Bakal TP Umno yang paling sesuai masa kini?

1. Diperhatikan rencana-rencana yang ditulis oleh Joceline Tan mengenai pertandinagn jawatan Timbalan Presiden (TP) UMNO nampak agak ketara bias in favour of YB Tan Sri Muhyiddin (TSM). Rencana tersebut termasuklah yang tersiar dalam Sunday Star bertarikh 11 Januari 2009 .

2. Tidak salah Joceline dan orang lain menyokong TSM sepertimana saya dan ramai yang lain pula menyokong YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam (beliau selesa dengan intial DAR). Namun TSM tetap kami hormati dan diterima sebagai salah seorang pemimpin UMNO.

3. Juga tidak salah jika rakyat Malaysia di luar UMNO turut menaruk minat terhadap pertandingan jawatan TP ini kerana, mengikut tradisi, TP UMNO secara automatik pula menjadi TPM Malaysia.

4. Dalam pada itu, jangan pula hairan jika anasir-anasir di luar UMNO boleh mempengaruhi keputusan pertandingan berkenaan, terutama peranan pihak musuh yang berkuasa dan bernafsu besar, yang kaya dan juga para bookies.

5. Kembali semula ke rencana Joceline, kali ini, mahu tidak mahu dan antara percaya dengan tidak, dia macam terpaksa mengaku bahawa DAR mungkin akan memenangi jawatan TP tersebut. Rasanya macam dia (of course TSM dan para penyokong beliau juga) kurang seronok dengan kemungkinan ini. Kami tentulah bersyukur tetapi kami “…can hardly be blamed because [DAR] has, [in the process,] scuttled their political ambitions.” Setuju Joceline?

6. Joceline terus bersusah payah membuatkan dichotomy antara TSM dan DAR supaya pembaca dapat membezakan dengan mudah ketokohan antara kedua-dua calon itu. Saya setuju dengan cerapnnya dan dijangka hampir seratus peratus ahli UMNO juga setuju bahawa DAR adalah seorang pemimpin kanan UMNO yang paling mesra rakyat, likeable, accessible (virtually anytime, anywhere) dan mempunyai first-class PR.

7. Saya pula tidak berdaya hendak menyanggah cerapan Joceline bahawa TSM adalah seorang yang tight fisted and overly serious; juga kelihatan aloof dan seolah-olah seorang yang sombong. Imej ini samalah, lebih kurang, dengan imej yang dilabelkan ke atas calon BN bagi PR Kecil Kuala Trengganu yang akan berlansung pada 17 Januari nanti.

8. Seterusnya saya setuju dan telah akui bahawa DAR kurang fasih berbahasa Inggeris tetapi saya TIDAK setuju bahawa “he (DAR) has note shone the way Muhyiddin has, be it in terms of world view and intellect or track record”.

9. Suatu yang agak aneh dalam kenyataan tersebut ialah wujudnya tendency to take for granted bahawa kononnya TSM shine in terms of world view and intellect or track record manakala DAR pula tidak.

10. Bagi mereka yang memperkecilkan kemampuan (capability) DAR, sukalah saya menyarankan supaya masing-masing merujuk kepada rencana Prestasi Datuk Ali Rustam dalam blog Jebatmustdie dan ulasan-ulasan terhadap rencana tersebut (rujuk, misalnya, peacehafiz, Boyot dan RR) serta rencana Prestasi Gemilang DAR dan Datuk Ali Rustam – Jaguh Kampung Atau juga Juara Global? dalam blog ini.

11. Intipati dari rencana-rencana tersebut ialah, to the surprise of many, dan mungkin termasuk Joceline juga, ialah DAR, dalam tempoh 9 tahun berturut-turut, telah berjaya mengemudikan ekonomi Melaka dengan gemilangnya:

“Sesungguhnya pencapaian output mix berdasarkan tujuh angkubah ekonomi utama itu adalah satu yang menakjubkan dan meninggalkan “a deep imprint on economics” – setara dengan sifat tokoh ekonomi yang diharapkan oleh Alfred Nobel.” – Prestasi Datuk Ali Rustam.

12. Dalam konteks ini, nampaknya capability DAR TIDAK ada bandingan dengan prestasi mana-mana pemimpin negara / dunia kontemporari!

13. Pada masa yang sama, DAR telah membuktikan bahawa beliau juga seorang Juara Global. InsyaAllah, saya akan menulis mengenai his visionary outlook kemudian.

14. Saya harap mereka yang masih enggan mengiktiraf world view and intellect or track record (capability) DAR tidak berdolak dalik, termasuk menggunakan saiz Melaka sebagai satu argument yang sering dilontarkan against him. Argument ini mudah dipatah-patahkan.

15. Seterusnya saya ingin menarik perhatian Joceline dan peminat-peminat yang lain bahawa pemilihan jawatan No. 2 ini tidak berkisar kepada 2 kriteria (likeable dan capable) itu saja. Jebatmustdie menggariskan 10 kriteria dalam “Siapa wajar kita pilih?” dan darahtuah pula menambah satu lagi kriteria yang kritikal iaitu keserasian gandingan.

16. Penganalisa lain pula mungkin simplify kepada 5 faktor sahaja yang akan menjadi pertimbangan semasa memangkah nanti – kawanku, budimu, partiku, bangsaku dan negaraku. Wallahu’alam.

17. Secara lebih serius lagi, eloklah kita cuba sebaik mungkin appreciate the situation sebagai perkara pertama (pendekatan tentera) dan isu kesesuaian calon sebagai perkara kedua yang related to the first.

18. Kita cuba memahami situation dalam UMNO, BN dan PRU ke 13 dahulu secara ringkas dalam konteks the right man, at the right place and at the right time.

19. Tunku menjadi Yang Dipertua UMNO kerana Tun Razak memikirkan bahawa beliau belum sesuai/layak memegang jawatan tersebut. Tunku melepaskan jawatan PM kepada Tun Razak kerana desakan suasana selepas impak 13 Mei. Sejarah ini berulang kepada Pak Lah selepas tsunami politik pada bulan Mac 2008.

20. Tun Ghafar pula sesuai menjadi TPM dan TP selepas UMNO berpecah pada tahun 1986/1987 dan diisytiharkan haram pada tahun 1988. Beliau dianggap sebagai the unifying figure.

21. Peristiwa ini berulang pada tahun 1998 bila UMNO berpecah sekali lagi kerana angkaraYB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; lalu Pak Lah dilantik sebagai TPM dan kemudian dipilih sebagai TP kerana beliau merupakan tokoh yang paling popular pada masa itu.

22. [Kita kenalah terima hakikat bahawa di bawah sistem politik yang bersendikan demokrasi, unsur utama kemenangan adalah berpaksikan populariti. Itulah sebabnya pelakun Ronald Reagan boleh jadi Presiden negara terkuat di dunia – Amerika Syarikat. Juga Obama yang tak ada track rekod boleh menang berbanding Mac Caine].

23. Kini UMNO adalah dalam keadaan paling lemah selepas dilanda tsunami politik tersebut. Justeru ia memerlukan orang No. 1 yang dilihat seperti hulubalang yang perkasa, memiliki daya pimpin yang berwibawa, berwawasan dan berkemampuan merancang, mengurus, memandu, memulihkan semangat dan mengangkat mertabat parti dan negara. Hulubalang tersebut telah ditentukan oleh UMNO iaitu YAB Dato’ Sri Mohd Najib.

24. Namun Najib tak berupaya melaksanakan tugas berat tersebut seorang diri kerana ‘tidak terkajang batu sepulau’. Beliau memerlukan seorang Timbalan yang setia (supaya beliau tak perlu sentiasa menoleh kebelakang), a working general (umpama duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak) dan yang diterima menjadi jambatan antara ahli/rakyat dengan pemimpin.

25. Sudah tentu beliau tak memerlukan another tiger kerana, menurut pepatah orang Cina, “you cannot have two tigers on one hill” atau satu kapal dua nakhoda. Apatah lagi, dalam beberapa occassion, salah seorang calon TP telahpun dilihat berbicara seolah-olah dia sudah menjadi orang No. 1.

26. [By the way, Joceline, I’m curious to know why “this argument should win a Guinness award for the ODDEST campaign lines ever used”?]

27. Dengan adanya gandingan yang serasi dan mantap umpama aur dengan tebing dan empat sudah bersimpul satu ini, maka lebih mudahlah barisan dalam UMNO dirapatkan semula, yang telah lari dapat dibawa kembali ke pangkuan dan yang belum kenal UMNO akan jatuh hati pula kepada parti keramat ini.

28. Lantas yang jauh dapat didekatkan, yang dekat dapat dirapatkan, yang rapat dapat dieratkan, yang erat dapat dimesra-mesrakan; antara tidur dan jaga mereka melihat, tanpa sedar banyak hati yang akan terpikat! Tentunyalah terpikat kepada UMNO.

29. Inilah ciri-ciri orang No. 2 yang diperlukan oleh UMNO dalam situasi sekarang, jika mahukan UMNO kembali kukuh dan popular. Namun faktor kemampuan (capability) tidak pula diketepikan langsung. Cuma kita kena faham psyche orang Melayu (mungkin berbeza dengan pysche orang Cina) yang terangkum dan terpancar dalam pantun ini:

Pilih-pilih tempat mandi
Pertama tasik kedua pantai
Pilih-pilih biar menjadi
PERTAMA baik KEDUA baru pandai.

30. Jika BN mahu memenangi PRU ke-13 dengan majoriti sekurang-kurangnya dua pertiga maka BN memerlukan UMNO yang kembali pulih, popular dan mantap (di samping parti-parti komponen lain yang juga jitu). UMNO yang mantap, mengikut sejarah, menuntut gandingan yang serasi antara No. 1 dan No.2.

31. Then barulah sesuai kita tanya siapakah calon No. 2 as the right man, at the right place and at the right time itu? Who fits the spec? Joceline mungkin setuju, reluctantly though, bahawa jawapannya ialah DAR.

  1. #1 by cresma on January 19, 2009 - 11:20 am

    Man for man, i still think Muhyiddin is better than both ali and muhd taib.

    maybe ali is better in public relations but muhyiddin has the more experience in cabinet and state.

    cabinet and state is where ali is lacking. for muhd taib, well.. too much bad reputation will not be a good thing for umno. And he gives out the perception as even more dumber than ali.

    Ali just needs to have a really competent team behind his back should he is elected as the deputy president.

    Wallahualam..

  2. #2 by Ismail Noor on January 19, 2009 - 12:06 pm

    Salam tuan,

    Dahulu, pemilihan siapa no 2 negara dan dalam umno tidak menjadi masalah besar kepada rakyat.

    Dahulu (apa yg saya ingat), sejak dari zaman tun razak, kita tak perlu nak risau dengan siapa yg perdana menteri pilih. Kalau tun razak nak tun ismail, kita setuju aja.. kalay hussein onn nak mahathir, kita akur.. kalau tun m nak musa, ghafar dan anwar dan pak lah, kita terima saja..

    kenapa? sebab, pemimpin no 1 sudah cukup bagus kepada rakyat. tak perlu risau siapa team mate beliau…

    sekarang, pemilihan org no 2, 3, 4, hinggalah kepada jawatan kecik seperti ketua puteri pun akan di scrutinise rakyat.

    kenapa? sbb kita buat pertama kalinya melihat org no 1 yang tak reti nak memerintah. sampai rakyat sendiri terpaksa mula risau mengenai team mates PM sendiri..

    oleh itu, apa yg perlu kita lakukan? PM yang akan datang perlu lah menilai teamnya untuk dipenuhi oleh mereka yg terbaik. terbaik untuk umno, untuk BN dan juga untuk rakyat.

    jangan nak bebankan rakyat dengan persoalan siapa yg bagus untuk jwatan tertentu.. PM mesti bertanggungjawab sepenuhnya. kalau tak reti nak memilih, nescaya rakyat akan pilih PM yang lain di pilihanraya yg akan datang…

    sekian terime kasih.

  3. #3 by missak dhom on January 19, 2009 - 1:58 pm

    Sokong bukan sebarang sokong
    Sokong orang dari Melaka
    Tolong bukan sebarang tolong
    Tolong harumkan nama Melaka

    Jala ikan ditebar nelayan
    Cuma tenggiri terlepas lari
    Muhyiddin bukan, Mat Taib pun bukan
    Cuma Tok Ali pilihan hati!
    🙂

  1. MESRA DAN BERJIWA RAKYAT JIKA UMNO MAHU KEMBALI KUAT! « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: