MESRA DAN BERJIWA RAKYAT JIKA UMNO MAHU KEMBALI KUAT!

Pengenalan

1. Keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu nampaknya, at last, telah menimbulkan kesedaran dan memberikan beberapa pengajaran kepada para pemimpin UMNO. Antara pengajaran yang lantang diperkatakan ialah tentang betapa perlunya pemimpin UMNO mengamalkan sikap berorientasikan / mesra rakyat, jika mahu UMNO mendapat semula sokongan rakyat dan kembali kuat. Belum terlambat jika UMNO sedia tengadah setelah terhantuk.

2. Ia dibangkitkan sendiri oleh UMNO President-elect dan bakal PM Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib. Saranan tersebut dibuat kerana diinsafi bahawa antara sebab utama kekalahan calon BN ialah kerana persepsi sifat elitisnya dan kurang berdamping dengan rakyat. Namun, tiada detel diberikan tentang apa yang dimaksudkan mesra rakyat dan apa pula yang perlu dibuat untuk menterjemahkannya.

3. Belum sempat mesej tersebut difahami, disarankan pula tentang perlunya UMNO berubah secara radikal. (Sebenarnya YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam (DAR) telah lebih awal mengemukakan cadangan yang amat radikal. Beliau telah mengesyorkan supaya demokrasi tulen dilaksanakan dengan memberi peluang kepada semua 3.4 juta ahli UMNO memilih pucuk pemimpin mereka. Sekali gus tak perlulah melalak pasal sistem kuota dan dapat pula banteras rasuah dalam pemilihan UMNO.

4. Untuk melaksanakan pula syor tersebut beliau mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya UMNO (SPU). Malangnya cadangan berkenaan tidak mendapat liputan sewajarnya berbanding cadangan yang kurang radikal oleh YB Tan Sri Muhyiddin.

5. (Nota: Persepsi umum ialah media perdana milik UMNO bias ke arah mempromosikan calon TP UMNO tertentu. Penyakit lama ini nampaknya tak boleh sembuh. Insaflah bahawa sikap seperti inilah juga antara sebab mengapa ramai pembaca meluat dengan akhbar-akhbar ini. Berubahlah segera sebelum menyeru dan memperli pihak lain supaya berubah. Jika tidak, akhbar-akhbar tersebut terus hilang hak untuk bercakap pasal rasuah, objektiviti, akauntabiliti dan integriti.)

6. Kemudian Tengku Ahmad Ritahuden meletupkan pula bomnya. Untuk menghapuskan rasuah, beliau menyarankan supaya dibubarkan sayap wanita, pemuda, puteri dan putera UMNO. Pada ummnya cadangan tersebut telah dibantah, termasuk oleh Presiden UMNO sendiri.

ICON

7. Nampaknya apa saja yang dibuat oleh UMNO sekarang ini macam serba tak kena. Ia termasuklah tindakan SPRM menangkap orang UMNO yang dikatakan terlibat dengan rasuah. Kita bincang isu besar ini di waktu lain untuk bagi kena.

8. Sekarang saya ingin kembali kepada saranan awal Najib iaitu para pemimpin UMNO hendaklah mesra rakyat. Ianya memang kritikal tetapi bukanlah perkara baru. Ia merupakan salah satu daripada 10 faktor yang telahpun digariskan oleh JebatMustDie dalam memilih pemimpin UMNO. Saya juga telah menekankan faktor yang sama dalam rencana Keputusan PRK KT  dan Bakal TP UMNO Paling Sesuai Masa Kini? .

9. Kali ini eloklah dihuraikan dengan lebih detel lagi maksud mesra dan berjiwa rakyat itu agar sifat bongkak dan tidak mesra alam yang berleluasa itu dapat dikikis. Jika dapat dicarikan icon atau UMNO idol maka ianya lebih mudah difahami dan diteladani.

10. Di kalangan para pemimpin kanan UMNO yang saya kenal rapat, DAR memang terkenal dengan sikap dan sifatnya yang mesra dan berjiwa rakyat. Ia dapat dilihat dari segi pergaulan, dasar, hasil dan impak tindakan beliau. Hakikat ini bukan sahaja diakui oleh ahli UMNO dan orang Melayu malah ia turut diakui oleh bukan Melayu.

Pergaulan

11. Dari segi pergaulan, beliau mudah mesra dan senang senyum. Yang demikian, beliau disenangi oleh semua dan boleh bergaul rapat dengan semua lapisan masyarakat – yang miskin, yang kaya; yang susah, yang senang; yang di bawah, yang di atas; yang muda, yang tua; dalam negeri, di luar negeri.

withkids

12. Majlis kenduri kahwin beliau kejar; berita kematian beliau utamakan. Kediaman rasmi beliau terbuka kepada rakyat dari subuh hingga ke larut malam. Boleh jumpa tanpa temu janji. Ramai wakil rakyat hanya boleh berurus di pejabat semasa waktu kerja.

13. Bagi DAR, di mana saja beliau boleh melayan rakyat – di rumah, di pejabat, di masjid, di majlis rasmi, di majlis kenduri dan sebagainya. Bawalah surat atau dokumen kepadanya; beliau akan ‘tenyeh’. Di atas booth kereta pun boleh. Tiada protokol.

14. Sifat-sifat terpuji ini membuat beliau popular dan disokong ramai. Sebagai contoh, beliau mendapat undi terbanyak (No. 1) semasa bertanding jawatan Ahli MT UMNO pada tahun 2000. Beliau mendapat undi kedua terbesar semasa bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada 2004.

15. DAR kekal menjadi Presiden 4B selama 15 tahun; sejak tahun 1994 hingga sekarang dan terus memegang jawatan Pengerusi World Youth Foundation serta Presiden World Assembly of Youth (WAY) yang masing-masing disandang sejak tahun 1993 dan 1995.

Turun Padang

16. Sebagai Ketua Menteri, beliau sering turun padang. Setiap hari Khamis diperuntukan masa untuk rakyat datang ke Seri Negeri berjumpa beliau, ahli-ahli EXCO dan Ketua Jabatan bagi mendengar dan menyelesaikan masalah mereka. Pada hari Jumaat pula beliau turun padang sehari suntuk ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meninjau sendiri projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan serta mendengar rintihan rakyat. Yang demikian beliau mempunyai first hand information and has a thorough understanding of each and every complex socio-politico-economic situation.

denganorg

ali

17. Beliau turut sembahyang Jumaat dan makan tengah hari bersama mereka.

18. Pendekatan ‘mengulit’ ini membuat beliau dekat di hati rakyat dan rakyat pula menghormati serta menyayangi beliau, bak kata pantun Melayu:

Dari mana punai melayang
Dari sawah turun ke padi
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati
.

Impak Dasar & Tindakan

19. Dari segi dasar, hasil dan impak tindakan beliau, sesungguhnya, setelah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka selama 9 tahun, kita telah dapat menikmati HASIL (bukan sekadar janji) komitmen beliau – Melaka membangun pesat, indah dan bersih, kadar pengangguran terendah, inflasi terkawal, miskin tegar berjaya dihapuskan dan banyak lagi kejayaan. Dalam kata-kata lain, beliau turut memastikan orang miskin tidak terpinggir dari arus pembangunan ke arah menuju tahap Melaka Maju menjelang 2010 nanti.

20. Oleh kerana ianya telah dilaksanakan selama 9 tahun secara berterusan maka, pada adatnya, sememanglah kejayaan ini tidak lagi menjadi news. Dan pada kebiasaannya timbullah kecenderungan to take things for granted. Ia bolehlah dikatakan sama dengan kita take for granted basikal boleh bergerak atas dua roda; petik suis di dinding, api dalam gelas menyala; radio ada suara dan TV ada gambar orang bergerak dan bercakap.

21. Percayalah generasi pertama yang melihat kejadian ini bolehlah dikatakan gayat menyaksikannya. Tetapi kita yang kononnya tak gayat ini pun tak tahu nak terangkan secara saintifik bagaimana basikal boleh berjalan di atas dua roda, macam mana kuasa eletrik mengalir, gelombang suara bergerak dan satelit berfungsi untuk membolehkan TV mengeluarkan gambar.

22. Namun kita take for granted konon-kononnya kita faham. Begitu jugalah kita take for granted usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh para pemimpin kita, termasuklah usaha DAR ini. Kita take for granted seolah-olah ianya boleh terhasil/terjadi dengan mudah. Kun fayakun!

Pendapatan & Kemiskinan

23. Berbalik kepada berkat usaha DAR, antara impak Dasar Membasmi Kemiskinan ialah miskin tegar telah dapat dihapuskan pada tahun 2007. Kadar kemiskinan pula telah dapat dikurangkan daripada 5.7% pada tahun 1999 kepada 1.8% pada tahun 2007.

24. Dalam tempoh yang sama, purata pendapatan isi rumah bulanan telah meningkat 51%, dari RM2,260 kepada RM3,420. Bukti pendapatan penduduk Melaka telah mengukuh ialah bilangan kereta dan motosikal baru telah melonjak 52%, dari 29 buah pada tahun 2000 kepada 44 buah bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2007.

25. Keberkesanan usaha beliau terletak kepada interest, commitment, enthusiasm dan passion untuk membasmi kemiskinan kerana beliau mengalami dan melalui perit getir kemiskinan itu sendiri. Ia amat berbeza dengan ramai pemimpin masa kini yang hanya boleh bercakap mengenai kemiskinan tetapi tidak pernah miskin. Mereka ini umpama orang celik bercakap tentang kesengsaraan tidak dapat melihat. Kurang genuine dan kurang komitmen.

26. Keberkesanan usaha beliau juga terletak kepada kekuatan strategi serampang dua mata. Pertama, inisiatif makro yang merangsang pertumbuhan ekonomi, merancakkan aktiviti perniagaan dan menambah peluang pekerjaan sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh dan kadar pengangguran terendah di Malaysia (0.8% pada suku ketiga 2008 ) selama beberapa tahun berturut-turut.

27. Kedua, inisiatif mikro iaitu menumpukan kepada kumpulan sasar (orang miskin/kurang bernasib baik). Pendekatan ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya keterpinggiran, ketirisan dan keciciran. Sebagai contoh, bagi tempoh 2001 – 2007, beliau telah mengeluarkan peruntukan hampir RM200 juta bagi kumpulan sasar ini untuk:

• membina baru/membaiki rumah rakyat termiskin sebanyak 2,170 buah dengan kos hampir RM20 juta,
• membantu fakir miskin melalui MAIM sebanyak RM25 juta,
• membantu mereka yang susah, berpenyakit kronik seperti kanser dan sakit buah pinggang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, PEMBELA dan Tabung Amanah Kebajikan hampir RM80 juta, dan
• memberi biasiswa/pinjaman/bantuan pendidikan sebanyak RM74 juta melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka yang beliau wujudkan.

Elaun Tok Sidang

28. Memahami kesulitan hidup para sidang dan sumbangan mereka kepada masyarakat, elaun 244 orang sidang telah dinaikkan mulai 1 Mac 2008. Elaun baru mereka adalah antara RM250 – RM350 sebulan, bergantung pada tempoh perkhidmatan masing-masing. Elaun baru ini dicampur dengan pendapatan mereka yang sedia ada telah melonjakkan mereka keluar daripada tahap kemiskinan (RM740 sebulan).

29. Kenaikan elaun mereka adalah antara RM190 – RM230 sebulan atau antara 209% – 317%. Kenaikan ini jauh mengatasi kenaikan kadar inflasi pada tahun lalu sebanyak 41%! Kenaikan tersebut memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM621,700 sebulan atau 255%, dari RM244,200 sebulan kepada RM876,600 sebulan.

Gaji Guru JAIM

30. Lebih awal daripada itu, Kerajaan Negeri Melaka telah menaikkan gaji guru Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM mulai Januari 2008 lalu antara 35% – 160%. Gaji guru SRA tanpa SPM telah dinaikkan daripada RM288 sebulan kepada RM750 sebulan. Gaji guru SRA yang memiliki SPM pula telah dinaikkan dari RM806 sebulan kepada RM1,090 sebulan. Gaji maksima mereka dinaikkan kepada RM2,000 sebulan.

31. Bagi tujuan ini, JAIM perlu membayar RM15.6 juta sebulan berbanding RM10.3 juta sebelumnya (+52%). Yang signifikannya ialah, kini, semua guru SRA berada di atas paras kemiskinan!

32. Keseriusan DAR untuk menangani kemiskinan dapat dilihat melalui usaha beliau melaksanakan bancian ke atas semua isi rumah miskin yang terdapat di Melaka. Bancian tersebut telah dijalankan pada bulan November 2007; lebih awal daripada usaha Kerajaan Persekutuan (April 2008). Pada bulan tersebut, semua isi rumah miskin tegar telah dihapuskan.

33. Kini beliau komited pula untuk mencapai kemiskinan sifar pada tahun 2008. Bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan pada awal tahun 2008 mendapati bilangan isi rumah miskin telah dapat dikurangkan sebanyak 77%, dari pada 3,000 buah (2007) kepada 668 buah.

34. Diakui kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dari RM660 kepada RM740 sebulan bagi setiap isi rumah seramai 4.5 orang dan kenaikan harga minyak petrol/diesel tahun lepas menjadikan usaha beliau tambah mencabar lagi. Namun beliau tetap meneruskan jihadnya untuk mencapai kemiskinan sifar pada tahun ini.

35. Diyakini jika diberi peluang, tanggungjawab dan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau akan mampu membantu Perdana Menteri untuk membasmi kemiskinan pada tahun 2009, tanpa menunggu tahun 2010, sepertimana yang disasarkan.

36. Berkat usaha dan sokongan padu semua pihak, insyaAllah, azam serta iltizam tersebut akan berjaya direalisasikan.

Bekalan Beras

37. Semasa negara mengalami tekanan inflasi dan kekurangan bekalan makanan, khususnya beras, DAR merupakan THE ONLY Ketua Menteri/Menteri Besar yang mengambil inisiatif untuk mendapatkan bekalan beras ST15 secara langsung daripada BERNAS untuk dijual terus kepada peruncit. Usaha ini telah membantu rakyat, khususnya yag berpendapatan rendah, untuk mendapat bekalan jenis beras berkenaan dengan lebih mudah.

Penutup

38. Gambaran ringkas yang dipaparkan di atas dengan jelas menunjukkan bahawa DAR adalah seorang pemimpin UMNO yang mesra dan berjiwa rakyat. Justeru beliau wajar dijadikan icon untuk diteladani. Jika semua pemimpin UMNO, dari Presiden hinggalah ke Ketua Cawangan, mesra dan berjiwa rakyat seperti beliau, maka UMNO akan kembali disayangi oleh ahlinya, orang Melayu dan rakyat seluruhnya.

39. Maka mantap dan popularlah UMNO. Justeru cerahlah masa depannya, khususnya bila berdepan dengan rakyat dalam PRU Ke-13 kelak. Pra-syaratnya ialah, pada bulan Mac nanti, para perwakilan UMNO hendaklah terlebih dahulu memilih para pemimpin yang mesra rakyat ini untuk sama-sama membantu Najib mengepalai peperangan PRU Ke-13 kelak.

40. Justeru pandai-pandailah memilih tempat mandi kerana kalau kaki sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakkan. Lalu menyesalpun tiada gunanya. Sesungguhnya hanya jauhari yang mengenal manikam!

  1. #1 by ariffsani on February 4, 2009 - 12:57 pm

    Syabas! Rencana yang menarik dan banyak fakta serta analisis! Terimakasih kepada ‘darahtuah’ kerana bersengkang mata untuk mengambil data dan analisis untuk renungan bersama

  2. #2 by bulma on February 5, 2009 - 11:12 pm

    1) Setuju,pemimpin UMNO perlu lebih berjiwa rakyat..Kerap mendampingi rakyat, bukan hanya ketika pilihanraya sahaja tepai perlu berterusan..Saya respect dengan Menteri Besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam(DAR), apa yang beliau telah lakukan di Melaka, membangunkan Melaka dengan begitu pesat sekali..Beliau juga berjiwa rakyat,kerap turun padang bersama-sama menjayakan pelbagai aktiviti bukan setakat di Melaka sahaja malah juga di luar..Banyak aktivi2 kebajikan beliau turut turun padang…Syabas DAR..Pemimpin sebeginilah yang diperlukan di Malaysia..Melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan…
    2) Darahtuah tahniah..Rencana yang bagus..Padat dengan fakta2 yang bernas dan mantap..Chio..Chio..teruskan lagi usaha menulis rencana2 yang bernas sebegini..

    _____________________________
    Terima kasih Bulma dan selamat datang ke Blog ini.

  1. What’s Happening? » Blog Archive » Explore Taman Mini Malaysia in Melaka | Melaka Travel & Tourism …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: