SEMUA AHLI KABINET PAK LAH WAJAR LETAK JAWATAN

1. Pada 31 Mac 2009 saya telah membahaskan titah SPBYDA selama 88 minit. Apa saja ‘under the sun’ boleh dibahaskan di bawah sesi ini.

2. Berdasarkan masa yang diperuntukkan, saya memberi fokus kepada (a) perpaduan kaum (b) kesamarataan (c) padang permainan yang rata (d) hapuskan kemiskinan & ketidak-samarataan (e) Wawasan 2020 (f) MPPB (g) Bajet 2010 (h) pelancungan (i) tenaga alternatif (alternative energy), dan (j) peralihan kepimpinan.

3. Yang dilaporkan dalam Berita Harian dan NST pada 1 April 2009 ialah mengenai saranan saya supaya seluruh anggota Jemaah Menteri yang dilantik oleh Pak Lah meletakkan jawatan bersama-sama beliau. Saya membuat saranan tersebut semasa membahaskan topik ke sepuluh (j) itu. Pandangan yang sama telah disuarakan juga oleh YB DS Dr Rais Yatim.

4. Saya membuat syor berkenaan bersandarkan keyakinan berikut:

• Menteri dan Timbalan Menteri berkaitan dilantik oleh Pak Lah berdasarkan budi bicara yang diberikan kepada beliau di bawah Perkara 43, Perlembagaan Malaysia. Oleh kerana mereka naik bersama Pak Lah maka wajarlah mereka turut turun bersama beliau. Dari segi moral, taklah nampak beliau turun berseorangan saja. Pada masa yang sama, tindakan tersebut merupakan manifestasi esprit de corps.

• Perletakan jawatan secara en block itu bukanlah menandakan kehilangan kepercayaan terhadap YAB DS Najib. Sebaliknya ia bertujuan untuk memberi kebebasan sepenuhnya (free hand) kepada beliau dalam memilih mereka yang paling sesuai untuk menganggotai pasukan kabinetnya. 4 kriteria yang beliau gunapakai, seperti yang diberi tahu, ialah (a) kesetiaan (b) integriti (c) kompeten , dan (d) berdedikasi.

• Apa yang saya sarankan itu telah menajadi amalan di Jepun, Kuwait dan negara-negara Komenwel.

5. Saya difahamkan bahawa semua anggota kabinet dengan rela hati telah memberikan persetujuan untuk meletakkan jawatan semasa mesyuarat kabinet pada 1 April 2009. Walau bagaimanapun, niat ikhlas itu telah tidak dapat diteruskan kerana terdapat masalah teknikal:

• jika meletakkan jawatan dan dilantik semula (memang mereka menjangka bahawa sebahagian daripada mereka akan digugurkan namun belum tahu siapa akan dilantik semula) maka perkihdmatan mereka yang dilantik semula itu akan terputus. Jika terputus, mengikut peraturan di kalangan penjawat awam, perkhidmatan yang lepas itu tidak akan dikira. Jika demikian, mereka itu akan kehilangan ganjaran pencen dan gratuiti bagi tepoh tersebut. Justeru rugilah mereka. Difahamkan perkara ini akan dikaji oleh TS KSN sebagai Setiausaha Kabinet, termasuklah mengkaji bagaimana amalan ini dilaksanakan di negara-negara berkenaan. [Nota: Difahamkan YB DS Nazri Aziz pernah meletakkan jawatan semasa YABhg Tun Dr M bersara tetapi perletakan jawatan beliau itu tidak diterima oleh Tun. Maka masalah teknikal ini taklah timbul.]

• kebetulan Dewan Negara sedang bersidang. Jika seluruh anggota kabinet, termasuk Timbalan Menteri, meletakkan jawatan maka tiada siapa yang boleh menjawab soalan dan membentangkan rang undang-undang di Dewan yang mulia itu. [Nota: pilihan yang ada ialah (a) para menteri baru dilantik sebelum hari Isnin (6 April). Masalahnya pula ialah (i) sama ada SPB berkelapangan dan berkenan atau tidak, dan (ii) urusan tapisan keselamatan mungkin tak sempat dibereskan dalam masa yang suntuk itu; atau (b) menangguhkan sidang Dewan seperti yang pernah berlaku kepada Dewan Rakyat pada tahun 1999 dan bermesyuarat semula setelah Kabinet dibentuk. Selepas 8 April? Masalahnya ialah semua rang undang-undang, minit bajet 2009, peruntukan tambahan 2008, dan lain-lain akan tertangguh.]

6. Yang mendesak sekarang ialah harapan rakyat dan para pelabur supaya DSN membentuk Kabinet yang berwibawa untuk membantu mengembalikan keyakinan. Kehilangan keyakinan merupakan deadly virus yang perlu dibunuh terlebih dahulu untuk membolehkan ekonomi dipulihkan.

7. Keyakinan terhadap kabinet itu nanti akan diukur oleh KLCI sebagai proksi bagi pihak pasaran – kuasa terbesar di bawah sistem kapitalisma. Sama-samalah kita tunggu dengan penuh sabar.

8. Kesimpulannya, apa yang saya sarankan itu tidaklah menyalahi mana-mana undang-undang. Lebih daripada itu, semangat saranan tersebut turut dijiwai bersama oleh para Jemaah Menteri. Ianya tak dapat direalisasikan kerana masalah teknikal.

9. Inilah yang hendak saya kongsi bersama dengan para pembaca blog saya.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: