Demokrasi tulen banteras rasuah

1. Sebelum Pak Lah mengumumkan pelan peralihan kuasa dan menjelangnya mesyuarat Agong UMNO di peringkat cawangan Julai lalu, antara tokoh tertentu UMNO yang lantang bercakap mengenai kewajaran menghapuskan sistem kuota ialah Tan Sri Muhyiddin. Malangnya, setahu saya, Bahagian Pagoh sendiri tidakpun membuat usul yang berkaitan dalam mesyuarat Perwakilan Bahagiannya yang lepas. Mengapa?

2. Kerana yakin diri sendiri mampu mendapat bilangan pencalonan yang dikehendaki dengan mudah manakala yakin pula ‘musuh politik’nya tidak akan melepasi kuota yang diperlukan itu? Soalan ini akan dikupas diwaktu yang lain.

3. Semalam dilaporkan pula satu lagi idea beliau untuk membanteras gejala politik wang dalam memilih pucuk pemimpin UMNO. Beliau dikatakan mencadangkan supaya kuasa mimilih pucuk pemimpin diserahkan kepada 100,000 ketua cawangan.

4. Pada saya syor ini adalah ala-MIC dan masih kurang demokratik serta belum tentu mencapai matlamat membanteras rasuah.

5. Syor yang lebih mantap dan truly democratic serta menjadikan kos rasuah begitu exorbitant dan tidak berbaloi ialah sepertimana yang dilontarkan oleh Datuk Seri Hj. Mohd Ali Rustam. Kuasa memilih pemimpin di peringkat Cawangan dan Bahagian hinggalah ke Pusat ditentukan oleh setiap ahli. Kaedah tersebut adalah ala sistem memilih Presiden di Amerika Syarikat. Demokrasi ini mampu membanteras rasuah!

6. Dengan ahli seramai 3.5 juta nanti, jika ada calon yang hard up hendakkan jawatan, ia akan berbelanja sebanyak RM350 juta kalau dia memberi sogokan sebanyak RM100 setiap seorang; jika diberi kepada 50% maka ianya bersamaan RM175 juta! Adakah maruah dan integriti kita bernilai RM100?

7. Untuk melaksanakan sistem pemilihan yang baru ini, memang tepat sekali Datuk Seri turut mencadangkan penubuhan SPR UMNO bagi mengendalikan fungsi yang amat besar dan kritikal itu. Penggunaan kemudahan ICT akan mempermudahkan tugas tersebut. Di tempat-tempat yang belum sampai kemudahan internet, cara manual yang biasa bolehlah digunapakai.

8. Pada masa yang sama, syor mengekalkan kuota tetapi pada kadar yang lebih rendah juga munasabah dan matang. Syor tersebut memberikan dua faedah besar.

9. Pertama, bilangan pencalonan yang kecil tidak menggalakan rasuah kerana ia boleh diperolehi dengan mudah. Kedua, ia membantu mengenengahkan calon yang berwibawa sahaja. Sebagai sebuah parti pemerintah yang berwibawa dan bermaruah, sudah tentulah ia memerlukan calon pemimpin yang sudah ditapis/disaring; bukan sebarang Dick, Tom and Harry, kata Mat Salleh.

10. Syor ini boleh dibincangkan di semua peringkat dan dihalusi oleh MT sebelum ianya dibawa ke Perhimpunan Agong Khas untuk dibahas dan diluluskan.

11. Dengan terpilihnya para pemimpin yang berwibawa dan bersih kelak maka sekali gus kebimbangan ramai orang Melayu, khasnya Tun Dr. Mahathir, tentang penolakan terhadap calon UMNO ketika pilihanraya umum ke 13 dan seterusnya dapatlah dikikis. Lantaran akan kembalilah semula sokongan pengundi/rakyat terhadap calon dan parti UMNO. Justeru laluan kemenangan akan menjadi lebih mudah. InsyaAllah.

12. Natijahnya, syor Datuk Seri umpama sambang penuh jala terletak, laut kering ikan mengempas atau dalam bahasa Mat Salleh ialah one stone kills two (many) birds!

  1. #1 by tun senaja on December 1, 2008 - 11:50 pm

    Salam Tun Tuah… hihihi.. awaklah hero saya!

    oh ya, saya musykil dgn laungan sesetengah pemimpin Umno. Kejap tak suka pada quota, kejap diam membisu saja.

    Di tempat saya, ada satu usul dibuat untuk membuang quota, tapi dibangkang oleh ketua bahagian. Alasan dia, tak dapat restu dari ketua perhubungan umno negeri.

    Ini punya pemimpin pun ada! Hiprokrit tahap maksima… Oh ya, saya dari negeri Selangor🙂

  2. #2 by sang adi putera on December 2, 2008 - 12:42 pm

    a’kum,

    apa pandangan saudara mengenai sekolah satu sistem yg disyorkan oleh mukhriz?

    saya tengok ramai pemimpin cina yg membangkangnya…mmg muka tak tahu malu… lim kit siang cuba pula mengesyorkan agar mukhriz ditahan dibawah akta sedition…

    kurang asam… malaysian malaysia konon..

    harap saudara dapat memberikan pandangan. terima kasih!

  1. MESRA DAN BERJIWA RAKYAT JIKA UMNO MAHU KEMBALI KUAT! « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: