MCA (Lee Wei Kiat) mengherdik Umno (DAR)

1. Siapa Lee Wei Kiat? Entahlah. Saya pun baru tahu. Rupanya dia hanyalah Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA. Justeru tidak hairanlah yang beliau perlu membuat kenyataan untuk mendapatkan publisiti bagi parti dan dirinya. Maka terbuktilah yang dia sudah buat kerja.

2. Dalam Star (berkait dengan MCA) bertarikh 21 November 2008, Lee dilaporkan membuat kenyataan berikut:

  • Seolah-olah dia marah terhadap DAR yang membuat kenyataan kononnya UMNO hendak mengawal kerajaan,
  • Menuduh DAR sebagai tidak bertanggungjawab bahawa kononnya DAR menafikan usaha parti-parti komponen yang lain dalam membentuk kabinet sejak tahun 1957,
  • Hendak bersilat kononnya ada pihak yang hendak memajukan kaumnya melalui DEB dengan meminggirkan kaum lain, dan
  • Mengkritik kerajaan negeri Kedah kerana menetapkan kuota 50% bagi rumah baru untuk Bumiputera.

3. Kenyataan Lee hendaklah dilihat oleh semua ahli UMNO dan orang Melayu bahawa bukan Melayu semakin angkuh dan tanpa segan silu, hatta, cicak mengkarungnya pun terus berani menyerang bangsa Melayu dari berbagai sudut.

4. Kita boleh bariskan, termasuk mereka yang kononnya mengaku sahabat tetapi kini terbukti bukan sahaja kacang lupakan kulit tetapi menjadi anjing yang tersepit, – Ka Ting, Tee Kiat, Soi Lek, Jui Meng, Wee Kiat, Tsu Koon, Lian Hoe, Kit Siang, Karpal Singh, Ramasamy. Walaupun berlainan parti politik tetapi mereka bersedia bersekongkol dan bersatu untuk menghancurkan Melayu.

5. Nampaknya terdapat satu game plan yang lebih besar di kalangan bukan Melayu untuk terus menawan dan merampas hak bangsa Melayu. Mereka telahpun menakluki ekonomi kita dan telah memiliki banyak tanah serta aset di negara ini.

6. Kini nampaknya sudah pasti mereka mahu merampas pula kuasa politik Melayu yang kini hanya tertenggek di hujung tanduk. Akhirnya, mereka mahu menjadikan mitos Arab dengan unta sebagai satu realiti yang amat mengerikan bagi bangsa Melayu.

7. Adakah orang Melayu dalam UMNO, PAS dan PKR serta yang berada di atas pagar sedar akan sepak terajang mereka? Adakah insaf apa akan terjadi kepada anak cucu kita akhirnya nanti?

8. Adakah Wei Kiat sendiri sedar akan kecurigaan dan kebimbangan bangsa Melayu ini?

9. Berbalik kepada isu pertama yang dibangkitkan oleh Wei Kiat itu, eloklah dia semak dan faham betul-betul apa yang diperkatakan oleh DAR. Sebagai salah seorang calon Timbalan Presiden UMNO, beliau melontarkan salah satu prinsip perjuangannya untuk ditimbangkan oleh para perwakilan.

10. Salah satu prinsip tersebut ialah ‘Parti Menguasai Kerajaan’. Maksudnya, kerajaan melaksanakan dasar parti; bukan parti yang mengikut telunjuk kerajaan.

11. Bukankah itu juga yang dituntut oleh MCA, MIC dan lain-lain parti dalam BN? Dan sudah tentu beliau sedar bahawa semua ini perlu dirundingkan dalam semangat BN sebelum ianya diputuskan.

12. As a parallel to what DAR envisages to champion dan sebagai bandingan, in case Wei Kiat sudah lupa, cubalah revisit manifesto Tee Kiat, Jui Meng dan Soi Lek dalam usaha mereka untuk merebut hati para ahli MCA dalam pertandingan yang lalu.

13. Untuk menang, Melayu dan UMNO turut dijadikan the punching bag dan dipersalahkan bukan? Amat busuk sebagai kawan bukan?

14. Dari segi penghayatan terhadap semangat BN, Wei Kiat tidaklah perlu mengajar DAR mengenainya. Lihatlah bilangan ahli EXCO MCA dalam kabinet negerinya. Beliau masih mengekalkan bilangan yang sama sekalipun ramai calon MCA yang tersungkur dalam PRU ke-12 lalu kerana ditolak oleh orang Cina sendiri. Atas semangat setiakawan, calon-calon MCA yang menang pula adalah kerana sokongan besar undi Melayu.

15. Adakah MCA, GERAKAN, MIC dan Wei Kiat tahu berterima kasih kepada UMNO/DAR? Hayatilah semangat BN dengan berpegang kepada ‘ada ubi, ada batas’ dan ‘one good turn deserves another’. Tetapi nampaknya Cina juga mudah lupa.

16. Sekaligus hakikat komposisi EXCO DAR itu menafikan sama sekali tuduhan kedua terhadap beliau. Malah, lebih daripada itu, sebagai contoh, beliau memberi bantuan pendidikan dan bantuan untuk orang miskin kepada semua yang layak TANPA mengira kaum. Sumbangan kepada sekolah Cina diberikan setiap tahun.

17. Berbalik kepada kekalahan teruk MCA/GERAKAN/MIC, sekiranya Ka Ting dan pemimpin parti-parti berkenaan adalah segentleman seperti Siew Sin, maka mereka sepatutnya menarik diri daripada menganggotai kabinet pusat dan negeri kerana calon masing-masing kalah teruk dalam PRU ke-12 tetapi mereka hendaklah KEKAL dalam BN. Inilah yang dilakukan oleh Siew Sin pada tahun 1969. Nampaknya Tee Kiat dan sepemikiran dengannya juga tidak mahu kehilangan kuasa setelah berhempas pulas menewaskan Jui Meng.

18. Bagaimana pula orang Melayu dan UMNO pada masa itu? Tunku, UMNO dan orang Melayu amat bermurah hati dan tidak mengkhianati setiakawan. Siew Sin dan beberapa orang kawannya diberikan jawatan tugas-tugas khas bertaraf menteri.

19. Macam mana pula senario sekarang ini? Pak Lah, Najib, DAR dan lain-lain pemimpin Melayu terus dengan semangat setiakawan yang tulen. Tetapi apa pula balasan mereka, termasuk Wei Kiat, terhadap UMNO?

20. Apabila UMNO sudah dilihat tidak kuat, semua orang, termasuk Wei Kiat, sudah pandai menyalak dan mahu mengancamnya. Parti nyamuk pun sudah berani memberi kata dua! UMNO kini tidak ubah umpama pokok besar yang sudah tumbang; kura-kura pun berani memanjatnya!

21. Berkenaan tohmahan yang ketiga di atas, silalah tunjukkan angka yang authoritative bahawa kehidupan orang Cina dan India lebih teruk daripada orang Melayu akibat DEB.

22. Jika Wei Kiat rajin membaca RMKe-9 dan Kajian Separuh Penggal (KSP) [kedua-dua dokumen ini telahpun diluluskan oleh MCA/GERAKAN/MIC dan parti-parti lain dalam BN], sudah tentu akan didapati bahawa SEMUA kaum telah mendapat faedah daripada perlaksanaan DEB ini. Pendapatan isi rumah bulanan telah meningkat, kadar kemiskinan telah menurun, peratus profesional turut berkembang dan sebagainya.

23. Pada masa yang sama, apa yang juga jelas ialah tahap pencapaian bangsa Melayu masih jauh di belakang kaum-kaum lain dan masih jauh daripada sasaran yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, pada tahun lalu, kadar kemiskinan kaum Bumiputera adalah yang tertinggi (5.1%) berbanding kaum Cina (0.6%) dan India (2.5%).

24. Pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera (RM3,156) hanyalah 65% daripada pendapatan kaum Cina (RM4,853) dan 83% daripada pendapatan kaum India (RM3,799). 61% atau 301,000 buah isi rumah yang berpendapatan bawah RM1,000 sebulan adalah Bumiputera.

25. Dari segi pemilikan ekuiti, kedudukan Melayu amatlah menyedihkan. Sudah hampir 40 tahun, pemilikan individu hanyalah 15%! Mengenai pemilikan aset komersial pula, ianya lebih memilukan lagi. Sejak DEB dilancarkan, pemilikan tidak sampai pun 12%. Pemilikan premis industri adalah paling kecil; tidak sampai 5% pun.

26. Oleh itu, adalah tidak wajar bagi Wei Kiat dan mereka yang sepemikiran dengannya mempersoalkan usaha DAR untuk membantu kaum dan ahli partinya yang masih tercicir. Itu adalah tanggungjawab beliau.

27. Yang unik dan cantiknya ialah beliau tidak mengambil hak kaum lain. Oleh itu kaum lain tidak boleh marah. Beliau mewujudkan kawasan pertumbuhan baru seperti Melaka Sentral, Dataran Pahlawan, kawasan MITC dan membangunkan 18 pekan kecil seperti Selandar, Kandang dan Masjid Tanah.

28. Wei Kiat dan mereka yang sepemikiran dengannya mungkin mahu menjerit memberi tahu DAR bahawa DEB telahpun tamat pada tahun 1990. Maka tidak boleh lagi bercakap mengenai melaksanakan DEB di kurun ke 21 ini. Memang benar, dari segi termanya, DEB telahpun tamat tetapi pelaksanaan semangat DEB itu masih diteruskan di bawah Teras 3, Misi Nasional. MCA/GERAKAN/MIC dan lain-lain parti komponen BN telahpun bersetuju. Baca dan hayatilah.

29. Mengenai serangannya terhadap kerajaan Kedah pula, sukalah saya mengingatkan Wei Kiat dan konco-konconya supaya jangan terlalu tamak dan hanya tahu meminta sahaja tetapi tidak pandai memberi. Apatah pula apa yang diambil itu bukan hak asal kaumnya.

30. Jika kerajaan boleh mengubah dasar untuk memenuhi permintaan kaum Cina dan India dengan mengambil hak orang Melayu, mengapa kerajaan tidak boleh mengubah dasar atas prinsip yang sama?

31. Kaum bukan Melayu telah meminta nisbah kemasukan ke IPT ditambah untuk mereka. Kerajaan telah setuju dengan nisbah Bumi 55: Bukan Bumi 45. Kaum India telah meminta supaya kaumnya dalam perkhidmatan awam ditambah kepada 7% agar mencerminkan komposisi penduduk kaum tersebut. Difahamkan kerajaan juga telah setuju.

32. Atas prinsip yang sama iaitu mencerminkan komposisi kaum dan selari pula dengan strategi kedua DEB serta berpaksikan konsep keadilan maka Wei Kiat tidak boleh mempersoalkan keputusan MB Kedah itu. Sepatutnya beliau menetapkan kuota 77.3% untuk Bumiputera kerana itulah peratus penduduk kaum tersebut di Kedah; bukan 50%. Kaum Cina tidak sampai 14% dan kaum India tidak sampai 7%!

33. Selari dengan permintaan kaum India itu juga, maka kerajaan sudah ada alasan kukuh untuk meminda kuota kemasukan ke IPT dan pemberian biasiswa daripada 55:45 kepada 67% untuk Bumi dan 37% untuk Bukan Bumi. Inilah yang dikatakan adil!

34. Untuk makluman di Melaka, DAR telahpun melakasanakan dasar yang lebih baik berbanding dasar MB Kedah itu. Beliau menetapkan kuota untuk Bumi sebanyak 60% di bandar dan 70% di luar bandar. Kuota Bumi itu pula tidak boleh direleasekan dengan mudah.

35. Seperti yang saya katakan awal tadi, yang unik dan cantiknya ialah beliau tidak mengambil hak kaum lain. Maka tiada sebab untuk mereka marah.

36. Justeru bukankah DAR adalah seorang pemimpin yang tidak banyak bercakap dan beretorik tetapi kuat bekerja untuk bangsanya? Bukankah beliau juga terbukti seorang yang berwawasan, berhemah, mampu merancang dengan teliti dan seorang strategis?

37. Lalu beliau disayangi oleh orang Melayu dan disenangi oleh kaum-kaum lain.

38. Rekod prestasi beliau terbuka untuk diaudit.

  1. #1 by sang adi putera on November 24, 2008 - 2:49 pm

    tuan,

    susah la kalau macam ni.. sampai ikan bilis pun cuba nak makan ikan yang lagi besar.

    tapi kenapa takde org melayu lain pun yg backing pemimpin melayu ni bila ada org yg kurang ajar pada mereka?

    saya rasa patut org melayu ni bersatu. maksudnya, biar pas, melayu pkr dan umno pifirkan cara nak melawan sifat chauvinist china ni dari bermaharajalela.

    lee wei kiat ni cakap main lepas je..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: