Kemelut Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak – Revisit 1

1. Pada 2 Mac lalu saya telah menulis “Kemelut Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak – Aspek Perundangan Yang Menarik”. Sekarang saya hendak revisit untuk melihat kedudukan mutakhir.

2. Para 7.2 & para 8 – Pada 9 April 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Speaker DUN Perak tidak ada kuasa untuk menentukan kekosongan 3 kerusi DUN Perak (Behrang, Changkat Jering dan Jelapang) kerana entiti yang layak berbuat demikian ialah SPR. Oleh kerana SPR telah memutuskan tiada kekosongan maka 3 ADUN berkenaan (YB Jamaludin Mohd Radzi, YB Kpt (B) Mohd Osman Jailu dan YB Hee Yit Foong) kekal sebagai ADUN yang sah di kawasan masing-masing.

3. Para 10 – Perlantikan YAB Dato’ Seri Zambry dan kedudukan YB Dato’ Seri Nizar sebagai MB belum lagi diputuskan oleh mahkamah.

4. Para 13 – Pada 16 April 2009, Mahkamah yang sama (berlainan panel hakim) telah memutuskan bahawa keputusan penggantungan dan larangan oleh Speaker DUN Perak, YB Sivakumar terhadap Dr Zambry dan 6 orang ahli EXCO beliau diisytiharkan tidak sah disisi undang-undang. Oleh itu, mereka berhak menghadiri persidangan DUN Perak. Kini persidangan dewan tersebut dijadualkan pada 7 Mei depan.

5. Yang mencacatkan kedaulatan undang-undang ini ialah dua orang ahli legislatif sendiri yang datangnya dari wakil rakyat DAP, YB Dato’ Ngeh Koo Ham (juga seorang peguam) dan wakil rakyat PAS, Ir Nizar. Dilaporkan mereka menganggap keputusan Mahkamah tersebut sebagai merupakan satu campur tangan oleh badan kehakiman terhadap bidang kuasa Speaker. Nampaknya mereka berdua mahu mengangkat Speaker ke tahap lebih tinggi daripada undang-undang / mahkamah.

6. Dalam keadaan biasa, komen seperti itu dianggap sebagai contempt of court dan boleh didakwa. Syukurlah ada orang yang prihatin dalam soal menjaga maruah mahkamah. Mereka telah membuat aduan polis pada 18 April, sepertimana yang dilaporkan oleh TV3 pada 18 April 2009.

7. Para 15 – persidangan di bawah pokok telah diadakan pada 3 Mac 2009. Ia merupkan satu sejarah hitam bagi Perak dan Malaysia.

8. Para 20.1 – berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April itu maka nampaknya kesemua 59 ADUN berhak hadir. Speaker tiada hak menghalang mereka.

9. Para 20.2 – Setiausaha Dewan telah mengeluarkan notis memberi tahu bahawa DUN Perak akan bersidang pada 7 Mei depan. Nizar sudahpun declared akan merebut kerusi menteri besar. Dijangka dia kan dapat kerusi tu sebab Speaker kawannya dan hostile terhadap Zambry. Sama-samalah kita saksikan drama yang dramatik ini nanti.

10. Dilaporkan Sivakumar pula sudah mengamuk kerana dikatakan Setiausaha Dewan telah bertindak tanpa memberi tahu dia terlebih dahulu lalu menggantungnya kali kedua. Dia melantik pula Mohd Misbahul Munir Marduki sebagai pengganti. Dhey..ada tahu undang-undang ka thambi? Thambi ada kuasa ka mahu pecat, mahu lantik pegawai kerajaan? Kasi malu semua loyar, semua Speaker!

11. Kali ini YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pantas bertindak dengan memberi tahu media bahawa Speaker TIDAK ada kuasa berbuat demikian.

12. Nampak sangat rakus dan ganasnya Speaker ini. Dia juga mahu menyekat DUN daripada bersidang. Motifnya semua orang tahu. Pertama, dia takut kena pecat sebagai Speaker dan, kedua, dia dan PR mahu pastikan dewan tak bersidang hingga 13 Mei nanti. Yang demikian, DUN Perak akan terbubar dengan sendirinya. Maka pilihan raya perlulah diadakan. Inilah peluang untuk mereka kembali berkuasa.

13. Tindakan Sivakumar yang nampaknya begitu rakus dan ganas dan ditambah pula tindakan Karpal anak beranak, Lim Kit Siang, Ngah dan Ngeh yang nampaknya begitu biadab mengingatkan saya cerita keganasan dan brutality Bintang Tiga semasa 14 hari mereka memerintah Persekutuan Tanah Melayu sebelum British kembali berkuasa.

14. Bintang Tiga ialah apparatus parti Komunis. Hampir semua mereka terdiri daripada orang Cina dan terdapat segelintir orang Melayu seperti Rashid Maidin. Mereka telah membakar rumah dan balai polis. Juga merogol serta membunuh kanak-kanak, orang tua, perempuan dan lelaki Melayu tanpa belas kasihan. Tontonlah filem Bukit Kepong dan bacalah buku JJ Raj berjodol ‘Struggle For Malaysian Independence’ untuk mempastikan kebenaran fakta ini.

15. Ramai yang sudah lupa dan anak muda Melayu sekarang pula tidak kesah. Nantilah bila sudah kena batang hidung sendiri. Jangan sudah terantuk baru hendak terngadah. Nasi sudah menjadi bubur.

16. Sebelum terantuk terngadahlah segera dan sekarang. Terngadah dan telitilah keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang yang telah diadakan pada 7 April lalu.

17. Ramai penganalisis politik berpendapat bahawa pengundi Cina (MCA, Gerakan, DAP dan PKR), secara kolektif, berkeyakinan bahawa UMNO telah menumbangkan sebuah kerjaan Cina (walaupun MBnya ialah orang Melayu PAS) di Perak. Oleh itu mereka sepakat mahu punish UMNO dengan mengundi / memenangkan calon PAS. Jadi tak hairanlah bila dilaporkan bahawa pekerja MCA dan Gerakan sendiri seperti kurang bermaya untuk membantu calon BN.

18. Sebenarnya apa yang mereka lakukan itu merupakan lanjutan tindakan mereka semasa PRU ke-12 lalu. Tindakan yang exactly seumpama ini telah pernah mereka lakukan 40 tahun lalu – pada tahun 1969.

19. Dalam PRU tersebut mereka telah ‘mengajar’ Dr Mahathir dengan mengundi calon PAS, Dato’ Yusuf Rawa. Maka kalahlah Dr Mahathir dalam pilihan raya berkenaan. Ingat? Tun M tak pernah lupa tetapi orang Melayu mudah lupa!

20. Oleh kerana kaum Cina, termasuk ahli MCA dan Gerakan, tak menyokong BN/UMNO, maka, sebagai orang yang berprinsip dan bermaruah, bukankah lebih wajar pemimpin MCA / Gerakan sekarang mengikut jejak langkah Tun Tan Siew Sin?

21. Dalam pada itu, suatu yang aneh perlulah juga disebutkan. Yang aneh itu ialah pemimpin Cina tak kisah pulak bila DS Anwar Ibrahim, selepas 8 Mac 2008, berkali-kali memberikan ugutan untuk menumbangkan Kerajaan BN menjelang 16 September 2008.

22. Memang wajar mereka tak kisah kerana mereka menjangka akan lebih untung lagi jika PR berkuasa dan mereka tak rugi jika BN terus memerintah. Apatah pulak, tanpa menyokong, mereka juga bertambah untung di bawah DS Najib.

23. Tentunya semua orang mahu berniaga jika boleh untung tanpa perlu melabur / keluar modal.

24. Hurreeii…pandainya Melayu…bijaknya Cina…!!!!

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: