Isu Iklan – Mengajar atau menghina?

Filem, drama dan iklan adalah antara alat (tool) yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej – menggalakkan berbuat baik, menaikkan semangat patriotisma, mengangkat maruah bangsa, menjulang martabat bahasa atau sebaliknya.

Contohnya, filem Hindi yang memaparkan peperangan antara India dan Pakistan sentiasa menunjukkan, akhirnya, India tetap menang. Dalam Combat, walaupun soldadu Amerika sudah tersepit tetapi akhirnya mereka dapat mengalahkan juga soldadu Jerman.

Di sini saya ingin menyentuh buat sekian kalinya tentang iklan di TV kita. Sudah banyak kali ditegur tetapi mereka yang terlibat masih tidak reti bahasa, kata orang tua-tua; tidak sensitif, kata orang zaman ICT.

Jika yang bertanggungjawab itu adalah bukan Melayu maka cepatlah orang Melayu akan menuding jari bahawa mereka itu adalah anti Melayu. Bagaimana pula jika yang bertanggungjawab itu cerdik pandai Melayu sendiri?

Oh, mereka ini ‘buta warna’, berkulit antarabangsa, bersemangat Malaysian, berfikiran liberal, berjiwa seni semata-mata. Tidak penting jika mesej mereka itu menghina bangsanya sendiri dan meletakkan maruah bangsa di bawah tapak kaki. Not their business! That can go to hell!

Dulu masyarakat Melayu telah bising tentang banyak iklan yang menghina, membodoh dan merendah-rendahkan orang Melayu. Ingatlah semula iklan nyamuk aedes, iklan Petronas di hari raya, iklan Perodua di musim raya, iklan budi bahasa dalam bas, iklan tidak pandai bercakap bahasa Inggeris dan banyak lagi.

Malam tadi (27 November) saya kebetulan menonton iklan Institut Intigriti Malaysia (IIM) bersama Filem Negara yang diswastakan kepada seorang penulis skrip/pengarah drama/filem (?) Melayu yang agak terkenal juga.

Iklan tersebut mengesahkan seorang peniaga PENIPU (tidak berintigriti) kerana menjual produk yang sudah luput tempoh (expired). Peniaga itu adalah seorang MELAYU dan pembelinya sebuah keluarga CINA.

Di Malaysia, penduduk Melayu seramai 60% dan Cina 25%. Dunia perniagaan pula dikuasai oleh orang Cina; sama ada dari segi bilangan peniaga dan premis; nilai aset dan jualan dan sebagainya. Melayu berapa kerat? Tidak perlulah perangkaan untuk mengukuhkan hujah ini. Ianya didepan mata bagi mereka yang celik dan mahu melihat!

Siapa yang terkenal dengan pelanggaran peraturan, segala tipu helah, putar belit dan sepak teranjang dalam perniagaan? Siapa yang mengamalkan riba dan ‘makan dacing’? Melayu? Melayu adalah ikon peniaga penipu di Malaysia?

Jika iklan-iklan yang dulu menunjukkan orang Melayu bodoh, tidak ada budi bahasa dan tidak pandai berbahasa Mat Saleh kini iklan IIM pula menghentak dan memijak lagi orang Melayu. Dengan mudah ia membuktikan peniaga yang penipu di Malaysia ialah MELAYU.

Itulah persepsi penonton, terutama mereka yang baru mengenal negara ini walaupun mesej asal/sebenar agaknya ialah untuk memberi tahu supaya jangan jual dan beli produk yang sudah expired.

Apa impaknya nanti? Para pengguna/pembeli mula curiga dan tidak percaya terhadap masyarakat peniaga Melayu. Komuniti usahawan/peniaga Melayu yang sudahpun sukar membangunkan perniagaan masing-masing bertambah sukarlah lagi hendak memajukannya.

Siapa yang membunuh Melayu? Jawabnya Melayu sendiri. Kaum lain tidak perlu mengangkat jari ataupun lidah untuk membunuh MPPB (BCIC) yang dengan susah payah hendak diwujudkan oleh Kerajaan. Agensinya sendiri yang mengkapankannya.

Inikah dia INTIGRITI yang hendak diajarkan oleh IIM/Filem Negara?

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: