Prestasi gemilang DAR

Tahun ini dan tahun depan adalah musim memilih pemimpin negara di Malaysia dan di beberapa buah negara luar. Di Malaysia, GERAKAN & MCA telahpun memilih pemimpin masing-masing. UMNO dan MIC dalam proses pemilihan. Di USA, Obama telah dipilih pada 4 November lalu.

Dalam memilih pemimpin negara, kita hendaklah jelas pemimpin yang macam mana yang kita hendak. More often than not, ada kalanya sama ada kita tidak tahu apa yang kita mahu ataupun kita confused.

Salah satu contoh kita tidak tahu ialah kita hendak memilih manusia biasa sebagai pemimpin parti/negara kita. Sebenarnya kita memilih political animal. Justeru, pada hemat saya, adalah satu kesilapan besar jika kita mahukan seorang pemimpin yang baik dalam serba serbi. Tidak akan jumpa political animal yang perfect itu!

Satu contoh kita confused pula ialah kita meletakkan kriteria yang kurang penting mengatasi kriteria yang lebih penting. Misalnya kepetahan bercakap lebih penting daripada keupayaan bekerja.

Fasih berbahasa Inggeris lebih utama sedangkan kefasihan pemimpin Indonesia, Thailand, China, Jepun, Korea, Rusia, Jerman dan Perancis berbahasa Inggeris jauh lebih teruk daripada pemimpin kita; berani lebih utama daripada berhemah, kurang ajar mengatasi sopan santun dan pandai itu lebih penting daripada kesetiaan.

Kita sudah lupa nasihat orang tua-tua dalam memilih pemimpin yang cuba disampaikan melalui pantun ini:

Pilih-pilih tempat mandi
Pertama tasik kedua pantai
Pilih-pilih biar menjadi
PERTAMA baik KEDUA baru pandai.

‘Baik’ itu, seperti setia dan sopan, banyak menentukan keserasian gandingan antara No. 1 dan No. 2; bukannya ‘pandai’ (pandai bercakap, pandai scheming, bijak menjadi gunting dalam lipatan).

Dalam pada itu, wajar kita menentukan kriteria atau menetapkan standards dalam memilih seseorang sebagai pemimpin.

JebatMustDie (Blogger dari Melaka!) telah menggariskan 10 kriteria. Salah satu kriteria yang menarik perhatian saya ialah prestasi yang gemilang. Beliau telah memetik satu artikel yang mempamerkan kecekapan DAR mengemudikan ekonomi Melaka bagi tempoh 8 tahun (2000 – 2007).

DAR pula telah mengodit prestasi gemilang ekonomi Melaka bagi 6 bulan pertama 2008 ini. Didapati 13 daripada 14 angkubah ekonomi adalah positif.

Di sini saya juga ingin memaklumkan bahawa beliau bukan sahaja telah berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan kepada 1.8% iaitu 50% lebih rendah dari tahap nasional (3.6%) pada tahun 2007 tetapi beliau juga komited untuk menghapuskan kemiskinan ini pada tahun 2008.

Komitmen tersebut adalah bersendikan jiwa Melayu beliau dan berpaksikan keinsafan bahawa majoriti yang miskin itu adalah anak bangsanya sendiri.

Justeru, usaha beliau selama hampir sembilam tahun itu telah memberikan hasil yang positif. Selain daripada tujuh angkubah (economic variables) dan 14 angkubah yang dihuraikan itu, pada tahun 2007, beliau telah berjaya meningkatkan pendapatan isi rumah luar bandar Melaka (RM2,579 sebulan) melebihi pendapatan isi rumah luar bandar Malaysia (RM2,283 sebulan).

Pada tahun yang sama, pendapatan isi rumah Bumiputera Melaka (RM3,204 sebulan) juga melebihi pendapatan isi rumah Bumiputera Malaysia (RM3,156 sebulan). Berjaya mengatasi rekod nasional adalah satu rekod yang tersendiri.

Dalam pada itu, beliau telahpun mengambil langkah-langkah proaktif untuk menangani krisis ekonomi yang bakal (mula) melanda negara kita, terutama melindungi orang miskin. Beliau sedar bahawa krisis ekonomi boleh menjejaskan pendapatan dan meningkatkan kadar kemiskinan.

Sebagai contoh ialah impak krisis mata wang 1997/1998. Kadar kemiskinan telah meningkat dari 6.1% pada tahun 1997 kepada 8.5% pada tahun 1999. Dalam tempoh yang sama, pendapatan isi rumah bulanan telah menurun dari RM2,608 (1997) kepada RM2,472 (1999).

Berdasarkan prestasi gemilang beliau itu, bukankah beliau telah mempamerkan kepimpinan yang mantap, berwibawa dan berwawasan?

Saya sedar bahawa ramai yang telah memberikan ulasan – positif dan negatif. Ulasan yang positif pastilah dihargai. Bagi yang menafikan tanpa fakta, tidak ada apa yang hendak saya layan. Bagi mereka yang mengatakan bahawa DAR hanyalah state material, bukannya national material kerana kurang exposure, insyaAllah, saya akan menulis tentang perkara ini.

Buat sementara, eloklah saya ringkaskan bahawa President-elect Obama hanyalah first term Senator (itupun tidak complete) manakala DAR telah menjadi EXCO bagi tempoh 1986 – 1995, Timbalan Menteri (1995 – 1999) dan Ketua Menteri sejak tahun 1999 hingga sekarang.

In the meantime, let the record speaks for itself; just like a picture is better than 1,000 words!

  1. #1 by Asril Zakariah on November 25, 2008 - 9:51 am

    Sejak kembali bekerja di Melaka, saya lihat makin hari makin terserlah kepimpinan dan forward thinking DAR. Sekiranya prestasi ini diteruskan pasti masa depan perjuangan politik DAR cerah.

    Namun walaupun track record beliau dalam negeri ini adalah baik. Beliau masih belum mempunyai pengalaman bertugas di Pusat. Ini menjadi satu faktor yang menyebabkan Rakyat was-was untuk menaikkan dari ke kedudukan ke-2 tertinggi dalam UMNO.

    Mungkin kelemahan tersebut boleh digunakan oleh DAR sebagai advantage kepadanya. Teringat kisah The Gladiator bila watak hero dilantik menjadi Caesar oleh kerana beliau tidak pernah terlibat dalam politik Pusat lantas menjadikannya bersih daripada budaya politicking yang melampau di Pusat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: