PNB menganak-tirikan bumi?

Berita gembira

1. Pada 20 April 2009, sempena pelancaran MASM, YAB DS Najib telah mengumumkan di Johor Bahru:

• 100 juta unit ASW percuma untuk penduduk miskin bandar dan miskin tegar [agaknya pemberian ini adalah kepada Ketua Isi Rumah (KIR); bukan kepada setiap ahli isi rumah miskin berkenaan];

• 3.33 bilion unit ASM dijualkan kepada pelabur mengikut kaum: 50% (Bumi), 30% (Cina), 15% (India) & 5% (Lain-lain);

• 2 bilion unit ASW dijualkan kepada pelabur atas nisbah 51% (Bumi): 49% (Bukan Bumi); dan

• Jualan kedua-dua ASM dan ASW adalah terhad kepada maksimum 20,000 unit seorang.

Siapa senyum?

2. Pengumuman Najib itu wajar dihargai, khususnya berita baik untuk menolong golongan miskin. Namun, biasanya adalah pihak yang gembira dan ada pula yang berasa sedih.

3. Mereka yang ini sewajarnya senyum:

• 38,400 KIR miskin tegar (di bandar dan di luar bandar);

• KIR bandar yang terdiri kira-kira 49,000 Bumi, 6,000 Cina dan 8,500 India;

[Nota: bilangan miskin dan miskin tegar ini adalah seperti pada tahun 2007. Bilangan mereka pasti bertambah (a) dalam keadaan ekonomi yang lembab ini dan (b) Garis Pendapatan Kemiskinan (PLI) pula telah dinaikkan kepada RM720 (Persekutuan Tanah Melayu), RM960 (Sabah) dan RM830 (Sarawak)].

• Kaum Cina, kaum India dan kaum lain kerana mereka ini mendapat lebih daripada syer penduduknya; masing-masing mendapat 30%, 15% dan 5% unit kedua-dua saham tersebut (diandaikan agihan unit ASW juga sama seperti agihan unit ASM) sedangkan syer penduduk mereka hanyalah masing-masing 25%, 7% dan 1%; dan

• Para pelabur kecil kerana berpeluang membeli kedua-dua saham berkenaan sebab PNB menghadkan pembelian seseorang kepada 20,000 unit sahaja.

Siapa Merintih?

4. Dijangka yang merintih ialah:

• KIR di luar bandar yang terdiri daripada 126,000 Bumi, 2,000 Cina dan 3,000 India; nasib mereka ini tidak sebaik nasib rakan mereka di bandar; dan

• Pelabur Bumiputera kerana mereka hanya dibenarkan membeli 50%/51% sahaja saham tersebut sedangkan syer penduduk mereka adalah sebanyak 67%!

Implikasi polisi

5. Dilaporkan bahawa peruntukan 100 juta ASW untuk golongan miskin itu adalah selari dengan langkah yang digariskan dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) RMKe-9. Mereka yang mendapat saham berkenaan secara percuma tentulah paling gembira. Dianggarkan seramai 100,000 KIR akan mendapat durian runtuh ini iaitu secara purata sebanyak RM1,000 seorang KIR.

6. Amaun ini adalah berbaloi dan membuktikan kerajaan serius untuk menolong orang susah. Sekali gus ia membuktikan bahawa Najib mengotakan janji beliau bahawa dasar afirmatif tidak dikesampingkan di bawah konsep 1 Malaysia.

7. Tentunya Najib ingat akan pepatah ini – kerbau dipegang tali; manusia dipegang janji. Ia juga dituntut oleh Islam seperti yang dimaksudkan oleh Surah al-Maidah Ayat 1 – Wahai orang-orang mukmin, sempurnakanlah janji-janji kamu.

8. Begitu juga dengan pengajaran Confucius. Importance of keeping one’s promises is among the five virtues and goodness of Confucian values.

9. Penunaian janji membantu mengangkat maruah manusia gentelman dan beragama.

10. (Nota: Kebetulan, kaedah ini pernah dibincangkan oleh para pembahas usul ekonomi, termasuk saya, di Perhimpunan Agong UMNO yang lalu. Cuma saya tidak pasti ianya diucapkan oleh wakil Pahang selaku pembawa usul).

11. Begitu juga kumpulan beneficiaries lain yang dikatakan sewajarnya senyum. Mereka berpeluang membeli saham PNB selaras dengan semangat 1 Malaysia. Walau bagaimanapun, PNB / Kerajaan elok memberikan penjelasan berhubung isu-isu berikut agar ianya tidak dipolitikkan dan mungkin boomerang pula.

Penjelasan

12. Pertama, penjelasan / rasional wajar diberikan tentang mengapa golongan miskin di luar bandar tidak diberikan durian runtuh yang sama sedangkan golongan mereka jauh lebih ramai (64%) berbanding di badar (36%). Sekarang telah timbul tanggapan bahawa mereka dianak tirikan atau dipinggirkan kerana tidak mendapat peluang yang sama. Harus diingat bahawa mereka juga mempunyai kekuatan politik.

13. Dari segi logik untuk membasmi kemiskinan, jika keutamaan adalah berdasarkan stratum/lokasi, maka fokusnya tentulah di mana orang miskin itu ramai berada. Dalam hal ini pastilah tumpuannya di luar bandar.

14. Tetapi mengapa pula fokus kerajaan / PNB di bandar? Bila kita decompose taburan isi rumah miskin mengikut kaum dan stratum maka kita dapati bahawa majoriti Bumi yang miskin adalah di luar bandar (68%) manakala majoriti kaum Cina dan India yang miskin pula adalah di bandar iaitu masing-masing 78% dan atau 77%.

15. Berdasarkan maklumat ini, dengan menumpukan kepada isi rumah miskin di bandar, maka tindakan kerajaan / PNB boleh disalah-ertikan bahawa seolah-olah ia secara deliberate hendak menolong orang Cina dan India yang miskin sahaja dan membiarkan Bumi luar bandar yang miskin seramai 126,000 isi rumah terkapai-kapai berbanding hanya 2,000 isi rumah miskin Cina dan 3,000 isi rumah miskin India di luar bandar.

16. Bagus sekali jika kita diberi tahu siapakah pegawai yang bertanggungjawab menyediakan kertas proposal ini.

17. Kedua, eloklah PNB terangkan segera bagaimana golongan miskin akan mendapat habuan berkenaan kerana, saya yakin, majoriti di kalangan mereka tidak sedarpun hadiah yang telah diumumkan oleh kerajaan itu.

18. Sudahkan PNB mempunyai senarai atau database sendiri mengenai isi rumah miskin dan miskin tegar? Jika ada, bagaimana ianya dikumpul kerana perlu dipastikan ianya credible atau tidak.

19. Jika tidak ada, adakah PNB bergantung kepada data sekunder? Jika ia mengggunakan senarai penerima bantuan yang disusun oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), misalnya, maka senarai tersebut (Cari) mempunyai kelemahan yang serius.

20. Salah satu kelemahan tersebut ialah bilangan orang Cina miskin yang terdapat dalam rekod JKM adalah kira-kira dua kali ganda lebih ramai daripada angka rasmi. Ini bermakna mereka yang tidak patut dapat akan menerima buta RM1,000 seorang. Jika demikian, orang lain, termasuklah saya, pun mahu. Siapa tak mahu RM1,000 secara percuma?

21. Jika PNB menggunakan pula database E-Kasih yang disusun oleh ICU maka ianya lebih reliable daripada senarai JKM. Namun ia masih mempunyai kelemahan dari segi under coverage. Ini bermakna, mereka yang patut dapat akan melepas. Justeru jika ia benar-benar berlaku maka kerajaan yang berniat baik itu akan dituduh pula sebagai tak adil dan macam-macam fitnah lagi.

22. Ketiga, bagaimana pula PNB hendak reach out dan membayar 100,000 bakal penerima itu? Apakah metod dan prasarana pengurusan yang akan diguna-pakai?

23. Keempat, siapakah akan memantau dan mempastikan semua yang layak menerima saham ini telahpun menerimanya dan yang tidak patut menerima tidak pula tersalah beri?

Agihan ASM & ASW

24. Isu seterusnya yang wajar dibincangkan secara telus ialah agihan ASM dan ASW.

25. Dari segi dasar pemilikan ekuiti, kerajaan telah komited dalam KSP RMKe-9 untuk meningkatkan pegangan saham Bumi dan kaum India sebab mereka jauh tertinggal di belakang kaum Cina. Komitmen ini selaras dengan Teras 3, Misi Nasional dan secocok pula dengan dasar afirmatif di bawah konsep 1 Malaysia.

26. Pada tahun 2006, Bumi memiliki ekuiti sebanyak 19.4%, Cina sebanyak 42.4% dan India pula sebanyak 1.1%. Menjelang 2010, kerajaan mensasarkan ekuiti Bumi sebanyak 20% – 25% manakala ekuiti India pula ditokok kepada 1.5%.

27. Jika peruntukan saham adalah mengikut komposisi kaum maka impaknya ialah mengekalkan status quo. Makanya sasaran tersebut tidak akan tercapai. Justeru tindakan kerajaan memberikan peruntukan yang lebih kepada kaum India (15%) dan kaum-kaum lain (5%) akan accelerate speed untuk mencapai sasaran berkenaan.

28. Tindakan yang serupa patut dilaksanakan untuk Bumi serta pada speed dan quantumn yang berganda-ganda lagi sebab matlamat akhir ialah untuk mencapai keseimbangan mengikut komposisi kaum. Matlamat tersebut begitu jauh lagi bagi Bumi (47.6%) berbanding kaum India (5.9%).

29. Malangnya, kerajaan / PNB hanya memperuntukkan sebanyak 50% / 51% sahaja untuk Bumi. Kaum Cina yang sudahpun memiliki ekuiti (42.4%) melebihi daripada syer penduduknya (25%) diberi pula peruntukan yang lebih besar (30%) lagi.

30. Makanya peratus pemilikan Bumi, secara relatif, akan semakin mengecil; bukannya meningkat. Justeru langkah berkenaan pastilah berlawanan dengan dasar.

31. Justru berdasarkan analisis di atas maka nampaknya Bumi seolah-olah menerima dua tumbukan padu didagu. Tumbukan pertama ialah Bumi miskin di luar bandar yang jauh lebih ramai itu tidak mendapat saham percuma manakala tumbukan kedua pula ialah peratus pemilikan saham mereka semakin merosot.

32. Berdasarkan persepsi ini, bagaimana pula jika mereka beranggap bahawa PNB telah menganak-tirikan Bumi?

33. Oleh yang demikian, sudah tentu ianya menuntut penjelasan sebelum Melayu PAS dan Melayu PKR menuduh Melayu UMNO menjualkan lagi hak Bumi.

Saranan

34. Dapat difahami bahawa Najib memberi carrot ini kepada kaum Cina dan India kerana mahukan sokongan mereka sebagai balasan. Berdasarkan data empirical di pilihan raya kecil Macap hinggalah ke PRU ke-12 dan pilihan raya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, strategi carrot ini akan terus merugikan kerajaan serta Bumi dan akan terus menguntungkan mereka pula.

35. Mereka akan terus meminta dan mendesak bermacam-macam, termasuklah mengugut. Mereka akan dapat apa yang diminta, didesak dan diugut itu tetapi mereka akan tetap mengundi pembangkang . Susu akan dibalas dengan tuba dan, kemudian, tangan yang memberi bantuan itu akan digigit pula.

36. Strategi BN/UMNO bukanlah pula dengan memberi stick kepada mereka tetapi memberikan tumpuan yang bulat kepada menyatu-padukan Bumi. Melalui perpaduan yang jitu, Bumi akan kuat dan disegani. Lantaran itu, semua masalah perkauman yang menghantui negara ini akan dapat diatasi kerana UMNO/Bumi terbukti dan terkenal dengan sifat adil dan pemurahnya.

37. Cina dan India sudahpun bersatu sekalipun berlainan parti politik. Perpaduan intra mereka semakin mantap. Kerana kemantapan perpaduan tersebut, walaupun mereka tak ramai, mereka nampak kuat dan menjadi king maker.

38. Adakah kaum Bumi dah buta dan pekak bahawa 7% India telahpun berjaya merosakkan mereka yang hampir 10 kali ganda lebih ramai daripada kaum immigran itu?

39. Terbukti Bumi amat lemah kerana tidak bersatu. Di sinilah letaknya punca kelemahan Bumi dan di situlah pula letaknya fokus penyelesainnya.

40. Adakah saya racist kerana memperkatakan hak dan masalah Bumi dan mereka pula tidak racist kerana mahu mempertahankan hak mereka?

  1. #1 by arjuna waspada on April 23, 2009 - 11:29 pm

    Terima kasih saudara,ulasan yang sangat baik berpaksikan kajian semasa dan ilmiah serta analisa yang tajam.
    Teman ada pandangan bahawa PNB punye kos sudah kena bagibagi kpd taubung lain agar peratusan kos setaiap tabung akan kekal pada KPI yang di telah setujukan.
    Nampak efisien tapi hanya cas keluar aje.
    Kena lihat “mision stetmen” dan “charter” yang asal 1981 untuk ulasan dari segi kaum.
    changkat lobak.
    arjuna waspada

  2. #2 by Mohd Romi on March 8, 2010 - 1:39 pm

    Assalamualaikum,

    Satu kupasan yang sangat menarik. Saya amat bersetuju dengan tulisan saudara. Nampaknya Bangsa Melayu akhir-akhir ini sudah hilang jatidiri. Ahli politik (pembangkang dan kerajaan sama sahaja) hanya memikirkan bagaimana untuk mendapatkan kuasa dan duit.

  3. #3 by darahtuah on March 8, 2010 - 5:22 pm

    Sdr. Mohd Romi,

    Salam.

    T/kasih atas ulasan sdr.

    Saya adalah ahli politik yg memikirkan hal ini. Tanpa mengharapkan orang lain yang bertinadak, bagaimana kita secara bersama boleh menjadi agent yg boleh membuat perubahan itu?

    Darahtuah

  1. Umno / BN akan tumpas? « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: