1Malaysia : Bukan Melayu Perlu Ikhlas

Abu Huraira reported God’s Messenger as saying, “God does not look at your
forms and your possessions, but He looks at your hearts and your deeds.” – Muslim

Sincerity and truth are the basis of every virtue – Confucius

Do I generally live with soiled thoughts or clean thoughts? – Buddha

Laungan

1. Sejak YAB PM memperkenalkan konsep 1Malaysia, kita semakin kerap mendengar para pemimpin bukan Bumi bercakap mengenai semangat muhibbah dan perlunya mengutamakan kepentingan semua kaum; bukan kepentingan kaum sendiri sahaja. Laungan/saranan tersebut amatlah baik dan positif. Diharap ianya tidak sekadar menanam tebu di tepi bibir sahaja. Kejayaan 1 Malaysia bergantung kepada keikhlasan semua kaum.

Pengorbanan Melayu

2. Biarlah saya mulakan dengan premis bahawa orang Melyau (maksudnya termasuk kaum Bumi) amat toleran, murah hati dan ikhlas, terutama kepada tetamu dan dagang perantau. Tanyalah pakar sejarah seperti Prof. Emeritus TS Khoo Khay Kim dan Prof. Emeritus DW Yusuf Hashim. Sejak kumpulan imigran menjejakkan langkah di Tanah Melayu ini, mereka telahpun diberikan tanah untuk berkebun sayur dan diberikan bukit untuk tempat tinggal.

Picture taken from nazirulhazim.blogspot.com

Picture taken from nazirulhazim.blogspot.com

3. Semasa merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu, dengan mudah dan ikhlas, KERAKYATAN, harta yang paling berharga (umpama dara bagi perawan), telah diberikan kepada lebih TIGA JUTA kaum imigran. Pada tahun 1957, orang Cina = 2.3 juta orang manakala orang India pula = 0.7 juta orang. Kini bilangan penduduk masing-masing telah melonjak lebih 170%!

4. Keikhlasan keputusan tersebut, seperti yang dituntut oleh Hadith di atas, umpama keikhlasan Nabi Ibrahim as menyerahkan Nabi Ismail as sebagai korban, sepertimana yang diperintahkan oleh Allah swt. Orang bukan Islam faham akan analogi ini?

5. Hak-hak asasi yang lain turut diberikan secara sama rata seperti hak mengundi, hak beragama, hak mengekalkan bahasa ibunda dan budaya mereka serta hak mencari rezeki secara sah di sisi undang-undang. Semuanya sama di bawah Perkara 8, Perlembagaan Malaysia.

6. Sejarah menyaksikan ketamakan nafsu mereka semakin berleluasa. Mereka terus meminta, mendesak dan mengugut lalu diberikan lebih banyak lagi; lebih daripada apa yang mereka patut dapat. Contohnya, kemasukan ke IPTA dan pemberian biasiswa. Mereka diberikan kuota sebanyak 45% sedangkan mereka patut diberi 33% SAHAJA! (Apa jadi kepada hak orang Melayu seperti yang termaktub di bawah Perkara 152 dan 153, Perlembagaan Persekutuan?).

7. Sebagai timbal-balik (reciprocity), apakah hak kaum Cina dan India yang telah diberikan kepada orang Melayu? Tidakkah Buddha dan Confucius telah menyuruh penganut mereka bersikap sama seperti orang Melayu – ada ubi ada batas, ada budi ada balas?

8. Difahamkan Buddhists in every province and city worked closely with each other to show the Buddhist spirit of solidarity, harmony, gratitude, and returning others’ favours.

9. Confucius turut menekankan reciprocity…When asked, “Is there one word that can serve as a principle of conduct for life?” Confucius replied, “It is the word ‘shu’ — reciprocity.” This, of course, is the basis for empathy, the golden rule and many moral codes.

10. One good turn deserves one another, tegas Gaius Petronius Arbiter.

Melepaskan anjing tersepit

11. Begitulah murahnya hati dan ikhlasnya jiwa orang Melayu terhadap kaum imigran tersebut hingga dirakamkan dalam syair yang sering saya ungkapkan:

Negeri Melayu ternama indah,
Orangnya baik lagi peramah,
Dibawa berunding mereka mudah,
Terhadap pendatang hati pemurah.

12. Keikhlasan ini semakin ketara jika dibandingkan dengan layanan buruk yang diberikan kepada kaum Cina di Indonesia, terutama di era Presiden Soekarno; layanan buruk yang diberikan kepada orang Islam di India (sekalipun sebangsa) dan diskriminasi terhadap orang Melayu sendiri oleh pemerintah Cina di Singapura. Lalu diperli dan disindirlah bangsa pemurah ini dengan seloka berikut:

Baik budi mak si Randang,
anak di pangkuan diletakkan,
kera di hutan disusukan;
dagang pergi awak terhutang,
beras habis padi tak jadi.

13. Berdasarkan lanskap budaya pemikiran, budi dan kemurahan hati bangsa Melayu itu maka janganlah ada sesiapa yang mempersoalkan keikhlasan mereka. Apa yang dituntut sekarang ialah keikhlasan yang sama di pihak kaum Cina dan India, jika sesungguhnya kita sama-sama mahu menjayakan 1Malaysia dan hidup dalam suasana selamat, aman dan makmur.(Inilah slogan BN dalam PRU ke-12 lalu).

14. Jika tidak ikhlas maka laungan dan saranan tersebut hanyalah untuk mengkhayalkan para pemimpin Melayu sedangkan, sebenar-sebenarnya, saranan mereka itu is still underpinned by their own respective ethnic interest.

15. Bangsa Melayu amat berharap agar, sebagai kawan, kaum Cina dan India faham tentang keresahan dan kebimbangan mereka ekoran daripada tindak tanduk, permintaan, desakan dan ugutan yang tak ikhlas itu. Malah ia ibarat melepaskan anjing tersepit. Janganlah fikir orang Melayu naive dan tak faham akan tindak tanduk sedemikian itu.

Bukan Bumi tak ikhlas

16. Contoh-contoh berikut menggambarkan ketidakikhlasan bukan Melayu:

• Orang India (HINDRAF) menuduh kerajaan UMNO melakukan ethnic cleansing/genocide terhadap kaum mereka sedangkan bilangan mereka kini telah melonjak lebih 170% kepada 1.9 juta orang pada tahun 2009! Tuduhan liar ini menimbulkan kemarahan orang Melayu dan mengingatkan mereka bahawa keputusan Tunku Abd Rahman, Tun Razak dan Tun Dr Ismail memberikan kerakyatan kepada mereka kini umpama melepaskan anjing tersepit.

• Pada 9 Mei, 3 pemimpin haram HINDRAF telah dilepaskan dari tahanan ISA. Siapa berterima kasih? Malah mereka caci lagi kerajaan. Bacalah kenyataan mereka dalam Mingguan Malaysia bertarikh 10 Mei.

• MCA, MIC dan Gerakan kalah teruk dalam PRU Ke-12 lalu. Oleh kerana mereka tidak ikhlas dan tidak gentleman, maka mereka bukan saja tak bermaya menghayati prinsip dan tak mampu mengikut jejak langkah Tun Tan Siew Sin pada tahun 1969 (tarik diri daripada kabinet kerana kalah teruk tetapi tetap menyokong Perikatan/Kerajaan) malah mereka menjadi lebih tamak lagi.

Mereka mendesak dan mendapat tambahan jawatan menteri dan timbalan menteri. 11 daripada 15 MP MCA kini diberi jawatan manakala semua MP MIC mendapat jawatan. Of course, seratus peratus MP Gerakan dapat jawatan + 2 yang kalah.

• Mereka bersorak sorai menyokong dasar YAB DS Najib mengliberalisasikan 27 sub sektor perkhidmatan awam dan sektor kewangan kerana, sebenarnya, sekaligus mereka telah berjaya, secara perlahan-lahan, membunuh ekonomi masyarakat Bumi.

Jika mereka ikhlas, pada masa yang sama, mereka akan membantu kerajaan meratakan ‘padang permainan’ serta menyediakan mekanisma untuk membantu kaum Bumi supaya turut mendapat manafaat dari perubahan drastik dasar tersebut. Sebagai contoh, mereka membuka sub-sektor perniagaan alat ganti, hardware dan tayar kepada para peniaga Bumi.

• Walaupun liberalisasi di atas telah dilaksanakan, mereka masih belum puas hati. Mereka mahukan yang lain lagi. Contohnya mereka mahu pula tender-tender kerajaan dibuat secara terbuka atas alasan daya saing (sekalipun padang permainan tak rata) dan ketelusan sebagai topeng untuk merampas sedikit keistemewaan yang masih tinggal pada Bumi. Jika mereka ikhlas, mereka patut memberi jaminan bahawa semua projek sektor swasta turut dibuka serta merta secara saksama kepada kontraktor Bumi.

Mereka juga boleh mengaku bahawa walaupun mereka tak mendapat projek-projek tersebut secara rasmi tetapi sebenarnya (a) sebahagian besar projek itu mereka telah mendapatnya secara ali baba, dan (b) jika tak secara ali babapun, 80% daripada harga projek berkenaan tetap pergi ke kocek mereka kerana hampir semua barang binaan dan peralatan pejabat dibeli daripada mereka manakala baki 20% itu dikongsi pula oleh kontraktor Bumi dengan pekerja asing – Indon dan Bangla, dsbnya.

• Mereka gembira kerana kerajaan memperluaskan sektor awam kepada kaum mereka tetapi mereka langsung tak buka mulut untuk membuka sektor swasta dan KTAR kepada Bumi.

YB Dato’ Dr Subramaniam dan YB Dato’ Ong Tee Keat sengaja membisukan diri tentang isu ini tetapi turut sibuk mengenai menempatkan kaum mereka dalam sektor awam. Terkini, KSU Kementerian Kerja Raya ialah seorang India. Hari ini dalam sejarah!

Sepatutnya mereka dengan ikhlas mengakui bahawa selama ini sektor swasta memberikan lips service sahaja dalam usaha mengambil pekerja Bumi.

Kebanyakannya yang diambil itupun hanyalah bagi jawatan-jawatan rendah dan sebagai hiasan sahaja. Pada masa yang sama mereka dikenakan bermacam-macam kerenah dan tipu muslihat supaya pekerja Bumi itu cau (berhenti) cepat. So, it is high time to correct this acute structural imbalance and social injustice. Ratakan padang permainan.

• Mereka bersungguh-sungguh menyokong keputusan kabinet yang:

(a) memutuskan agama kanak-kanak di bawah umur adalah seperti agama ibubapa mereka semasa perkahwinan asal iaitu sebelum memeluk agama Islam serta

(b) memberi kuasa kepada mahkamah sivil dan bukannya kepada Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak bagi mana-mana pasangan yang memeluk Islam.

• Sesungguhnya mereka adalah hipokrit kerana langsung:

(a) tak mahu mengingatkan kabinet apatah lagi menyanggah keputusan tersebut kerana ianya bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007 yang memberikan hak kepada Muhammad Shafi Saravanan Abdullah untuk mengislamkan kedua-dua anaknya tanpa pengetahuan atau mendapat persetujuan isterinya, R. Subashini yang masih beragama Hindu.

Sebaliknya, dalam isu yang menguntungkan mereka, Karpal Singh, misalnya, merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 1988 yang memutuskan Malaysia adalah sebuah negara sekular; hujah ini digunakan untuk membantah pendirian Dewan Ulama PAS yang mahukan dua jawatan tertinggi parti tersebut disandang oleh ulama;

(b) tidak menarik perhatian kabinet bahawa Seksyen 51, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 adalah merugikan pasangan yang memeluk agama Islam; justeru ianya patutlah dipinda terlebih dahulu sebelum keputusan berkenaan dibuat;

• Sibuk meminta kerajaan melonggar/melepaskan kuota perumahan sebanyak 30% untuk Bumiputera agar ianya boleh direbut oleh bukan Bumi dengan memberikan berbagai alasan tanpa mahu membantu kerajaan / Bumi menyelesaikan masalah keupayaan membeli.

Pada masa yang sama, DAP membantah keputusan kerajaan PR Kedah yang mahu menaikkan kuota perumahan bagi kaum Melayu di negeri tersebut kepada 50% sedangkan hampir 80% penduduk negeri itu adalah Melayu dan kira-kira 20% sahaja bukan Bumi.

Sepatutnya bukan Bumi sedia mengaku apa yang semua orang dah tahu iaitu mereka telah melakukan pelbagai tipu helah untuk menggagalkan dasar kuota 30% ini. Antaranya:

(a) sengaja menaikkan harga rumah supaya tak ramai kaum Melayu mampu beli,

(b) membohongi rumah yang dirizabkan untuk Melayu kononnya telah habis dijual walaupun ianya masih ada lagi dan menipu pula kerajaan kononnya orang Melayu tak minat/mampu nak beli,

(c) memperuntukkan rumah rizab untuk Melayu di lokasi yang kurang sesuai / tak diminati oleh bukan Melayu; misalnya di pesimpangan T, no. rumah berakhir dengan 4, dekat dengan sub station TNB, loji kumbahan, dll, dan

(d) kualiti rumah rizab ini biasanya lebih rendah.

• Semua orang tahu kaitan the Star dengan MCA dan ramai juga orang tahu siapa Datuk Wong Chun Wai dalam the Star. Pada 3 Mei 2009, beliau ada menulis di bawah tajuk “Changes Aplenty in the Works”. Seolah-olah seperti disuruh untuk mengutuk UMNO, dia sengaja single out UMNO sebagai parti yang paling sakit dalam BN (The Barisan, particularly UMNO, is afflicted with sickness).

Saya setuju BN sedang menghadapi banyak masalah. Begitu juga parti-parti di bawah PR. Justeru, apa tujuan dia sengaja single out UMNO? Di mana keikhlasan kaum Cina, termasuk MCA, terhadap Melayu /UMNO?

Bukankah Gerakan, MIC dan MCA berada dalam keadaan yang lebih teruk lagi jika berdasarkan keputusan PRU ke-12? Bukankah MCA dalam keadaan tenat sekarang ini kerana perkelahian berpanjangan antara Presiden dan Timbalannya? Bukankah keadaan ini diakui sendiri oleh DS Liow Tiong Lai (he said MCA was facing difficult times)? Kenapa tak single out MCA juga? Jawabnya, kaum Cina/MCA/the Star TIDAK ikhlas.

• Sesiapa saja bolehlah menambah senarai ini.

17. Saya setuju dengan seruan Wong bahawa “..that no single party leader should be projecting themselves as champions of their own race. It is no longer enough to merely talk of issues affecting their own communities. In fact, it can be self defeating”.

18. Tetapi apakah yang Wong dan the Star sendiri buat? Bukankah asyik memperjuangkan hak kaum Cina/bukan Bumi? Lihatlah isu keputusan kabinet yang dibincangkan di atas dan apa yang ditulis pada 10 Mei. Olang macam latuk Wong, olang Melayu cakap lu kata lulang paku selepih, kata olang lu yang lebeh!

19. Saya setuju semua kaum boleh dan patut memperjuang dan mempertahankan hak kaum masing-masing TETAPI janganlah sampai merampas atau mengancam hak kaum lain. Lebih baik lagi jika kita turut memperjuangkan hak kaum lain juga secara ikhlas.

20. Sehubungan itu, MCA, MIC, Gerakan serta kaum Cina dan India hendaklah segera mempamerkan keikhlasan masing-masing terhadap kaum Melayu dan 1Malaysia. Laksanakanlah Newton’s First Law of Motion …An object at rest will remain at rest unless acted on by an unbalanced force. An object in motion continues in motion with the same speed and in the same direction unless acted upon by an unbalanced force.

21. Dalam konteks ini, that unbalanced force ialah KEIKHLASAN bukan Bumi terhadap bangsa Melayu dan kerajaan BN yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya. Sempena Hari Wesak, laksanakanlah ajaran Confucius ini… Sincerity and truth are the basis of every virtue dan ajaran Buddha…Do I generally live with soiled thoughts or clean thoughts? Buddhism. Anguttara Nikaya v.66

22. Ajaran Hindu juga menekankan keikhlasan:

A worship without love
And an unfeeling act,
Behold, my brothers, is
A pictured loveliness–
No joy in its embrace;
A painted sugarcane–
No relish in its taste.
O Lord, without sincerity
Is no piety.

– Hinduism. Basavanna, Vachana 126

23. Lantaran itu, berhentikanlah segala hipokrasi dan ketidak-ikhlasan tersebut dan gantikanlah dengan keikhlasan sebenar. Dengan keikhlasan yang genuine itu, maka barulah 1Malaysia mempunyai probability yang besar untuk berjaya.

24. Good Luck, DS Najib.

najib1

  1. #1 by u on May 11, 2009 - 11:51 am

    PLEASE DO NOT WRITE COCK SHITS LIKE ABOVE AGAIN EVER.

    YOU SO CALLED THE BUMI, BUT IN FACT YOU ARE JUST MALAY; FOREVER BLAMING OTHERS FOR YOUR FAILURES.

    ALL THESE WHILE YOU HAVE BEEN TAKING FROM THE CHINESE AND INDIANS. EVERYTHING WERE SUBSIDISED TO YOU PEOPLE USING THEIR TAX MONIES.

    THEY HAVE NOT BEEN TAKING THINGS FROM YOU MALAY. ONLY YOU MALAY BEEN ROBBING THINGS FROM THEM. YOU LAZY ASS PEOPLE. (WITHOUT THEM, YOU THINK YOU MALAY CAN BUY BIG HOUSES AND CARS)

    MOST RACIST AND CORRUPTED BUNCH IN THE WORLD.

    • #2 by pmnac on May 18, 2009 - 9:34 am

      Dear u,

      It seems to me u don’t have an intellectual mind.

      I accept that more Chinese pay income tax than Malays (though I don’t have the facts). However, on per capita basis, I trust, they’ve unfairly taken back from the government more than the Malays do.

      Most subsidies / incentives, if not all, are meant for ALL races. Example, subsidies on text books, petrol, diesel, sugar, flour, electricity and incentive for livestock. The Chinese have more big cars, commercial vehicles, factories, big fishing boats and large livestock farms. Hence, surely they’ve expropriated more rakyat’s money from the government.

      20% of the fishermen are rich (have bigger boats) and almost all of them are Chinese. This group has expropriated 80% of the diesel subsidy. If total diesel subsidy is estimated around RM500 million, they’ve unfairly stolen RM400 million from the poor fishermen (largely Malays).

      This misallocation of scarce resources that favours the rich (mostly Chinese) could happen because the lobby groups (mostly Chinese) manage to influence the government and ‘smuggled in’ the rich-biased policies such as petrol and diesel subsidies and incentive for the livestock.

      Therefore, it is a fallacy to say the Malays are having subsidy mentality. In actual fact, it is the Chinese who live on subsidy / incentive. At the same time, all this prove that the Chinese are not that great entrepreneurs. They cannot make profit unless they ‘swindle’ the government and the poor.

      Politically, the Chinese had taken away the post of Chief Minister of Penang from UMNO since the days of Wong Pow Nee to Koh Tsu Khoon. Please remember, it was UMNO who had the most number of seats in the Assembly. Not Gerakan or MCA.

      It was MCA and Gerakan who took from UMNO the Malay majority seats or where the Malays are the biggest single group (mixed seats). Examples, Grik, Alor Gajah, Ayer Hitam, Tanjung Malim and Bachang.

      Most corrupted? The Chinese are ‘efficient’ in doing business only by corrupting the other parties. It works because the other parties are vulnerable and susceptible.

      Tq.

      Pro Malays Not Anti Chinese.

  2. #3 by umnoisshit on May 11, 2009 - 11:57 am

    OOi umno.
    Sudah laa, kalo orang racist, mengakulah dgn jujur.
    Kenapa berlindung di belakang semua bullshit ini.

    Hak asasi itu hak asasi, bukan diberi tapi memang wujud dengan kewujudan manusia atas prinsip kesamaan.
    Itu juga yg Nabi ajar.

    setelah lebih 50 tahun merdeka, apa yg orang miskin di malaysia dapat?
    Kerajaan BN korup semata2.
    Tanyalah orang Iban, Dayak, Kadazan Dusun di Sabah dan Sarawak.
    Tanyalah penduduk2 kampong di semenanjung.

    kalo kamu ikhlas, tanyala hati kamu sendiri.
    Beranikah berhadapan Tuhan nanti?

    • #4 by darahtuah on May 13, 2009 - 11:33 am

      u and umnoisshit,

      I appreciate both your comments; expressions of your true feelings/perceptions.

      I would like to engage in a matured, factual and healthy discussion but, unfortunately, my intuition tells me that it would be futile. Kindly revisit the article and digest para 17 – 24.

      It seems your comments gave credence to YABhg Tun M’s cynical remarks that if the Malays talk about their rights, they will be branded as racists. If other races do the same, it is not racist. However, it is, indeed, important for the government to know these feelings (am sure many have the same) and take remedial actions.

      These responses strengthen my belief that DS Najib requires tremendous energy to invest a lot of efforts + a lot of luck to concretize his vision of 1Malaysia.

      Thank you.

      Darah Tuah.

    • #5 by Melayu bersyukur on May 16, 2009 - 11:00 am

      umnoishit,

      Jika kamu seorang Melayu maka kamu adalah seorang Melayu yang mudah lupa. Kalau kamu hidup di Selatan Thai atau di Singapura, kamu tahulah nasib kamu; berani menjeritkan hak asasi? Jika kamu tak setuju, maka sahlah kamu adalah umpama katak di bawah tempurung.

      Memang benar rasuah banyak berlaku tetapi kerajaan BN terus berusaha membenterasnya. Tetapi ianya hanya boleh dihapuskan jika masing-masing tidak memberi dan menerima secara haram.

      Lagi satu janganlah ada ilusi bahawa kononnya kerajaan yang bakal hendak dinaikkan itu akan bersih. Hang buta dan tak baca surat khabar ke? Apa yang dibuat oleh seorang bekas pegawai kanan MB Selangor sekarang, mantan ADUN PKR di Perak dan isu kuari di Pulau Pinang? Itu baru berapa hari berkuasa?

      Apa kata Dato’ Mohamad Daud Iraqi? Sudah berlaku politik wang dalam PAS bukan?

      Tak usahlah cakap pasal takutkan Allah jika bahasa yang kamu gunakan itupun tak mencerminkan kamu seorang Islam yang baik. Tak usahlah bertopengkan agama.

      Melayu Bersyukur

  3. #6 by h on May 13, 2009 - 11:18 pm

    Hi Darah Tuah

    Your article is indeed an eye opener to all. Agree that the non-Malays too (especially the wealthy) need to extend a hand to help the poor in the malay community. This can be done in many ways..jobs, etc..
    In this way there will be a good balance and we can succeed in 1 Malaysia.

    However, you can’t blame the non-Malays for asking for equal rights in a land which they have lived for over 4 generations already.Moreover they will continue to live here for generations to come. It is their great grand fathers (1st generation immigrants) whom you should have discriminated against. But after this generation all citizens should have been treated equally by law and all policies national, etc.. The 2nd generation onwards are merely innocent souls just like you and me being born in a country not by choice. The only hope they have as citizens is for equal treatment. This is basic humanity and should be irregargless of someones ethnicity or religion.

    Also agree that we need to be sincere among the races. Every race needs to work towards a better Malaysia for ALL and not just for his race.
    I support our government 1 malaysia concept and hope for properity, fairness and harmony for all races in our beautiful country.

    • #7 by darahtuah on May 16, 2009 - 10:58 am

      Hi h,

      Thank you for your mature comments.

      As I mentioned in my article, ALL Malaysians are EQUAL as enshrined in Article 8 of our Constitution. So, what other ‘equals’ that the non-Malays want?

      When you raise the issue of “equal rights” as demanded by the non-Malays, in fact, you have also indirectly raised a few other related issues:

      • Importance of understanding what “equal rights” they are demanding for?
      • Equality
      • Fairness / justice
      • Level playing filed
      • Affirmative policy
      • Prosperity,
      • Peace and security

      All these ought to be discussed by cool and level headed leaders of various races so that the final ‘agreements’ are collectively owned as in the case of NEP/DEB.

      For this Blog, it is suffice to say that, from the Malay’s perspective:

      (a) the continuous demands by non-Malays frighten the community as they are perceived as directly aimed at attacking their rights,

      (b) the non-Malays have been given more than what they deserve AND it was at the expanse of the Malays’,

      (c) if the citizenship of present non-Malays cannot be withdrawn / questioned, hence, the rights of the Malays must also not be withdrawn / questioned, and

      (d) demanding equal rights means the non-Malays want the Malays to give up their rights as protected by the Constitution – Articles 4, 32, 38, 89, 152, 153, etc.

      However, Article 153 may not have to be invoked infinitely if, from now on, we sincerely start to concretize a level playing field for all. Affirmative policy will also become irrelevant. Will the rich agree?

      Tq,

      Darah Tuah.

  4. #8 by achai on May 16, 2009 - 12:05 am

    Dear Darah Tuah,
    If there’s an ounce of sincerity amongst the chinese & indians, the Malays would have accepted & shared all without any qualms. Despite this, the chinese made up majority of the riches in the country. Still they’re ungrateful & demamding. If there’s war between Malaysia & Singapore (don’t even mention China/India), I doubt there’ll be M’sian chinese/indians in the front lines to fight! Forget about Malaysian Malaysia or 1 Malaysia if chinese/indians can’t even accept the 1 school system concept! Unfortunately, PKR/PAS are oblivious or stupid to have strange alliance with DAP! The kafirun anti-Islam & Malays! To PKR/PAS, DAP & Hindraf are actually the punishment of Almighty Allah upon you!!! I’m pro-Malay (regarless of political parties)& proud of being one too!

    achai darah Melayu

    • #9 by Malaysian2020 on July 27, 2009 - 7:47 pm

      Hi Achai.

      It is non-malay’s right to have their own mother language education. This is the right agreed among all races b4 independent.

      In my eye, 1 school system is a concept which wants to abolish our rights.

  5. #10 by h on May 17, 2009 - 11:22 pm

    Hi Darah Tuah,

    Apprieciate your open coments. If we have equal rights for all, the Malays do NOT need to give up their rights. Absolutely not. It is about how the system is implemented.

    In the current system, non-Malays feel the inequality due to higher house price, difficult in obtaining PSD scholarships, impossible to get government contracts, impossible to get many business licenses without a bumi partner, diffcult or impossible to have contracts with GLCs and related bodies, barred from certain government jobs and positions, limited or restricted university intakes, unable/limited to invest in the highest returns of PNB investments i.e ASB, limited government aided welfare homes, no chance for asrama, and many many more…. BUT the non-malays pay the same TAX rates. So is it wrong for them to feel that there is inequality in the current system ?

    Having said the above, we must never assume that non-malays do not love the country and will support some foreign country if an event of war, as suggested by Achai darah melayu above. For almost all non-Malays they love this land as much as as their Malays friends and will fight for Malaysia sincerely right to their last drop of sweat and blood. They were born here and will continue to live and prosper here for generations.

    Therefore a good system is important. In my view the following :
    1) Any form of government aid or scholarships should depend on household income level and not race. In this way all the poor will be helped. But in the current system as example, a rich Malay gets a bumi discount when buying his RM 2 million bunglow but a poor Indian woman gets no discount when buying her flat.

    2) Have a one school system i.e. only Sekolah Kebangsaan so all races can mix from young.

    3) Government to fine companies who hire asking for a particular race or language. i.e. Speak Mandrin only.

    4) Government to set hiring standards for all companies to ensure equal reprensentation of all races. i.e. some Chinese company only hire chinese and some GLC only hire Malays.

    So since statistically, the Malays need help in greater numbers, that means that they (the poor Malays) can of course continue to enjoy their rights and benifts. So you see we need not remove their rights but rather distribute it in a more fairer manner to all the needy.

    Also, as much as we angry with the Chinese for controlling the economy, but we must understand that
    they have worked very very hard on their own merits and contributed greatly to Malaysia’s development today. If not of their brains, money and hardwork, Malaysia will be very behind like Indonesia, Philippines, etc.. This group has infact developed Malaysia for all of us to enjoy thru their major businesses, creativity, innovativeness,job creation, etc..

    For the Indians, this is a helpless minority community which needs as much as help as the Malays, if not more. Only very few have suceeded. Moreoever, they don’t have the government support like the Malays do and private sector support like the Chinese do. The vast majority are from the estates and Tamil schools. If they are not helped asap, in generations to come I bet their poverty led crime rate incidences will increase and become like the blacks in America.

    Also, we need to seriously think about Malaysia’s competitiveness in years to come. We are already behind with many countries over-taking us. Example, our KLSE is hardly as strong as neighbouring SGX, our RM is also very weak compared to SGD,etc.. We really need the brains of these non-Malays to continue to help Malaysia to greater heights. If we are unfair to them then the ones with the money and brains will migrate. Many have already lost hope got fed-up and done so. The countries receiving them are benifiting greatly. Infact they are silently saying thank you to the Malaysian system for causing this brain drain which is of their gain.

    So finally, if we really love and care for Malaysia, we must accept and brace for a system that is good for all and our beloved country. We want Malaysia to prosper and be better than other countries. We want to be proud of Malaysia. Do not mis-understnad me. I am not suggesting that the Malays must give up their rights for this. What I am saying is a better distributed system so all can benefit (especially the poorer Malays) and feel as part of Malaysia.

    • #11 by Malaysian2020 on July 27, 2009 - 7:51 pm

      1.Do u really think that 1 school system helps unify all races? look at Indonesia!

      2.Chinese control the economy? look at Southern Bank and many other chinese owned companies.

  6. #12 by orang buruk on May 22, 2009 - 8:10 pm

    dear h,
    i totally agree with a lot of your points.
    i also totally agree that bumis, malays especially, need to change their mentality and do serious paradigm shift.
    i grew up in a kampung where people don’t even realize that education is important.somehow i managed to go to boarding school, obtained 8A1’s (failed English writing at that!), and got scholarship to study overseas. only now i can speak english and write proficiently.i graduated 1st class honors and best student in physics and organic chemistry. i was offered places to work in top scientific establishment in singapore, the states and europe.

    things could be a hell lot different if there’s no DEB. i wouldn’t go to boarding school – i would go to sekolah kebangsaan in my hometown. i would probably score a couple of A’s, 3 or 4 probably, and definitely won’t even qualify to do medicine/engineering since it’s total meritocracy.my english would still suck.i probably won’t get 1st class honors. i would get bounced around when i interviewed for jobs.
    or, i won’t even qualify for Uni. i would stay in my kampung. i would probably work in my coconut plantation, just like the rest of my people. i could earn about rm500 max per month – and sell all of my coconut to chinese businessmen. i could venture into business myself, but i would quickly be crushed by chinese competitors. if i want to buy some machine/assets for my business, i would definitely get a different price quotation than that offered to other chinese buyers.

    what i’m trying to say is that, DEB is meant to help malays. but it’s too open for abuse. when i was overseas i see some sons of rich malays got scholarships, and they care nothing less. bumis also need to voice out more.SPEAK UP AND DEFEND YOUR RIGHTS! everytime matters pertaining our religion and origins, we just sit and keep quiet, being afraid of being rude to other people.

    i totally agree with what mahathir says. when we bumis speak up to defend our rights, we are so afraid of being racist. but it’s not so racist if other races speak up on their rights?

    to achieve united malaysia i would like to see the following:
    1)all people go to the same school
    2)all people speak malay FLUENTLY and write EFFICIENTLY!
    3)MORE MIXED MARRIAGES especially with the bumis
    4)no mastery in chinese language required if apply for jobs
    5)more chinese in armed forces – i dont think indians have a problem with this because theres lots of indian policemen.chinese also got but why only senior ones???where r the younger ones?
    6)more bumi venture into businesses and STAY!
    7)in Unis, make student of diff races mix!!! force them into working groups, stay in the same dorms!!!
    8)maintain PLKN programme

    …and a lot more

    • #13 by Malaysian2020 on July 27, 2009 - 7:55 pm

      Indons also speak bahasa indonesia, but do u think they are united? look at 1998 riot.
      What were u studied overseas?

      Mixes marriages is an assimilation, bullshit.

      • #14 by darahtuah on July 28, 2009 - 10:26 am

        Hi,

        Why was there riots in Indonesia in 1998? Have you studied the root cause? It was because of economic factors. If the Indonesian government had implemented an affirmative action to minimise the income gap between the races in Indonesia, the riots may not have happened. Bahasa has got nothing to do with the riots in Indonesia in 1998. It was purely different issue (economic). Imagine if they had not been unified by bahasa even then, the riots would have been much worse and would have occurred much earlier.

      • #15 by orang buruk on September 14, 2009 - 9:57 am

        I studied Biochemistry (Honors), Molecular Biology (Honors), and Cell Developmental Biolgy. I minored in Chemistry and French Language and Literature.
        So I speak Malay, French, English, Jawa, and some Japanese and German. Too bad I only know too little Mandarin – but I know some Hakka though!

        You should’ve written : What did you study overseas?

        Mix marriage is a testament to the extend of how far we, different ethnics, have come together and willing to breakdown our barriers. I don’t expect everybody to marry different races, but how much the percentage of the mix marriage over total marriage would tell us how far we have come in willing to accept each other.

        All what I have said is true. You and I and everybody know it.

  7. #16 by for all on June 10, 2009 - 11:46 am

    bravo to all the cock & bulls being written here! sad to see malays-ian not accepting the facts that you are living because of non-malays and subsidies from the so called fair government which only takes care of their own – malays (please do not call yourself bumi unless you are the aborigines from the jungle).

    chinese are wealthy because they work 1001% more than your lazy ass. they live on their own and not on your incentives. nothing was given anyway.

    cut the story short, face the facts and dance to the rhythm. without the non-malays, you are nothing just as Dr.M said before he stepped down from UMNO. (you do not even have your own culture and language, the bahasa has been copied from many such as the portuguese, spanish etc)

    by the way, tuah is chinese! wake up, you are living under the helm of 1M – 1 Murderer!

    ps: try take everything in reverse of you being the
    minority which everything’s been hand-feed to
    the majority. see how would you feel after that?

  8. #17 by soraya on June 24, 2009 - 11:23 am

    You are absolutely correct sir…

    People should learn how to be sensitive with other people. Especially when they realise that economically, the non Malays are better off than the Malay compatriots. Thx.

  9. #18 by Malaysian2020 on July 27, 2009 - 7:18 pm

    Hi.

    Tak rasa malu ke, ko orang berkali2 kata “banyak berkorban”?
    kedatangan Orang cina membawa kemajuan dan pembangunan,adakah anda bersyukur?

    Kata orang tak erti sejarah, ikut sejarah, British hanya akan memberi kemerdekaan jika kaum2 bekerjasama.
    Pemberian kerakyatan adalah salah satu syarat memberi merdeka. Seiring dgn itu, orang cina “memberi” hak istimewa kpd melayu. Kita orang pun kata itu satu pengorbanan.

    Di bawah ini saya terjumpa.
    http://www.worldpress.org/2298.cfm

    • #19 by orang buruk on September 28, 2009 - 7:36 am

      website tu antara website yg paling bodoh aku penah jumpe. statistik tipu. contohnye, yg pasal CEO GLC sume Melayu : Idris Jala tu bukan Melayu, Islam pun tak; Eric Chia dulu pn bukan Melayu, Islam pun tak.

      Yang bodohnye apsal la kau compare ASB dgn fixed deposit. mmg la bodoh! PNB tu pn dr dulu memang penubuhan untuk orang2 bumiputra. yg ko pegi invest dlm fixed deposit tu buat ape? pegi la invest dlm trust fund yg untung tinggi, cam Public Mutual etc etc…ko compare fixed deposit dgn unit trust, memangla fixed deposit lagi sikit.

      Yang tulis website ni memangla nak terai melage2kan Melayu vs Bumiputera lain2…tak jadi la bai, undang2 syarikat mesti ade 30% Bumiputera, bukannye 30% Melayu…ambik jela mane2 Bumiputera kat Malaysia ni, melanau, iban, kadazan, orang asli….lagipun syarikat2 yang mengamalkan dasar perkauman dlm pentadbiran diorang mesti xkan bagi Bumiputera ni naik walau baik macam mane pn prestasi…tengok jela kilang mane2, yang dalam ofis hampir satu kaum je, yang dlm workshop buat welding angkat2 barang orang2 Bumi + India + pendatang…

      byk lagi aku nak bangkang hujah2 sampah die ni dlm website tu, tapi xpayah la sakit2 hati…orang bodoh dan penipu sampai bile2 pn akan jadi bodoh dan penipu. hati2lah dgn orang2 mcmni.

      Lu PK la sendiri “Human Book” sblm buat website….terime kasih r sape yg jumpe website penipu ni….

  10. #20 by anak satan on July 28, 2009 - 11:31 am

    yakah tapi masih banyak orang india dan orang cina yang miskin perlu dibantu dan hanya kesamarataan kepada semua bangsa di malaysia akan menyelesaikan semua masalah di malaysia ini

    • #21 by darahtuah on July 28, 2009 - 11:37 am

      Betul, berdasarkan statistik, ada lebih kurang 40,000 buah keluarga cina miskin dan 60,000 buah keluarga india miskin di Malaysia. Dan juga, ada 1,500,000 buah keluarga miskin dari kalangan Melayu. Saudara mungkin tidak pernah memikirkan nasib Melayu miskin. Mungkin kerana saudara berfikiran rasis terhadap Melayu. Walaubagaimanapun, kerajaan menolong semua orang. Belum terdapat lagi mana-mana keluarga miskin di atas yang mati kebuluran. Kesamarataan kepada semua bangsa tidak akan menyelesaikan masalah kemiskinan secara jitu. Cuba fikirkan dengan lebih mendalam lagi dengan melihat negara-negara lain. Terima kasih.

    • #22 by orang buruk on September 28, 2009 - 7:43 am

      aku xpenah tengok orang2 india + cina tolong orang2 melayu yang miskin…xpenah langsong…kalau kite tengok progrem baktisiswa pn orang BUMI sendiri gak yang pegi ke kampung2 BUMI yang jauh kat pedalaman untuk tolong bagi kesedaran kat anak2 BUMI ni supaye belajar rajin2…ade orang india + cina buat macam tu?

      Penah orang india + cina masuk kampung2 / rumah2 panjang di tempat2 yang masih lagi belum betol2 membangun ? – Kelantan, Pedalaman Pahang dan Perak, Sabah dan Sarawak? Orang india+cina kebanyakannya semasa datok moyang berhijrah sudah tinggal di pekan2, tetapi orang2 Bumi masih lagi tinggal di pedalaman sehingga sekarang. Aku cabar orang2 bukan BUMI pegi menjadi guru di tempat2 tadi dan lihat betapa jauhnya beza keadaan orang di pedalaman jika dibandingkan di pekan2.

      Orang BUMI masih lagi ramai tinggal di pedalaman, jauh masih lagi ramai berbanding orang2 Cina + India. Pikir lah sendiri betapa besar bezanya kalau anda sendiri membesar di rumah2 panjang / kampung2 yang nak pegi dari pekan pn kena naik sampan…

  11. #23 by sama ja aku pon on July 29, 2009 - 8:26 am

    salam darah tuah dan semua

    membaca komen komen membuatkan saya juga rasa terpanggil untuk memberi pandangan saya. Sebelum ini saya pernah terbaca dan berfikir kenapa Malaysia tidak mengamalkan intipati sosialis dalam pemerintahan dan pentadbiran serta hal hal sosial. Setelah sekian lama berfikir melihat saya lihat bahawa orang cina kurang keikhlasan dalam memberi mereka lebih banyak meminta dari kerajaan. Orang bukan melayu mengaku sebagai orang Malaysia tetapi setinggi mana kah nasionalis nya orang bukan melayu dan kecintaan terhadap negara?

    Jangan kata kau bukan melayu mencintai negara ini kerana bahasa kebangsaan pun kau masih tunggang langgang,kau masih tidak tahu menggunakan istilah dengan betul dalam berbahasa

    kalu kau bukan melayu ikhlas dalam seruan satu Malaysia mahupun kah kamu semua bersetuju untuk mansuhkan sekolah SRJK(C) (T)? mansuhkan nya sekolah tersebut dan di gantikan dengan sekolah wawasan tidak bererti mansuhkan subjek pengajaran bahasa ibunda kamu kerana ia di ajar di sekolah wawasan tetapi tujuan memansuhkan sekolah sekolah srjk adalah bertujuan untuk memansuhkan agen agen perkauman yang di semai oleh cikgu cikgu sekolah kamu itu.

    Jangan kata melayu rasis kerana kalau melayu itu rasis di mana kamu akan tinggal, di mana kamu untuk mengorek kekayaan tanah kami ?sejarah menunjukkan bahawa orang melayu bukan lah bangsa yang rasis tetapi adalah bangsa yang lemah lembut dan bangsa yang cintakan bangsanya. HAk melayu yang seciput itu di minta jangan di ganggu oleh bangsa lain tetapi tetap di ganggu.

    saya sarankan Bangsa Melayu supaya menanam semangat nasionalis dan sama sama kita laungkan mansuhkan SEkolah SRJK dan satu padukan rakyat sejak dari kanak kanak bukan pisahkan mereka dan satu kan mereka di sekolah menengah…Kita laungkan mansuhkan sekolah sekolah SRJK sperti mereka laungkan mansuhkan PPSMI dan ANTI Isa…sapa setuju

  1. KONVENSYEN BARISAN NASIONAL 2010 – KONVENSYEN BERJAYA, MCA / CINA GEMBIRA, UMNO / MELAYU BERDUKA? « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: