Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman – Majlis Peguam usah diberi keistimewaan

1. Tahniah di atas kemampuan dan kejayaan Kerajaan BN dalam menggubal, membentang dan meluluskan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan SPK 2008 serta meminda Akta Pencen 1980 melalui persidangan parlimen yang baru tamat pada 23 Disember lalu. Sesungguhnya dokumen-dokumen tersebut merpuakan mercu tanda utama dalam pentadbiran YAB PM Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi.

2. Pembentangan ketiga-tiga dokumen tersebut merupakan manifestasi iltizam, kejujuran dan keikhlasan Kerajaan BN dalam menunaikan janji Pilihanraya Umum 2004 lalu iaitu mewujudkan kerajaan yang bersih dan berintegriti. Ia selaras dengan Kata Dikota; kerbau dipegang tali, manusia dipegang janji. Mana-mana pihak lain yang cuba membuat tuntutan ke atas kejayaan ini maka ia adalah umpama lembu punya susu, sapi hendak dapatkan nama.

3. Dengan disertai usaha konstruktif oleh semua pihak yang merangkumi keluarga, masyarakat, civil society, jentera kerajaan, pihak swasta dan media, terutama mempercepatkan sistem penyampaian sepertimana yang dipahatkan di bawah Teras 5, Misi Nasional maka dijangka integriti Kerajaan dan Negara Malaysia akan mengukuh di mata dunia. Saya yakin skor yang bakal diukur oleh pelbagai indeks nanti seperti CPI, World Competitiveness, Ease of Doing Business dan Bribe Payers’ Index akan menghala ke arah utara.
4. Berhububung Akta SPK ini, secara khusus saya ingin menarik kepada Perkara 5 (1). Saya bersetuju keanggotaan Suruhanjaya tersebut terdiri daripada mereka yang disenaraikan di bawah Perkara 5 (1) (a) hingga (e) – Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

5. Saya setuju kerana mereka itu telah melalui proses pelantikan, yang antara lain, tentulah meliputi pengesahan dan pengiktirafan terhadap integriti, objectivity, impartiality dan credibility masing-masing.

6. Namun, berhubung Perkara 5 (1) (f) [pelantikan 4 orang yang terkemuka], saya agak ragu untuk kita memberikan pengiktirafan dan penghormatan secara automatic kepada Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-undang Sabah dan Persatuan Peguam Bela Sarawak. Mengapa mereka harus diberikan keistemewaan untuk dirundingi secara automatic?

7. Kita tidak boleh take for granted bahawa ketiga-tiga badan tersebut seolah-olah sudah terbukti beyond reasonable doubt bahawa mereka adalah merupakan badan dan individu yang bertanggungjawab serta memiliki integriti, objectivity, impartiality dan credibility par excellence; seolah-olah taraf mereka sikit bawah daripada Tuhan dan para Nabi.

8. Keraguan ini timbul kerana terdapat persepsi negative terhadap badan-badan tersebut, khususnya Majlis Peguam. Di kaca mata Majlis ini, Kerajaan sentiasa tidak betul, hakim tidak betul. Hanya pembangkang dan mereka sahaja yang betul sedangkan integriti, objektiviti, impartiality dan kredibliti mereka sendiri sering dan boleh dipersoalkan.

9. Dilaporkan terdapat para peguam yang menipu anak guamnya. Juga terdapat perangai para peguam yang tidak mencerminkan sifat-sifat murni itu.

10. Sehubungan itu, kita patut diberi tahu sejauh mana tiga badan berkenaan telah mengambil tindakan yang berkesan ke atas ahli-ahlinya yang sedemikian? Have they put their houses in order? Di samping itu, adakah proses pelantikan AJK badan-badan tersebut itu sendiri telus, bersih dan tiada hanky-panky?

11. Dalam mempastikan kelayakan 3 badan itu, saya ingin mengambil proses nikah kahwin pasangan Islam sebagai satu bandingan atau analogi. Untuk mempastikan akad nikah itu sah, bukan sahaja pasangan tersebut perlu dipastikan adalah sah dari segi syarak untuk dinikahkan malah juru nikah dan saksi-saksi juga hendaklah dipastikan sah dari segi syarak.

12. Dalam hal ini, 3 badan berkenaan bolehlah diibaratkan sebagai saksi. Justeru, di peringkat pertama, 3 badan tersebut hendaklah terlebih dahulu diselidek dan disahkan statusnya dari segi integriti, kredibiliti, objektiviti dan impartiality sebelum YAB PM berunding dengan mereka, seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 5 (1) (f).

13. Pada masa yang sama, di peringkat kedua, sebelum dirundingi oleh YAB PM, semua ahli 3 badan berkenaan seperti Presiden, Naib Presiden dll, yang akan memberikan pandangan hendaklah terlebih dahulu diselidek dan disahkan integriti, kredibiliti, objektiviti dan impartiality mereka.

14. Di peringkat ketiga, nama-nama yang mereka cadangkan itu, sebelum diangkatkan kepada YAB PM, hendaklah diestablish beyond reasonable doubt bahawa sesunggguhnya mereka tidak ada vested interest dan conflict of interest.

15. Semakan 3 peringkat ini hendaklah dilaksanakan secara berkala.

16. Pelaksanaan syor ini akan memantapakan kewibawaan ketiga-tiga badan tersebut dan, sekali gus, menobatkan pelantikan 4 orang terkemuka itu tanpa sebarang keraguan.

  1. #1 by HeroTamil on December 29, 2008 - 3:14 am

    Huahahaha..Majlis Peguam nie ker??

    I remember a few months back..when Laman Web Majlis Peguam nie buat public polling..siapa yang TIDAK WAJAR berada dalam SURUHANJAYA ini… and WHAT HAPPENED then??

    Hahahahahahaha…
    THE RESULT only to get them to pull out the POLL!!

    HEROTAMIL, mykmu.net, kelabchedet.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: