Keserasian gandingan kritikal

UMNO sekarang dalam proses pemilihan; memilih pemimpin di peringkat Bahagian dan Pusat (Majlis Tertinggi). Pemilihan ahli MT kali ini adalah unik. Dari segi teori, pada kali ini, selepas 21 tahun, kita berpeluang melihat pertandingan bagi semua jawatan; dari Pengerusi Tetap, Presiden parti hinggalah ke Pemeriksa Kira-kira.

Banyak faktor wajar diambil kira untuk ditimbangkan sebelum seseorang calon itu ‘dipangkah’, terutama sekali calon bagi jawatan No.1 dan No. 2. Bukan secara berasingan tetapi secara gandingan. Pertimbangan yang teliti amat penting kali ini kerana gandingan pemimpin No.1 dan No.2 akan menentukan survival UMNO dan bangsa Melayu dalam pilihan raya ke – 13 kelak. Lantaran itu, nampaknya, sesetengah pihak telahpun bekerja keras mempakejkan gandingan tertentu.

Misi utama mereka berdua ialah menyatu-padukan orang Melayu di bawah panji-panji UMNO dengan mengekalkan yang ada, menarik mereka yang telah lari dan membawa masuk yang baru. Pada masa yang sama, mereka dapat diterima dan dihormati oleh kaum-kaum lain.

Justeru barulah mereka mampu memenangkan BN/UMNO dengan bilangan kerusi lebih daripada dua pertiga. Lantas maruah dan martabat UMNO dan orang Melayu akan dapat dikembalikan. Rakyat Malaysia pula akan dapat menikmati kerajaan yang stabil dan ekonomi yang kukuh. Semua akan gembira bila perut kenyang!

Sebelum rakyat Malaysia dapat menikmati kehidupan di bawah lanskap sedemikian indah, kira-kira 2,600 ahli perwakilan UMNO hendaklah terlebih dahulu membuat keputusan yang tepat pada bulan Mac nanti. Banyak faktor perlu ditimbangkan tetapi saya hanya ingin menumpukan kepada faktor keserasian gandingan antara No. 1 dengan No.2.

Saya mengenengahkan faktor ini kerana ingin mengajak semua ahli UMNO amnya dan para perwakilan ke Perhimpunan Agong nanti khasnya supaya sama-sama melihat dan memikirkan beberapa peristiwa sejarah UMNO yang berulang. Ulangan peristiwa tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak belajar daripada sejarah kita sendiri. Kali ini eloklah kita benar-benar belajar ‘sebelum nasi menjadi bubur’ agar kita sempat ‘tengadah sebelum terantuk’.

Dalam sejarah politik tanah air, khususnya UMNO, pergolakan dalam parti mempunyai pertalian rapat atau korelasi yang positif dengan masalah ekonomi. Sebagai contoh, krisis 13 Mei adalah berpunca daripada masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa itu, khususnya kadar pengangguran yang tinggi. Krisis UMNO 1986/1987 berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi yang rendah. Krisis tahun 1997/1998 pula berkait rapat dengan tsunami mata wang yang melanda Asia, termasuk Malaysia, pada masa tersebut.

Antara masalah utama yang dihadapi oleh UMNO masa kini (2008) hingga menyebabkan kita kalah teruk dalam pilihan raya ke-12 lalu adalah juga berpunca dari masalah ekonomi iaitu kenaikan harga runcit (inflasi) yang tinggi. Kenaikan kos sara hidup yang tinggi itu telah menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan, khususnya UMNO. Kemarahan tersebut telah dieksploitasi oleh pembangkang. Impaknya sudah diketahui semua.

Walau bagaimanapun, saya ingin menarik perhatian terhadap perbezaan antara krisis pertama dan terkini (ke-4) dengan krisis kedua dan ketiga. Krisis pertama dan ke-4 tidak menggugat keutuhan UMNO manakala krisis ke-2 dan ke-3 telah menyebabkan UMNO berpecah. Yang menyebabkan perbezaan impak tersebut ialah keserasian atau ketidak-serasian gandingan No.1 dan No.2.

Justeru betapa kritikalnya keserasian gandingan antara No. 1 dan No. 2 ini maka disarankan supaya faktor tersebut diteliti oleh semua. Jika gandingan yang serasi dipilih maka UMNO akan terus kukuh dan kita rakamkan setinggi penghargaan terhadap kebijaksanaan para perwakilan. Jika gandingan yang tidak serasi pula dipilih maka semua perwakilan hendaklah bertanggungjawab di atas kesilapan tersebut. Pihak yang bertungkus-lumus membuat pakej berkenaan hendaklah juga memikul kesilapan ini.

Oleh kerana orang No. 1 dalam UMNO sudahpun dipilih iaitu YAB Dato’ Sri Mohd Najib maka yang perlu ditimbangkan dengan bijaksana oleh para perwakilan ialah siapakah bakal No.2 yang serasi dengan beliau? Siapakah yang boleh memberikan kestabilan dan mengukuhkan parti?

Dalam kata-kata lain, jika kitalah yang menjadi Presiden UMNO/PM, political animal yang macam mana yang kita mahu sebagai orang No. 2 kita?

Selamat bersidang, berhemah menimbang.

  1. #1 by Orang Perak on November 21, 2008 - 3:41 am

    Syabas sebab boleh menulis tentang satu aspek yg saya rasa penting jugak untuk diambil kira olih perwakilan. Keserasian ini mmg penting.

    Cuba bayangkan kalau najib jd pm, lepas tuh, mat taib pulak yang menang tpm… memang le tak serasi. sama jugak kalau mukriz menang, pastuh, rizal merican pulak menang jadi timbalan.. mmg la lagi haru jadinya…

  1. Prestasi gemilang DAR « Darah Tuah
  2. Gandingan yang serasi « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: