Mukadimah

APA?

Darah Tuah merangkumi nilai-nilai berikut: setia, kompeten, bijak, gagah, bersopan, gigih bekerja dan sedia membela rakyat.

MENGAPA?

Saya turut terdorong untuk menyertai komuniti penulis blog kerana hendak memberikan pendedahan kepada para perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agong Tahunan UMNO pada hujung Mac 2009 khasnya dan kepada ahli UMNO, orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya mengenai YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam (DAR), calon Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Dalam pada itu, ia merupakan wahana untuk highlight DAR dan, pada masa yang sama, untuk menjelaskan the other side of the coin berhubung satu-satu isu negatif yang dibangkitkan terhadap beliau.

SIAPA?

Saya, sama seperti rakyat Malaysia yang lain yang melalui zaman belia pasca 1970an, adalah produk UMNO/BN, khususnya produk DEB.

YANG DIALU-ALUKAN

Sumbangan yang bernas, disokong pula dengan fakta dan dihiasi oleh bahasa yang sopan amatlah dialu-alukan. Tomahan/tuduhan yang tidak berasas dan bahasa yang kasar adalah ‘musuh’ utama. We can agree to disagree.

===============================================================

Untuk mengambil berkat, Blog saya bermula pada hari Jumaat, Penghulu hari.

Saya banyak membaca blog blog yang menarik di dalam dunia blog ini. Antara puluhan blog yang dilayari saban hari, hanya segelintir blog yang saya rasa amat menarik dibaca dan wajar diwar-warkan. Antaranya ialah chedet, rockybru, hantulaut, bakri musa, kuda kepangjebat must die, marina mahathir dan banyak lagi.  

Sebagai pembuka tirai, to start the ball rolling so to speak, dalam era pemilihan ini, khususnya bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, maka sukalah saya mulakan dengan menyorot rencana “SIAPA WAJAR DIPILIH?” yang ditulis oleh JebatMustDie. Dalam rencana tersebut beliau menyenaraikan 10 kriteria (?) sebagai panduan untuk memilih calon yang paling layak.

Pada hemat saya, DAR memiliki kesemua kriteria tersebut. Namun, terdapat satu lagi kriteria yang amat penting dan perlu dipertimbangkan dengan teliti tetapi tidak disentuh oleh JMD. Kriteria itu ialah KESERASIAN antara orang No.1 dan orang No.2.

  1. #1 by cendana287 on March 22, 2009 - 4:00 am

    Setelah membaca blog ini tentang DAR, serta kaitkan dengan post yang ditulis oleh Jebat Must Die, maka pengharaman terhadap beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden ini adalah sesuatu yang agak tragik.

    Ada sesuatu yang amat menarik apabila pengumuman ini dibuat dimana seluruh rakyat Malaysia dapat melihat tentang dignity DAR… menerima dengan penuh susila walaupun beliau sememangnya amat sedih dan pedih. Dalam hal ini, beliau mencapai satu kemenangan. Mungkin Takdir telah menetapkan sesuatu yang lebih baik untuk DAR…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: