang sesungguhnya melebar, seperti yang dipaparkan di Carta 8 – 12. Pemilikan kekayaan oleh Bumiputera semakin merosot. Justeru kebimbangan dan mimpi MBE menjadi alat baru untuk menjajah Bumiputera rupanya menjadi realiti ngeri!

30. Justeru sebenarnya Bumiputera adalah merupakan rakyat kelas kedua yang terpinggi; bukannya kelas pertama, sepertimana yang mereka cuba dodoi / tonjolkan. Lantaran itu adakah mereka akan terus menyokong BN / UMNO? Silalah rujuk petikan ucapan Najib pada 11 November lepas.

31. Datuk Seri Idris Jala dan askar-askarnya berhak dan bertanggungjawab untuk terus mempertahankan kehebatan MBE dan Najib.

Sebab

32. Secara rengkas, terdapat 8 sebab mengapa senario di atas berlaku:

• Kerajaan melanggar Wasiat Raja-raja Melayu.
• Dasar kerajaan yang lebih mengutamakan pertumbuhan dan kurang menekankan agihan.
• Dasar kerajaan yang pro orang kaya dan orang bandar.
• Gaji sebenar (real wages) golongan profesional melonjak manakala gaji sebenar pekerja bawahan menurun.
• Kebanjiran pekerja asing menekan kenaikan gaji.
• Pendapatan kapitalis melonjak; yang miskin tertinggal semakin jauh.
• Globalisasi dan liberalisasi yang merugikan kita.
• Kerajaan melebihkan pasaran, mengurangkan campur tangan kerajaan.

Langkah ke hadapan

33. Melihat sikap dan telatah kerajaan yang ada kalanya tidak menghiraukan pandangan dan keluhan rakyat, seperti isu pelantikan VC sebuah universiti yang pernah tersohor tidak lama dulu tetapi kini telah merudum kualitinya, maka agak malas saya hendak membuang masa dan tenaga untuk menurukan syor di sini. Tetapi melihat pula beberapa gestures kerajaan untuk mendengar pendapat dan tangisan rakyat maka saya teruja untuk menyenaraikan saranan di sini.

34. Contoh pertama ialah kerajaan akhirnya menubuhkan juga Majlis Konsultatif Perpaduan Negara / NUCC. Pada tahun 2009, saya mengesyorkan supaya dihidupkan semula Majlis Muhibah Negara / Majlis Perpaduan Negara / NUAC. Malangnya majoriti orang Melayu yang dilantik itu diragui jati diri mereka.

35. Contoh kedua, Kerajaan juga berusaha untuk mengurangkan tekanan bebanan kos sara hidup yang mencengkam rakyat akhir-akhir ini. Alas, impaknya dijangka amat minimal.

36. Selaras dengan saranan saya di Perhimpunan Agong UMNO 2013 semasa membahaskan usul ekonomi maka disyorkan 14 prakarsa berikut:

• Merangsang pertumbuhan, mewajibkan agihan; rengkasnya mewujudkan semula DEB yang telah terbukti berjaya itu tetapi hendaklah membuang segala kelemahannya.
• Menggubal dan melaksanakan Dasar Induk (Mother Policy) yang mendahulukan Bumiputera (Bumiputera centric).
• Melaksanakan dasar / program yang berintegrasi mendatar dan menegak (Horizontal and Vertical Integration).
• Mengurangkan kuasa pasaran dan lebihkan peranan / intervensi kerajaan.
• Meratakan padang permainan (keadilan sosial).
• Menyemak semula Dasar-dasar yang membunuh Bumiputera seperti Sistem Kuota.
• Pelaksanaan yang tegas.
• Melantik Pengerusi / ALP / CEO GLCs dan GLICs yang kental semangat Melayunya.
• Melaksanakan penanda aras yang baru bersendikan komposisi kaum iaitu 68:32.
• Menstruktur semula ekosistem ekonomi.
• Kerajaan mendapatkan akujanji daripada pihak swasta untuk:
– Menghapuskan diskriminasi terhadap Bumiputera,.
– Menyusun semula gunatenaga dan kekayaan, dan
– Mewujudkan padang permainan yang sama rata.
• Kerajaan meneruskan dasar intervensi yang strategik untuk membantu Bumiputera.
• Perkukuhkan UMNO dan mengupayakan Majlis Tertinggi (MT).

37. Haraplah kerajaan dan MT sedia meneliti serta menghalusi 14 prakarsa di atas.

38. Jika tidak mahu mendengar pendapat saya yang berkulit sawo matang ini, tidaklah mengapa. Hayatilah pendapat orang kulit putih ini, Paul Otellini:

“IT’S A LOT EASIER TO CHANGE WHEN YOU CAN THAN WHEN YOU HAVE TO. THE COST IS LESS. YOU HAVE MORE TIME.”

,

  1. #1 by Ultraman on January 10, 2014 - 12:02 am

    Why do all the ketuanan melayu idiots always talk like communist? Might as well nationalize all commercial business and let them be managed by Ibrahim Ali.

  2. #2 by Mat on January 16, 2014 - 10:16 am

    Yang kebanyakan orang ada hanya data dan statistik. Cuba tengok di realiti di bawah pula.

    Daripada 100% nilai keseluruhan kontrak untuk setahun, hanya kira-kira 30% datang daripada kerajaan. Dalam 30% ni, pembidanya juga adalah GLC, Syarikat senaraian awam dikawal cina, dan juga konglomerat Melayu. Kontrak lebihan yang kecil ini yang jadi rebutan majoriti kontraktor bumiputera. Hal ini boleh dilihat daripada ratusan orang yang menghadiri taklimat tender, meskipun bernilai kecil.

    Suatu persoalan yang masih belum dijawab hingga kini. Kenapa konglomerat Melayu yang telah berjaya masih lagi melobi untuk kontrak dan konsesi daripada kerajaan? Tidak adakah mekanisma untuk membantu mereka berkembang di peringkat antarabangsa, mengikuti langkah syarikat gergasi seperti Samsung dan lain-lain? Kenapa GLC yang dibeli sahamnya oleh konglomerat Melayu masih lagi bersaing dengan syarikat yang sedang meningkat naik? Kenapa Petronas sahaja yang menjadi juara negara?

    Pandangan bahawa projek-projek perlu diberi kepada konglomerat melayu kerana majoriti bumiputera lain tidak mampu melaksanakan projek besar merupakan pandangan sempit dan berpemikiran dijajah.

    Atas sebab kekurangan peluang ini, maka makin ramai bumiputera, walaupun menjadi produk DEB, telah beralih arah menyokong pembangkang walaupun tiada agenda jelas pihak pembangkang untuk membantu bumiputera. Mereka pergi kepada PAS yang beri alasan mudah, yakni kekayaan akhirat lebih penting daripada duniawi. Bumiputera telah menjadi ‘disillusioned’.

    Kerajaan sebenarnya telah mencipta budaya mengemis di kalangan bumiputera. Walaupun telah berjaya, mereka masih lagi bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.

    Hal lain yang boleh dilihat. Cuba tanya setiap bumiputera yang secara relatifnya boleh berdikari, kenapa mereka masih menghantar anak mereka ke universiti kerajaan yang terhad kuotanya, walhal tempat itu selayaknya boleh diisi oleh mereka yang kurang berkemampuan? Ini sikap sebenar orang Melayu yang susah dikikis jika mahu dibandingkan dengan kaum minoriti yang lebih berjaya.

    Kenapa dengan segala bantuan yang diberikan kepada pesawah padi Melayu seperti baja, benih, racun, pembinaan saliran, subsidi harga, kita masih terpaksa mengimport beras daripada luar? Kenapa pesawah padi Cina boleh menghasilkan 3 kali ganda bekalan beras yang dihasilkan oleh pesawah Melayu? Tiadakah KPI untuk mengukur keberkesanan bantuan dan subsidi yang diberi?

    Kenapa rata-rata peniaga makanan bumiputera, meskipun mendakwa menjual makanan halal, masih kotor dalam cara pengendalian makanannya? Walhal, bumiputera yang bekerja di restoran makanan segera boleh begitu teliti tentang cara mengendalikan makanan? Bukankah sama juga bumiputera tu?

    Segala dasar untuk membantu bumiputera perlu dirombak dan dikaji keberkesanannya. Jika dibantu mereka, tempoh harus diberi. Jika tak boleh mencapai objektif, beri peluang kepada bumiputera lain.

    Kalau setakat mahu melantik CEO GLC yang tebal semangat melayunya, adakah kita boleh mengukur hati budi seseorang? Ini merupakan pemikiran simplistik, sikap ambil jalan mudah untuk selesai masalah.

    Setiap yang dirancang, mesti dilaksana dan dibuat susulan. Malangnya, ia tidak dilakukan. Kita biarkan sahaja jurang pendapatan di antara minoriti cina dan melayu semakin melebar. Saban tahun, kita tidak lebih daripada mengemas-kini data yang sedia ada. Ini tidak lebih daripada ‘self-comforting’, ataupun penafian, bahawa KITA SEBENARNYA TIDAK MELAKUKAN APA-APA YANG KONSTRUKTIF.

    Apa beza bumiputera dengan minoriti cina? Bukankah sama sahaja tulang empat kerat dan otak yang tuhan beri?

  1. The snapshot on global economy and the local economy « Jebat Must Die

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: