Perhimpunan Agung Umno 2008 : Fokus selepas ini?

1. Perhimpunan Agong UMNO 2008 telah berakhir pada 28 Mac 2009 dengan kehadiran YABhg Tun M sebagai the grand finale. umno1Rasanya para perwakilan dan pemerhati kembali ke rumah masing-masing (tak boleh kata kembali ke kampong kerana kira-kira dua-pertiga negara kita kini adalah bertaraf bandar) dengan harapan yang menggunung bahawa UMNO kini akan bernafas baru, berwajah baru dan bersemangat baru di bawah pasukan kepimpinan yang baru.

2. Harapan ahli UMNO dan rakyat Malaysia terhadap YAB DSN mungkin setinggi harapan rakyat Amerika Syarikat terhadap Presiden mereka, Obama.

najib_razak

3. Bermacam-macam telah dibual, dibincang dan ditulis mengenai Perhimpunan ini. Saya hanya hendak mencatatakan beberapa perkara sekitar tiga jam sebelum ianya berakhir dan apa yang dinantikan selepas ini (mungkin ada perkara yang sama telahpun dilaporkan dalam media dan ditulis dalam blogs).

Sekitar 3 jam terakhir

4. KJ, Ketua Pemuda, diboo setiap kali namanya disebut; manandakan majoriti yang hadir tak bersetuju dengan pemilihannya / membencinya. Survey melalui telefon sedang dilaksanakan untuk mengetahui pendapat umum. Tak hairan jika ada usaha to disqualify him kerana unsur rasuah.

ali_rustam15. DAR mendapat standing ovation daripada para perwakilan menandakan mereka bersimpati terhadap malapetaka yang menimpa beliau angkara perbuatan sahabat-sahabatnya juga di dalam UMNO (hem..hem..kami tahulah). Tetapi, secara gentleman, beliau menerima keputusan yang telah dibuat.

6. Pada masa yang sama, beliau menafikan adanya konspirasi untuk menjatuhkannya; berbeza sekali dengan sikap dan tindakan DSAI yang menyalahkan semua orang kecuali dirinya sendiri. Jelas ucapan beliau dan sikap gentleman ini serta kesetiaan beliau yang unggul terhadap UMNO amatlah dihargai dan disanjung oleh para perwakilan.

7. TSMY memberi akujanji bahawa beliau akan behave as a No. 2 man; bukan as No.1; sebelum itu, dilaporkan dalam media, beliau akan menjaga decorum; beliau minta maaf pada Pak Lah (di atas kesilapan apa?).

8. Pak Lah pula mengaku tak marah pada TSMY tetapi memaafkan kesalahan beliau dan menegaskan perbuatan / perilaku (apa dia?) beliau itu SALAH.

9. DSN meniupkan semboyan perubahan selaras dengan aspirasi ahli UMNO dan rakyat umumnya, termasuk meminda Perlembagaan UMNO; nampaknya beliau berani bercakap dengan tegas di depan Tun M supaya JANGAN mengkritik kerajaan pimpinan beliau secara terbuka, di samping mengharapkan sumbangan dan kerjasama daripada kedua-dua negarawan itu.

10. Tun M nampaknya baru setakat bersedia bersalam dengan Pak Lah tetapi belum lagi bersedia berdakapan / berpelukan dengan beliau. Mungkin juga Tun kurang comfortable dengan kaedah ala- Arab ini.

11. UMNO semacam hidup semula di bawah pemimpin baru, DSN dan ekoran petanda kembalinya semula Tun M ke pangkuan UMNO. Jelas Tun M tetap disayangi dan disanjung oleh ahli UMNO.

Fokus selepas ini?

12. Sekarang perhatian, perasaan, fikiran dan tenaga tertumpu kepada 3 pilihan raya kecil di dua bukit dan di satu batang. Pada masa yang sama, fokus turut diberikan kepada kabinet baru yang akan diumumkan oleh DSN sebelum 10 April. Siapa pulakah akan dilantik ke tiga jawatan penting dalam UMNO – SUA, Bendahari dan Ketua Penerangan serta apakah peranan yang akan diberikan kepada DAR?

Kabinet

13. Diandaikan sesungguhnya DSN memahami aspirasi dan nadi rakyat maka beliau dijangka akan melantik lebih ramai muka baru dalam kabinetnya. Untuk memudahkan beliau membuat pelantikan, saya menyokong penuh saranan YB DS Dr Rais Yatim supaya seluruh anggota kabinet yang ada ini meletakkan jawatan masing-masing secara en block; bukan tanda tiada keyakinan terhadap DSN tetapi untuk memberi beliau kebebasan penuh bagi membuat pelantikan.

14. Tindakan ini selaras dengan Artikle 43 Perlembagaan Malaysia dan amalan di banyak negara, terutama di negara-negara Komenwel. Sebahagian daripada mereka masih berpeluang untuk dilantik semula, termasuk tokoh veteran seperti DS Dr Rais. Saya yakin Tok Pa dan Dato’ Ahmad Husni akan diberi jawatan penting.

15. Semua dah bercakap pasal perubahan. Nah! Semua menteri dan timbalan menteri hendaklah berani menjadi contoh ‘Kata Dikota’. BERHENTI. Tindakan berani Dato’ Shahril untuk bersara kerana tak terpilih sebagai ahli MT wajar dipuji. Harap lebih ramai lagi yang gentleman seperti Shahril dan DS Dr Khir Toyo.

16. Saya yakin DSN akan turut menggunakan peluang membentuk kabinetnya itu sebagai salah satu inisiatif segera untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Ketiadaan keyakinan merupakan deadly virus yang perlu dihapuskan segera melalui pelbagai cara.

Jawatan SUA UMNO

17. Saya jangka DSN akan berhati-hati dalam memilih tokoh UMNO yang sesuai untuk dilantik ke tiga jawatan yang penting itu. Ketiga-tiga tokoh berkenaan hendaklah merupakan aset kepada UMNO.

18. Bagi jawatan SUA, apakah kriteria yang penting dan apakah tugas unik yang perlu dilaksanakannya? Sebelum menjawab soalan ini, eloklah kita assess the situation.

19. Pertama, wajarlah diakui bahawa ramai orang UMNO tak suka / tak puas hati dengan SUA yang ada sekarang. Sebabnya? Turunlah ke padang dan rasa nadi ahli.

20. Kedua, UMNO memerlukan SUA yang mesra alam dan disenangi oleh semua pihak agar dapat merapatkan semula akar umbi dengan ibu pejabat dan pucuk pemimpin. Dua kumpulan ini telah disconnect dan terbiar agak lama.

21. Ketiga, DSN, Presiden parti tentulah sentiasa sibuk kerana tugas beliau sebagai PM manakala TSMY, harus diakui, tidak begitu rapat dengan akar umbi.

22. Keempat, keyakinan ahli UMNO, orang Melayu dan rakyat terhadap UMNO adalah ditahap yang terendah. Untuk memulihkannya dan untuk menang besar dalam pilihan raya ke 13 nanti, ia memerlukan rantaian usaha yang bersepadu. Salah satu usaha itu ialah melalui SUA yang mesra rakyat dan disenangi oleh banyak pihak.

23. Kelima, pentadbiran dan pengurusan UMNO nampaknya kelam-kabut. Justeru organisasi yang mempunyai berpuluh ribu cawangan (lebih 20,000) dan 3.5 juta ahli memerlukan seseorang yang bijak mengurus dan cekap mentadbir.

24. Mengambilkira senario ini maka tokoh yang paling sesuai to fit the shoes dan menjadi aset kepada UMNO ialah DAR. Beliau telah membuktikan kemampuan mengurus dan mentadbirkan negeri dengan cemerlang. Sifat mesra rakyat beliau diakui oleh semua orang. Beliau juga telah mempamirkan tahap kesetiaan kepada UMNO yang amat tinggi; umpama kesetiaan Hang Tuah kepada rajanya Sultan Mansur Shah.

25. Hang Tuah sedia menerima hukuman bunuh sekalipun ianya adalah fitnah. Lebih daripada itu, beliau sanggup menggadai nyawa membunuh Hang Jebat kerana hendak mencuci arang yang terconteng di muka sultan. Untungnya Hang Tuah ialah beliau mempunyai Tun Perak yang bijaksana. Maka terselamatlah beliau daripada dibunuh; hanya dibuang di Ulu Melaka. Siapakah pula ‘Tun Perak’ masa kini yang sedia menyelamatkan / memulihkan DAR?

26. Saya sedar bahawa sudah tentu ada pihak yang tak setuju dengan pelantikan DAR sebagai SUA. Alasan utama ialah kerana beliau telah didapati bersalah di bawah Perlembagaan dan Tataetika Ahli UMNO 2009. Dalam hal ini, sukalah ditegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak melakukan kesalah berkenaan. Kesalahan tersebut dilakukan oleh agen-agen beliau..

27. Jika beliau dihukum begitu berat sekali kerana kesalahan pihak ketiga maka bolehkah kita tuduh Tun M juga seorang komunis atau agen komunis kerana seorang setiausaha politik beliau (pihak ketiga) didapati bersalah mengancam keselamatan negara? Tentulah tidak wajar, bukan?

28. Allahyarham Dato’ Harun melakukan kesalahan jenayah; lebih besar daripada kesilapan DAR tetapi ahli UMNO dapat memaafkan beliau. Malah memberikan kemenangan kepada beliau sebagai Naib Presiden.

29. TS Rahim Thamby Cik juga melakukan ‘kesilapan’ yang lebih besar tetapi ahli UMNO dapat memaafkan beliau dan menghadiahkan pula kepadanya jawatan ahli MT.

30. Begitu juga dengan Dato’ Tajudin Abd Rahman. Beliau telah didapati bersalah kerana politik wang dan telah dua kali mati (dipecat); hukuman yang jauh lebih berat daripada hukuman yang diterima oleh DAR. Tetapi ahli UMNO telah memilih beliau sebagai Ketua Bahagian dan dipilih pula oleh rakyat sebagai MP Pasir Salak. Terkini beliau dipilih sebagai ahli MT.

31. Pihak pembangkang juga tidak ada kes hendak mendesak DAR meletakkan jawatan. Di kalangan mereka, terdapat yang telah terbukti melakukan pelbagai kesalahan, termasuk kesalahan jenayah, dan kemudian dipilih memegang jawatan dalam parti, dipilih sebagai MP dan jadi Ketua Menteri. Contohnya, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DSAI.

Bendahari

32. Lantiklah tokoh yang berwibawa di bidang kewangan / perbankan dan dilihat berintegriti. Mungkin boleh cuba seorang tokoh wanita selaras dengan angin perubahan yang ditiupkan itu. Seorang yang saya nampak memiliki kualiti tersebut ialah Dato’ Zuraidah.

Ketua Penerangan

33. UMNO menghadapi masalah imej yang buruk. Sistem penyampaian serta penyebaran maklumatnya tidak berkesan. Jenteranya juga lemah. Justeru parti memerlukan seorang yang faham bidang komunikasi dan image building untuk rebrand / reinvent UMNO dan menyusun semula prasarana sistem penyebaran maklumatnya. Pada masa yang sama, ia hendaklah seorang strategis yang mampu merancang dan melaksanakan serangan dan perang saraf terhadap musuh UMNO. Kalau dia faham serta meminati media alternatif maka ianya suatu bonus.

34. Siapa dia yang ada kualiti tersebut? Calonkanlah segera (diri) kepada DSN.

  1. #1 by PakAbu on April 2, 2009 - 3:33 pm

    Chua: BN sukar hadapi jentera Nizar
    Jimadie Shah Othman | Apr 1, 09 6:12pm

    Calon BN Ismail Saffian kelihatan berada dalam keadaan sukar berdepan lawannya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin – jika maklum balas jentera Umno dan MCA ini tepat.

    Pada hari keempat berkempen di parlimen Bukit Gantang, seorang pemimpin kanan MCA kecewa calon itu bersama pekerja kempen BN tidak setanding petugas Pakatan Rakyat.

  2. #2 by chong on April 2, 2009 - 5:29 pm

    Jangan guna cara keras utk mendapat balik kepercayaan rakyat.

    sembelihlah satu atau dua ekor buaya besarlah. calon yang terbaik ialah botoxman & ketua menteri Melaka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: