Tun Dr M pemimpin berwawasan; DSAI kaki putar belit

Saya ingin merujuk kepada ulasan anti hipokrasi yang menyanjung tinggi DSAI dan menyalahkan kerajaan BN yang kononnya memutarbelitkan fakta/maklumat. Seterusnya beliau menegaskan bahawa PR sahaja pilihan yang ada untuk rakyat, khususnya rakyat Melayu.

Eloklah anti hipokrasi buktikan bahawa kenyataannya itu masuk akal; lebih-lebih lagi Dr Hasan Ali sendiri, pemimpin PAS Selangor, telahpun membuat pengakuan seperti yang terpapar di dada UM hari semalam (6 Dis. 2008). Keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri PR banyak merugikan Melayu dan lebih menguntungkan bukan Melayu.

Berbalik kepada memutarbelitkan fakta tadi, saya telahpun membuktikan perbuatan DSAI mengenai GDP dan BOP itu. Sebenarnya kerja putarbelit DSAI ini bukanlah baru. Dia telah melakukannya sejak Tun Dr M memecatnya daripada kabinet.

Sedikit kisah ungentleman behaviour DSAI ialah dia mengajak rakyat ke jalan-jalan raya untuk mempertahankan jawatannya. Sepatutnya beliau hendaklah menjadi seorang gentleman yang pandai menghormati kuasa prerogatif PM. Hanya PM yang memiliki kuasa melantik dan menggugur/memecat mana-mana menterinya, termasuk Timbalan Perdana Menteri.

Semasa DSAI dalam kerajaan, semua yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan adalah baik belaka. KLIA, Puterajaya, Cyberjaya, MSC dan lain-lain lagi semuanya berfaedah untuk rakyat.

Tetapi sebaik saja beliau dipecat daripada kerajaan, serta merta beliau mengkritik Tun Dr M sebagai pemimpin yang korup dan membazirkan wang rakyat dengan merujuk, antara lain, kepada projek-projek tersebut, termasuk Sri Perdana. Sedangkan beliau dalam kabinet (sebagai TPM dan Menteri Kewangan pula); tidak boleh terlepas daripada collective responsibility.

Anehnya lagi, DSAI adalah Pengerusi KLIA sebelum dipecat dan beliau turut terlibat dalam merangka Sri Perdana agar, sekurang-kurangnya, cukup bilik tidur untuknya dan juga untuk anak-anaknya yang masih belum dewasa pada masa itu.

Berhubung tuduhan 3 K (kroni, kolusi & korupsi – dipinjam oleh DSAI dari Indonesia) terhadap Tun Dr M yang dilemparkannya melalui DS Zahid Hamidi (Ketua Pemuda pada masa itu) di Perhimpunan Agong UMNO 1998, Tun telah mengarahkan supaya diterbitkan senarai penerima kontrak kerajaan dalam mass media semasa perhimpunan yang sama.

Berdasarkan senarai tersebut, jelaslah bahawa antara yang menerima faedahnya ialah Zahid dan kaum kerabat DSAI sendiri. Dipendekkan cerita, Zahid telah memohon maaf kepada Tun. Dia mengaku terpaksa berucap sedemikian atas arahan bosnya.

Berbalik pula kepada projek-projek utama yang disebutkan tadi, saya merujuk kepada satu artikle yang diterbitkan oleh UM pada 30 Julai 1999. Ia memaparkan betapa hebatnya pemikiran dan wawasan Tun dalam usaha beliau untuk memaju serta mengangkat martabat dan maruah bangsa dan negara Malaysia. Jauh daripada apa yang cuba difitnah dan diputarbelitkan oleh DSAI. Baca dan hayatilah artikle ini.

Lantaran saya amat hairan atas dasar dan fakta apa yang penyokong-penyokong DSAI mengagong-agongkannya.

Janganlah jadi seperti Pak Pandir
Pipit uban disangka Pak Haji
Kambing jantan disangka Pak Lebai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh di langit
Air di tempayan dicurahkan.

Stature, kebijaksanaan dan hati budinya, jika dibandingkan dengan Tun, umpama bumi dengan langit.

DSAI umpama sokong membawa rebah dan harapkan pagar, pagar makan padi. Kembalilah segera ke pangkal jalan.

Tun pula yang condong ditongkatkan, yang rebah ditegakkan. Beliau umpama pohon nan rendang:

Daunnya rimbun untuk berlindung
Buahnya lebat untuk dimakan
Dahannya teguh untuk bergantung
Batangnya kuat untuk bersandar
Akarnya lebar untuk bersila.

Semoga Tun sekeluarga sentiasa sihat dan dalam peliharaan Allah swt.Teruskanlah usaha memandu negara tercinta ini.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: