LEMBAGA DISIPLIN UMNO (LDU) & KANGAROO COURT

Tg. Ahmad Rithaudeen
Tg. Ahmad Rithaudeen

1. Pada 17 Mac 2009, LDU telah mengumumkan keputusan ke atas 29 orang ahli UMNO yang didakwa telah melakukan kesalahan Perlembagaan dan Tataetika Ahli UMNO 2009. 15 orang didapati bersalah manakala 14 lagi didapati tidak bersalah.

2. Terkandung dalam senarai tersebut yang didapati bersalah ialah calon TP UMNO yang paling popular dan diramalkan akan menang, ‘Mr Likeable’ DAR dan calon KP UMNO, KJ.

ali_rustam1

3. Kedua-dua DAR dan KJ didapati bersalah di bawah Perkara 10.1 (Anggapan Kebersalahan Pihak Ketiga). Tetapi hukumannya berbeza. DAR tidak dibenarkan bertanding manakala KJ hanya diberi amaran atas kesalahan yang sama dan dibenarkan bertanding. Hem..hem..semua taulah. Good luck, KJ.

khairy

4. Jangan bantah atau terperanjat terhadap keputusan dan perbezaan hukuman itu. Menurut analogi Pengerusinya, dalam satu kes pembunuhan, seorang menikam sekali manakala seorang lagi menikam 19 atau 20 kali.

5. Tetapi beliau tak cakap pulak sama ada sorang sodok jantung dengan pisau panjang dan tajam manakala yang sorang lagi mungkin hanya dapat menikam kat kaki, tangan, telinga, jari dan lain-lain dengan pisau yang pendek saja. Namun, dari segi undang-undang, yang penting tetapi sukar untuk dibuktikan ialah NIAT. Bukan gitu, Tan Sri?

Ulasan

6. Banyak boleh ditulis tentang LDU dan keputusannya itu. Tetapi, selaras dengan objektif blog ini, saya hanya hendak menulis beberapa perkara saja dan khusus merujuk kepada DAR.

7. Pertama, tindakan curative (kononnya) / punitive LDU ini umpama membuka pekong di dada dan melepaskan batuk ditangga saja. Sekali gus, ia meletakkan parti dalam keadaan yang lebih sukar semasa menghadapi pengundi dalam pilihan raya kecil pada awal April nanti dan semasa PRU Ke 13 kelak.

8. Apa yang lebih berkesan untuk membanteras salah laku semasa pemilihan pucuk pimpinan parti ialah dengan mengamalkan demokrasi tulen iaitu SEMUA ahli UMNO (3.5 juta orang) dibenarkan memilih para pemimpin mereka.

9. Jika benarlah pemimpin UMNO hendak menang dengan merasuah maka seseorang calon itu perlulah merasuah sekurang-kurangnya 51% ahli UMNO. Pada masa ini, ianya bersamaan 1.785 juta orang.

10. Jika seorang calon memberi RM10 sahaja setiap ahli maka ia perlu menyediakan RM17.85 juta. Masakan ahli UMNO bangsat sangat; sedia menerima RM10 sahaja. Tak mainlah. Kalau sogokan sebanyak RM100 seorang maka RM178.5 juta perlu direnjiskan. Mampu? Sanggup? Kalaulah benar semua ahli UMNO ini kaki rasuah dijangka mereka tak tertarik dengan tawaran RM100 itu.

11. Kedua, wajar dijelaskan bahawa kesalahan yang disebutkan itu BUKANLAH dilakukan oleh DAR sendiri tetapi oleh pihak ketiga (agen / wakilnya). [Begitu juga dengan KJ].Tiga wakil beliau yang didapati bersalah ialah:

• Tuan Hj. Saadun Basirun, SETPOL – melakukan kesalahan di bawah perkara 5.1.2 (rasuah / sogokan politik), 5.5.1 & 5.5.2 (ejen, pelobi, pengurus kempen) & 5.6.1 (majlis dan pertemuan);

• En. Rosli Hasan, AJK Bahagian Bk. Katil – melakukan kesalahan di bawah Perkara 5.1.2 & 5.5.2; dan

• Pn Zalina Ismail, Naib Ketua Puteri, Bahagian Bk. Katil – melakukan kesalahan di bawah Perkara 5.1.2 & 5.5.2.

12. Ketiga, saya setuju dengan saranan DS Najib bahawa “Kita mahu UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang bersih..kita sedar ada risiko bersama dengannya..tetapi risiko yang besar adalah jika UMNO ditolak oleh rakyat.” Duly noted, DS tetapi isu yang amat besar dalam konteks ini ialah persepsi terhadap LDU yang dilihat seolah-olah ianya tidak adil, tidak berwibawa, tidak amanah, tidak berintegriti dan tidak accountable.

13. Crisis of confidence terhadap LDU ini telah disuarakan banyak kali oleh beberapa tokoh UMNO seperti DS Rais, DS Syed Hamid, Datuk Ghafur Saleh, DS Dr Zahid Hamidi, dan lain-lain lagi.

14. Jika dikatakan mereka berempat itu bersalah di bawah perkara-perkara tersebut maka semua calon TP, calon NP dan sebahagian besar calon Ahli MT sudah tentu boleh juga didapati bersalah dengan mudah. Bagaimana? LDU hanya perlu melaksanakan tugasnya secara profesional dan tidak berat sebelah. Justeru tepatlah saranan DS Hishamuddin bahawa semua calon hendaklah disiasat dengan adil.

15. Di Melaka sahaja, sejak pertengahan bulan Januari hinggalah dua hari lepas, para perwakilan kenyang ‘makan rumput sabit’ di samping didendangkan dengan halua telinga. Kumpulan ‘warga emas’ ini diundang ke hotel Equatorial, Renaissance, Seri Malaysia, Puteri Resort, Legacy, MITC, Everly dan Klebang Beach. Perjumpaan turut diadakan di rumah orang. Mereka SI atau SK? Hem.. hem… semua tahulah.

16. Mana pemantau LDU? Tidur? Tak tahu masa, tarikh dan tempat majlis diadakan? Jika itulah jawapannya maka eloklah bungkus saja LDU dan dihanyutkan di Sg. Kelantan. Sebenarnya, mereka mungkin tak minat sebab DAR tak berkempen di negeri sendiri?

17. Keempat, difahamkan bahawa seorang ahli LDU was alleged memberi rasuah (Perkara 5.1.2) kira-kira RM80K. Sila baca sms yang saya terima ini yang melahirkan kemarahan / kebenciannya:

“Yg zaha ujang tu sblum pncalonan bhgian gi jrntut bgi duit kt cek zmri adek mail sbri rm200 sorg kali 400 org tk bgi duit tu la melayu celaka xg org nampak dia buat tk pe mampusla umno”

Siapa mendapat pencalonan TP di Jerantut?

18. Ahli LDU yang sama juga dimaklumkan telah turun padang untuk mengorek maklumat.Dia dikatakan telah berjumpa beberapa orang perwakilan di N9 dan interrogate sama ada DAR dan TSMT ada memberi rasuah ataupun tidak. Hairannya, khabarnya, dia langsung tak tanya pasal TSMY. Kenapa ya? Itulah dikatakan awal tadi bahawa persepsi rakyat terhadap integriti dan fair play LDU amatlah buruk sekali.

19. Jika Zahar Ujang ni bersendikan profesionalisma dalam niat dan tindakannya maka ia akan terjumpa orang yang seperti dimaksudkan oleh sms ini:

“Ini kerja siapa hingga DS Ali tak boleh tanding TP UMNO kalau bukan kerja sorang lagi calon yang pernah hentam Pak Lah dari Singapore. Apa dia ingat perwakilan tak tahu ke diapun main duit. TT dalam akaun perwakilan. Bagi duit di rumah dia di Damansara. Adakah ini bukan politik wang? Kita mandikan dia. Salam”.

20. Lantaran itu, tindak tanduk Zahar Ujang ini mestilah disiasat dan nama baik LDU dibersihkan.

21. Kelima, reputasi dan integriti Tan Sri Pengerusi juga menjadi persoalan apabila terdapat hearsay yang alleging bahawa syarikat anak beliau telah diberi AP untuk menyelamatkannya. Oleh kerana AP adalah di bawah MITI maka TSMY perlulah bertanggungjawab membersihkan namanya dan nama LDU tetapi bukanlah dengan berselindung di belakang KSU MITI.

22. Mengenai AP ini juga, eloklah TSMY mendedahkan senarai lengkap penerima AP yang telah diluluskan bagi tempoh April 2008 hingga 15 Mac 2009. Pendedahan ini amatlah baik dan bijak dari segi ketelusan, good governance dan integriti TSMY, MITI dan LDU.

muhyiddin-yasin-2 

23. Untuk makluman TSMY, semasa berkempen untuk mendapatkan pencalonan, ada KB dengan susah payah terpaksa memberi tahu bahawa Bahagiannya tak dapat mencalonkan DAR kerana faham-fahamlah yang dia itu berniaga kereta import. Hem..hem.. semua tahulah.

24. Keenam, LDU nampaknya adalah sebuah badan yang tak amanah dan tiada integriti kerana keputusannya telah diketahui ramai sejak seminggu lalu. Ia seolah-olah telah sengaja dibocorkan. Persepsi ini timbul kerana seolah-olah ternampak ada usaha untuk menggunakan public opinion supaya MT berada dalam keadaan yang tersepit dan memaksa MT agar akur kepada keputusan LDU.

25. Untuk mengembalikan maruah LDU maka ia hendaklah bertanggungjawab dan accountable di atas kebocoran tersebut. Justeru seluruh anggota LDU dan urusetianya hendaklah meletakkan jawatan segera, termasuk peguam muda UMNO yang nampak macam clown itu.

26. Bercakap pasal peguam clown berkenaan, sewajarnyalah, atas nama seniority dan pengalaman yang dilaungkannya itu, DS Nazri hendaklah melalak supaya budak ni berhenti segera. Dan mintalah dia simpan dulu datukshipnya sehingga ubun-ubunnya keras. Itulah komen yang saya dengar.

27. Ketujuh, LDU nampaknya seperti sebuah mahkamah kangaroo kerana ia memantau, menyiasat, mendakwa dan menghakimkan perbicaraan. 4 dalam 1! Justeru perlulah ianya dirombak dan disusun semula supaya lebih mantap, berkesan, berwibawa, dihormati dan diyakini.

28. Kelapan, DAR merupakan seorang gentleman and a true party man. Beliau menerima dan menghormati keputusan LDU, memohon maaf kepada penyokong-penyokongnya serta meminta mereka bertenang dan akan menggunakan saluran rasmi untuk merayu. Pendekatan beliau itu mendapat pujian daripada banyak pihak, termasuk dari seseorang melalui sms ini:

“It’s good that DAR chose to be a ‘John McCain’ and graciously accepted the sentence. His apology to UMNO members today is magnanimous”.

Impak

29. Apakah impak keputusan LDU ini? Dijangka:

Pertama, LDU menghadapi paradox – di satu pihak, ianya dilihat berkonspirasi dalam bertindak kerana tindakannya dilaksanakan selectively dan, di satu pihak lagi, ianya pula dilihat tidak amanah kerana gagal bertindak ke atas pihak-pihak tertentu;

Kedua, TSMT dijangka akan mendapat banyak undi marah terhadap TSMY; mana tahu TSMT pula yang akan menuai padi yang ditanam oleh TSMY; unsangkarable!

TSMM

TSMT

Ketiga, kredibiliti UMNO terjejas, seperti pandangan melalui sms ini:

“Tindakan spt itu smkin mnjejaskn kredibiliti umno. Dlm wave politik kini, org akn hya mlihat itu sbg scpgoat bukan telus. So msykt cuma akn ktwakn kita. Bukn respect. I simpati.”

Keempat, penyokong-penyokong DAR di Bukit Gantang (terutamanya ahli 4B) yang berpendapat bos mereka dizalimi mungkin akan mencurahkan marah mereka. Bersedialah.

Kelima, dijangka LDU dan tindak tanduknya akan menarik perhatian para perwakilan dalam Perhimpunan Agong pada minggu depan;

Keenam, keputusan pilihan raya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang mungkin akan turut dipengaruhi oleh keputusan LDU ini, sepertimana yang telah berlaku di Kuala Terengganu. Sudah pasti PR akan exploitnya sebagai modal kempen. Tidak hairan jika ianya terus menjadi bahan kempen PR dalam PRU Ke 13 nanti. Sebagai contoh, penyokong-penyokong PR telahpun mengambil kesempatan dengan berdemonstrasi di depan pejabat SPRM Melaka pada 18 Mac 2009.

30. Apa damage control yang hendak dilaksanakan? Mampukah dikekalkan imej dan magik UMNO seperti yang tergambar dalam pantun ini?:

Pohon nyiur di tepi laut
Dimakan kumbang pucuknya layu
Kepada UMNO kita berpaut
UMNO tumbang hilanglah Melayu.

  1. #1 by nobisha on March 19, 2009 - 12:21 pm

    tuan,

    saya masukkan blog tuan dalam blogroll saya (25 posting terkini).

    teruskan menulis!

    ———————————–

    Terima kasih saudara.

  2. #2 by shadan on March 20, 2009 - 10:02 am

    salam,
    sokong…keputusan yang tidak memikirkan kesan politik terhadap negeri melaka itu sendiri…tindakan yang bodoh…

  3. #3 by cendana287 on March 21, 2009 - 4:07 am

    The appeals panel has rejected Ali Rustam’s appeal. I’m waiting to see for whom the delegates will give their votes to now – Mat Taib or Muhyidin? And why?

    But whatever, we – and I mean those of us the grassroots – hope the delegates will make a decision that will really be good for Umno. These are `different times’, with not much leeway for too many errors anymore.

    ———————-

    Thank you for commenting.

  4. #4 by sujini on March 21, 2009 - 11:42 am

    darahtuah,

    It’s bit difficult to express oneself when one does not know who one is commentting to.

    Are you by any chance a neighbour to JMD?
    A kampong mate to JMD?
    A friend to JMD?
    An adversary to JMD?

    Or are you JMD impersonating as darahtuah?
    Are you also tight lipped about who you really are, just like JMD?

    Anyway, I like your style of deliberating your piece. Just like JMD.
    Do type more.

    ————————–

    Thank you for commenting. I appeared in Malay Mail last thursday (due to a gracious journalist. Please read it here).

    • #5 by darahtuah on March 23, 2009 - 11:44 am

      By the way Sujini, if you dont mind, i am curious to know how did you you come about in saying me and jebat must die have some correlation with each other? thank you very much.

  5. #6 by sujini on March 23, 2009 - 3:02 pm

    Salam Datuk,

    My apology if I give a wrong perception of who you really are. Did I hit the jackpot? Just my female instinct says you and JMD have something in common. Well, for one thing both of you comes from Melaka. Do you know him?

    Now that I know you are one of the 2,500 delegates, Im so excited to ask you these questions.

    1. Who do you think will be the next Dep.President of UMNO?

    2. Who do you think will be the next Youth Chief?

    3. Will you vote with a clear conscience?

    4. If you have the influence, pse asks DS Najib to weed out DS Hishamuddin from the cabinet , eventhough if he wins the VP post. ( Do you think it’s a tough request?)

    Wassalam, anak cucu tumpang lalu.

    —————————-

    Salam Sujini. Terima kasih. Will answer your queries in due time.

    • #7 by darahtuah on March 24, 2009 - 9:49 am

      Dear Sujini,

      As you rightly said, it’s difficult to discuss with someone who is faceless. Respectfully, may I know who you are?

      Based on your questions, my answers are as follows:

      1. TSMY
      2. Dato’ M
      3. Some yes and some because of the rule.
      4. Why you want him out?

      Salam.

      Darahtuah.

  6. #8 by sujini on March 24, 2009 - 7:08 pm

    Datuk Darahtuah,

    Im just an ordinary homemaker. Not even an UMNO member neither a supporter of PR. I too have some darah tuah in me. Don’t worry Im safe.

    Well , for item no.4, I just could not see him as a credible leader. If DS Najib really , really, really wanted to change UMNO , he can start with his cousin and then proceed with etc etc.
    Wass.

    ————————–
    Terima kasih Sujini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: