Kemelesetan Ekonomi – Willing to bite the bullets?

Saudara MISA pada April 2, 2009 telah memberi komen seperti berikut;

Perbandingan keadaan ekonomi negara kita dengan barah otak adalah amat keterlaluan. Barah otak adalah sesuatu panyakit yang buat masa ini tiada ubatnya and pesakit akan mati. Manakala ekonomi kita mungkin akan mengalami kelemesetan pada tahun ini tetapi semua pakar ekonomi termasuk drp IMF,WB,ADB dan MIER dan bukannya oleh MOF,BNM dan EPU menyatakan ekonomi Malaysia akan pulih tahun 2010. Bukan maksud saya menyatakan masalah ekonomi negara perkara yang mudah atau remeh. Keadaan eknomi perlu dipulih dan bayak langkah telah dilaksanakan oleh Kerajaan.

Banyak bantuan untuk rakyat miskin telah disediakan seperti persekolah dan rawatan kesihatan percuma, bantuan kewangan bulanan, rogram perumahan, kawalan barang makanan keperluan dan sebagainya. Adalah tidak tepat menyatakan pogram Kerajaan lebih condong kepada golongan kaya dan bukannya golongan miskin.

Untuk mendapatkan hasil, Kerajaan juga terpaksa menyediakan insentif kepada golongan perniagaan. Sekiranya golongan perniagaan berjaya maka ini membolehkan mereka bayar gaji pekerja mereka dan juga bayar cukai kepada Kerajaan, yang kesemuanya membawa kepada kemakmuran negara. Kita perlu membantu golongan miskin disamping itu juga menyediakan suasana kondusif bagi sektor swasta berniaga dan kompetitif.

Hanya UMNO boleh mentadbir negara bukan PAS atau PKR. Hanya UMNO boleh memimpin Barisan Nasional bukan MCA atau MIC. Maka kekuatan UMNO adalah amat penting untuk membawa kepada kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Kehilangan keyakinan rakyat terhadap Barisan dan UMNO menyebabkan kemenangan kepada Pakatan dan PKR. Pimpinan negara dibawah DS Najib sebagai PM keenam harus membuat perubahan mental golongan perkhidmatan awam, sektor swasta dan juga ahli politik. Kita perlu satu barisan pemimpin UMNO yang dinamik dan boleh berfikir secara out-of-box. Pemimpin UMNO veteran dan menteri kabinet yang kalah dalam pemilihan UMNO harus dikeluarkan dan diganti dgn pemimpin baru yang berwibawa dan berkaliber. Dengan dynamism dan kebolehan pemimpin dan Jemaah Menteri baru akan dipercayai rakyat. Barisan bakal akan dapat mengalahkan sesiapa saja menentang Kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Bawakanlah kembali the Glory days of Malaysia.

Sdr MISA,

Terima kasih di atas ulasan membina Sdr.

1. Saya buat perbandingan sedemikian kerana nampaknya kerajaan masih lagi terperangkap dalam sindrom penapian. Ini jelas apabila saya cuba mengingatkan kerajaan di Dewan Negara pada bulan Disember lalu bahawa negara akan diancam kemelesetan ekonomi. YB Datuk Devamany, Timbalan Menteri, cuba pula menafikannya. Kononnya negara kita mempunyai economic fundamentals yang kukuh.

2. Nah, sekarang macam mana? Mengapa kerajaan terpaksa pam RM60 bilion? Lebih malang lagi, pihak pembangkang pula yang claim the credit kerana tindakan kerajaan itu, kononnya, adalah hasil gesaaan / desakan / pemikiran jauh mereka. Apa kerajaan dapat?

3. Saya hargai usaha kerajaan untuk mengatasi masalah serangan tsunami ekonomi ini. Namun apa yang diusahakan itu, pada hemat saya, adalah tidak mencukupi. Apa yang terkandung dalam ucapan Bajet Mini 2009 juga membayangkan seolah-olah kerajaan masih lagi mengalami penyakit sindrom penapian iaitu tidak bersedia to bite the bullets.

4. Nampaknya kerajaan cuba down play the gravity / severity of the onslaught. Contohnya pertumbuhan GDP dianggarkan antara -1% dan +1% dan kadar pengangguran hanyalah 4.5%; seolah-olah negara hanya mengidap migraine.

5. Mengikut perkiraan saya, berdasarkan maklumat terkini yang ada, prestasinya diunjurkan lebih teruk lagi. Rakyat perlu diberi tahu keadaan ini supaya mereka mentally and emotionally prepared to face the situation. Tidak rugi jika keadaan turn out tidak seteruk itu.

6. Keyakinan pengguna dan pelabur telah merosot (kira-kira 40%) seperti yang dilaporkan oleh MIER; pinjaman yang diluluskan telah menyusut 36%; pelaburan yang diluluskan telah menjunam lebih 50% (antara 1Q 08 dan 4Q08); eksport telah menurun lebih 20%; jualan runcit telah mengecil lebih 10%. So, munasabahkah GDP masih boleh tumbuh antara -1% dan +1%?

7. Bilangan mencari kerja sekitar 1.2 juta sedangkan bilangan pekerjaan yang akan diwujudkan cuma 163,000 (hanyalah 13.5%). So, munasabahkah kadar pengangguran hanyalah 4.5% atau 500,000 orang?

8. Itu sebablah saya analogikan penyakit ekonomi kita sekarang ini seperti barah otak. Ianya lebih teruk daripada migraine tetapi masih lagi boleh dipulihkan jika kena ubatnya. Diakui barah otak adalah life threatening tetapi tidak semua pesakit barah otak tak boleh diubati dan berakhir dengan kematian.

9. Di USA, dilaprokan, daripada 17,000 pesakit primary cancer, hampir 13,000 meninggal dunia; bermakna kira-kira 4,000 pesakit masih lagi ada harapan untuk sembuh dan terus hidup!

10. Dari segi ‘obat’ untuk menyembuhkan penyakit ‘barah otak’ ekonomi ini, hanyalah RM17 bilion daripada RM60 bilion yang datangnya daripada fiscal stimulus. Kebanyakan lainnya merupakan jaminan yang mengambil masa untuk direalisasikan dan may not be taken up fully.

11. Dalam pada itu, ianya lebih mengutamakan the supply side rather than the demand side sedangkan penyakit utama sekarang ialah weak aggregate demand.

12. Syarat yang ditetapkan untuk mendapat pinjaman pula kurang bijak / tepat. Ia berdasarkan saiz pemilikan saham. Sepatutnya syarat yang dikenakan hendaklah yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi – pertumbuhan negatif, pengangguran yang tinggi, hasil kerajaan yang berkurangan serta daya saing dan daya tahan negara yang kurang mantap.

13. Justeru salahkah jika ayat Mauro Bianci dipinjam to describe tindakan kerajaan ini – “They’re trying to cure a serious illness with aspirin”?

14. Saya hormati organisasi-organisasi yang disebutkan itu. Namun, mereka sendiri telah mengakui kesilapan unjuran yang telah mereka buat. Sebagai contoh, IMF telah empat kali revised unjuran pertumbuhan GDP global bagi tahun 2009!

15. Kesilapan itu berlaku (termasuk saya) kerana terdapatnya kebenaran dalam pandangan Lord Keynes “We have involved ourselves in the colossal muddle, having blundered in the control of a delicate machine, the working of which we never understand”. That delicate machine is the global economy.

16. Saya akui dan hargai kerajaan telah mencapai kejayaan yang besar dalam usahanya membasmi kemiskinan. Daripada 49.3% (1970), ianya telah dapat diturunkan kepada 3.6% (2007). Tetapi usaha tersebut mengambil masa yang lama – 37 tahun dan masih lagi belum terhapus.

17. Isi rumah miskin tegar yang sebanyak 38,400 itu pun memerlukan masa 3 tahun untuk dihapuskan (2010). Jelas kurang serius. Apatah pula jika dibandingkan dengan pemerintahan Khalifah Omar Abd Aziz. Baginda dapat menghapuskan kemiskinan dalam masa 2 tahun setengah sahaja!

18. Mengapa berlaku sedemikian? Sebabnya ialah dasar yang digubal atas nama hendak menolong orang miskin sebenarnya menjadi topeng untuk menolong orang kaya, di samping dasar khusus telahpun digubal untuk menolong business community.

19. Sebagai contoh, mengapa anak orang kaya turut membayar faedah yang sama (1%) bagi pinjaman PTPTN? Mengapa anak orang kaya turut mendapat pinjaman buku teks? Mengapa seorang penternak ayam kaya mendapat insentif sebanyak RM300,000 sebulan (boleh buat 17 buah rumah PPRT!) sedangkan penternak kambing yang miskin hanya mendapat RM130 sebulan? Mengapa nelayan kaya patut diberi subsidi disel?

20. Berapa banyak daripada RM34 bilion subsidi itu (2008) dinikmati oleh rakyat miskin? Ada kajian dibuat?

21. Saya setuju bahawa kita tak boleh membunuh orang kaya untuk menolong orang miskin atau menjadi Robin Hood. Tetapi mengkayakan orang senang belum tentu boleh membantu orang susah.

22. Apa yang patut dibuat ialah pegawai-pegawai di EPU dan Kemeterian Kewangan hendaklah benar-benar menterjemahkan ‘berfikir di luar kotak’ itu dengan menghalusi dasar subsidi ini yang tak pernah dirombak sejak dulu lagi. Mengapa? Adakah mereka kurang kepakaran atau kurang komitmen, enthusiasm dan passion untuk membantu orang miskin atau mereka sudah dibeli oleh golongan tertentu? Wallahhu’alam.

23. Terima kasih di atas keyakinan Sdr terhadap UMNO/BN. Saya setuju keyakinan tehadap UMNO/BN/kerajaan perlu dipulihka segera. Antara yang boleh membantu dalam proses pemulihan ini ialah jentera kerajaan sendiri.

24. Penjawat Awam hendaklah hapuskan segera sifat arrogant dan angkuh mereka, menjadi mesra pelanggan, baiki kompetensi masing-masing, gubal dasar yang tepat, rancang secara strategik dan baiki sistem penyampaian agar lebih cekap dan menepati golongan sasar.

25. Rujuklah rencana saya bertajuk ‘Bajet 2010 Untuk Siapa?’ dan Masyarakat MPPB – Siapa Mereka / Di mana Mereka?’

Terima kasih.

darahtuah.

  1. #1 by nani on April 12, 2009 - 12:24 pm

    MAHATHIR PERLU SEORANG MUSUH DALAM SATU MUSIM UNTUK KEKAL SIHAT Baca disini

  1. Ekonomi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: