Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) – Siapa Mereka / Di Mana Mereka?

Mukaddimah

1. Dalam rencana saya mengenai sektor pertanian dan RMKe-9, saya mengakhiri dengan ayat berikut: “Nampaknya iltizam EPU untuk merealisasikan Teras 3 Misi Nasional dan W2020 juga tidak selari dengan aspirasi rakyat. Saya gembira jika EPU dapat membuktikan saya salah.”

2. Salah satu perkara penting di bawah Teras 3 tersebut yang tak selari dengan aspirasi rakyat ialah mengenai mewujud dan membesarkan MPPB.

3. Sebelum saya membicarakan isu berkenaan elokalah saya berkongsi dahulu beberapa pandangan negatif mengenai jentera kerajaan yang wajar diberi perhatian dan diperbaiki segera.

3a. Pandangan-pandangan itu telah dilahirkan semasa Round Table Discussion pada 7 Februari anjuran Biro Ekonomi UMNO / YKSM dan semasa Conference for Younf Executives in the Public Sector pada 10 dan 11 Februari anjuran INTAN / YKSM. Ditegaskan, pandangan-pandangan tersebut bukanlah isu baru but continue to persist.

4. Para peserta Roundtable berpendapat bahawa kerajaan (ahli politik dan pegawai kerajaan) adalah ‘arrogant’.

5. KSN telah memberi teguran yang keras pada 10 Februari lalu bahawa sesetengah pegawai kanan kerajaan adalah angkuh. Mereka menganggap mereka adalah lebih bijak dan tahu semua. (Beliau mengingatkan saya ungkapan yang saya dapat di LSE, UK – omniscient and omnipotent). Maka pandangan dan syor orang lain tak relevant.

6. Datuk Kamarudin pula telah membuat kenyataan yang pedas pada 11 Februari lepas – ‘the quality of government servants is spiraling down’.

7. Saya yakin tak semua 1.2 juta penjawat awam di tahap sedemikian rendah. Saya juga percaya tak semua mereka berperangai sehodoh itu. Tetapi itulah persepsi dan imej civil service sekarang, jika pandangan-pandangan tersebut adalah statistically representative.

8. Ingin dinafikan? Janganlah mengidap penyakit denial syndrome. Pilihan terbaik ialah berubah sejajar dengan aspirasi rakyat. Jika tidak, kerajaan akan menerima nasib yang sama seperti PRU ke-12 lalu.

9. Ramai berpendapat kerajaan BN tumbang di Selangor kerana MBnya yang arrogant lalu tertimpa sial penyapu.

10. Pola pengundian di Puterajaya (bilangan undi calon pembangkang meningkat 141% dan undi majoriti calon BN merosot 23%) membayangkan majoriti pegawai kerajaan di seluruh negara tak puas hati terhadap sikap kedekut dan kurang perihatin kerajaan terhadap warganya sendiri kerana tak memberikan bonus yang mereka harapkan.

11. Mereka berpendapat kerajaan tak sensitif terhadap kesulitan hidup mereka akibat kos sara hidup yang terus meningkat. Dijangka perasan marah mereka akan kebah jika bonus separuh bulan diberikan.

12. Dalam hal ini, pegawai kerajaan yang bersalah besar ialah KSN for his lack of political wisdom and sensitivity. KPPA dan KSP tak pula boleh lepas tangan. Berdasarkan teguran KSN sendiri di para 5 di atas, please don’t argue; lest all three of you will be labeled as suffering from the same fatal denial syndrome.

Tan Sri Mohd Sidek Hassan

Tan Sri Mohd Sidek Hassan

13. Now let’s us move to MPPB (BCIC).

Siapa MPPB?

14. Ungkapan MPPB ini dimasyhurkan oleh DEB. Ia berkait rapat dengan Strategi Kedua DEB iaitu menyusun semula masyarakat supaya aktiviti ekonomi tidak lagi dikenali mengikut kaum, seperti petani dan nelayan ialah bangsa Melayu, pekerja estet ialah kaum India dan peniaga pula ialah kaum Cina. MPPB diwujudkan untuk memecahkan ‘Tembok Berlin’ ini.

15. Walaupun tempoh hayat DEB telah pun tamat tetapi semangatnya masih diteruskan di bawah Teras 3, Misi Nasional. Kerana kritikalnya MPPB kepada kejayaan Strategi Kedua DEB / Teras 3 tersebut maka itulah sebab pertama saya memilih MPPB sebagai topik saya kali ini; bukan topik-topik hangat terkini yang sudahpun ramai bloggers membicarakannya dan boleh menyebabkan isu kritikal seperti ini dilupakan.

16. Sebab kedua ialah kejayaannya tidaklah begitu memberangsangkan.

17. Sebab ketiga pula ialah iltizam untuk mewujudkan MPPB ini nampaknya seperti melepaskan batuk ditangga dan hangat-hangat tahi ayam serta kejayaannya umpama indah khabar dari rupa saja.

18. Sebab terakhir, berkait rapat dengan tsunami ekonomi dunia sekarang dan sebab ketiga di atas, MPPB akan mengecut jika semua pihak melupakan mereka.

19. Apa dia MPPB? Siapa mereka? Malangnya, selepas 40 tahun, masih tidak ada satu definisi rasmi tentang MPPB. Apa EPU dan MECD buat? Selama 40 tahun dok tido ke? Jadi apa dia MPPB yang masing-masing sibuk nak wujudkan itu? Tentulah masing-masing umpama orang buta nak kenal gajah.

Syor

20. Berkait rapat dengan MPPB ialah Enterprise Kecil & Sederhana (EKS / SME). SMIDEC telah menyediakan definisi EKS yang bersandarkan bilangan pekerja dan turnover. Mungkin EPU / MECD boleh melihat definisi EKS dan menyesuaikannya bagi tujuan mewujudkan MPPB yang lebih definitive.

21. Satu lagi konsep / definisi yang boleh dikaitkan dengan MPPB ialah kelas menengah (middle class). Difahamkan definisi kelas menengah yang digunapakai oleh EPU ialah kelas pendapatan isi rumah bulanan antara RM2,000 – RM3,999.

Sasaran / Di mana mereka?

22. Tanpa mengetahui apa itu MPPB, apa pula sasaran, jika ada, yang telah ditetapkan untuk dicapai pada tahun 2010 dan pada tahun keramat 2020 nanti?

23. Menurut KSP RMKe-9, sasaran MPPB pada tahun 2010 ialah seramai 150,000 orang. Sasaran pada tahun 2020 pula, menurut YB Menteri MECD, adalah seramai 175,000 orang. Munasabahkah saiz ini? Kaum Bumiputera gembira dengan sasaran tersebut? Anyway, itulah yang telah diluluskan oleh Parlimen.

24. Berhubung dengan EKS, sasaran mengikut kaum tak diketahui kerana maklumat mengikut kaum tak diperolehi. Yang diketahui, 80% daripada 519 ribu EKS adalah bersaiz mikro, 18% bersaiz kecil dan hanya 2% di tahap sederhana.

25. Dijangka tidak meleset jika dianggarkan sebahagian besar EKS mikro itu adalah milik Bumi.

26. Dari segi aktiviti ekonomi pula, 90% EKS menceburi bidang perkhidmatan; baki 10% di bidang pembuatan dan pertanian.

27. Berdasarkan kelas menengah pula, sebanyak 32.7% isi rumah negara ini adalah di bawah kumpulan tersebut manakala 31.6% isi rumah Bumi adalah di bawah kelas yang sama. Difahamkan tidak ada sasaran rasmi yang hendak dicapai tetapi working target ialah 40% pada tahun 2010.

Syor

28. Pertama, definisi MPPB hendaklah disediakan segera dengan mengambil kira definisi EKS dan kelas menengah.

29. Kedua, sasaran MPPB seramai 150,000 orang pada tahun 2010 dan 175,000 orang pada tahun keramat 2020 itu adalah terlalu kecil; malah ianya merosot dari segi peratus!

30. Agaknya pegawai yang membuat unjuran ini has no clue about the significance of statistics. Dia macam tak sedar, jumlah EKS pada tahun 2005 adalah sebanyak 519 ribu dan penduduk Malaysia pada tahun 2010 dan 2020 pula adalah masing-masing hampir 28 juta.dan 35 juta.

31. Jika digunakan bilangan penduduk Bumi yang berumur 21 tahun dan ke atas sebagai denominator, maka 150,000 orang itu hanyalah 1.5%. Jika digunakan jumlah penduduk pula sebagai denominator maka peratusnya sudah pastilah jauh lebih kecil lagi.

32. Besarkah 1.5% itu? Apatah pula ianya hendak dicapai setelah 40 tahun DEB berlalu! Itukah sahaja tahap kemampuan EPU untuk merancangkan perkembangan MPPB?

33. Berapa peratus pula 175,000 orang itu? Pada tahun 2020 ianya hanyalah 1.4%! Merosot kan? Adakah EPU / MECD gagal untuk merancang atau merancang untuk gagal?

34. Justeru salahkah apabila saya katakan awal tadi bahawa EPU / MECD seolah-olah seperti melepaskan batuk ditangga sahaja? Kerja mereka umpama hangat-hangat tahi ayam serta kejayaan MPPB ini hanyalah indah khabar dari rupa? Yang busuk nama ialah kerajaan dan yang rugi ialah Bumi.

35. Ketiga, sasaran 40% saiz kelas menengah boleh dicapai jika MPPB segera dibesarkan. Ini bermakna struktur EKS Bumi perlulah di reengineer secara radikal supaya berubah dari nisbah 80 (mikro) : 18 (kecil) : 2 (sederhana) kepada 40 : 40 : 20.

36. Keempat, di bidang perkhidmatan, EKS Bumi hendaklah digalak dan dipandu supaya merebut the new economic engines of growth – biotek dan ICT. Mereka hendaklah merebut peluang mengeluarkan secara komersil produk yang dihasilkan melalui R & D dalam bidang bioteknologi dan pharmaceutical kerana potensi pasarannya amalah besar sekali.

37. Pada tahun 2005, nilai pasaran dunianya dianggarkan berjumlah US$710 bilion dan ia diunjurkan akan melonjak 152% kepada US$1.8 trilion pada tahun 2010.

38. Nilai pasaran dunia ICT juga amat besar. Pada tahun 2006, nilainya ialah 2 trilion euro atau hampir sebesar nilai GDP ASEAN!

39. Satu sumber baru yang pesat berkembang dalam bidang ICT ialah shared services outsourcing. Nilai pasaran globalnya ialah US$383 bilion pada tahun 2004 dan ia diunjurkan akan menokok 68% kepada US$641 bilion pada tahun 2009.

40. Sahih kedua-dua bidang ini adalah the new world economic engines of growth.

41. Kelima, sesuai dengan peranan MECD untuk membangunkan usahawan (MPPB) maka dicadangkan supaya SMIDEC dipindahkan ke MECD. Lebih-lebih lagi MITI sendiri dilihat seolah-olah tidak berminat untuk mewujudkan MPPB. Malah boleh diconstrue bahawa MITI disown MPPB apabila ia menutup Unit Bumiputeranya many years ago.

42. Penyusunan semula ini akan meletakkan semua agensi (MARA, SMIDEC, TEKUN, Bank SME) yang terlibat dengan pembangunan MPPB sebagi core businessnya di bawah satu bumbung kementerian (MECD). Lantaran itu, MPPB akan mendapat perhatian yang menyeluruh.

43. Terlanjur mencadangkan SMIDEC supaya dipindahkan ke MECD, elok juga MPC dipindahkan ke MOSTI, sebagaimana Jabatan Standard Malaysia (SIRIM) diletakkan di bawah kementerian tersebut. Inovasi, produktiviti dan nilai tambah adalah core business kementerian berkenaan.

44. Semoga YAB Dato’ Sri Najib akan menimbangkan proposal ini bila membentuk Jemaah Menteri beliau nanti serta bertekad membesarkan MPPB.

45. MPPB adalah tiang seri kejayaan ekonomi Bumiputera. Kejayaan Bumi memantapkan pula ekonomi negara.

46. Keikhlasan dan iltizam untuk memnuhi aspirasi rakyat ini (MPPB) merupakan satu pelaburan bagi mendapatkan semula mandat yang besar dan sokongan padu rakyat terhadap kerajaan BN.

  1. #1 by asril on February 21, 2009 - 12:19 pm

    Salam HT,

    Biotech and ICT both provides great economic advantage. India is a country who has able to actively tap the markets of both allowing them to reap tons of money. Why India is successful in these markets? It is simply because they have the right foundations to do so. For Malaysia, we still have a long way before we can reap the benefits of both markets.

    For ICT, we once had the right foundation in the form of MSC. Sadly MSC nowadays are barely surviving, reminiscent of the fate that befalls Silicon Valley.

    For Biotech, this country has been naturally endowed with richness of nature. A lot can be done to tap this riches but the government enthusiasm in this field is slowly dwindling. Biotech companies from India are eager to explore our nature thus to reap easy profits rightfully ours. For us, our local companies mostly act as mere vehicle to be ridden by foreigners who know how to play the game right.

    In the end who will benefit?

    We have good foundations for both markets. Enough of mere publicity and propaganda, it is about time we seriously think about it and re-marshal efforts to make it happen.

  2. #2 by darahtuah on February 25, 2009 - 11:08 pm

    Thank you for that input Saudara Asril.

  3. #3 by doodle on March 1, 2009 - 8:18 pm

    According to you, which current crop of politician that we have now fitst he bill to lead the nation out of this current economic recession? what criteria must najib use to pick his finance minister? his MITI minister etc.

    Are you confident that our financial and economic woes will be overcome by the ones we see now?

    If you have a wish list, who do wish to see in the upcoming cabinet?

    thank you.

    —————————

    Thank you. Will revert soonest possible.

  1. My response to Doodle : IF I were the PM « Hidup Tuah!
  2. Ekuinas’ role in Najib’s politics «

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: