Kemelut Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak – Aspek Perundangan Yang Menarik

1. Political intrigue di Malaysia amnya dan di Perak khasnya nampaknya semakin menjadi-jadi. Ia sudah pasti menarik perhatian penganalisa / pemerhati politik dan merupakan satu pengalaman luar biasa bagi para peguam (pengamal / ahli akademik). Juga sudah tentu  ada pihak pula yang mual dan bosan.

2. Saya akui bahawa saya tidak tahu secara tepat bila bermulanya kemelut politik yang  melanda negeri Perak sekarang ini. Diandaikan ianya bermula dengan drama lompat melompat parti yang berlaku pada 25 Januari 2008. Pelakon utama babak ini ialah YB Dato’ Nasarudin (ADUN Bota). Walau bagaimanapun, kes lompat yang triggered chaos sekarang ialah langkah keluar parti oleh 3 orang ADUN lain (YB Jamaludin Mohd Radhi, YB Kpt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan YB Hee Yit Fong) pada 2 Februari 2009.

3. Lompatan maut mereka menyebabkan ‘tumbangnya’ kerajaan PR yang bertulang-belakangkan DAP; lalu ‘tertubuhnya’ kerajaan BN yang diketuai oleh YB Dato’ Zambry pada 6 Februari 2009.

Datuk Dr Zambry

Datuk Dr Zambry

4. Yang menarik perhatian saya ialah aspek perundangan ekoran daripada berbagai-bagai isu yang telah berbangkit. Saya yakin telah banyak ditulis mengenai perkara ini tetapi saya belum membacanya, kecuali apa yang diulas oleh YABhg. Tun Dr M dalam blog beliau.

5. Di sini saya ingin menuliskan pandangan yang telah saya peroleh setelah berbincang dengan seorang pakar undang-undang kanan yang disegani untuk dikongsi bersama. Of course, saya sendiri bukanlah seorang peguam.

6. Sesiapa yang berminat dan berpengetahuan dialu-alukan memberikan input yang berharga. Memintalah pada yang ada, bertanyalah kepada yang bijak, merajuklah pada yang sayang.

V. Sivakumar

V. Sivakumar

7. Pertama mengenai ‘perletakan jawatan’ 3 orang ADUN pada 2 Februari 2009 dan seterusnya Speaker Dewan, YB V. Sivakumar, mengisytiharkan kerusi bagi 3 ADUN berkenaan menjadi kosong. Di sini timbul 3 isu perundangan:

7.1 Validity of the said letters? Speaker DUN Perak menganggapnya SAH manakala SPR pula menganggapnya TIDAK sah. Pada tahun 1982, dalam kes Datuk Ong Kee Hui Lwn Singum Mutit, Mahkamah Persekutuan memutuskan surat sedemikian TIDAK sah. Untuk mempastikan kesahihan surat tersebut maka mahkamalah yang berkuasa menentukannya. Ia akan memakan masa.

7.2 Adakah Speaker berkuasa untuk mengisytiharkan kekosongan itu? Artikel 36 (5), Perlembagaan Negeri Perak tidak menjelaskan siapa yang ada kuasa untuk menentukan ada berlakunya kekosongan. Jika Spekaer tidak ada kuasa, siapa pula yang ada kuasa?

Biasanya, dalam hal kematian, Speaker memaklumkan kepada SPR mengenai kematian YB berkaitan. Bagi kes Dewan Rakyat, SPR yang mengisytiharkan kekosongan kerusi berkenaan berdasarakan kuasa yang diberi di bawah Artikel 54, Perlembagaan Persekutuan.

Kerana perkara ini tidak jelas dan terdapatnya dispute maka mahkamahlah yang memutuskannya. Ia mengambil masa.

7.3 Bila Speaker DUN Perak isytiharkan 3 kekosongan itu dan meminta SPR mengadakan pilihan raya kecil (PRK), adakah SPR mesti menurutnya atau ia mempunyai budi bicara untuk menolaknya? Sekali lagi ia hanya boleh diputuskan oleh mahkamah. Ia tak akan berlaku segera.

8. Kedua, ekoran daripada isu di atas, apakah status 3 orang ADUN Bebas itu? Masih kekal sebagai ADUN atau kini bertaraf mantan? Hanya mahkamah yang boleh menentukan. Perlukan masa.

9. Ketiga, mengenai perlantikan memanda MB. Ke bawah Duli Sultan Perak mempunyai kuasa prerogatif melantik MB. Isunya ialah sama ada Sultan memiliki kuasa untuk menyuruh memanda MB yang sedia ada (YB Dato’ Seri Nizar)  berhenti atau sama ada baginda mempunyai kuasa untuk memecatnya?

10. Keempat, juga perlu ditanya sama ada baginda mempunyai kuasa untuk melantik MB yang baru dan para EXCOnya sedangkan MB yang sedia ada dan barisan EXCOnya tidakpun meletakkan jawatan masing-masing. Pada masa yang sama, tiada undi tidak percaya terhadap Dato’ Nizar. Artikel 16 (6) Perlembagaan Negeri Perak dijangka dapat membantu para perwakilan dalam hal ini.

11. Amalan yang diketahui ramai ialah Sultan mempunyai kuasa melantik tetapi tiada kuasa memecat seorang MB. Iktibar yang boleh diambil ialah melalui kes Stephen Kalong Ningkan Lwn Tun Abang Hj. Openg & Tawi Sli pada tahun 1966.

12. Walau apapun, oleh kerana perkara ini telahpun dibawa ke mahkamah maka mahkamah sajalah yang berkuasa memutuskannya. Lama lagi baru kita tahu keputusannya kerana Hakim pengganti pun belum dilantik lagi.

13. Kelima, adakah Speaker mempunyai kuasa menggantung 6 orang ADUN bertaraf EXCO dan MB yang baru (Dr. Zambry) atas alasan alleged misconduct? Adakah sah prosedur yang telah digunapakainya itu? Tidakah keputusan/syor Jawatankuasa berkenaan perlu disahkan terlebih dahulu oleh DUN?

14. Nampaknya keputusan / tindakan Speaker itu melanggar norma / amalan biasa. Amalan biasa ialah syor Jawatankuasa tersebut perlulah dibentangkan di dalam DUN untuk diputuskan. Oleh kerana terdapat penentangan terhadap keputusan berkenaan maka, sekali lagi, mahkamahlah menjadi kata pemutus. Masa diperlukan.

15. Keenam, pada 27 Februari 2009,  Speaker mengumumkan bahawa DUN Perak akan mengadakan persidangan khasnya pada 3 Mac 2009. Menurut beliau, persidangan tersebut boleh diadakan tanpa 14 hari notis dan tidak perlu mendapat restu  Sultan Perak. Beliau bersandarkan Perkara 27 (3), Peraturan Dewan.

16. YAB Dato’ Sri Najib, TPM tegas berpendapat bahawa keputusan yang dibuat oleh Speaker itu adalah tidak sah selagi mahkamah belum lagi membuat keputusan mengenai 2 kes yang berkaitan iaitu (a) mengenai status 3 ADUN bebas dan (b) mengenai kedudukan kerajaan negeri Perak sekarang (Dr Zambry dan 6 EXCO beliau).

17. Dr Zambry pula ibaratkan tindakan Sivakumar seperti ‘kartun’ kerana dikatakan ianya melanggar Peraturan-peraturan Tetap DUN Perak. Malangnya laungan beliau itu tidak disokong dengan fakta seperti menyanggah kesesuaian penggunaan Perkara 27 (3) dalam hal ini serta mengenengahkan pula Perkara-perkara lain yang relevan di bawah Standing Order Dewan untuk mengukuhkan hujahnya sendiri. Lemah… lemah.

18. Yang ketara ialah wujudnya percanggahan pendapat dan ianya perlu diputuskan oleh mahkamah. Jika benarlah Sivakumar salah dan sementara menunggu keputusan hakim maka bagaimana pula kaedah yang sah untuk menyekat Dewan daripada bersidang secara haram? Bolehkah apply court injuction? Adakah mahkamah mempunyai kuasa to intefere?

19. Dalam pada itu, Penasihat Undang-undang yang juga merupakan ex-officio member, boleh memberi nasihat dari sudut undang-undang kepada Speaker dan Setiausaha Dewan tentang kesahihan sitting yang dijadualkan pada 3 Mac itu.

20. Ketujuh, diandaikan Dewan akan bersidang pada 3 Mac atau pada satu tarikh lain sepertimana yang dikehendaki dan mengikut kaedah Speaker. Maka akan timbulah beberapa isu:

20.1 siapakah yang sah diundang hadhir? Sivakumar tentulah berpendapat hanya 49 orang ADUN sah dijemput (59 – 3 – 1 -6). Pihak BN tentulah pula berpendapat kesemua 59 orang ADUN masih menjadi ADUN yang sah. Yang demikian, semuanya hendaklah dijemput. Lantaran perbezaan pendapat ini maka ke mahkamahlah untuk mendapatkan keputusannya. Sabarlah menunggu.

20.2 siapakah yang berkuasa mengeluarkan surat meminta ADUN menghadiri mesyuarat Dewan? Jawabnya ialah Setiausaha Dewan; bukan Speaker. Apa jadi, jika tindakan Setiausaha Dewan bertentangan dengan keputusan / kehendak Speaker? Pergi mahkamahlah.

20.3 Katakan semua ADUN hadir dan Speaker menghalang 10 ADUN yang berkaitan (3 + 1 + 6) daripada memasuki Dewan. Mungkin akan berlaku commotion dan Speaker menggunakan bentara dan polis untuk menghumbankan mereka keluar Dewan. Situasi akan menjadi tegang dan chaotic.

20.4 Diandaikan pula semua 28 ADUN BN + 3 ADUN Bebas memulaukan persidangan itu. Hanya 28 ADUN PR yang hadir. Cukup korumkah? Mungkin ‘cukup korum’ itu sendiri akan menjadi isu hangat. Akan berakhir di mahkamah?

21. Berdasarkan senario di atas, jelas sekali terdapatnya pelbagai isu perundangang yang saling berkait umpama sarang labah-labh (cob-web). Ia hanya boleh diselesaikan di muka pengadilan.

22. Penyelesaian di mahkamah perlu melalui berbagai-bagai proses dan peringkat. Biasanya, ia akan mengambil masa yang lama.

23. Sementara itu, kerajaan dan pentadbiran negeri Perak akan paralyse. Ekonomi yang sudah mula gawat ini akan bertambah teruk. Penyakit sosial akan meningkat.

24. Suhu politik akan semakin panas. Ketenteraman awam dan kestabilan negeri  dan negara akan tergugat.

25. Impaknya ialah chaos / anarchy. Ramai rakyat akan cedera dan menderita.

26. Lanskap tersebut may justify pengisytiharan darurat di Perak di bawah Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan dan penubuhan kerajaan negeri ala-MAGERAN. Sarawak (1966) dan Kelantan (1978) pernah diletakkan di bawah pentadbiran seperti ini.

27. Sudah tentu pilihan ini akan mengundang kritikan dan cemuhan dari dalam dan luar negeri tetapi apa pilihan yang ada? Lebih-lebih lagi memang boleh dijangkakan bahawa apapun keputusan mahkamah nanti ianya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak, knowing perangai politicians yang tamak dan rakus itu.

28. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab pula akan cepat mengambil kesempatan di atas keresahan rakyat untuk mewujudkan huru hara.

29. Satu pilihan lain ialah Sultan Perak membubarkan Dewan dan SPR mengadakan pilihan raya semula. Benarkah pilihan ini adalah yang terbaik setelah menimbangkan semua parameters?

30. Apa pendapat anda?

  1. #1 by reza on March 6, 2009 - 9:16 am

    Saya bukanlah pakar didalam hal ehwal perundangan. Jauh sekali untuk saya derhaka kepada Baginda Sultan. Tetapi pada pendapat saya, Baginda Sultan boleh menyelesaikan senario politik yang membosankan dan pastinya merugikan rakyat dengan membubarkan dan menyerahkan kembali kepada SPR untuk ‘fresh election’.

  1. V. Sivakumar’s constitutional expert « Jebat Must Die

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: