Dato’ Seri Anwar putar belit fakta!

1. Dua kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian saya untuk membetulkannya. Pertama, beliau berbohong tentang kononnya Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi dan, kedua, kononnya berlaku pula pengaliran wang (capital flight) ke luar negara yang besar dan merugikan.

2. Bohongan pertama itu telah saya ulas pada 21 November 2008 tetapi tidak disiarkan oleh akhbar kecuali oleh MHI dan pada siang hari tersebut Blog saya belum aktif lagi.

3. Sepertimana yang telah saya unjurkan, pertumbuhan KDNK (GDP) negara bagi suku tahun ketiga 2008 tetap positif walaupun kadarnya lebih rendah. Unjuran tersebut tepat sekali apabila ianya diumumkan pada 28 November lalu. Kadarnya ialah 4.7%. Ia merupakan satu pencapaian yang impresif di bawah lanskap ekonomi global yang sebahagian besarnya dilanda kemelesetan – Amerika Syarikat, Zon Euro, Jepun dan Singpaura.

4. Kecuali Anwar memiliki maklumat rasmi yang saya tidak tahu, Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang melebihi 4% sejak tahun 2000 (8.9%), kecuali pada tahun 2001 (0.3%). Diunjurkan suku tahun terakhir akan juga positif tetapi lebih rendah lagi dariada 4.7%. Jika mencapai 3.2% maka pertumbuhan 2008 adalah sebanyak 5.5%

5. Berdasarkan definisi biasa, sesebuah ekonomi mengalami kemelesetan (recession) secara teknikal jika ia mencatatkan pertumbuhan negatif selama dua suku tahun berturut-turut. Pertumbuhan pada tahun 2007 adalah sebanyak 6.3% manakala kadar pertumbuhan pada suku tahun pertama dan kedua 2008 amatlah memberangsangkan iaitu masing-masing sebanyak 7.4% dan 6.7%. Justeru bila pula berlaku kemelesetan? Oleh itu, salahkah jika dikatakan Anwar berbohong besar?

6. Isu kedua mengenai pengaliran wang ke luar negara pula. Ia merupakan usaha Anwar memutar-belitkan fakta. Beliau mungkin terpaku kepada angka negatif di bawah akaun kewangan (financial account) dalam Imbangan Pembayaran (Balance of Payments – BOP) lalu dengan gembiranya membuat keputusan untuk melaungkan kepada dunia bahawa ekonomi Malaysia adalah teruk.

7. Memang benar akaun kewangan tersebut mencatatkan angka negatif yang besar. Ia terus meningkat dari –RM50.5 bilion pada tahun 2005 kepada –RM83 bilion pada tahun 2007 dan masih negatif pada separuh pertama 2008 (-RM51.8 bilion). Walau bagaimanapun, sukalah ditegaskan bahawa ‘negatif’ dalam konteks BOP tidak semestinya tidak baik kepada negara. Sesiapa yang faham tentang BOP tentulah setuju dengan saya.

8. Sebelum saya jelaskan tentang akaun kewangan itu, eloklah saya sentuh sepintas lalu akaun semasa untuk melengkapkan gambaran BOP ini. Akaun semasa terus mencatatkan lebihan yang besar; melebihi RM50 bilion sejak tahun 2004.

9. Pada tahun 2007 nilainya ialah RM100.4 bilion manakala pada separuh pertama 2008 adalah sebanyak RM50.8 bilion. Sumbangan utama ialah eksport barangan.

10. Akaun semasa yang positif, apatah pula amat besar, merupakan ‘satu sijil kesihatan’ bagi ekonomi negara.

11. Berbalik kepada akaun kewangan tadi, saya akan menyentuh komponen kecil (sub components) yang signifikan sahaja.

12. Pertama, mengenai pelaburan langsung (direct investment). Ia mengandungi 2 aspek – pelaburan kita di luar negara dan pelaburan asing (FDI) di Malaysia. Pelaburan asing di luar negara menunjukkan negatif (mengalir keluar) tetapi ianya suatu yang baik.

13. Syarikat / usahawan residen Malaysia seperti Petronas, Guthrie, Sime Darby dan YTL semakin agresif dan berjaya melabur di luar negara; mereka membawa balik keuntungan. Nilai pelaburan telah melonjak hampir 400% dari RM7.8 bilion pada tahun 2004 kepada RM38.2 bilion pada tahun 2007.

14. Pada tempoh yang sama, FDI di Malaysia turut meningkat sebanyak 63%, dari RM17.6 bilion kepada RM 29.1 bilion. Antara tempoh enam bulan pertama 2007 dan 2008, FDI menokok 20%. Ia membuktikan pelabur asing terus yakin terhadap negara kita. Anwar berasa dukacita terhadap prestasi tersebut tetapi majoriti rakyat negara ini gembira kerana FDI berkenaan dapat membantu merangsang ekonomi serta menjana peluang pekerjaan.

15. Kedua, berhubung pelaburan fortfolio (portfolio investment). Ia mencatatkan –RM23.6 bilion pada suku kedua 2008. Sebelum ini (2006 & 2007) ianya positif. Penyumbang utama ialah residen Malaysia membeli saham dan bon di luar negara (-RM5.5 bilion) dan bukan residen Malaysia pula menjual balik (bersih) sekuriti hutang jangka pendek sebanyak –RM9.2 bilion. Oleh kerana urusan / aktiviti ini merupakan jangka pendek maka ianya bukanlah suatu perkara yang membimbangkan.

16. Lain-lain pelaburan (other investment) tidak perlulah saya ulas kerana ianya telah mencatakan positif bagi dua suku tahun pertama 2008 walaupun sebelum ini ianya negatif. Lagipun ianya bukanlah suatu yang merunsingkan di masa lalu.

17. Akhir sekali saya ingin menyentuh tentang rizab antarabangsa BNM. Ia mencatatkan negatif kerana rizab kita terus mengukuh; bertambah sebanyak –RM13.6 bilion (2005), -RM25.2 bilion (2006) dan –RM45.3 bilion (2007). Pada setengah tahun pertama 2008, rizab kita terus menokok sebanyak -RM75.2 bilion lagi.

18. Adakah Anwar berpendapat rizab bertambah (-) itu tidak baik? Jika tidak tahu tidak mengapa kerana kita sebagai manusia biasa tidak tahu semua perkara. Ia bukanlah suatu dosa. Tetapi memutar-belitkan fakta dan cuba mengelirukan orang lain dengan tujuan jahat adalah salah dan berdosa.

19. Pada tahun 1997/1998 Anwar telah mengikut jari telunjuk IMF dengan memberikan preskripsi yang salah untuk mengubat penyakit ekonomi negara pada masa itu. Antaranya ialah memperkenalkan strategi penguncupan (contractionary) dengan memotong belanjawan, menaikkan kadar faedah, memendekkan tempoh NPL dan tempoh pinjaman. Syukur Tun Dr Mahathir dan MTEN telah berjaya memulihkan ekonomi negara.

20. Kita mintalah Anwar agar tidak mengulangi kesilapan yang sama kerana biasanya manusia itu ‘sekali jalan kena, dua kali jalan tahu’. Dalam pada itu, kita bimbang akan kerosakan yang boleh dilakukan oleh Anwar ke atas negara tercinta ini kerana ‘kapak tidak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya’!

  1. #1 by ana hani on December 2, 2008 - 12:36 pm

    anwar sudah tidak ada modal untuk meningkatkan populariti diri dia. Semua dah tahu yg dia ni kurreng sket dalam hal hal ekonomi. Agaknya, para advisor dia pun dah salah bagi nasihat.

    itu lah padahnya kalau selalu sangat fikir nak jadik PM.. agaknya tiap tiap malam dia tak leh tidur sebab salalu sangat berangan apa nak buat bila jadik Pm..

    terima kasih!

    ana hani 72

  2. #2 by melayu perkasa on December 2, 2008 - 12:39 pm

    tumpang tanya, u ni kerja di BNM ke?

    anyway, thank you for the well explained article.

    at least now we know that anwar used the wrong figures to criticise the govt! huhuhu
    _______________________________

    I am not working in BNM. Official compiler of malaysian BOP and GDP is Statistics Department. BNM made the announcement. I requested the data from Stats to write the article. Anybody can request the same. Thank you.

  3. #3 by anti hipokrasi on December 2, 2008 - 3:57 pm

    kita tdk boleh salahkan anwar dalam perkara ini… dia mungkin tersalah daptkan maklumat.

    kadangkala, pemimpin BN lebih bersalah kerana putar belitkan fakta. Menggunakan laungan ketuanan melayu semata mata untuk mendapat sokongan rakyat.

    rakyat sudah jemu dgn pekikan mereka. semua tahu betapa korupnya mereka ini.

    hanya pakatan rakyat harapan kita!

    TK

    _________________________

    The main driver of malaysian economic chaos in 97/98 was anwar’s crave for power.. He conspired with IMF to cause more damage after currency turmoil was inflicted by Soros. By doing that he hoped the rakyat would get mad with Tun Dr M and be forced to step down, Anwar would the be installed as the new PM. But God was great; man proposes, God disposes. Malaysia was asaved. ANti Hipokrais may not appreciate this. You seem not to share the concept of ketuanan melayu. U look liberal and ‘coulor blind’. Are teh chinese n indians are as ‘color blind’ too? do you follow the issues they raised?

    Thank you.

  4. #4 by mat sabun on December 2, 2008 - 11:46 pm

    kepada anti hipokrasi..bagaimana pula dengan 16 sept??ada kah itu pon kerana tersalah dapatkan maklumat??
    jangan la terlalu taksub kepada pemimpin sampaikan jelas sifat penipuan ditonjolkan pon dianggap perkara kecil..

  5. #5 by seruling senja on December 3, 2008 - 5:06 pm

    Masyaallah, saya kadang2 tu kesian dengan pentaksub2 anwar. Bukan apa, saya juga adalah satu ketika dulu penyokong anwar juga.
    Namun, setelah dihidangkan dengan fakta2 yang jelas dan lojik, maka saya kurang memberi sokongan terhadap agenda2nya. Kebanyakan apa yang diwar-warkan dari dulu sampai sekarang ialah apa yang sebahagian besar sudah dan sedang dijalankan oleh kerajaan BN. Terlalu banyak contoh kalau nak diberi. Perkara yang menyebabkan saya sokong AI nie dulu sebab, saya lihat dia benar2 tulus ikhlas mempejuangkan nasib rakyat kebanyakan….mengungguli menentang rasuah. Yang bukan sahaja dikalangan orang2 UMNO bahkan juga org2 MCA, MIC, dan juga kakitangan kerajaan dan pegawai2 PBT. Soal ketidakpuasanhati orang ramai ketika itu sudah semakin menebal, meluat yang amat sangat pada apa juga yang berkaitan dengan kerajaan BN. Ini adalah amat ketara pada tahun2 2005 keatas. Janji2 utk membanteras rasuah hanya tinggal janji shj.!
    Semacam ada perasaan jijik dikalangan orang kebanyakan , terutamanya pada peringkat umur 40 kebawah.
    Janganlah ada puak2 yg tersilap kata atau perbuatan, maka akan terkeluarlah perkataan2 yang menyamakan sipolan tu dengan BN…biru karat, tipikal umno, umno totok, takder kerja lain nak sapu projek ajer..dsbgnya.
    Kenapa jadik gitu? Bagi saya ada rahmat yang besar buat semua pemimpin2 khususnya orang melayu (tak kira Umno, Pas atau PKR), keikhlasan dalam perjuangan tak ada nilai tandingnya, maka janganlah digadaikan masa depan anak2 bangsa kamu hanya kerana terpesona dengan habuan dunia ini. Tabahkan hati kuatkan Iman.
    Oleh itu, bagi penyokong AI, kamu boleh menyokong, tapi jangan terlalu taksub, gunakan akal kamu yang waras untuk menimbang segala fakta yang dihidangkan. Jangan di telan terus dan jangan dibuang terus, kemam dulu barang seketika…Insyaallah, kamu pasti ketemukan kebenaran. Kadang kala hari ini kita rasakan kita betul, tapi, lepas 10 tahun akan datang, baru kita nampak yang kita ni silap, hanya semata-mata tidak mengendahkan buah pandangan kaumyang lebih tua…ini apa yang saya kutip sikit sebanyak dalam perjalanan hidup.
    _______________________________

    Seruling sejna, syukur saudara dah sedar tentang DSAI dan kembali ke pangkal jalan. Democracy is not the best form of political system. nevertheless, it is the best among the worst (Winston Churchill said this long time ago – “Democracy is the worst form of government except for all those others that have been tried.”)

    Cubalah ingat kata kata ini bila marahkan Umno. Kita sama samalah bantu bersihkannya.

    Thank you.

  6. #6 by asrilamirul on December 3, 2008 - 5:47 pm

    Dear Darah Tuah,

    People tend to be blinded by the truth when they are in the state of total obsession or taksub-ness over a particular subject matter, in this case DSAI. No matter how others want to deliver the truth, they will reject it.

    Its good that you are able to support your opinion with numbers. I applaud your effort. But others may think that its just numbers you pulled out of a hat. Perhaps it is best if you can substantiate the data and facts given.

    We need to open our eyes, we are the rakyat who determine the fate of this country, let the truth comes to us all.

    Hanya dua sen saya…

    ____________________________

    Thank you for the suggestion. Will put forward the source of data in due time. – Darah Tuah.

  7. #7 by sweet on December 3, 2008 - 6:46 pm

    buat anti hipokrasi…berfikirlah sebelum melatah ,kerana kita mungkin berada dipihak yang salah.Jangan cepat mempercayai pada seseorang hanya kerana kesian padanya. Rasa2nya anda akan memperolehi segala janji yang ditaburkan itu?Mengapa kita suka pada perkara yang terang2 sudah nampak silapnya tetapi masih menafikannya.Kebenaran akan terbukti oleh itu jangan cepat melatah tetapi fikirlah sejenak kerana itu lebih baik.

  8. #8 by AwanG_JenguT on December 4, 2008 - 11:37 am

    semakin tinggi belajar semakin bijak semakin lupa diri.itulah kebanyakan anak bangsa melayu.UMNO bertahan sehinga kini ada lah dri suara org kampong, dari dukongan penduduk luar bandar,walaupon hanya sedikit nikmat yg mereka dapat mereka tetap bersukuor,kalau di bandar UMNO telah lama berkeubor dihati org melayu.walaupon nikmat yg mereka kecapi adalah hasil usha UMNO.UMNO tidak akan hancur dari serangan luar,tapi hancur nye UMNO ada lah daripada pemimpin tertinggi UMNO itu sendiri. songkok penyok dek lonjak.terseliuh kaki mengikut rentak.bila dok diatas kepala tegak cam mentadak.mula lupa rumput dan bumi yg di pijak.

  9. #9 by ondastreet on December 4, 2008 - 11:39 am

    Salam buat Saudara Darah Tuah,
    Suatu artikel yang bagus buat bacaan dan fikiran bersama.

    Buat saudara Anti Hipokrasi,
    Alasan “kita tdk boleh salahkan anwar dalam perkara ini… dia mungkin tersalah daptkan maklumat.” bukan satu alasan yang baik. Jika tidak, masakan Karpal Singh mahu “membaham” Datuk Seri Nazri Aziz atas kesilapan maklumat tentang pembayaran ex-gartia.

    Sebagai pemimpin, integriti dan liabilit harus dipegang. Tidak pernah dalam sesuatu organisasi, ketua tidak dipertanggungjawabkan jika beliau sudah menandatangani sesuatu dokumen, hatta perbelanjaan “petty cash”, tetapi didapati tidak benar.

    Untuk fikiran bersama suatu artikel berkenaan kata-kata DSAI yang diambil daripada http://al-razi959.blogspot.com/2008/10/jika-saya-menjadi-pm.html, di mana, di dalam artikel tersebut, DSAI tidak mahu mengambil alih negara ini kerana krisis ekonomi yang sedang melanda negara dan dunia ketika ini. Sebagaimana yang telah dinukil oleh penulis blog tersebut, saya pasti, jika DSAI benar-benar kasihkan rakyat, Malaysia lebih makmur daripada keadaan sekarang.

    Betul? Tidak?

    Terima kasih

  10. #10 by wealthminds on December 10, 2008 - 7:12 pm

    Tahniah sdr Tuah dan penganalisaan yang bagi saya amat jelas ..

    Bagi saya, kewajaran (Rational) perlu berdasarkan pada nisbah yang munasabah (acceptable ratio) ,tidak lupa juga kepada pendefinisian yang tepat .

    Saya memuji Rakan melayu ML (Mudah lupa) yang lain Samaada dengan sengaja melupakan definisi-definisi ekonomi atau cuma baca buku sekerat jalan.

    Mungkin kita kurang dihidangkan mengenai cerita-cerita ekonomi (maklum sajalah economist terlalu sebuk setiap hari )

    hahahahhahahahahah

    Atau pun tidak persembahan fakta dari economist seperti Dr Nor Mohamad Yaakob tidak seperti lolongan anjing yang meruntun – meruntun kesedihan

    hahahahhahahahhahahahahah ( up volume 10 % )

    yup .. kita melayu memang malas ..

    Malas nak buat research sendiri.

    (hatta, Percaye ke fakta Yang Anwar cakap tu Fakta dari Anwar? atau ” Sumber yang dipercayai ” Seperti “Penganalisis ekonomi dunia” )

    hahahahha hahahahhahaha (up lagi sikit volume 25 %)

    Jadi nye .. janganlah di perdayakan dengan persembahan kasih berkasihan ..

    dan tinkatkan produktiviti .. kurangkan “konspirasi”
    hahahhahahahahahaha

  11. #11 by nikmj on March 11, 2009 - 4:18 pm

    Hello,
    Apa khabar penyokong BN semua?

    Kan Allah dah tunjukkan bahawasanya DSAI tidak berbohong yang Ma’sia memang dilanda kemelesetan ekonomi. Masakan DSAI nak berbohong pasal ekonomi.

    Beliau lebih lama menjadi Menteri Kewangan. Tambah lagi Ku Li pun berkata benda yang sama. Hanya Najib dan penyokongnya sahaja yang menyokong membuta tuli tanpa fakta.

    Belajarlah dari mereka yang berpengalaman dan jangan jadi bodoh sombong.

    The truth is prevailed, Allahhuakbar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: