Umno / BN akan tumpas?

1. Semua penganalisis politik mengakui keputusan PRU Ke-12 telah memeranjatkan semua pihak; pihak UMNO/BN terperanjat kerana kalah besar manakala pihak PR pula terperanjat kerana menang besar. Kekalahan UMNO/BN itu membuktikan, antara lain, bahawa ia gagal menguruskan kejayaan cemerlang PRU Ke-11. Tempoh setahun yang lalu pula menggambarkan bahawa ia belum berjaya bangkit daripada kekalahan tersebut.

2. Di hari terakhir (28 Mac) Perhimpunan Agong UMNO yang lalu, YAB DS Najib, sebagai Presiden UMNO yang baru dinobatkan, dengan penuh semangat telah mengajak semua ahli parti bangkit daripada kekalahan itu dan melaungkan semboyan perubahan. Beliau mengajak semua ahli UMNO bersama beliau melaksanakan proses transformasi yang bakal beliau perkenalkan.

3. Sebelum kita berbincang dan berbeza pendapat tentang hala tuju, tujuan, liputan dan kaedah proses transfomasi itu serta semua yang berkaitan dengannya maka, terlebih dahulu, kita dan semua yang sepermikiran dengan kita perlulah bersetuju mengenai satu perkara iaitu MENGEKALKAN UMNO/BN SUPAYA TERUS BERKUASA. JUSTERU, MATLAMAT SEGERA (IMMEDIATE GOAL) IALAH MESTI MENANG PRU KE-13 NANTI.

4. Perbincangan seterusnya adalah bertitik tolak daripada premis tersebut. Sehubungan itu, bagaimana kita boleh sama-sama membantu Najib, selaku nakhoda UMNO/BN, merealisasikan matlamat berkenaan? Jawapannya terdapat dalam UMNO/BN, Bumi, Bukan Bumi, jentera kerajaan, parti pembangkang, NGO dan konsep 1 Malaysia.

Menilai situasi

5. Menggunapakai strategi tentera, kita perlulah terlebih dahulu menilai situasi semasa. Mengulangi rahsia umum, saya ringkaskan di bawah ini persepsi utama:

• nampaknya masih lebih ramai Melayu, termasuk ahli UMNO, menyokong pembangkang, khususnya PAS. Keputusan PRU Kecil di Bukit Gantang memberikan petunjuk; dilaporkan calon PAS mendapat 53% undi Melayu.;

• orang Melayu sudah pandai menilai dan memilih outcome pembangunan; mereka akan menolak pembangunan yang dijangka akan merugikan mereka dan lebih menguntungkan kaum lain. Ini jelas daripada penolakan terhadap pembangunan yang ingin dibawa oleh UMNO/BN di Kelantan, Kedah, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Mereka bersedia to be less wealthy;

• pengundi bukan Melayu, terutamanya kaum Cina, semacam sudah nekad mahu membenamkan UMNO/BN; sekali lagi keputusan PRU Kecil di Bukit Gantang memberikan petunjuk itu;

• MCA, GERAKAN dan MIC bermain wayang dengan UMNO untuk meraih faedah kedua-dua dunia – BN dan PR;

• persepsi bukan Melayu bahawa mereka akan lebih beruntung di bawah kerajaan PR;

• bukan Melayu sedia bersatu melawan / mengancam UMNO/Melayu walaupun mereka berbeza fahaman politik demi kepentingan kaum mereka sendiri (tak boleh salahkan mereka) – mereka berpegang kepada perumpamaan air sama air, sampah ketepi juga atau blood is thicker than water; manakala

• orang Melayu pula leka sama-sama bersorak dengan bukan Melayu walaupun kampung sendiri tergadai; sedia terus berpecah dan sanggup berperang sesama sendiri; membuang slogan keramat ‘Bersatu Teguh, Bercerai Roboh’, rela kalah jadi abu, menang jadi arang dan bertekad berputih tulang daripada berputih mata. Malah sanggup juga membodohkan diri untuk menjadi ayam sabung:

Orang menang awak yang parah,
Orang ketawa awak berdarah,
Akibat bodohkan diri…
Akhirnya menjilat luka sendiri.

Hendak salahkan siapa? Bukan salah sendiri?.

6. Semua pemimpin parti politik – DS Najib, DS Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, DS Hadi Awang, DS Ong Tea Keat, TS Koh Tsu Koon, DS Samy Vellu, Karpal Singh, Lim Kit Siang – dan para pemimpin NGO sedar akan hakikat ini. Masing-masing cuba exploit to their advantage. Itu normal.

Perubahan

7. Sejak mengambil alih pucuk pimpinan parti (28 Mac) dan kerajaan (3 April), tanpa membuang masa, Najib telah memperkenalkan pelbagai perubahan dan pendekatan baru serta membuat keputusan yang dilihat untuk menawan hati rakyat dan mendapatkan semula sokongan mereka, terutama bukan Bumi.

8. Kesegeraan (urgency) melaksanakannya tidak dapat dinafikan kerana Najib tidak mempunyai banyak masa sebelum tibanya PRU ke-13 nanti. Jika gagal menawan hati mereka, Najib dan UMNO/BN akan tumpas.

9. Dalam tempoh sebulan ini, perubahan / pendekatan baru / keputusan utama berikut telah dibuat:

• Najib memperkenalkan konsep 1 Malaysia,

• mengurangkan 4 menteri UMNO, menambah satu jawatan menteri dan satu jawatan timbalan menteri untuk Gerakan dan satu jawatan timbalan menteri untuk MCA,

• memansuhkan Kementerian yang bertanggungjawab membangunkan Bumiputera – MeCD,

• meliberalisasikan 27 sub-sektor perkhidmatan dan sektor kewangan,

• merubah struktur perkhidmatan awam atas nama modenisasi,

100 juta unit ASW percuma untuk miskin tegar dan orang miskin di bandar,

• Kabinet memutuskan agama kanak-kanak di bawah umur adalah seperti agama ibubapa mereka semasa perkahwinan asal iaitu sebelum memeluk agama Islam,

Kabinet memberi kuasa kepada mahkamah sivil dan bukannya kepada Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak bagi mana-mana pasangan yang memeluk Islam,

• RTM (DS Rais) MENGEMBALIKAN waktu siaran Berita Nasional dalam bahasa Melayu pada masa puncak (8.00 malam). Dato’ Shabery yang bertegas menukarnya kepada jam 9.00 malam;

• pada masa yang sama, khabarnya berdasarkan maklum-balas yang diterima (dari siapa?), RTM ( DS Rais) telah mengubah waktu siaran berita Cina, Tamil dan Inggeris mulai 1 Mei. Berita Cina dari jam 6.30 ptg ke 8.00 malam; berita Tamil dari 6.00 ptg ke 7.30 malam dan berita Inggeris dari 8.00 malam ke 7.00 malam;

najib

• Najib membuat 3 lawatan mengejut untuk memahami kehidupan rakyat,  dan

memendekkan tempoh masa (hingga 10.30 malam) dan menjimatkan kos majlis yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

Siapa sokong?

10. Tolak pembangkang yang biasanya membangkang apa saja kerajaan buat, maka dijangkakan:

• majoriti rakyat akan sokong konsep 1 Malaysia [anehnya draf Akta Hubungan Kaum (Race Relation Act) tidak pula dipersetujui],

• kaum Cina, Gerakan dan MCA tentu gembira dengan tambahan jawatan menteri dan timbalan menteri itu (tetapi saya tak terbaca pulak mereka mengucapkan terima kasih kepada Najib),

• bukan Bumi dan Melayu liberal dijangka bersorak dengan pemansuhan MeCD itu,

• bukan Bumi dan Melayu liberal / open-minded (mengikut Sdr. Karim Raslan) dijangka amat gembira kerana berjaya meruntuhkan tembok DEB apabila sub-sektor perkhidmatan dan kewangan diliberalisasikan dan struktur perkhidmatan awam pula dirombak serta mereka dibenarkan membeli ASM dan ASW lebih daripada syer penduduk kaum masing-masing. Tetapi percayalah bahawa mereka tidak akan berpuas hati dan tidak akan berterima kasih. Sudahpun kedengaran mereka mahu lebih lagi dan akan terus membuat tuntutan. Contohnya, bacalah pandangan Angie Ng ‘Level playing field’ dan pendapat pembaca PROUD MALAYSIAN ‘Make 1 Malaysia more than mere slogan’,

• bukan Bumi dan Melayu liberal dijangka amat gembira dan menyokong penuh keputusan kabinet tentang agama kanak-kanak dan penyelesaian di mahkamah sivil itu sekalipun ianya bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan. Hairannya Majlis Peguam senyap tentang keputusan kabinet tersebut yang boleh dianggap sebagai menghina mahkamah. Biasanya badan inilah yang menjadi hero menentang sesuatu yang dilihatnya melanggar undang-undang. Mungkin badan berkenaan terlepas pandang keputusan yang historic ni kot;

• Bumiputera gembira kerana kedaulatan Bahasa Kebangsaan telah dikembalikan oleh RTM apabila Berita Nasional itu disiarkan semula di waktu puncak. Namun kegembiraan tersebut tidaklah begitu menyeronokkan kerana kedudukan bahasa rasmi ini seolah-olah sudah tercabar dan tercalar;

• berita RTM – dari segi susunan masa terbaru itu dan kaitannya dengan waktu puncak (menentukan status program secara tak rasmi), kaum Cina dan India tentulah gembira kerana kedudukan bahasa ibunda mereka sudahpun mengatasi kedudukan bahasa Inggeris. [Nota: nampaknya kedudukan bahasa Tamil di Malaysia lebih baik dari di India!]. Selama ini, secara tak rasmi, telah diterima ramai bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa kedua, selepas Bahasa Melayu. Lebih menggembirakan lagi orang Cina ialah status bahasa mereka kini sudah dimartabatkan seolah-olah setaraf dengan bahasa Melayu sebab ia kini sudah boleh berkongsi waktu puncak. Janganlah entengkan simbol-simbol dan imej-imej seperti ini. Apa pendapat Rais dan Shabery? Apa jadi maklum-balas yang dikumpul dulu? Yang mana satu dimanipulasikan atau kedua-duanya telah dimanipulasikan? Yang agak jelas ialah kredibiliti kedua-dua so-called maklum-balas tersebut boleh diragukan;

• dijangka ramai menyambut baik inisiatif Najib membuat lawatan mengejut itu. Namun boleh difahami jika ramai juga yang skeptikal kerana mereka lebih mengharapkan results. Mereka tak nampak apa-apa results selepas Pak Lah secara mengejut menaiki LRT tempoh hari, dan

• tentang majlis berhemah – so so aje; ada yang setuju dan ada yang beranggapan ianya perubahan kosmetik saja.

Siapa meraung?

11. Dijangka majoriti ahli UMNO / Melayu:

• merintih di dalam hati kerana kehilangan 4 jawatan menteri berkenaan; lebih-lebih lagi GERAKAN dan MCA pula dilihat mendapat ‘keuntungan’ di atas ‘kerugian’ UMNO;

• meraung kerana MeCD dibubarkan. Mereka sedang menunggu penjelasan / rasional pembubaran itu, sepertimana yang PM/TPM janjikan;

• terkejut (kenapa?) dengan pengisytiharan liberalisasi berkenaan, sepertimana yang disuarakan oleh Dato’ Moehamad Izat Emir, Presiden Perdasama melalui siaran Kelasik Nasional jam 8.45 pagi 28 April 2009. Tan Sri Rahim Thamby Chik, Pengerusi GABEM pula memberikan sokongan bersyarat. Other Malay captains of the industries nampaknya senyap aje;

• menyesal kerana sektor awam (1.2 juta pekerja) dibuka luas tetapi sektor swasta yang lebih besar itu (10 juta pekerja) tidak disentuh langsung. Mengapa Dato’ Dr Subramaniam, Menteri Sumber Manusia, turut sibuk bercakap pasal sektor awam yang bukan di bawah bidang kuasanya tetapi membisu tentang penyusunan semula sektor swasta yang menjadi tanggungjawabnya? Di mana peluang Bumi jika peluang itu tidak dibuka untuk mereka sedangkan peluang mereka di sektor awam pula telah dirampas?

• melompat mendengar dua keputusan kabinet itu, terutamanya alim ulama, termasuklah Ketua Pengarah JAKIM dan Mufti Perak. Hairannya ia menjadi senyap selepas itu. Hangat-hangat tahi ayam ke?

12. Mereka yang merintih inilah agaknya yang dilabelkan oleh Karim Raslan sebagai narrow-minded and exclusive Malays. Stereotyping dan labeling seperti ini memang biasa dibuat.

13. Yang penting dan menjadi matlamat ialah kejayaan memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa sendiri. Untuk berjaya, sokongan padu dari kaum sendiri tentulah menjadi salah satu pra-syaratnya. Bukan Melayu telah bersatu. Melayu dan Bumi macam mana? Penglabelan yang dibuat itu akan mengasingkan lagi sesama mereka.

14. Setelah perpaduan intra kaum dapat diwujudkan maka mudahlah perpaduan inter kaum pula dipupuk. Jaga rumput di halaman sendiri sebelum bercakap pasal rumput panjang di halaman orang.

Impak

15. Najib telah menekankan, antara lain, impak bukan output. Justeru apakah impak yang akan dihasilkan oleh perubahan / pendekatan baru / keputusan yang beliau perkenalkan itu?

16. Artikel ini tak bercadang untuk mengupas satu persatu impaknya kerana ia sudahpun agak panjang. Sebagai maklum-balas kepada Najib dan kerajaan, bottom linenya, persepsi ramai Bumi pada masa ini, sebagaimana yang diberi tahu oleh orang-orang yang saya temui, kaum Bumi lah yang banyak rugi dan kaum bukan Bumi pula yang lebih banyak untung manakala keuntungan mereka itu pula adalah at the expense of the Bumis. It’s like a zero sum game.

17. Jika benarlah persepsi tersebut maka dijangka:

• kerajaan akan mendapat sokongan bukan Bumi dari segi pentadbiran tetapi besar kemungkinannya mereka tidak akan memberi undi kepada UMNO/BN kerana mereka yakin bahawa mereka akan lebih beruntung di bawah kerajaan PR nanti. Siapakah yang memberi peluang keemasan ini kepada mereka? Anwar. Siapakah menjadi ‘hulu kapak’ untuk menebang ‘pohon’ Melayu? Anwar. Siapakan pembunuh bangsa Melayu? Anwar.

• sebahagian ahli UMNO dan lebih ramai orang Melayu/Bumi, termasuk pegawai kerajaan dan pesara, yang terasa bangsa mereka ‘terjual/rugi’, akan mengundi parti pembangkang atau tidak akan keluar mengundi,

• Najib akan menghadapi situasi di mana yang dikejar tak dapat, yang dikendung akan berciciran! Lalu tumbanglah Najib dan musnahlah kuasa bangsa Melayu:

Harapkan sungai selalu berubah,
Harapkan pagar memakan padi,
Harapkan sokong membawa rebah,
Harapkan laba mendapat rugi.

18. Insaflah. Kuasa yang ada pada orang Melayu umpama dara kepada perawan; apabila hilang, ianya TIDAK akan kembali lagi!

19. Mohon ulasan YABhg. Tun Dr. M.

Tindakan

20. Kejayaan Najib dan kerajaan dalam segala apa yang dirancang dan dilaksanakan secara top down ini terletak, antara lain, kepada buy-in oleh rakyat. Buy-in lebih mudah berlaku jika (a) ia bersifat bottoms-up atau (b) ada unsur participatory atau (c) penjelasan yang berkesan dan melebar luas.

21. Sayangnya ketiga-tiga unsur tersebut adalah conspicuously missing. Elakkanlah kesilapan Pak Lah bersama Islam Hadhari dan Misi Nasionalnya. Percayalah hingga sekarang, setelah beliau bersara, masih ramai lagi pegawai kerajaan (apatah pula rakyat biasa) tak tahu dan tak faham apa dia prinsip-prinsip Islam Hadhari dan Teras Misi Nasional itu.

22. Justeru Najib perlulah kembali kepada janji beliau untuk melibatkan rakyat dan berunding dengan parti terlebih dahulu sebelum gagasan idea / keputusan yang besar hendak dilaksanakan agar mudah mendapat sokongan rakyat dan ada sense of collective ownership. Of course, the immediate cost is his precious and limited time tetapi berbaloi.

23. Mengenai tindakan kerajaan untuk menyampaikan penjelasan pula, content, kaedah persembahan dan bahan hendaklah lebih convincing dan menarik lagi. Jentera penyampai sedia ada hendaklah ditukar / diupgrade sesuai dengan tuntutan zaman. Mungkin ramai di kalangan mereka tak mampu pun menjelaskan perkara yang mudah seperti pemberian permit C kepada syarikat pengangkutan dan pembukaan theme parks yang besar tak merugikan Bumi. Tak perlulah saya sebut nama agensi berkenaan.

24. Seterusnya Najib hendaklah memperlihatkan tindakan beliau matches dengan perkataan / janji yang diberikan. Assurances sahaja tidak mencukupi. Sebagai contoh, beliau menegaskan bahawa dasar afirmatif tetap diteruskan di bawah konsep 1 Malaysia tetapi tindakan mengliberalisasikan sub sektor perkhidmatan dan sektor kewangan dilihat menggadaikan dasar afirmatif tersebut dan tidak pula diratakan segera padang permainan.

25. Persepsi ini perlu dibetulkan segera sebab kebimbangan usahawan / peniaga Bumi adalah real and genuine. Misalnya, kehadiran hyper markets telah membunuh sebahagian peruncit Bumi. Dalam pada itu, peniaga Bumi masih tak berjaya menembusi sub sektor alat ganti (spare parts), hardware dan kedai tayar yang dimonopoli oleh kaum Cina manakala industri simen negara kita pula kini telah dimonopoli oleh sebuah syarikat Perancis.

26. Justeru, bagaimana mereka mampu bersaing nanti? Lebih-lebih lagi ada di antara perniagaan asing yang lebih condong untuk mengamalkan sistem perniagaan yang menggunapakai kaedah vertical integration.

27. Penjelasan yang berkesan kepada kumpulan sasar ini akan membantu menghilangkan kebimbangan mereka. Yang demikian, mereka akan faham dan kembali menyokong kerajaan.

28. Untuk pacify penjawat awam pula dan mendapatkan semula sokongan mereka, maka perlulah difahami mengapa dan siapa yang mereka tak puas hati sehingga menyebabkan ramai tak menyokong kerajaan pada 8 Mac 2008? Kini adakah majoriti mereka bersedia menerima perubahan drastik yang diperkenalkan oleh Najib itu?

29. Konsep 1 Malaysia adalah satu yang murni. Ia wajar dihalusioleh badan ala Majlis Perundingan Negara. Hasilnya digubal untuk dimartabatkan sebagai Dasar Induk Negara (Mother Policy). Saya pernah syorkan perkara yang sama di Dewan Negara pada 31 Mac lalu.

30. Jika ianya tidak dijadikan dasar kerajaan maka berkemungkinan nanti ia akan mengalami nasib yang sama seperti Wawasan 2020, Islam Hadhari dan Misi Nasional sebab Malaysia terkenal dengan sekali air bah, sekali pasir berubah; lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Cerita komedi Yes Minister menjadi realiti.

31. Jika dapat dilaksanakan perkara-perkara di atas maka yang dikendung mungkin tak tercicir. Untuk mendapatkan pula yang dikejar maka buat sekian kalinya saya mengesyorkan agar perpaduan Melayu/Islam/Bumi diusahakan segera.

Retak jangan sampai belah,
Luka jangan sampai berdarah,
Ular dipukul biar mati,
Kayu di tangan jangan patah.
Cat ting telinga tikus,
Biar genting jangan putus.

32. Ajaran Islam juga menyuruh penganutnya bersatu padu, seperti maksud ayat 103, Surah Ali-Imran:

“Berpegang teguhlah kamu kepada agama Allah secara kuat dan janganlah kamu bercerai berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu, ketika dahulu kamu bermusuhan, lalu Allah persatukan hati kamu, sehingga kamu menjadi bersaudara kerana nikmat-Nya dan kamu waktu itu berada dipinggir jurang neraka lalu Dia selamatkan kamu dari jurang itu. Demikianlah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya,mudah-mudahan kamu terpimpin kejalan yang benar.”

33. Perpaduan ini mempastikan BN/UMNO/PAS akan menang dalam PRU Ke-13 kelak dan memberi laluan kepada terbentuknya kerajaan perpaduan. Pembentukan kerajaan perpaduan ini wajar diusahakan dan disokong.

34. Jika terdapatlah pemimpin Melayu/Islam yang menggagalkan usaha suci ini hingga menyebabkan BN/UMNO tewas dan impak akhirnya mengakibatkan Melayu/Islam/Bumi merempat di tanah air sendiri, seperti yang berlaku kepada orang Melayu di Singapura dewasa ini, maka janganlah terperanjat jika ada anak cucu mereka yang akan mengencingkan kubur mereka nanti. Jika ianya benar-benar berlaku, hendak salahkan siapa?

35. Sikap biadab dan tak pernah puas serta tak tahu bersyukur yang dipamerkan oleh sebahagian besar masyarakat bukan Bumi telah membangkitkan kemarahan dan kebencian orang Melayu. Mereka bukan sahaja marah dan benci kepada bukan Bumi yang tak tahu menginsafi asal usul mereka tetapi juga memarahi para pemimpin Melayu terdahulu yang terlalu pemurah.

36. Impak sikap pemurah itu telah menyebabkan Melayu hilang segala harta benda serta lenyap kota dan desa tetapi mereka pula yang kini menanggung segala sengsara:

Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Dagang pergi mereka terhutang.

Siapa terdengar penyesalan, rintihan dan kemarahan ini?

37. Sekali lagi saya mohon ulasan YABhg Tun Dr M.

  1. #1 by toytian on May 4, 2009 - 1:16 pm

    Berjuanglah untuk memartabahkan agama ALLAH.
    Insyallah semua soalan yang membimbangkan&menakutkan penulis akan selesai.
    Hanya ugama yg boleh menyatukan umah, dasar penjajah tidak akan kekal lama.
    Tapi sapa yang nak kita harapkan kalau pemimpin UBN yang ada kuasa tiada berdaya dan hilang magnetnya.
    Apakah kita mengharapkan pada PR PAS yang tiada kuasa tapi berdaya dan bermagnet.
    Apakah dalam ugama nabi tiada konsep berpolitik,ekonomi & bersosial.
    Soalan kita sudah tahu dan lama diacuan dlm minda dan kita sentiasa disajikan dgn juadah atau selera penjajah.
    Kalau untuk mengimbangkan keadaan, sapa yang kita boleh harapkan?
    Hebat sekali pemimpin melayu, kalau kita tidak disatukan dgn ugama memang kita menang sorak sahaja.
    Kenapa tak ada yang berkuasa untuk mencari titik persamaan dari titik perbezaan.
    Apakah kita menuding jari kelingking kpd saudara anwar bila UBN hilang izzah atau manisannya.
    Jawapanya kenapa rakyat hilang selera sebab dalam makanan ada pasir atau kita salah beri makanan. Sapa yang bubuh pasir? Kembalilah ke cerita bangun…oh…….bangau.
    Adakah akhir zaman bagi UBN berkuasa.52 tahun merdeka inikah hasilnya.
    ISLAMnya di mana saudara TUAH.
    Berfikir dan berhujah baik untuk mengelak kita dari nyanyuk.

    • #2 by darahtuah on May 5, 2009 - 9:38 am

      Sdr toytian,
      Kalau ”hanya ugama yg boleh menyatukan umah” maka gunkanlah asalkan masa depan orang melayu/islam kekal cerah. Sdr tentu sedar siapa yg mahu dan siapa pula yg tak mahu. Sama-samalah pujuk golongan kedua ini.
      Diharap rencana saya ini dapat membantu menimbulkan keinsafan sesama kita manakala ayat 103 itu pula memberikan kekuatan mukjizak Allah swt.
      Sdr baca ‘Apa kita mahu?’ dan ‘DAP bermain api’?
      Tk.
      Darah Tuah

  2. #3 by flyingman on May 9, 2009 - 12:57 am

    wahai orang melayu…
    wake up!!!

  3. #4 by NJ on May 12, 2009 - 8:15 pm

    Salam Sejahtera Tuan Rumah,

    Maafkan saya kerana menerjah sebegini rupa dan lari dari topik. Ingin menumpang lalu untuk menyelitkan permohonan saya kepada pengunjung-pengunjung di sini.

    Saya memohon anda semua untuk ke ke sini, KijangMas – DemiNegara, dan menyatakan sokongan anda dipetition online, kempen SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA.

    Di sana, dipaparkan memorandum “SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA” yang ditujukan kepada TPM selaku Menteri Pelajaran.

    Pohon sokongan anda semua.

    Salam sejahtera,

    “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”

    NJ

  1. The one month review of the people’s government « Jebat Must Die
  2. 1Malaysia : Bukan Melayu Perlu Ikhlas « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: