Datuk Ali Rustam – Jaguh Kampung atau juga Juara Global?

1. Sepertimana Obama menjadi Presiden-elect USA, YAB Dato’ Sri Najib juga kini menjadi Presiden-elect UMNO. Obama akan dinobatkan pada 20 Januari nanti manakala Najib akan ditabalkan di penghujung Mac 2009 pula.

2. Seperti yang semua sudah maklum, jawatan Timbalan Presiden UMNO yang menjadi kosong kerana ascendancy Najib bakal diisi oleh salah seorang daripada 3 calon yang layak bertanding – YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam (DAR), YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin (MMY) dan YB Tan Sri Muhammad Hj. Mohd Taib (MMT).

3. Sekiranya saya mempunyai maklumat yang lengkap mengenai ketiga-tiga tokoh ini, pasti saya boleh mengupas secara adil tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing. Oleh kerana saya hanya mengenali DAR lebih dekat berbanding 2 lagi tokoh tersebut maka saya hanya akan menumpukan kepada DAR sahaja.

4. Berbeza dengan calon favourite, DAR merupakan calon underdog kerana tidak siapa menyangka bahawa beliau akan menawarkan diri untuk jawatan No. 2. Beliau juga tidak pernah menyebut untuk menyandang jawatan berkenaan. Perhatian dan tenaga beliau tertumpu kepada memulihkan semangat ahli dan mengukuhkan parti selepas tsunami politik melanda BN/UMNO pada 8 Mac 2008, di samping menguruskan negeri, 4B, WAY (World Assembly of Youth), WYF (World Youth Foundation), DMDI (Dunia Melayu Dunia Islam) dan banyak lagi.

5. Mengikut network dan interaksi saya, didapati sokongan dan keyakinan terhadap DAR sebagai Timbalan Presiden UMNO semakin meningkat, selepas tersedar daripada sedikit ‘tersentak’ dan ‘tergamam’. Syukur alhamdullillah dan terima kasih lepada semua sahabat.

6. Mereka melihat DAR sebagai satu aset yang amat berguna kepada UMNO/BN kerana beliau memiliki banyak kekuatan. Antaranya ialah:

6.1 beliau merupakan gandingan yang paling sesuai dengan Najib, umpama aur dengan tebing; sama seperti gandingan Tunku/Tun Razak; bukan seperti Dr Mahathir dengan Musa/Anwar (penyokong kuat Najib tolong fikirkan perkara ini dengan mendalam);

6.2 beliau amat setia kepada pemimpin; satu komoditi yang very rare masa kini;

6.3 beliau adalah mesra, ikhlas dan berjiwa rakyat; justeru amat sesuai menjadi jambatan yang akan menghubungkan ahli/rakyat dengan pucuk pemimpin; dalam keadaan sekarang ‘jambatan’ ini sangatlah diperlukan oleh parti;

6.4 dedikasi, kesungguhan, kegigihan dan kerajinan beliau yang sustainable sudahpun diketahui umum; sifat murni sepertimana yang dimiliki oleh Allahyarham Tun Razak ini sudah semakin pupus;

6.5 wawasan, kebijaksanaan dan presatsi gemilang beliau dalam menguruskan kerajaan yang mana sekarang sudahpun diketahui umum dan telah banyak mendapat pengiktirafan nasional dan antarabangsa. Contohnya, MBMB memenangi Bandaraya Mampan 3 tahun berturut-turut (2005 – 2007) dan Anugerah Perdana Pihak Berkuasa Tempatan 2006; Pejabat Daerah & Tanah Alor Gajah pula memenangi Anugerah Kualiti Perdana Sektor Awam pada tahun 2007. UNESCO mengiktiraf Bandaraya Melaka Bersejarah sebagai Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) pada 7 Julai lalu. Kejayaan yang menakjubkan itu mendorong pihak-pihak tertentu untuk menyarankan supaya DAR dan pasukannya dibawa ke Puterajaya bagi memberikan sentuhan ajaib beliau yang sangat diperlukan negara dalam menangani kegawatan ekonomi global/negara masa kini; dan

6.6 kejayaan beliau sebagai Arkitek Transformasi Melaka.

7. Dalam pada itu, sebagai manusia biasa, DAR tidak terkecuali daripada memiliki beberapa kelemahan. Dari segi prinsip, saya sendiri telah mengakui tentang wujudnya kelemahan-kelemahan tertentu.  Antara kelemahan yang sering dilontarkan ialah persepsi mengenai tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang menteri pusat, kurang fasih berbahasa Inggeris dan tidak mempunyai pendedahan antarabangsa (intenational exposure).

8. Saya pernah menjelaskan secara ringkas tentang isu pertama itu;  saya pernah menulis di dalam artikel yang lepas:

“Buat sementara, eloklah saya ringkaskan bahawa President-elect Obama hanyalah first term Senator (itupun tidak complete) manakala DAR telah menjadi EXCO bagi tempoh 1986 – 1995, Timbalan Menteri (1995 – 1999) dan Ketua Menteri sejak tahun 1999 hingga sekarang.”

dan akan menjelaskan persepsi tentang isu kedua dan ketiga pula. Sebelum itu, eloklah ditanya secara ikhlas tentang gravity persepsi mengenai ketiga-tiga kelemahan tersebut berbanding dengan kekuatan yang ada pada beliau, seperti yang disenaraikan di para 6 di atas. Adakah persepsi mengenai kelemahan tersebut mengatasi / melindungi kekuatan yang ada pada beliau. Saya yakin TIDAK sama sekali!

9. Diakui bahawa DAR tidak sefasih Najib atau Rais bila bertutur dalam bahasa Inggeris. Kemampuan Presiden China, Indonesia, Perancis dan Rusia serta Perdana Menteri Jepun berbahasa Inggeris adalah lebih rendah berbanding dengan DAR. Rakyat negera-negara tersebut sedikitpun tidak menjadikannya satu isu.

10. Yang penting, terbukti DAR boleh bertutur dan berbincang dalam bahasa tersebut dengan berkesan. Lantaran itu, beliau bukan saja mengikuti promosi pelaburan ke luar negeri malah beliau sendiri sering mengetuai misi pelaburan dan pelancungan negeri Melaka ke Amerika Syarikat, Amerika Latin, China, India, Jepun, Korea, Taiwan dan Timur Tengah. Beliau adalah CEO dan salesman bagi Melaka.

11. Mengenai tidak mempunyai exposure di peringkat antarabangsa pula, saya pernah berjanji untuk menyentuh perkara ini di dalam artikel yang sama (sila rujuk artikel ini). Sukalah ditegaskan awal-awal lagi bahawa persepsi itu adalah juga tidak tepat kerana ia tidak bersandarkan kepada fakta yang betul.

12. Untuk makluman, DAR telah lama berkecimpung di arena nasional dan di persada dunia sejak tahun 1980an lagi melalui pertubuhan 4B, MBM dan WYF / WAY. Akhirnya beliau mendapat kepercayaan dan pengiktirafan masyarakat belia negara dan antarabangsa lalu mengangkatnya sebagai pemimpin mereka. Beliau menjadi:

• Presiden MBM, 1988 – 1990,
• Presiden 4B Malaysia pada tahun 1994 hingga sekarang;
• Pengerusi WYF, 1993 – sekarang, dan
• Presdien WAY, 1995 – sekarang.

13. Beliau merupakan anak jati Malaysia dan Asia yang pertama menerajui pertubuhan belia dunia itu. Mereka (pemimpin belia dari negara maju dan membangun) penuh yakin terhadap kewibawaan dan kepimpinan serta wawasan beliau. Kemampuan DAR menerajui pertubuhan berkenaan selama 15 tahun (hingga sekarang) membuktikan manifestasi keyakinan tersebut yang jitu.

14. Salah satu kejayaan beliau sebagai pemimpin WYF / WAY ialah beliau berjaya memujuk para pemimpin belia yang lain untuk memindahkan Ibupejabat WYF / WAY dari Copenhagen, Denmark ke Melaka, Malaysia. Kejayaan tersebut merupakan satu mercu tanda dalam usaha diplomasi beliau yang amat subtle.

15. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang inisiatif DAR di pentas global yang mahu menyatukan umat Melayu dan umat Islam yang bertabur di seantero dunia melalui wahana / platform DMDI.

16. Berkat usaha gigih beliau selama sembilan tahun yang lalu, beliau telah berjaya menyatukan 300 juta penduduk Melayu-Islam yang terdapat di 13 buah negara atau 17% daripada umat Islam seramai 1.8 bilion di bawah payung DMDI.

17. Dalam usia sembilan tahun DMDI diwujudkan itu, kini DAR telah berjaya setapak demi setapak ke arah merealisasikan wawasan penubuhannya iaitu sebagai platform yang berkesan untuk merapatkan silaturrahim dan menggembleng sumber DMDI bagi kesatuan, perpaduan, kemajuan dan kesejahteraan umat Melayu dan Islam sejagat.

18. Pada masa yang sama, di bawah panji-panji DMDI juga, beliau berjaya mewujudkan saiz pasaran yang besar dan sekali gus ia merupakan kuasa politik-ekonomi yang strategik bagi manfaat umat Melayu-Islam.

19. Antara kejayaan utama DMDI yang memberi manfaat kepada umat Melayu-Islam ialah:

* menghidupkan semula budaya dan bahasa Melayu di Cape Town, Afrika Selatan, Sri Lanka dan Kampuchea,

* membantu pembelajaran agama Islam di Kampuchea,

* membantu mangsa Tsunami di Acheh, termasuk memelihara anak yatim dengan mendirikan sekolah dan asrama untuk mereka,

* mewujudkan social and business linkages and networking,

* mewujudkan DMDI Finance House yang telah dilancarkan oleh Najib pada 23 Disember lalu; sebagai Menteri Kewangan 1, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan akan membantu menjayakan institusi kewangan ini; dan

* merancang pembinaan jambatan Melaka – Dumai sepanjang 52 kilometer oleh sektor swasta dengan anggaran kos sebanyak RM41 bilion.

20. Terbukti DMDI lebih cergas daripada OIC. Nampaknya DMDI akan lebih berjaya berbanding OIC!

21. Najib turut kagum di atas kejayaan DMDI dan potensinya. Beliau yakin ia boleh menjadi pemangkin kepada usaha memacu dan menyemarakkan lagi semangat dan kerjasama erat di kalangan rumpun Melayu dan umat Islam sejagat. Beliau turut yakin bahawa DMDI boleh memainkan peranan penting dalam memertabatkan Islam yang ideal menerusi kerjasama erat di kalangan negara-negara anggota.

22. Seterusnya, beliau mengakui bahawa forum DMDI mencerminkan suatu yang bersifat murni, terutama dalam membantu rumpun Melayu yang menjadi kumpulan minoriti di sesebuah negara seperti Afrika Selatan, Filipina, Kampuchea, Singapura, Sri Lanka dan Thailand.

23. Para pemimpin belia dunia dari 122 buah negara dan pemimpin DMDI yang terdiri daripada 13 buah negara bukan sahaja terus memberi kepercayaan dan sokongan padu kepada beliau bahkan tidak berniat langsung untuk mencabarnya.

24. Sesungguhnya beliau adalah seorang jaguh kampung, tokoh negara dan juara global yang disegani dan dihormati!

25. Sebagai orang Melayu, ahli UMNO dan rakyat Malaysia, tidakkah kita turut bangga di atas kejayaan gemilang beliau itu sebagai pemimpin belia dunia dan peneraju DMDI? Tidakkah wajar kita mengiktiraf beliau sebagai satu aset dan batu permata yang tak ternilai kepada UMNO?

26. Sesungguhnya hanya jauhari yang kenal manikam!

27. Sempena Maal Hijrah 1430H, marilah kita sama-sama melangkah ke ambang masa depan yang lebih berjaya dan bermaruah melalui UMNO yang lebih perkasa dan disegani dengan kepimpinan yang lebih berwibawa dan amanah serta pengikut yang lebih setia dan ikhlas.

  1. #1 by Niccolo on January 2, 2009 - 12:40 am

    hello!

    got your link from jebat must die blog. tak sangka ali rustam kuat semangat melayunya..

    sememangnya ini boleh membantu beliau mengharungi cabaran kepada umat melayu sekarang ini…

    tetapi untuk menjadi timbalan PM kepada Malaysia, beliau perlu juga popular dikalangan golongan bukan melayu…

    tetapi saya lihat beliau kurang popular kerana pernah mengeluarkan statement menghentam bukan melayu spt di konvensyen PPP dulu bila beliau suruh PPP keluar BN (tak ingat bila)..

    Apa pandangan saudara? Oleh kerana saya rasa saudara mengenali beliau lebih dekat dari saya, boleh juga kita mengetahui pendirian beliau mengenai peranan bukan Melayu di dalam politik Malaysia.

    Apa apa pun, saya respect tentang DMDI.. tak pernah tau wujudpun! :p

  2. #2 by anti hipokrasi on January 2, 2009 - 12:49 am

    ali ketam mmg seorang yg tak pandai berdiplomasi bila berhadapan dgn cabaran pelbagai kaum.. dia mmg fail! berlainan dgn pakatan rakyat dibawah anwar, semua kaum boleh bersetuju untuk bekerjasama kearah satu matlamat, iaitu menjatuhkan kerajaan BN yang zalim!

    TK
    _____________________________________

    Anti hipokrasi,

    Sudah menjadi lumrah alam bahawa manusia bersatu untuk menghadapi a common enemy. Soekarno menyatukan penduduk Indonesia yang berselerak di pulau-pulau dengan menjadikan Malaysia sebagai a common enemy; India bersatu dengan menjadikan Pakistan sebagai a common enemy. Parti pembangkang pertama kali dapat bersatu untuk melawan BN sebagai a common enemy. So nothing is new or great about it unless one is living under the shadow of hipocrasy!

    Kalaulah perpaduan PR itu genuine, cubalah anti hipokrasi terangkan “peperangan” yang sedang melanda Selangor, Perak dan Pulau Pinang sekarang. Tidak hairan jika ianya sampai ke tahap empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit.

    Para pengkaji politik yang serius dan objektif tentu will come to conclusion bahawa PR merupakan a marriage of convenience and a congregation of individuals/parties with different, conflicting and confrontational dreams. Dalam bahasa mudahnya ialah mereka itu tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain, kecual bermimpi untuk menumbangkan BN.

    Shared vision BN adalah lebih unggul lagi iaitu bersatu untuk menubuhkan kerajaan bagi keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraam hidup rakyat.

    Dalam pada itu, saya kesian dan sedih bahawa anti hipokrasi masih terus terpukau dengan pembohongan Anwar. Yakinlah bahawa segala tindak tanduk Anwar telah banyak merosakkan bangsanya sendiri. Beliau tak ubah seperti kapak dan kayu; kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya.

  3. #3 by Macho_man on January 3, 2009 - 12:24 pm

    Apa bezanya jaguh kampung dan jaguh bandar ?

    Selamat Tahun Baru 2“00”9🙂

    Takkan Melayu Hilang Di Dunia
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu😉
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Kite Pakat Undi BN Deh🙂
    http://pro-faizal.blogspot.com

  1. Ulasan saya kepada komentar dari Niccolo « Hidup Tuah!
  2. Bakal TP Umno yang paling sesuai masa kini? « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: