Bajet 2010 – Dirancang Untuk Siapa?

1. Saya mengambil kesempatan ini untuk mendoakan agar pembedahan mata YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah berjalan dengan lancar. Beliau merupakan tokoh wanita yang kita kasihi dan hormati. Berkat doa seisi keluarga dan seluruh rakyat Malaysia, insyaAllah beliau akan segera sembuh.

2. Seterusnya saya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua kawan dan pembaca blog saya berketurunan Tionghua…HAPPY, PROSPEROUS AND PEACEFUL 2009 FOR ALL OF US.

3. Saya dimaklumkan pegawai EPU telah membaca tulisan saya tentang W2020. Saya menunggu kot kalau-kalau ada respon.

4. Kalau berpandukan isyarat orang Melayu semasa meminang di masa lampau, jika si dara senyap saja (diiringi pula dengan senyum malu) bila ditanya sama ada dia setuju atau tidak si anu (teruna) hendak meminangnya maka itu tandanya ia setuju. By extension, oleh kerana EPU senyap aje maka tandanya EPU setujulah terhadap semua apa yang saya tulis itu.

5. Kini saya menunggu pula respon EPU dan Kementerian Pertanian & Asas Tani (KPAT) terhadap apa yang saya tulis mengenai sektor pertanian di bawah RMKe-9. Jika tak ada respon juga dalam masa 10 hari ini maka saya anggaplah kedua-dua jentera kerajaan tersebut, sekali lagi, setuju terhadap ulasan-ulasan saya itu. Mudah kan?

6. Sementara menunggu respon berkaitan, saya ingin menumpukan pula kepada Bajet 2010 yang bakal disediakan oleh Kementerian Kewangan (KK). Mungkin proses persediaan baru bermula.

7. Justeru saya ingin mengambil peluang ini untuk melontarkan beberapa pandangan bagi pertimbangan kementerian tersebut kerana ‘pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan’. Seterusnya saya yakin di atas keterbukaan dan responsiveness YAB Dato’ Seri Najib dan juga YB Tan Sri Nor Mohamad Yackop.

8. Pandangan saya tertumpu kepada new rules menyediakan Bajet 2010; bukan input untuk bajet per se.

9. Pertama, para pegawai yang terlibat dengan penyediaan bajet hendaklah bersih dan dilihat sebagai bersih. Mereka ini terdedah kepada peluang menerima rasuah, terutama daripada kumpulan pelobi dan interest groups. Bajet 2009 memberikan gambaran seolah-olah terdapat peranan dan pengaruh kumpulan ini. Oleh itu, disyorkan agar SPRM membuat pengawasan rapi ke atas mereka.

10. Kedua, mereka ini juga hendaklah mempunyai minat untuk menegakkan keadilan sosial. Mereka mestilah mempunyai kesungguhan untuk menolong rakyat, khususnya golongan miskin. Minat pun tidak cukup. Mestilah juga memiliki commitment, enthusiasms and passion. Bukan sahaja untuk membasmi kemiskinan tetapi juga berazam untuk merapatkan jurang pendapatan dan pemilikan aset. Mereka yang tidak memenuhi syarat ini hendaklah digantikan.

11. Saya menekankan isu ini kerana Bajet 2009 menampakkan kecondongan ke arah rich-bias. Banyak pemberian bantuan dan insentif diisytiharkan atas nawaitu hendak menolong orang miskin tetapi, sebenarnya, orang kayalah yang banyak mendapat faedah besar darinya.

12. Contohnya, YB Dato’ Mustapa Mohamad sendiri setuju dengan pandangan YB Senator Datuk Akbar Ali mengenai subsidi minyak diesel untuk nelayan. Beliau mendedahkan 80% subsidi diesel dinikmati oleh 20% nelayan kaya.

13. Begitu juga dengan kadar 1% yang dikenakan ke atas SEMUA peminjam PTPTN. Kononnya hendak menolong orang susah. Tetapi yang turut mendapat faedah ialah anak orang kaya, termasuk anak jutawan. Maka berlakulah ketidak-adilan due to inefficient allocation of scarce resources.

14. Pertolongan terhadap orang miskin tetap ada; cuma sekadar direnjis-renjis di sana sini. Impaknya ialah jurang kekayaan dari segi pendapatan dan aset akan melebar.

15. Dalam membuat saranan ini, saya tidak berniat untuk mencadangkan kerajaan / KK agar menjadi Robin Hood – Robbing the rich to give the poor. Saya juga setuju dengan Reagan – “Don’t have to kill the rich to help the poor.” Islam juga mahu ramai pengikutnya menjadi kaya supaya boleh mengeluarkan zakat. Yang demikian, golongan miskin dapat dibantu.

16. Isu yang perlu difahami oleh KSP dan Pengarah Bajet ialah “Enriching the rich won’t necessarily benefit the poor”. Seterusnya kenyataan Obama “that a nation cannot prosper long when it favors only the prosperous” hendaklah didigest oleh kedua-dua pegawai kanan berkenaan dan setiap anak buah mereka serta semua orang kaya.

17. Ketiga mengenai tema bajet. Malaysia kita bukan sahaja kaya dengan pelbagai bahasa dan budaya tetapi juga berselerak dengan tema. Hari Kemerdekaan ada tema. Pilihan raya umum (PRU) ada tema. Bajet juga ada tema dan banyak lagi.

18. Memanglah semua pihak berkenaan boleh justify tema masing-masing. Tetapi pokoknya ia seolah-olah menunjukkan tidak ada buy-in; tidak ada collective ownership; tidak ada espirit de corp. Masing-masing mahu tunjuk jaguh, seperti onar dalam belukar.

19. KK harus sedar bahawa kerajaan BN dipilih oleh rakyat berdasarkan manifestonya – tema dan janji-janjinya. Oleh yang demikian, bajet tahunan sekarang hendaklah berpaksikan manifesto PRU ke-12 sehinggalah PRU ke-13 diadakan supaya ada coherence and continuity.

20. Pengarah Bajet dah pernah lihat manifesto BN bagi PRU ke-12? Ingat temanya? Tahu janji-janjinya?

21. Janji-janji tersebutlah yang perlu ditepati oleh kerajaan. ‘Kata hendaklah dikota’. Jika gagal, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap BN bak ‘titian biasa lapuk, janji biasa mungkir’.

22. Bersendikan prinsip akauntabiliti, pelaksanaan janji-janji tersebutlah yang perlu dibentangkan kepada rakyat apabila Najib menemui mereka dalam PRU ke-13 nanti untuk meminta simpati serta sokongan padu mereka.

23. Sehubungan itu, bajet tahunanlah yang menjadi tool bagi merealisasikan janji-janji dalam manifesto berkenaan serta memantau pencapaiannya. Lantaran itu, mudahlah manifesto PRU ke-13 disediakan nanti. Jika tidak, kesilapan dan kesulitan yang sama akan berulang lagi walaupun dah 12 kali PRU diadakan.

24. Keempat pula tentang strategi. Ia memanglah perlu. Cuma rakyat ingin tahu mengapa KK mesti mengenengahkan strateginya tersendiri setiap tahun sedangkan kita sudahpun ada Misi Nasional dan W2020?

25. Saya juga berasa hairan mengapa kita mesti ada pula Misi Nasional sedangkan kita sudah war-war dan nobatkan W2020? Mengapa mesti ada 5 Teras lain sedangkan sudah ada 9 Cabaran dan, selepas 18 tahun, ramai pula yang masih tak tahu serta tak faham apa dia 9 Cabaran itu? Para pembaca blog saya bolehlah membaca ulasan saya mengenai W2020 ini.

26. Selari dengan semangat ulasan saya itu maka disyorkan agar KK memilih 9 Cabaran W2020 sebagai strategi (objektif) bajet tahunannya sehinggalah tahun 2019 nanti supaya, sekali lagi, ada coherence and continuity. Cabaran yang dipilih itu pula hendaklah juga dikaitkan dengan janji-janji dalam manifesto PRU ke-12.

27. Kelima, teras Bajet 2010 sudah tentulah ke arah mendepani dan menangani krisis ekonomi yang melanda dunia akibat “greed and irresponsibility on the part of some” di USA sehingga tempiasnya sampai ke negara kita. Impaknya dijangka amat teruk (kemelesetan, pengangguran, kemiskinan, jurang pendapatan, jenayah dan lain-lain) dan lama kerana negara tersebut dikatakan kini in the jaws of depression. Justeru kita perlulah tackle the bull by the horns.

28. Untuk berkesan, kita bukan sahaja perlu aplikasikan pelbagai teori ekonomi yang relevan seperti Kenesyian General Economic Theory serta berbagai-bagai economic tools (monetary and fiscal) tetapi eloklah juga diaplikasikan teori fizik mengenai relative velocity.

29. Dalam pada itu, saya ingin memetik Jacques Ruef’s words of caution dalam menggunakan teori “If it is true, it will be the salvation of the world; if it is false, it may lead to catastrophe by turning the world to ineffective remedies which may make the evil much worse.”

30. Sudah tentu fokus utama ialah menjana pertumbuhan ekonomi. Usaha ini tidaklah susah. Yang mesti diingat ialah, sepatutnya, bukan itu sahaja menjadi fokus KK. Pada masa yang sama, KK hendaklah juga mengusahakan 6 angkubah berikut yang lebih mencabar:

30.1 meningkatkan GDP per kapita,

30.2 menambahkan pendapatan isi rumah bulanan,

30.3 menurunkan kadar kemiskinan,

30.4 merapatkan jurang pendapatan,

30.5 mengekalkan full employment, dan

30.6 menguruskan kadar inflasi di bawah threshold 3%.

31. Persepsi umum ialah, sebelum ini, Majlis Ekonomi Negara tidak memberikan perhatian yang seimbang kepada 6 angkubah di atas. Kalau benarlah persepsi tersebut, maka ianya amatlah menyedihkan dan boleh dilihat seolah-olah kurang bertanggungjawab dan kurang berwawasan.

32. Kita wajar belajar dari krisis kewangan 1997 dan mitigate impaknya. Antara impaknya ialah kemiskinan telah meningkat dan pendapatan bulanan isi rumah pula telah menurun akibat krisis tersebut, seperti yang terpapar di bawah ini:

Butiran                            1997                   1999

Kemiskinan                      6.1%                        8.5%

Pendapatan IR             RM2,608             RM2,472

33. Keenam, berkait rapat dengan fokus bajet, KK hendaklah mengambil peluang dan kesempatan daripada keterbukaan Obama dan pledgenya “..to the people of poor nations, we pldege to work alongside you to make your farms flourish and let clean water flows; to nourish starved bodies and feed hungry minds.”

34. Antara peluang yang boleh direbut ialah merundingkan perjanjian FTA yang menguntungkan kedua-dua pihak serta mengorientasikan aktiviti ekonomi negara selaras dengan perubahan-perubahan yang diperkenalkan di USA.

35. Ketujuh, setiap syor yang dibuat hendaklah disokong dengan statistics (di dalam lampiran, jika kurang sesuai di dalam teks ucapan) yang berkaitan; misalnya berapa ramai mendapat faedah, golongan mana yang mendapat faedah, apa jangkaan impaknya, berapa kosnya, berapa banyak cukai bertambah atau berkurangan, apa sasaran yang hendak dicapai.

36. Pendek kata, bukan sekadar syor tetapi hendaklah turut dipaparkan potensi output, outcome dan impaknya iaitu selaras dengan maksud Surat Pekeliling Am Bil. 3 tahun 2005.

37. Kelapan, saya ingin menyentuh Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan (BAPP) yang tebal itu dengan harapan akan berlaku perubahan, pembaharuan dan pembaikan.

bacc

37.1 Prestasi aktiviti:

(a) Data yang dipaparkan seperti bilangan baucer, pesanan tempatan, surat pos laju dan mesyuarat yang diadakan adalah terlalu remeh, mundane dan tak berguna untuk policy discussions serta boleh dianggap seolah-olah ingin menghina intelligence ahli dewan yang mulia.

(b) Adalah memeranjatkan kerana ICU (m/s 102 & 103), MAMPU (m/s 111) dan MPC (m/s 305) sendiri turut terjebak dalam persembahan maklumat remeh seperti ini sedangkan agensi-agensi inilah yang menjadi juara productivity, ISO, KPI, outcome dan sebagainya. Ia sepatutnya digantikan dengan data yang menggambarkan efficiency, effectiveness, productivity in relation to benchmarks, KPI and targets. Data-data tersebut pula hendaklah yang berkait rapat dengan output, outcome dan impak core business masing-masing.

(c) Contoh yang ada sedikit resemblance (sebab kita masih perlu buat congak sendiri) dengan apa yang saya maksudkan ini terdapat di muka surat 226, BAPP 2009.

(d) Data yang dipaparkan itu menunjukkan KPAT hanya merancang untuk menambah pengeluaran pesawah sebanyak 2% sahaja pada tahun 2009 despite mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM2.7 bilion atau +69%!

(e) Jika harga padi kekal, maka pendapatan pesawah hanya meningkat 2% sahaja. Sekiranya kadar inflasi pada tahun 2009 pula sekitar 4% maka pendapatan pesawah pada harga 2008 adalah 2% less. Soalan yang wajar ditanya ialah adakah KPAT merancang untuk memiskinkan lagi pesawah yang rata-rata sudahpun miskin itu?

(f) Saya yakin tidak tetapi itulah maksudnya data yang dipaparkan. Jika inilah pula jawapannya maka ia seolah-olah memberi petunjuk bahawa KPAT kekurangan expertise and competency in planning atau pegawainya kurang interest, commitment, enthusiasms and passion untuk menolong golongan miskin. Betul ke?

(g) Maklumat seperti inilah yang akan dapat membantu ahli dewan yang mulia membuat policy decisions.

37.2 Copy and paste:

(a) Sebahagian besar data dalam BAPP 2009 nampaknya sekadar copy and paste sahaja. Amalan ini boleh memberi ruang kepada orang ramai untuk bertanggapan negatif terhadap pegawai kerajaan.

(b) Seolah-olah sama ada mereka hendak membodohkan ahli dewan yang mulia atau ingin memaparkan kepandaian dan kemalasan masing-masing melalui penggunaan ICT dengan cara copy and paste itu.

(c) Cuba lihat muka surat 167, 169, 299, 302 & 305 BAPP 2009. Bukti copy and paste amat jelas. Data copy and paste ini dengan sendirinya menunjukkan either decline or no increase in efficiency and productivity.

38. Akhir sekali, KK hendaklah mindful of PRU ke-13 dalam menyediakan Bajet 2010 ini. Jika salah satu sebab kekalahan teruk Perikatan pada tahun 1969 ialah kerana isu pengangguran yang tinggi dan tsunami politik pada tahun 2008 pula ialah kerana isu inflasi yang tinggi maka potensi isu yang akan menghantui BN pada PRU Ke-13 nanti ialah double dosages of kadar pengganguran yang tinggi dan kemelesetan ekonomi yang teruk. Sudah tentu kedua-dua isu tersebut terlebih dahulu perlu ditangani dengan berkesan sebelum PRU ke-13 diadakan.

39. Sekiranya saranan saya ini dihalusi dan diguna-pakai maka kumpulan sasar akan benar-benar terbela. Pada masa yang sama kita akan dapat menyaksikan era baru dalam pembentangan Bajet 2010 nanti. Sekaligus ia merupakan sebahagian daripada rantaian usaha untuk memperbaiki imej kerajaan BN.

40. “Our time of standing pat, of protecting narrow interests and putting off unpleasant decisions has surely passed” (Obama). Let’s us make a clean break and define a new era. Najib has the opportunity, the capacity and the perceived political will to do so.

41. Namun beliau tak mampu melaksanakan seorang diri kerana ‘tidak terkajang batu sepulau’. Pra-syaratnya ialah sokongan padu rakyat terhadap beliau. Sama-samalah kita ‘berganding bahu’ dengan bakal PM kita bagi feadah semua.

 

  1. #1 by Hasbullah Pit on January 29, 2009 - 1:15 am

    1. Pendapatan isirumah merosot, pada masa yang sama nilai wang yang kita ada juga merosot?

    2. Jemput berkunjung ke Beras Padu
    http://beras-padu.pit.my

    ______________________________________

    sdr hasbullah,
    (1) kadar inflasi di melaka telah berjaya diturunkan daripada 9.5% (ogos 08 ) kpd 5.9% (Disember 2008). usaha siapa?

    (2) sdr MENGHARAPKAN kerajaan kelantan akan beri percuma 10 dirham setiap keluarga. utk makluman sdr, kerajaan melaka SUDAH pun beri RM10 bagi setiap orang yg layak utk mencarum ASB, jika belum mencarum. jika sebuah keluarga ada 5 orang = RM50. Jika sdr atau sanak saudara atau kawan2 atau jiran2 yang belum dpt faedah ini sebab tak tahu, segeralah ke pejabat ASNB, pos dan bank.Natijahnya, bersyukrlah ke atas nikmat yg ada sebelum Allah murka. mengapa seronok dengan hujan batu di negeri orang?hargailah hujan emas di negeri sendiri.

    Dalam keadaan tsunami ekonomi sedang menyerang SELURUH dunia, amat bernasib baik jika pendapatan seseorang itu tak terjejas; masih bernasib baik jika sekadar berkurangan kerana pay cut berbanding dengan mereka yang terus hilang pendapatan kerana job cut.
    ILO telah menganggarkan seramai 51 juta pekerja di merata dunia akan hilang pekerjaan masing-masing pada tahun 2009. MEF pula meramalkan seramai 200,000 pekerja di Malaysia akan diberhentikan pada tahun ini. Sama-samalah kita membantu kerajaan dalam mencari formula yang sesuai melalui pakej rangsangan kedua untuk mengatasi masalah ini bagi kebaikan bersama.
    Tentang pergerakan nilai matawang pula, ianya melibatkan semua matawang dan, dalam keadaan sekarang, impaknya berbeza-beza. Nilai matawang kita, misalnya, naik berbanding Pound Sterling dan Australian Dollar, tururn berbanding dengan US Dollar dan Euro. Nilai US Dollar pula turun berbanding dengan Euro dan Yen. Begitulah seterusnya.
    Nilai matawang (RM) yang naik boleh menguntungkan satu pihak (misalnya pengimport) tetapi merugikan pihak lain pula (misalnya pengeksport). Jika ia turun pula maka pengeksport gembira dan pengimport bersedih. Turun naik nilai matawang ditentukan oleh kuasa pasaran, kecuali adanya pegging seperti di China.
    Yang penting, Kerajaan / BNM, dalam satu-satu situasi akan menimbangkan dengan cermat what would be the perceived right level before intervene atau terus membiarkan pasaran yang menentukannya.
    Pada hemat saya, dalam keadaan sekarang, weaker RM lebih menguntungkan.

    Like

  2. #2 by bulma on February 5, 2009 - 11:29 pm

    1)Kerajaan terutamanya Kem. Kewangan perlulah memandang serius hal ini..Ada benarnya,jika difikirkan untuk siapa budget ini?Bukankah ia untuk rakyat?Tetapi dapatkan semua rakyat merasainya? Jika dilihat dari rencana yang ditulis oleh darahtuah ini bersandarkan fakta2 yang disokong nampaknya ia bukanlah untuk keseluruhan rakyat..Jadi kepada siapakah ia buat?
    2)Simpatilah wahai kerajaan kepada rakyat2 yang susah ni..Ikhlas dan amanahlah dalam menjalankan tugas…

    ____________________________________

    Terima kasih Bulma.

    Like

  3. #3 by terkialkial on August 24, 2009 - 1:10 pm

    just nak komen sikit je… bajet 2010 ni akan adakah perubahan nya kpd rakyat??? klu mengikut kepada tema malaysia skrg “1 malaysia””rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”… apakah bajet 2010 ini kelak akan membela kakitangan2 awam yang jumlahnya tak terkira di malaysia ini??? bukan nak kata apa la, tp klu kt tgk skrg, harga brg naik mendadak & berterusan naik, dan naik dan naik… tetapi gaji… sekali shj naik…. sepatutnya kaji lagi gaji yg dibagi skrg, ckp @ tidak…. sbb bg sy, gj msh lg kurang kerana barang2 harganya melampaui gaji….. dilaung laungkan supaya jangan pinjam dr Along, jgn pinjam sana sini… tetapi apa yg dibuat utk menolong???? tolonglah masyarakat yg kerjanya cuma pekerja awam dsb nya yg gaji kecik…. kadang2, gaji pihak bawahan kecik dr bos tetapi kerja plg banyak yg bawahan, bos2 sikit je kerja, semak itu ini, jalan sana sini….. gaji besar…. klu nak keadilan, gaji menteri, org2 besar, kurangkan, bagi kpd yg memerlukan…. mereka kereta sampai 3, 4 biji, org bawahan pula sebiji keta kancil byr lama2….. tolonglah mereka ini…

    Like

    • #4 by darahtuah on August 30, 2009 - 5:17 pm

      Terkialkial,

      Saya sedar; akan dibangkitkan di Dewan nanti, jika berpeluang.

      Wassallam.

      Darahtuah.

      Like

  4. #5 by SayaYangBerharap on October 13, 2009 - 12:37 am

    ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamanakan’. Untuk budjet 2010 ini saya cuma mengaharapkan agar pekerja2 perkhidmatan awam samada bertaraf kontrak mahupun ‘contract for service’ kontraknya berterusan dan kalau boleh dijadikan sebagai taraf tetap.Saya merupakan seorang pekerja awam bertaraf ‘contarct for service’ yang kontraknya akan tamat pada awal tahun depan. Perasaan risau tentu ada untuk mengahadapi tahun 2010 dengan peluang pekerjaan yang agak terhad. Bukan tidak mencuba untuk beralih kepada pekerja lain tetapi sudah beberape kali memohon masih tida jawapan.Kerisauan muncul bila memikirkan bagaimana hendak membuat pembayaran balik pinjaman pendidikan sebanyak RM400 sebulan. Jumlah ini agak tinggi untuk saya dengan gaji bersih 1200 dan kadang kala tidak mampu untuk membuat pembayaran. Dan jumlah akan semakin tinggi disebabkan oleh interest 4% dan pembayaran yang dibuat setiap bulan hanya la pembayaran kepada bunga bukannya pokok. Keadaan ini membuatkan saya rasa berputus asa untuk meneruskan pembayaran.
    Diharap untuk sesiapa yang ada suara yang boleh menyuarakan isi hati kami pekerja2 awam yang belum bertaraf tetap ini tolonglah untuk menyuarakannya sejajar dgn tema ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamanakan’. Terima Kasih

    Like

  5. #6 by mohd rafie on October 15, 2009 - 7:49 am

    asik memperkatakan tentang belanjawan saja sekarang ni. tak dapat bonus banyaklah akan dipersoalkan tetapi bila dapat alhamdulillah semua diam buktinya masa raya hari tu semua mempersoalkan tentang pemberian duit raya kepada kumpulan anggota sokongan dan tak adil jika mereka ini akan dapat bonus lagi sama seperti golongan pegawai atasan yang lain. bukan kah ini kaedah kapitalis yang telah menyerap dalam pemikiran kita. Percayalah keadilan tak akan wujud kerana masing-masing hanya akan menjaga periuk nasi sendiri. Oleh itu, bersatulah kita kerana bulat air kerana pembentung bulat kata kerana muafakat, berat sama di jinjing ringan sama dipikul. Tak ada guna kita bertengkar dalam hal-hal yang merosakkan keharmonian negara kita yang dicintai.

    Like

  6. #7 by ismail on October 22, 2009 - 3:58 pm

    dah la. buat bising ja..
    kerajaan jgn hrp nak bagi lagi la bonus.
    duit 250 ringgit dulu pun tak habis makan lagi.

    hidup najib…

    Like

  7. #8 by DEWI KURNIATI BT MOHD NGADIMAN on October 23, 2009 - 12:45 pm

    saya berharap elaun sara hidup (cola) diselaraskan kepada rm300 sebulan disetiap bandar di seluruh negara. ini kerana walaupun berada di daerah kecil dengan elaun cola sebanyak RM100 tidak mencukupi kerana harga barang sekarang sudah mahal tidak kira di manapun..kos sara hidup seperti sewa rumah juga sudah sama bandar besar dengan daerah…semoga harapan ini mendapat perhatian.

    Like

  8. #9 by Rusdi hj mamat on October 23, 2009 - 4:15 pm

    salam satu m’sia.Bagi pendapat saya kerajaan mestilah menjaga kebajikan rakyat.Sekarang rakyat dah bising pasal insuran yang terlalu mahal.w.pun roadtax dikecualikan.pihak mana yang untung tentang insuran nie.k,jaan kah rakyat kah ataupun pihak ketiga yang untung.k,jaan kena kaji balik tentang insuran nie.sakit kepalo deng nak menegakkan bonang yang basah.sekarang kita nak bagi keyakinan kepada rakyat.bahawasanya BNlah yang dapat memberi keselesaan kepada rakyat.rakyat didahulukan mestilah dizahirkan barulah rakyat buka mata buka minda buka hati sokong BN.

    Like

  9. #10 by mrsyusof on October 24, 2009 - 12:09 am

    bajet 2010 tak mesra rakyat pun….memang besar2 tapi tak tau le nanti sampai ke dasar ke tak…baik le bagi kat kakitangan awam..pandai depa belanja..hehehe..dah tentu tak masuk akaun org lain..luahan rasa kecewa…syukur juga la dapat 500

    Like

  1. Where do we go from here Datuk Najib? « Jebat Must Die
  2. Pakej Ransangan Kedua : Sama-samalah menyumbang idea « Hidup Tuah!
  3. Ekuinas’ role in Najib’s politics «

Leave a comment