Kerajaan Negeri Kedah (KNK) kembali ke pangkal jalan

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat meraikan Tahun Baru 2009 kepada semua yang sudi melayari blog saya. . Semoga kehidupan anda lebih berjaya dan bahagia serta mendapat keredhaan Allah swt.

1. Dalam Utusan Malaysia bertarikh 31 Disember 2008, dilaporkan KNK bersedia untuk menimbang semula penggunaan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kereta rasmi bagi anggota EXCO dan pegawai kanannya. MB Kedah, YAB Dato’ Seri Azizan berpuas hati terhadap penerangan yang diberikan oleh En. Mohamed Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd.

2. Berita gembira ini boleh dianggap sebagai hadiah tahun baru 2009 bagi Proton, vendor dan pengedarnya serta warga pekerja masing-masing yang dianggarkan seramai 100,000 orang. Sesungguhnya industri automotif mempunyai multiplier effects yang tinggi. YABhg. Tun Dr Mahathir tidak memilih industri ini untuk dimajukan secara suka-suka sahaja.

3. Sehubungan itu, pertama, saya ingin mengucapkan syabasy di atas inisiatif Shukor sebagai CEO Proton Edar untuk berjumpa dan memberi penjelasan personally kepada MB Kedah selaku CEO negeri. Tindakan turun padang ini nampaknya akan membuahkan hasil yang positif kerana asal dituggal, adaalah benih.

4. Disyorkan supaya Shukor meneruskan usaha yang sama dengan Kerajaan Negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang; malah hendaklah proaktif dengan semua pemimpin kerajaan negeri yang lain juga. Janganlah lagi mengambil pendekatan sudah terantuk baru hendak tengadah.

5. Kedua, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Azizan di atas kesediaan beliau meluangkan masa yang amat berharga, meminjamkan telinga dan melapangkan minda untuk mendengar penjelasan tersebut.

6. Ketiga, kita wajar menghargai kematangan keputusan beliau itu yang mengutamakan kepentingan negara; ia merintasi sempadan kepartian. Sekali gus, beliau sempat kembali ke pangkal jalan sebelum tersesat di hujung jalan.

7. Keempat, kita berharap common sense dan semangat patriotisma akan mendorong MB Selangor dan Perak serta KM Pulau Pinang untuk mengubah keputusan mereka (dilaporkan mereka merancang hendak membeli kereta Toyota Camry) dan mengikut jejak langkah MB Kedah yang waras itu. Janganlah kera di hutan disusukan, anak di pangkuan di letakkan; dagang lalu ditanakkan, anak pulang kelaparan!

8. Kelima, jika mereka tidak mahu menggunakan Proton Perdan V6 Executive atas alasan lunak untk menyelamatkan wang rakyat sebab kos penyelenggarannya terlalu tinggi maka sesungguhnya mereka perlulah:

membeli kereta Proton ini yang jauh lebih murah (RM75,000 sebuah) berbanding Toyota Camary yang bernilai RM168,000 sebuah; jimat sebanyak RM93,000 sebuah. Dalam lain-lain perkataan, dengan harga sebuah Camry, boleh dapat 2 buah Perdana dan masih ada lebihan RM18,000 lagi; dan

menyelidik untuk mencari punca mengapa kos penyelenggaran itu terlalu tinggi; tidak boleh jump to conclusion bahawa sebabnya semata-mata kerana kualiti Perdana kurang baik. Tidak boleh discount faktor-faktor lain seperti kemungkinan unsur penyelewengan yang melibatkan pihak-pihak yang menguruskan penyelenggaran tersebut.

Jika sesungguhnya penyelewengan berlaku, seperti yang dilaporkan di Trengganu, dan sekiranya ianya tidak ditangani dengan berkesan maka apapun kereta yang digunakan akan tetap mengalami masalah yang sama. Saya sendiri pernah menggunakan Perdana V6 selama 5 tahun; purata kos penyelenggaraannya hanyalah kira-kira RM250 per servis.

Justeru dengan kos Camry yang jauh lebih mahal itu dan kos penyelenggaran yang terus tinggi maka pembeliannya.nanti bolehlah dikatakan dibilang genap, dipapar ganjil!

9. Keenam, Kerajaan BN ( negeri dan pusat) cubalah elakkan daripada membuat kesilapan seperti yang dilakukan oleh MB Trengganu itu dan keputusan hendak menswastakan IJN. Mungkin pihak-pihak berkenaan terdorong untuk mendapatkan instant political mileage tetapi ianya tidak lebih daripada pasang pelita dilanggar tikus. Dalam pada itu, keputusan sedemikian adalah memalukan; umpama potong hidung, rosak mata serta susah hendak repair.

10. Ketujuh, Proton sendiri dan pengedarnya hendaklah peka terhadap komplen pengguna dan bertindak segera mengatasinya. Kualiti kereta hendaklah dibaiki segera. Biasa kita dengar tentang gear boxnya yang perlu kerap diganti. After sales service juga kurang memuaskan. Terimalah hakikat bahawa Proton masih ditahap elok balut, pengebat kurang dan segeralah bertindak membaikinya, termasuk mengurangkan kos spare parts.

11. Akhir sekali, marilah kita belajar dari Amerika Syarikat. Bush meminjamkan US$14 bilion untuk menyelamatakan 3 syarikat gergasi aoutomotif negaranya – Ford, General Motors dan Chrysler. Apa yang hendak diselamatkan bukan sekadar 3 buah syarikat tersebut. Yang lebih utama ialah untuk menyelamatkan maruah bangsa mereka dan 3 juta pekerja yang bergantung hidup dengan 3 syarikat berkenaan.

12. Proton adalah lambang maruah bangsa dan negara kita. Justeru kita, termasuk Kerajaan Negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Trengganu, perlulah menyelamatkan Proton dengan mengutamakan keretanya. Pada masa yang sama, kita perlu membantu 100,000 pekerja yang bergantung hidup padanya. Sekiranya diambil kira anggota keluarga mereka, maka seramai 450,000 nyawa bergantung pada Proton! Sanggupkah kita membunuh mereka?

13. Jika berdasarkan alasan-alasan di atas, Kerajaan Negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang masih lagi berdegil dengan keputusan asalnya itu maka mereka umpama kata orang tua-tua enggan seribu daya, mahu sepatah kata.

14. Lantaran apa conclusion yang boleh dibuat selain daripada mereka tidak patriotik, tidak ada common sense, tidak faham basic economics dan lebih suka menyusukan kera di hutan?

15.  Pilihan terbaik ialah kembalilah ke pangkal jalan.

  1. #1 by hidup mahaleel! on January 5, 2009 - 6:14 pm

    good post brader… kadangkala apa yang difikirkan dalam pejabat menteri besar atau ketua menteri yang berhawa dingin tu kadang kadang mengarut je… mereka tak boleh lagi pk secara ‘makro’ akan tindakan mereka itu…

    Bring back tg mahaleel!!!!

    wassalam,

  2. #2 by Say no to camry! on January 6, 2009 - 7:12 pm

    Camry pun bukannya bagus mana… Nizar ni nak kayakan bangsa lain.. bukannya nak tolong industri yg banyak melayu kat dalamnya..!

  3. #3 by ISMAIL IBRAHIM on October 1, 2009 - 4:00 pm

    kereta apa tak penting,yang penting kerajaan tak makan duit rakyat,tak tipu rakyat.jangan ingat tanpa bn rakyat mati.selamat tinggal umno.bye bye

  1. Keputusan di Kuala Terengganu - Apa mesej dan natijahnya? « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: