Pakej Ransangan Kedua : Sama-samalah menyumbang idea

PELAWAAN YAB TPM

1. Sasaran khas pembaca rencana saya ini ialah para pegawai YAB Dato’ Sri Mohd Najib yang bertanggungjawab mengumpul idea untuk menyediakan pakej rangsangan kedua. Saya harap mereka berkesempatan membacanya dan synthesize apa yang saya nukilkan ini.

2. Saya hanyalah rakyat biasa. Saya terpanggil oleh keterbukaan dan keikhlasan YAB Dato’ Sri Najib untuk mendapatkan pandangan dan cadangan yang membina bagi menyediakan pakej kedua ini bagi kebaikan bersama.

3. Justeru saya mengemukakan satu theoritical construct untuk melengkapkan syor-syor yang telah dimajukan oleh industrialist, tokoh korporat, ahli perniagaan, pakar runding percukaian dan mereka yang segolongan dengannya.

ISU UTAMA

4. Dalam rencana saya Bajet 2010 – Dirancang Untuk Siapa? ,saya telah menggariskan 7 perkara/angkubah yang perlu diberi perhatian agar semua lapisan rakyat terbela. Pembelaan ini sejajar dengan slogan BN bagi PRU Ke-12 “SEJAHTERA AMAN MAKMUR”.

5. Jika pada tahun lepas isu ekonomi utama ialah memerangi inflasi maka pada tahun 2009 ini pula dua isu utama yang mesti didepani dan ditangani ialah merangsang pertumbuhan ekonomi dan menjana peluang pekerjaan yang mencukupi.

LANSKAP EKONOMI

6. Pada suku ketiga tahun lepas, alhamdullilah, kadar pertumbuhan GDP adalah sebanyak 4.7% dan kadar pengangguran pula ialah 3.3%; menikmati guna tenaga penuh, mengikut ILO. (Melaka mencatatkan kadar pengangguran terendah = 0.8%!).

7. Kadar pertumbuhan GDP pada keseluruhan tahun 2008 diunjurkan sekitar 5% dan kadar pengangguran pula dijangka masih bawah 4%. Tetapi pada tahun 2009, Malaysia akan merasakan the full lagging impact of the global economic tsunami which “was manufactured in the USA” (Stiglitz).

8. Diunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun ini akan merosot kepada 0.5% dan bilangan penganggur akan meningkat kepada 51 juta orang. Di USA, seramai 3.6 juta orang telah menganggur dan 20 juta orang pula hilang pekerjaan di China.

9. Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi pada tahun 2009 sebanyak 3.5% manakala IMF pula meramalkan 1.5%. Bilangan penganggur pada suku ketiga 2008 adalah seramai 344 ribu orang; diramalkan akan hilang pekerjaan seramai 200,000 orang dan akan memasuki pasaran pekerjaan pula adalah seramai 600,000 orang.

“crowd mencari pekerjaan ini akan membesar”

10. Itu sebabnya saya pernah menegaskan dalam rencana yang sama bahawa, jika lanskap ekonomi ini tidak ditangani dengan berkesan, Kerajaan BN akan menghidapi double dosages semasa berdepan dengan PRU Ke-13 nanti – kemelesetan ekonomi dan kadar pengangguran yang tinggi.

11. Justeru soalan yang wajar ditanya ialah berapa banyak aktiviti ekonomi perlu dirangsang untuk mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 1.1 juta? Pertumbuhan GDP sebanyak 1.5% memadai? 3.5% mencukupi? Atau yang diperlukan ialah 5%?

12. Dalam hal ini, teori relative velocity mungkin perlu turut diaplikasikan.

13. Jika kadar pertumbuhan 5% tidak attainable kerana pelbagai kekangan, termasuk keperluan menjaga tahap defisit yang prudent, maka social safety net hendaklah disediakan bagi mereka yang terus menganggur.

SYOR

14. Syor-syor saya adalah menjurus ke arah menangani dua isu ekonomi utama di atas. Secara mudah, dalam konteks ini, kerajaan mempunyai 4 pilihan:

14.1 industri yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan potensi pekerjaan yang tinggi;

14.2 industri yang mempunyai nilai tambah yang rendah dan potensi pekerjaan yang tinggi (labour intensive);

14.3 industri yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan potensi pekerjaan yang rendah (capital intensive); dan

14.4 industri yang mempunyai nilai tambah yang rendah dan potensi pekerjaan yang rendah.

MERANGSANG PERTUMBUHAN EKONOMI

15. Anak kunci pertumbuhan ekonomi ialah nilai tambah (value-added). Pelaburan, tenaga buruh dan produktiviti adalah enablers nya. Justeru fokus pertama untuk mencapai pertumbuhan nilai ekonomi yang tinggi ialah mengenalpasti industri yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

16. Industri berkenaan boleh dikenalpasti dengan berpandukan Jadual Input-Output. Jadual tersebut disediakan oleh Bahagian Akaun Negara, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS). Pegawai berkaitan boleh membantu in understanding and utilizing the relevant tables.

MENJANA PELUANG PEKERJAAN

17. Berhubung dengan usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan pula, keutamaan sering ditekankan kepada industri yang mempunyai kesan berganda (multiplier effect) yang tinggi. Contohnya industri binaan, pelancongan dan automotif.

18. Selain daripada itu, perhatian hendaklah juga dirujuk kepada labour intensive industries dengan berpandukan Jadual Capital-Labour Ratio dan Jadual Output-Labour Ratio bagi memilih industri yang memiliki potensi peluang pekerjaan yang tinggi. Sekali lagi DOS boleh membantu dalam urusan ini.

PILIHAN

19. Dalam usaha ke arah menangani dua masalah ekonomi utama itu (merangsang pertumbuhan ekonomi dan menjana peluang pekerjaan yang mencukupi) dan mengambil kira syor di para 16 dan 18 di atas maka dua pilihan utama yang wajar dipilih ialah seperti yang dinyatakan di para 14.1 dan 14.2:

19.1 industri yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan potensi pekerjaan yang tinggi; dan

19.2 industri yang mempunyai nilai tambah yang rendah dan potensi pekerjaan yang tinggi.

“industri yang labour intensive”

20. Walau bagaimanapun, satu lagi angkubah yang perlu diambil kira untuk dijadikan faktor penentu ialah adanya atau tidak permintaan pasaran.

Faedah

21. Apa faedahnya Theoretical Construct ini? Faedah utamanya ialah:

21.1 Ia memberikan sasaran kepada MIDA tentang berapa banyak pelaburan FDI dan DDI yang telah diluluskan dua tahun lalu perlu dimaterialisekan (in operation) pada tahun ini;

21.2 Kerajaan tahu berapa besar jurang (gap) antara nilai pelaburan yang akan dimaterialisekan dengan jumlah pelaburan yang diperlukan bagi tujuan pakej ini;

21.3 ia membantu kerajaan memilih sasaran industri yang tepat dan pragmatik, selaras dengan objektif kembarnya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi sebanyak 4% (misalnya) dan menjana peluang pekerjaan sebanyak 1.1 juta;

21.4 ia memberikan justifikasi yang kukuh mengapa kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak mana yang dipohonnya daripada Parlimen;

21.5 ia boleh dijadikan tool untuk menyemak semua cadangan dari pelbagai industri sama ada cadangan – cadangan berkenaan menepati dua objektif utama itu atau ianya hanyalah satu camouflage untuk menutup bailouts.

22. Walaupun tumpuan saya ialah kepada memenuhi keperluan jangka pendek tetapi keperluan jangka panjang tidaklah boleh diabaikan oleh pakej rangsangan ini. Secara ringkas, kesempatan hendaklah diambil dari krisis ekonomi ini untuk berhijrah ke green economy, termasuk smart tourism.

23. At the same time, consideration for the future should also be cognizant of 2015 development game and 2050 climate game.

24. Sama-samalah kita pecahkan ruyung untuk dapatkan sagunya.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: