Mengulas isu politik wang di dalam Umno

Hari ini dilaporkan dalam The Star kenyataan Setiausaha Agong UMNO bahawa tiga suku daripada 1,000 aduan mengenai politik wang adalah palsu dan ianya dibuat dengan niat jahat. Mereka yang membuat tuduhan palsu itu boleh dipecat daripada UMNO, jika didapati bersalah.

Dalam hal ini saya ingin menarik perhatian terhadap apa yang ditulis oleh Dr. Novandri dalam blognya yang mana seolah-olah beliau menuduh dua orang calon Timbalan Presiden menggunakan wang untuk mendapatkan bilangan pencalonan yang cukup.

Saya telah mengulas tulisan beliau seperti berikut:

Saya minat nak respon kepada tulisan/pandangan Dr. Novandri.

Sekilas pandang, tulisan Dr. memberi gambaran kepada saya bahawa Dr adalah penyokong TS My. Namun itu kurang penting; yang lebih penting ianya satu pandangan yang dilahirkan dalam suasana demokratik.

Lantaran itu, eloklah saya berikan pandangan yang kontra atau menyokong calon lain seperti DAR untuk melengkapkan pandangan ini dan supaya kita dapat pula menemui kebaikan/kebenaran dalam kepelbagaian pendapat itu. Dalam bahasa IT, one to one, one to many, many to many.

1. Beli undi

Of course, pada hari 9/11 kita telah tahu ketiga-tiga calon TP telah layak bertanding. Isu (tuduhan?) yang ditimbulkan oleh Dr ialah kononnya dua calon yang belum mencapai kuota (semasa itu) akan membeli undi untuk mencukupkan kuota masing-masing. Beliau cuba memberikan gambaran nakal bahawa seolah-olah hanya calon yang telah mencapai kuota adalah calon bersih manakala yang lagi dua tu adalah calon yang korup.

Soalan saya, adakah kita hendak berbicara secara teori atau berpijakkan realiti?

Dari segi teori, adalah lebih ‘murah’ calon yang dah jauh melepasi kuota untuk terus membeli pencalonan dengan harga, misalnya RM5 juta, agar boleh menang tanpa bertanding (MTB) daripada berkempen selama >4 bulan. Kosnya mungkin mencecah RM15 juta! Kos ini belum ‘factor in’ kos-kos lain seperti tension, tidak cukup tidur, penat, perselisihan dalam team sendiri, tinggal tugas rasmi, dll.

Sekarang saya cerita sedikit tentang realiti pula (of course, masing-masing ada story tertentu yang lebih interesting):

Story 1

Semasa berkempen, pembantu kepada calon M1 telah meminta pertolongan seorang Ketua Bahagian (KB) supaya mencalonkan calon M1 ini. Dengan politenya, KB berkenaan memberi tahu pembantu tadi bahawa dia dah LAMA komited dengan calon lagi satu (Calon M3); tak boleh nak ubah sebab beliau hidup berniaga kereta IMPORT.

Apa yang boleh dipelajari dari story ini? Adakah kita hairan calon M3 dapat pencalonan seperti durian runtuh sejak awal lagi manakala dua calon lagi amat cemas?

Story 2

Di minggu terakhir musim pencalonan, pembantu kepada calon M1 & M2 diberi tahu oleh orang-orang bahagian tertentu bahawa kononnya mereka mendapat panggilan dari pihak atasan supaya mengundi calon M3. Confirmed M3 mendapat pencalonan darpada Bahagian-bahagian berkenaan.

Apa yang boleh kita pelajari?

Seperti keluhan Tun Dr M, sesungguhnya Melayu mudah lupa. Ingat tak ramai menjerit supaya sistem kuota dihapuskan? Lolongan ini berlaku sebelum Pak Lah umumkan pelan peralihan kuasa. Siapa yang turut kuat menjerit tentang hapuskan kuota ini? Mengapa semasa proses pencalonan ini masing-masing diam? Mengapa tidak gentleman seperti DS Rais? Untuk jaga kepentingan sendiri? Anyway, ada bahagian yang mencadangkan supaya sistem kuota dipinda/dihapuskan? MELAYU MUDAH LUPA!

2. Tak layak jadi PM

Dr quote Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan to justify hanya TS My sesuai jadi TP/TPM dan seterusnya layak jadi PM, jika sesuatu berlaku kepada PM (DS N).

Jika kita yakin terhadap nilai-nilai demokrasi dan menjunjung pula Perlembagaan UMNO maka isu-isu seperti yang Dr sebutkan itu adalah kurang penting; ia hanyalah satu diversion/distraction. Ia diketengahkan untuk dijadikan sebagai satu halangan sedangkan Perlembagaan UMNO membenarkan dan Perlembagaan Persekutuan pula tidak menyekat.

Kita haruslah melihat isu yang lebih besar seperti:

* pilihan/ruang yang lebih luas bagi kira-kira 2,600 perwakilan untuk memilih di bawah sistem yang sudahpun kurang demokratik tetapi sah disisi undang-undang negara. (Mereka ini memilih bakal TP UMNO yang lazimnya akan menjadi TPM bagi pihak 27.2 juta penduduk Malaysia),

* keserasian gandingan No. 1 dengan No. 2 demi kestabilan UMNO dan kemantapan kerajaan dan seterusnya kesejahteraan hidup rakyat. Kita perlulah belajar dari sejarah. Saya telah menulis tentang kritikalnya keserasian antara No. 1 dan No. 2 sebelum ini. (Akan diberi kepada Dr jika Dr mahu membacanya).

Sudah tentu banyak faktor lain perlu turut ditimbangkan, seperti ciri ciri pemimpin tentang siapa yang wajar kita pilih?

Berbalik kepada apa yng Dr tuliskan, ada 2 perkara yang perlu saya ulas iaitu isu membazirkan wang dan belum tentu menang.

Membazirkan wang

Diakui bahawa seorang TP UMNO yang tidak menjadi ahli Parlimen boleh memegang jawatan TPM dengan dilantik terlebih dahulu sebagai Senator. Walau bagaimanapun, beliau tidak boleh memangku jawatan PM; apatah pula nak jadi PM. Untuk membolehkan beliau menjadi PM, maka p/raya kecil bagi kerusi Dewan Rakyat perlulah diadakan untuknya.

Sudah tentu mengendalikan p/raya kecil memerlukan wang. Dianggarkan SPR membayar secara langsung bagi satu p/raya kecil DUN sebanyak RM200,000 dan p/raya Dewan Rakyat berjumlah RM500,000. (Apa yang dibelanjakan oleh calon dan parti bukanlah soal SPR). Adakah kos sebanyak ini terlalu besar maka dikatakan ianya satu pembaziran? Kita sengaja lupakan kes Dato’ Abu Hassan Omar menjadi MB Selangor?

Apa yang wajar difikirkan ialah kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh parti UMNO dan ahli UMNO serta seluruh rakyat jika kita hanya menumpukan pada satu calon itu sahaja dan didapati calon berkenaan sebenar-benarnya tidak sesuai. Kita mahu mengulangi kecelakaan 1987/88 dan 1997/98? Sesungguhnya kos dan beban ini jauh, jauh lebih besar daripada setengah juta RM.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa sesungguhnya keserasian antara No. 1 dan No. 2 itu amatlah kritikal sekali.

Belum Tentu Menang

Jika bersandarkan lanskap keputusan p/raya Mac lalu maka memang ada kebenarnnya jika p/raya kecil diadakan di Selangor. Tetapi ianya berlainan di Melaka.

Terbukti Melaka, di bawah kepimpinan DAR, berjaya mengekalkan sifar PKR dan PAS. Tanpa berniat riak atau takbur, DAR boleh menang di semua kerusi Dewan Rakyat, kecuali Kota Melaka. Ada segelintir yang kurang yakin di Bk. Katil. Yang lebih mengkagumkan lagi ialah ada MP dengan rela hati bersedia mengosongkan kerusi mereka. Begitulah setia dan sayangnya ahli UMNO Melaka terhadap pemimpin mereka, DAR. 

Diharap Dr Novandri dan mereka yang sepemikiran dengannya turut disiasat berhubung dengan allegationnya itu. As a professional, he should be be more matured and be more responsible.

  1. #1 by simon on December 1, 2008 - 11:45 pm

    i honestly think Umno cannot be saved simply because the corruption is too well engraved in its day to day operations. Not helped by the greed of its leaders.

    I think the malay leaders are becoming more n more like the chinese. Pikir duit duit duit sahaja!

    How lah to heal itself? I think it is better to jump ship and join PKR…

    Thank you.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: