Wawasan 2020 – Revisit selepas hampir 20 tahun berlalu

1. Hafal lirik lagu Negaraku? Ingat Prinsip Rukun Negara? Tahu berapa Prinsip Islam Hadhari? Ingat Prinsip-prinsipnya? Tahu berapa Cabaran Wawasan 2020? Faham semua Cabaran tersebut?

2. Jangan malu dan hairan. Ramai tidak tahu, tidak ingat, tidak hafal dan tidak faham. Termasuk Pak / Mak Menteri sendiri, khususnya mengenai W2020. Islam Hadhari pun susah hendak faham. Tidak hairan, jika senarionya samalah seperti orang buta hendak mengenal gajah.

3. Lirik Negaraku dan Rukun Negara semestinya dihafal oleh semua rakyat Malaysia dari peringkat umur ke tadika hinggalah ke peringkat warga emas sebab masing-masing itu adalah lagu Kebangsaan dan idelogi negara kita. 9 Cabaran W2020 pula perlu difahami dan dihayati oleh semua rakyat Malaysia yang dewasa kerana itulah impian yang wajib dikongsi bersama dan hendak dicapai sama-sama pada tahun 2020 kelak.

4. Mingguan Malaysia bertarikh 4 Januari 2009 melaporkan keyakinan YAB TPM Dato’ Sri Mohd Najib bahawa W2020 ini akan tercapai akhirnya pada tahun 2020 nanti. Suntikan keyakinan seperti ini memang diperlukan atas empat sebab utama:

4.1 hanya tinggal 11 tahun saja lagi untuk merealisasikan W2020;

4.2 kebanyakan kita tidak tahu di tahap manakah kita berada sekarang setelah hampir 20 tahun berlalu;

4.3 kita juga tidak tahu apakah sasaran yang hendak dicapai; serta

4.4 tidak tahu bagaimana pula hendak mencapainya.

5. Justeru eloklah kita revisit W2020 yang sama-sama kita impikan ini.

6. Sebelum pergi lebih jauh lagi, eloklah dipautkan 9 Cabaran W2020  agar semua pihak boleh membuat rujukan. Faham adalah soal lain; bagaimana hendak capai/laksana adalah satu soal lain yang lagi besau, kata orang Melaka.

7. W2020 ini telah diumumkan oleh YABhg. Tun Dr Mahathir pada tahun 1990 semasa beliau menjadi Perdana Menteri melalui ucaptama beliau “The Way Forward”. Jika diteliti dengan mendalam, 9 Cabaran itu amatlah gah dan unggul. Jika berjaya dicapai, Malaysia akan ditempatkan di persada negara maju; sebaris dengan 30 buah negara OECD yang lain.

8. Sebelum boleh bercakap mengenai kejayaan mencapainya, dari sudut disiplin perancangan ketenteraan, kita perlulah terlebih dahulu melalui proses appreciation of the situation. Selain daripada 9 Cabaran tersebut yang juga merupakan Pernyataan Misi (Mission Statement), sudah wujudkah kata sepakat atau consensus tentang (a) benchmarks global dan (b) sasaran yang hendak dicapai bagi setiap satu cabaran berkenaan serta (c) bagaimana hendak mencapainya. Setahu saya, ketiga-tiga perkara pokok ini belumpun diconceive lagi sedangkan sepatutnya ia telah selesai 17 tahun yang lalu.

9. Keadaan ini berlaku kerana tidak ada sebuah agensi pusat pun yang berminat untuk menyediakan pelantar berkaitan; seolah-olah ayam tak patuk, itek tak sudu. BNM tidak own tugas ini. Kementerian Kewangan tidak buy-in. MAMPU menepisnya. ICU menolaknya. EPU pula terus memeluk tubuh sedangkan tugas berkenaan adalah menjadi tanggungjawabnya..

10. Walau apapun, kini menjadi tanggungjawab utama Najib, bakal PM Malaysia, untuk merealisasikan W2020 itu come 2020 nanti. InsyaAllah, jika beliau dapat mengemudikan Negara dengan bijak dan dibantu pula oleh Timbalan yang serasi dan disokong oleh pasukan Jemaah Menteri yang kompeten, beliau akan terus menjadi PM pada tahun keramat tersebut.

11. Orang Muhyiddin hendaklah segera berhenti daripada berbisik dan berkempen kononnya ‘kuda’ mereka adalah pelapis yang paling sesuai sebagai pengganti, jika sesuatu berlaku pada Najib. Seolah-olah ianya suatu doa agar kecelakaan akan menimpa Najib. Nak berlaku apa pada Najib? Apa kata kalau sesuatu berlaku pada Muhyiddin pulak?

12. Kita berbalik semula kepada usaha menjayakan W2020. Untuk melaksanakannya secara sistematik, pertama, 9 Cabaran yang ditulis secara abstrak dan kualitatif itu (atau cara sastera, ungkapan biasa DAR) hendaklah segera diterjemahkan dalam bentuk quantitative indices. Syor ini telah diketengahkan oleh YB Senator Datuk Akbar Ali di Dewan Negara pada 16 Disember lalu.

13. Kedua, bagi setiap 9 Cabaran itu, penanda aras bertaraf dunia (global benchmarks) yang relevan dan sasaran yang munasabah untuk dicapai hendaklah ditetapkan. Dalam konteks ini, setakat yang saya tahu, hanya sasaran purata pertumbuhan KDNK (GDP) setahun dan KDNK per kapita pada tahun 2020 sahaja yang telah ditetapkan.

14. Bagi pertumbuhan purata KDNK, Mahathir mensasarkan 7% setahun. Tetapi RMKe-9 pula mensasarkan hanya 6%. Anehnya seorang pegawai EPU yang memberi taklimat mengenai RMKe-9 di NPC pada tahun 2006 tidak dapat meleraikan kehairanan saya tentang perbezaan sasaran antara 6% dan 7% itu.

15. Bagi tempoh 1990 – 2000, sasaran purata pertumbuhan 7% itu telah dicapai. Tetapi bagi tempoh 2001 – 2010, mengambil kira pesekitaran ekonomi global masa kini hingga 2010 nanti, purata pertumbuhan KDNK setahun diunjurkan bawah 4.5%.

16. Jika inilah lanskap ekonomi Malaysia maka EPU hendaklah segera kembali ke drawing board untuk mempastikan semula sasaran yang wajar dicapai. Sekiranya sasaran yang tepat ialah 7% setahun dan jika apa yang saya unjurkan itu pula hampir betul (bawah 4.5% setahun) maka purata pertumbuhan yang diperlukan bagi tempoh 2011 – 2020 adalah sekurang-kurangnya 9.6%!

17. Sudah tentu bermacam-macam usaha baru perlu difikirkan untuk memacu purata pertumbuhan ekonomi setinggi itu SETIAP TAHUN SELAMA 10 TAHUN! Mungkin kita perlu belajar dari China kerana negara tersebut telah berjaya mencatatkan pencapaian sebaik itu.

18. Berfikir di luar kotak perlu dibuat. Pendekatan Blue Ocean Strategy perlu digunapakai kerana melaksanaan sesuatu yang sama berulang-ulang, berulang-ulang dan megharapkan hasil yang berlainan adalah satu kegilaan (lunatic)!

19. Mengenai KDNK per kapita pula, sasaran yang ditetapkan ialah sebanyak US$10,400.00, berdasarkan harga pada tahun 1990 (in 1990 prices). KDNK per kapita Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak RM25,274 atau US$7,020 pada harga semasa. Sudahkah EPU mengunjurkan kadar inflasi dan nilai RM bagi US$1 pada tahun 2020 nanti?

20. Jika belum, perlulah ianya dibuat segera. Setelah diketahui 2 angkubah tersebut maka barulah boleh diunjurkan sasaran KDNK per kapita pada tahun 2020 yang senilai dengan US$10,400 pada tahun 1990.

21. Untuk mencapai sasaran KDNK per kapita yang ditetapkan itu, EPU perlulah pula melakasankan 2 perkara utama ini:

21.1 menyemak semula sama ada sasaran pertumbuhan purata KDNK sebanyak 9.6% setahun tadi boleh menghasilkan jumlah nilai KDNK yang dikehendaki, dan

21.2 mendapatkan unjuran jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2020.

Yang demikian, barulah terdapat coherencenya.

22. Difahamkan EPU tidak mempunyai kempetensi ini . Kementerian Kewangan dan BNM juga tidak memiliki kompentesi yang sama. Yang boleh membantu ialah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS). Ia selaras dengan bidalan Melayu – hendak tahu lubuk dalam, tanyalah sebarau; hendak tahu padang luas, tanyalah bebarau. Tetapi untuk membolehkan ‘sebarau/bebarau’ ini menolong, ikatan yang dikenakan terhadap DOS hendaklah terlebih dahulu dirongkaikan oleh EPU sendiri.

23. Seterusnya saya ingin mencadangkan indikator yang lebih sesuai bagi menggantikan KDNK per kapita. Indikator berkenaan ialah Pariti Kuasa Beli atau Purchasing Power Parity (PPPUS$). Ia lebih hampir in reflecting cost of living dan kuasa beli. Pada tahun 2008, PPP Malaysia adalah sebanyak US$16,617 atau 137% lebih tinggi daripada KDNK per kapita sebanyak US$7,020.

24. Ketiga, menganjurkan perbincangan meja bulat (round table discussions) di kalangan pakar-pakar dari pelbagai bidang, selaras dengan hakikat duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak berlapang-lapang. Tujuan utamanya ialah untuk mendapatkan kata sepakat tentang apa yang saya nyatakan di atas – quanttitative indicators, penanda aras global, sasaran, nilai petukaran wang asing dan unjuran penduduk pada tahun 2020 serta PPP US$ dan lain-lain perkara yang berkaitan dengannya. Angkubah-angkubah berkenaan boleh juga dilihat dalam konteks Key Performance Indicators (KPI).

25. Dari segi quantitative indicators dan sasaran, EPU bolehlah revisit 43 petunjuk yang telahpun dikenalpasti untuk mengukur tahap negera maju. Malangnya, tidak seperti Melaka yang memantau 23 + 32 petunjuk Melaka Maju 2010 secara berterusan, EPU, tidak berbuat demikian. Ia juga tidak meneruskan usaha mengukur pembangunan negara melalui Indeks Komposit Pembangunan semasa KSP RMKe-9.

26. Keempat, janganlah EPU mengikut langkah Selangor yang syok sendiri semasa menobatkan negerinya sebagai Negeri Maju 2005. Api padam, puntung berasap! Ikutlah jejak langkah Melaka (Datuk Ali Rustam) yang turut melibatkan pihak luar (EPU & OECD) dalam mengukur dan memantau tahap pencapaian Melaka Maju 2010.

27. Kelima, seperti yang dibuat oleh Melaka, setiap tahun EPU hendaklah menganjurkan bengkel atau seminar untuk mengukur dan memantau tahap kejayaan yang telah dicapai bagi setiap petunjuk berbanding dengan penanda aras dan sasaran yang telah dipersetujui itu. Pada masa yang sama, dapatkan maklum balas dan syor tentang bagaimana hendak mencapai sasaran yang masih jauh untuk dicapai itu dan juga langkah-langkah untuk mengekalkan pencapaian yang ada.

28. Diringkaskan cerita, Kerajaan Pusat melalui EPU bolehlah belajar daripada Melaka melalui Direktorat Pelaksanaan Negeri (DPN) mengenai 5 cadangan saya di atas. Senator Datuk Akbar Ali, mantan Pengarah DPN bertanggungjawab dari awal dalam merangka, mengenalpasti, menyusun, menilai dan memantau petunjuk, penanda aras dan sasaran Melaka Maju 2010.

29. Justeru, di masa akan datang, EPU perlu merangka Rancangan Malaysia ke 10 dan 11 berpaksikan (anchored) kepada 9 cabaran utama Wawasan 2020 sebagaimana Rancangan Malaysia ke 9 berpaksikan 5 teras Misi Nasional.

30. Jika 5 perkara yang saya syorkan ini dihalusi sebelum ianya dilaksanakan maka, insyaAllah, keyakinan Najib itu akan menjadi satu kenyataan sekiranya terdapat pula 4 Critical Success Factors – Leadership, Will, Thoroughness and Effectiveness. Sudah pasti kita akan bangga dan kongsi bersama kejayaan tersebut nanti. Ia akan menjadi satu mercu tanda yang amat signifikan dan reputable dalam sejarah pembangunan negara. Dr Mahathir adalah Arkiteknya manakala Najib adalah Juruteranya!

  1. #1 by AL on January 13, 2009 - 12:41 pm

    A very interesting post!

    Will feature your post in our website and link our readers back to your blog.

    All the best!

    mylivingwall.com
    _______________________
    Thank you so much.

  2. #2 by JR on March 5, 2009 - 12:45 pm

    1. A grand masterplan must be adhered to, not deviated. One example the Labu LCCT case. Why one must deviated from the KLIA masterplan?

    2. V2020 has set what Malaysia should do to achieve teh status as Developed Country. It was drawn not one day or by one company or by one person. The whole establisment were involved. Why want to deviate the plan just because one’s arrogant not to admit that TDM is brilliant and has delivered his duties and became legacies?

    3. I was doing my Bachelor in Accountancy when V2020 was launched. It became one of subjects that, as undergraduate, needed to explore, understand and work with. We’re glad. What had happen to EPU (last few years) etc in preparing yearly budget by not incorporating towards achieving the V2020?

    4. Just like a small company needed “business plan” to be going concern, so do Malaysia. V2020 is the “business plan” charting the way forward in achieving V2020. Its annoying that politicians today (all include BN & PR) are taking Malaysia backward. All that matters is power. Power makes money, money need to grab power. That’s the root cause of what known as “money politics” or even “political money”.

    5. As a Malaysian, we are fed up with this administration either BN or PR.

    ————————————–

    Thank you for the comment ya!

  1. Sektor Pertanian dan RMK9 : Apa yang dirancang dan apa pula yang dicanang? « Hidup Tuah!
  2. Bajet 2010 - Dirancang Untuk Siapa? « Hidup Tuah!
  3. Where do we go from here Datuk Najib? « Jebat Must Die
  4. Perfecting 1Malaysia «

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: