Gandingan yang serasi

1. Dalam Mingguan Malaysia bertarikh 4 Januari 2009, coretan Awang Selamat bertajuk “Berkat Kesabaran Najib…” menarik perhatian saya. Ia seharusnya turut menarik perhatian semua rakyat Malaysia, semua ahli UMNO dan, khasnya, semua ahli perwakilan UMNO yang akan menghadiri Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac nanti.

2. Awang Selamat mebariskan sifat-sifat murni yang ada pada YAB Dato’ Sri Mohd Najib – sabar, tenang, berhemah, kematangan berpolitik, sifat peribadi yang harmoni, tertib dalam politik, setia kepada ketua, tidak rakus dan kuat berpegang pada prinsip.

3. Yang paling penting dan menarik ialah “Najib dilihat sebagai gandingan serasi kepada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi”.

4. Kombinasi semua sifat Najib ini telah “memberi sumbangan signifikan kepada kesetabilan politik terutama dalam UMNO, parti yang menerajui Barisan Nasional (BN)”, menurut Awang Selamat lagi.

5. Apa yang perlu dipelajari daripada mesej Awang Selamat itu ialah tentang betapa penting dan kritikalnya keserasian antara orang No. 1 dengan orang No. 2, jika para ahli ingin melihat kestabilan dan kemantapan organisasi masing-masing.

6. Para perwakilan UMNO, khususnya, hendaklah menghayati mesej tersebut dan menimbang dengan teliti sebelum memangkah calon Timbalan Presiden kelak. Wajaran (weightage) yang besar hendaklah diberikan kepada faktor keserasian gandingan ini.

7. Semua ahli perwakilan hendaklah menyorot kembali peristiwa hitam semasa Tun Musa Hitam dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Presiden dulu. Kedua-duanya tak sabar dan rakus. Kedua-duanya dikatakan penah merancang untuk melancarkan coup d’ etat terhadap Presiden, YABhg. Tun Dr. Mahathir ketika itu. Adakah ahli UMNO mahu melihat sejarah berulang kali ke-3?

8. Jika sudah terlupa, adakah ahli UMNO tidak dapat melihat dan mempelajari dari pergolakan yang sedang berlaku dalam parti MCA sekarang ini?

9. Di antara 3 calon Timbalan Presiden UMNO, seorang nampaknya memiliki unsur-unsur yang membimbangkan – kurang berhemah, kurang matang dan kurang tetrib dalam berpolitik, kesetiaan kepada ketua diragukan, kurang sabar dan sedikit rakus.

10. Seorang calon lagi memiliki banyak sifat yang sama dengan Najib. Beliau ialah YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam (DAR). Kesetiaan beliau sudah teruji. Kesabaran beliau juga telah terbukti.

11. Sebagaimana Najib tetap sabar walaupun telah dilangkahi oleh Pak Lah bagi jawatan TPM, DAR juga tetap sabar walaupun arwah Cik Gu Md. Zin dan Cik Gu Abu Zahar melangkahnya bagi jawatan Ketua Menteri Melaka.

12. Pada hemat saya, DAR dilihat sebagai gandingan paling serasi kepada bakal Perdana Menteri, Mohd Najib. Saya telah mengupas perkara ini dalam arikel sulung saya bertajuk Keserasian Gandingan Kritikal.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: