Keputusan di Kuala Terengganu – Apa mesej dan natijahnya?

1. Saya yakin ramai bloggers telah dan akan menulis mengenai PRK KT ini. Saya akan membaca tulisan rakan bloggers setelah siap menulis rencana ini kerana saya tidak mahu menjadi plagiat secara sedar atau tanpa sedar. Tulisan saya ini bersandarkan pengalaman saya di KT, perbincangan dengan kawan-kawan dan apa yang dilaporkan dalam akhbar pada hari Ahad (18 Januari).

2. Pengundi Kuala Trengganu telah membuat keputuasan secara majoriti pada 17 Januari 2009 tentang siapa yang wajar mereka hantar ke Dewan Rakyat bagi mewakili suara mereka. Keputusan telah dibuat melalui proses yang demokratik, telus, aman dan adil.

3. Justeru, dijangka tidak ada mana-mana pihak, khususnya pembangkang, yang akan mempersoalkannya. Syabas SPR dan tahniah kepada Kerajaan, khasnya pasukan keselamatan.

4. Seperti yang telah diumumkan secara rasmi, 32,883 orang pengundi memilih YB Mohd Abdul Wahid Endut, calon PAS berbanding 30,252 orang pengundi yang memangkah Datuk Wan Ahmad Farid. Majoriti yang diperoleh oleh Wahid adalah lebih besar (2,631) berbanding dengan Mac 2008 (628); meningkat empat kali ganda!

5. Berbanding PRU 2008, undi calon PAS meningkat sebanyak 949 atau 3% manakala undi calon BN pula merosot sebanyak 2,310 atau 7%. Apa mesej dan natijahnya?

6. Mesej pertama ialah pemimpin tidak boleh lagi pilih calon sesuka hati mengikut selera mereka dan mengenepikan selera pengundi. Mengikut kajian yang dibuat oleh Merdeka Center, 75% pengundi Kuala Terengganu lebih mengutamakan faktor calon (candidate-centric) berbanding faktor parti (party-centric). Ini bermakna faktor peribadi dan rekod calon amat penting, sepertimana yang ditegaskan oleh YABhg. Tun M.

7. Natijahnya, pemimpin UMNO yang membuat keputusan tentang calon telah out of touch dan kempen yang mendendangkan lagu tentang betapa pentingnya memilih parti pula adalah out of tune. Mereka telah tertinggal jauh di belakang arus perubahan selera pengundi/rakyat. Mereka sudah tidak kenal perubahan profil dan cita rasa para pengundi.

8. Impaknya, untuk menang dalam PRU ke 13 nanti, para pemimpin UMNO hendaklah awal-awal lagi memberi tahu ahli parti, terutama mereka yang bermimpi dan mengigau hendak menjadi YB, bahawa, untuk layak menjadi calon, sekurang-kurangnya mereka hendaklah memiliki 2 kriteria ini – sifat-sifat peribadi yang baik dan berpendidikan tinggi. UMNO kena ikut jejak langkah MCA, GERAKAN, DAP dan PAS.

9. Yang demikian, ahli parti akan bersedia dari segi mental dan emosi untuk menerima hakikat bahawa they are not fit to be the candidates, jika tidak memenuhi syarat-syarat tersebut. Jika mereka berdegil, maka mereka (yang hanya memiliki kriteria kedua) mungkin menang dalam pemilihan parti tetapi akan kalah dalam pilihan raya umum.

10. Mereka akan menerima nasib yang sama seperti Wan Farid nanti!

11. Jika mereka hanya memilki sifat yang pertama, maka mereka akan mengalami nasib yang sama seperti YB-YB sekarang yang kurang pendidikan; rakyat mencemuh mereka kerana takut berbahas di dalam dewan, menggeletar bercakap di khalayak ramai dan hanya tahu bercakap kosong di warong-warong. Dijangka sebahagian besar YB-YB berkenaan akan kalah atau merosot undi dan majoriti masing-masing, jika bertanding semula. 

12. Yakinlah bahawa psyhce bangsa Melayu moden masih sama dan kekal sepertimana yang dipancarkan oleh pantun lama ini:

Pilih-pilih tempat mandi,
Pertama tasik, kedua pantai,
Pilih-pilih biar menjadi,
Pertama baik, kedua pandai.

13. Orientasi ini perlu dilakukan segera dan dengan berkesan; jika tidak, selepas PRU Ke-13, YAB Dato’ Sri Mohd Najib akan menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat nanti. Adakah ini kemahuan para ahli Umno?

14. Parti Kongress (India), Kuomintang (Taiwan) dan LDP (Jepun) yang sezaman dengan UMNO telah pernah kalah; UMNO pula terus memerintah selama 52 tahun sejak merdeka. Manakala ketiga-tiga parti tersebut berjaya menebus maruah masing-masing dengan kembali berkuasa, mampukah UMNO untuk bangkit semula jika ianya rebah nanti?

15. Mampukah UMNO lives up to its pantun?

Pohon nyiur di tepi laut
Dimakan kumbang pucuknya layu
Kepada UMNO kita berpaut
UMNO tumbang hilanglah Melayu
 

16. Mesej kedua ialah ahli dan penyokong UMNO memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin puak dalam UMNO supaya ikhlas bersatu dan menolong calon parti; bukan telunjuk lurus, kelenkeng berkait; menanam tebu di tepi bibir; pepat di luar, rencong di dalam atau seperti gunting dalam lipatan.

17. Natijahnya, bersatu teguh, bercerai roboh; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Secekak lidi hanya kuat dan berguna bila ianya teriikat menjadi penyapu. Pemimpin UMNO dah lupa ke semua perumpamaan keramat ini?

18. Mesej ketiga ialah para pemimpin UMNO hendaklah sedar dan insaf bahawa mereka tidak kuat. Yang kuat ialah rakyat / pengundi. Justeru kemenangan dalam pertandingan parti belum tentu secara automatik boleh diterjemahkan sebagai kemenangan dalam pilihan raya. Kekuatan pemimpin bukan satu insuran yang boleh menjamin kekuatan parti.

19. Untuk mempastikan parti kukuh dan perkasa, pemimpin yang menang mestilah mempastikan penyokong dan penentangnya kembali bersatu. Untuk bersatu, pihak yang menang jangan sesekali meminggir dan mengenepikan pihak yang kalah; seolah-olah mereka itu dari parti lain. Saya yakin mereka tahu hal ini tetapi sengaja buat bodoh.

20. Natijahnya, para pemimpin di semua peringkat hendaklah berpegang kepada saranan Tun M bahawa “yang menang tak dapat semua, yang kalah tak hilang semua”. Ikutlah juga pendekatan berhemah DAR; bukan cara serakah YABhg. Tun Musa Hitam dan sepertimana yang berlaku di Kuala Trengganu.

21. Mesej keempat ialah kaum Cina sudah kembali menyokong BN manakala orang Melayu pula semakin ramai meninggalkan UMNO dan memeluk PAS. Sebagai contoh, di peti undi yang ramai Cina (Kg. Cina – 83%), BN mendapat 1,125 undi dan PAS pula hanya mendapat 668 undi. Majoriti BN adalah sebanyak 457 berbanding 396 pada tahun 2008; meningkat 15%.

22. Di kawasan yang bercampur (mixed), keputusan juga memihak kepada BN. Contohnya, di Pulau Kambing, BN mendapat 1,223 undi sedangkan PAS hanya mendapat 958 undi. Di Pej Bandaran, BN peroleh 861 undi dan PAS pula 681 undi. Di Paya Bunga, seramai 969 orang mengundi BN manakala 759 orang mengundi PAS.

23. Sokongan orang Cina ini boleh membawa makna bahawa seolah-olah mereka berpuas hati dengan gula-gula yang diberikan semasa pilihan raya kecil ini serta perubahan-perubahan yang menguntungkan masyarakat mereka yang telah dilakukan oleh BN sejak bulan Mac 2008.

24. Dalam pada itu, kita perlulah membaca dengan teliti swing undi kaum Cina ini. Biarlah saya menjadi devil advocate dalam hal ini. Mungkinkah ia merupakan satu strategi untuk:

24.1 membuktikan kepada BN/UMNO/Melayu bahawa mereka sudah kembali ke pangkuan BN sedangkan yang terus lari ialah orang Melayu?

24.2 menegaskan bahawa kekuatan/kemenangan BN dalam PRU ke-13 nanti akan bergantung kepada undi bukan Melayu, khasnya kaum Cina, seperti PRU 1999 dulu?

24.3 extract more and more from UMNO sebagai ganjaran dan tebusan?

24.4 Menyokong PR dalam PRU akan datang (hoping) without being suspected – pulling the rug underneath, seperti PRU ke-12?

25. Keputusan juga menunjukkan bahawa despite sokongan pengundi Cina terhadap BN bertambah, calon PAS pula yang menang. Dan Wahid menang dengan majoriti yang lebih besar sedangkan peratus yang keluar mengundi menurun sedikit (2%) antara 2008 (82%) dan 2009 (80%).

26. Natijahnya ialah pengundi Melayu di KT tidak berfikiran nasional. Mereka tidak kisah dengan pembukaan ladang babi terbesar di Selangor. Mereka tidak hiraukan kerajaan negeri di bawah Pakatan tidak menyokong industri kereta nasional dan boleh menyebabkan kehidupan 450,00 nyawa (kebanyakannya Melayu) tergugat. Mereka tidak peka tentang pemberian tanah oleh kerajaan negeri Perak kepada orang Cina selama 999 tahun.

27. Nampaknya world view mereka hanya tertumpu kepada lanskap persekitaran mereka seperti isu calon. Sahlah benci mereka kepada calon BN/UMNO dan meluatnya mereka kepada parti tersebut mengatasi isu-isu yang berlaku di negeri-negeri lain. Di samping itu, mungkin pelaksanaan Hukum Hudud pula lebih penting pada mereka.

28. Impaknya, BN/UMNO perlu berwajah baru; selari dengan selera dan aspirasi rakyat masa kini jika ingin terus relevan dan mendapat sokongan mereka.

29. Sebenarnya penat menulis tentang kelemahan UMNO hari ini dan bagaimana hendak memperbaikinya. Penat kerana seolah-olah tak ada pemimpin kanan UMNO yang serius dan minat to tackle the bull by the horns.

30. Lepas pilihan raya, tak kira kalah atau menang, mereka terus tutup kedai. Tak minat buat post mortem. Kalau buat post-mortem pun, tak ada siapa yang laksanakan syor-syor yang dibuat. Jika ada yang dibuat, tak ada siapa yang pantau.

31. Maka berulang-ulanglah kesilapan yang sama. Boleh dijadikan tesis. Sama ada di Ijok, di Permatang Pauh ataupun di KT, kelemahan jentera pilihan raya berulang lagi.

32. Celik ICT kekal rendah. Sebagai contoh, penggunan PC tak lebih sebagai an upgraded type-writer sahaja. Kesian.

33. Lantaran bolehlah dibuat deduksi bahawa, selama ini, UMNO/BN menang bukanlah kerana ianya kuat tetapi kerana pembangkang yang lemah. Sekarang, apabila pembangkang sudah cekap merancang dan bertambah kuat maka terlondehlah kelemahan UMNO/BN.

34. Mungkin di bawah Najib, UMNO akan melalui proses re-branding, re-engineering, rejuvenating, reinventing dan transformasi. Very nice terminologies indeed. Namun itulah juga harapan ahli UMNO/Melayu yang menggunung terhadap Najib.

  1. #1 by anti hipokrasi on January 20, 2009 - 6:12 pm

    ini namanya terkena sumpahan anwar ibrahim…!

    umno sudah terkubur dan akan terkubur seperti nasib parti parti korup seluruh dunia yang lain..

    pakatan rakyat membawa pembaharuan yg akan menaikkan nama malaysia semula.

    kita percaya lim kit siang, anwar ibrahim, hj hadi, nik aziz, raja petra sehati sejiwa membawa harapan baru kepada rakyat malaysia…

    good luck to Umno!!!! hahaha
    ____________________________________

    Anti Hipokrasi,

    LKS, Anwar Ibrahim, Hj Hadi dan Nik Aziz sehati sejiwa?

    Tak baca pertelagahan mereka tentang pelaksanaan hukum hudud? Ramai sudah tak percaya anwar yang licik; dilihat sebagai makhluk perosak (pemusnah) bangsa sendiri.

    terima kasih.

  2. #2 by Dr.Sid on January 25, 2009 - 6:29 pm

    sumpah anwar si peliwat tu? tidak..bukan kerana si sodomic creature tu (gelaran yg komentar2 saya berikan didalam blog saya.)
    tetapi kerana kerapuhan dalam umno itu sendiri. salam perkenalan darahtuah. saya juga pembaca setia blog TDM. hehe

    ____________________________

    Terima kasih saudara. Salam perkenalan…

  1. Formosa Daily » Keputusan di Kuala Terengganu - Apa mesej dan natijahnya?
  2. MESRA DAN BERJIWA RAKYAT JIKA UMNO MAHU KEMBALI KUAT! « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: