Ulasan saya kepada komentar dari Niccolo

Seorang pembaca bernama Niccolo telah berbaik hati memberi komentar di dalam artikel saya yang lepas bertajukDatuk Ali Rustam – Jaguh Kampung atau juga Juara Global?

 

Beliau berkata:

hello!

got your link from jebat must die blog. tak sangka ali rustam kuat semangat melayunya..

sememangnya ini boleh membantu beliau mengharungi cabaran kepada umat melayu sekarang ini…

tetapi untuk menjadi timbalan PM kepada Malaysia, beliau perlu juga popular dikalangan golongan bukan melayu…

tetapi saya lihat beliau kurang popular kerana pernah mengeluarkan statement menghentam bukan melayu spt di konvensyen PPP dulu bila beliau suruh PPP keluar BN (tak ingat bila)..

Apa pandangan saudara? Oleh kerana saya rasa saudara mengenali beliau lebih dekat dari saya, boleh juga kita mengetahui pendirian beliau mengenai peranan bukan Melayu di dalam politik Malaysia.

 

 

 

Izinkan saya memberi penjelasan yang lebih terperinci terhadap persoalan yang telah dikemukan oleh saudara Niccolo.

 

Sdr. Niccolo,

Komen DAR yang sdr maksudkan itu adalah merujuk kepada ucapan perasmian beliau di mesyuarat agong PPP di Melaka pada tahun 2007. Kebetulan saya hadir dalam dewan berkenaan. Pertanyaan sdr memberi kesempatan kepada saya untuk memberikan my side of the coin. 

Sukalah saya tegaskan bahawa remarks DAR tidak bersifat perkauman; tidak menyerang/menghentam bukan Melayu, seperti yang sdr katakana itu. Beliau hanya mengulas desakan dan kritikan PPP, khasnya kritikan Presidennya, terhadap BN. Intipatinya, beliau beri tahu PPP: 

(a)     BN Melaka tak boleh beri  kerusi kepada PPP dalam pilihanraya ke-12 kerana tak ada parti komponen (UMNO, MCA, MIC dan Gerakan) yang hendak sacrifice. Jika ada negeri lain yang sanggup beri kerusi kepada PPP, terpulanglah pada pemimpin negeri berkenaan. (bukankah fair statement ini?), 

(b)    ia boleh keluar BN jika tak puas hati. DAR juga membuat kenyataan yang sama apabila Presiden PPP, baru-baru ini, memberi kata dua kepada BN bahawa PPP akan keluar dari BN jika Akta ISA tak dimansuhkan (dipinda?). Pengerusi BN juga tak menghalang dan tak memujuk. (Salahkah DAR membuat kenyataan itu? Jika sdr follow  episode ini, kenyataan Kayveas  itu menimbulkan kekecehoan dalam partinya sendiri.), dan 

(c)     beliau akan timbangkan anugerah untuk pemimpin PPP Melaka.Untuk makluman sdr, Pengerusi PPP Melaka dianugerahkan DMSM (bergelar Datuk) pada tahun 2008. 

Memang beliau adalah Naib Presiden UMNO tetapi beliau juga adalah Ketua Menteri Melaka bagi semua kaum. Atas keinsafan itu, beliau  menjaga kebajikan semua kaum. Bantuan untuk orang miskin tidak mengenal kaum; sekolah Cina dan sekolah Tamil mendapat bantuan, di samping sekolah agama. Masjid, kuil, gereja dan tokong turut dibantu. Lantaran itu, beliau mendapat sokongan semua kaum dan  lantas berjaya menawan Kota Melaka setelah  35 tahun dicengkam oleh DAP.

 

Yes, DAP dapat menawannya semula pada tahun 2008. Tapi BN kalah legi teruk di negeri-negeri lain sedangkan DAR masih dapat mengekalkan Melaka bebas daripada PAS/PKR.

 

Untuk mengetahui sample pandangan bukan Melayu terhadap DAR, boleh rujuk kepada pandangan Linda Phua di sini

 

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: