Kemelut Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak – Revisit 2

Biadab

1. Pada 20 April lalu saya telah menulis “Kemelut Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak – Revisit 1”. Sekarang saya hendak revisit kali ke-2 pula. Rencana asal bertarikh 2 Mac 2009.

2. Pada 7 Mei lalu, DUN Perak telah bersidang mengikut prosidur yang sah. Malangnya persidangan Dewan tersebut, seperti yang dijangkakan – drama yang dramatik – telah berlangsung dengan chaotic dan memalukan. Kerana kerakusan pembangkang, Pemangku Raja pun tak dihormati. Ramai berpendapat mereka itu biadab sungguh.

dap

3. Tak perlulah saya huraikan kerana ramai orang telah dapat menyaksikan sendiri dan buat conclusion masing-masing. Perbezaan interpretasi memang dijangkakan.

Menghina mahkamah

4. Jika apa yang dilaporkan itu adalah tepat maka 2 kali contempt of court telah dengan sengaja dilakukan oleh Speaker Sivakumar:

• tidak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April 2009 apabila mengarahkan 3 orang ADUN (Behrang, Changkat Jering dan Jelapang) supaya keluar dewan kerana beliau masih beranggapan bahawa mereka bertiga itu bukan lagi menjadi ADUN yang sah; dan

• tidak menghormati keputusan Mahkamah yang sama (berlainan panel hakim) pada 16 April 2009 apabila beliau mengarahkan pula Dr Zambry dan 6 orang ahli EXCO keluar Dewan sedangkan mereka telah diisytiharkan berhak menghadiri persidangan DUN Perak.

5. YB Dato’ Hamidah telah membuat laporan polis pada 14 Mei 2009 tentang perbuatan menghina mahkamah itu. Malangnya, pada hemat saya, tindakan tak boleh diambil ke atas Speaker tersebut kerana ianya dilakukan dalam persidangan Dewan. Dia mempunyai kekebalan. Jelas sekali ciri oportunis itu.

6. Walau bagaimanapun, tindakan terhadap YB Dato’ Ngeh Koo Ham (juga seorang peguam) dan wakil rakyat PAS, Ir Nizar hendaklah diteruskan (laporan polis telah dibuat pada 18 April) kerana menghina mahkamah sebab memperlekehkan keputusan Mahkamah tersebut. Mereka berdua berpendapat keputusan berkenaan merupakan satu campur tangan oleh badan kehakiman terhadap bidang kuasa Speaker.

7. Bagaimana seorang legislator boleh berperangai sedemikian? Sungguh menghairan dan mengaibkan. Tetapi itulah dia sikap politician first, legisator second.

8. Dalam keadaan biasa, komen seperti itu dianggap sebagai contempt of court dan boleh didakwa. Syukurlah ada orang yang prihatin dalam soal menjaga maruah mahkamah. Mereka telah membuat aduan polis pada 18 April, sepertimana yang dilaporkan oleh TV3 pada hari tersebut.

Keputusan

9. Pada 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa perlantikan YAB Dato’ Seri Zambry sebagai MB adalah tidak sah dan mengekalkan YB Dato’ Seri Nizar sebagai MB Perak. Pihak pembangkang bersorak sorai; semua puji keputusan hakim Datuk Abdul Aziz Abd. Rahim itu, termasuk Nizar “…this is a great day for the rakyat because the law and the Constitution are the true winners.”

10. Zambry menyerahkan kerajaan kepada Nizar as a true gentleman. Keputusan mahkamah dihormati.

11. Kerajaan tak perlu bertukar tangan jika, pada petang itu, peguam Zambry adalah seorang yang cekap dalam The Art of War dan mempunyai Plan B iaitu telah bersedia dari awal untuk merayu stay of execution secara bertulis

12. Pada 12 Mei pula, Zambry telah membuat dua rayuan di Mahkamah Rayuan – (a) merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu dan (b) stay of execution.

13. Pada jam 1.15 t/hari, mahkamah tersebut telah bersetuju menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi berekanaan kerana “The cicumstances of the case are very unique as it does not only involve the applicant and the respondent but the entire state of Perak” (linkkan kpd The Star 13/5 ‘ Zambry remains as MB’). Keputusan tersebut membuktikan hakim tersebut mampu melihat kes ini dalam perspektif yang lebih luas lagi.

14. Di pihak Nizar, dalam masa yang singkat memerintah itu, dia sempat:

• menghadiri majlis rasmi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar,

• menggantung tugas Penasihat Undang-undang dan SUK Perak (kenapa tak gantung juga tugas Setiausaha Dewan?)

15. Tindakan Nizar menggantung tugas pegawai berkenaan amatlah memalukan orang yang berpendidikan tinggi/profesional kerana perbuatannya itu seumpama dilakukan oleh orang yang tak berpelajaran. Kerana terlalu rakus dengan kuasa, marah dan berdendam sehingga terlupa yang dia tidak memiliki kuasa tersebut. Tetapi nampaknya rakyat Perak tak kisah dengan kebodohan dan kerakusan Nizar serta kuncu-kuncunya ini.

Nizar sore loser

16. Dalam pada itu, Nizar dan kuncu-luncunya tak puas hati dengan keputusan Hakim Datuk Ramly Ali “…the Court of Appeal’s decision was meant to deny the people’s right to choose the government of their liking. Tidakkah remarks ini constitute contempt of court? Dia terlupa ke, in the first place, dialah yang membawa kes ini ke mahkamah? Bukan orang lain.

17. Remarks sedemikian menunjukkan dengan jelas bahawa Nizar adalah seorang yang sore loser (sour grape). Dia juga tak layak menjadi legislator kerana tidak menghormati keputusan mahkamah. Ia pula seolah-olah seperti seorang yang berlidah biawak bila dibandingkan 2 kenyataannya itu (para 9 dan 16). Tetapi orang seperti inilah yang diminati oleh orang Perak. Kita nak kata ape?

18. Nizar tak perlu berlagak jaguh dengan mempermainkan emosi rakyat bahwa kononnya “…we view the right of the people to choose their government as supreme in a democratic system”. Di sebalik kenyataannya seperti itu, sebenarnya dia mahu memijak kepala rakyat untuk naik berkuasa.

19. Untuk makluman Nizar, walaupun kuasa rakyat yang menentukan kerajaan, tetapi rakyat tak pula berniat untuk membelakangkan hak dan kuasa pihak-pihak lain dan tak terfikir langsung untuk memijak Perlembagaan dan undang-undang.

Rakyat sedar

20. Rakyat sedar bahawa dalam konteks krisis Perak ini, ianya tak akan menjadi begitu chaotic dan memalukan seperti sekarang jika dari awal-awal lagi:

• PR tak crying foul bila 3 ADUNnya melompat keluar parti sebagaimana mereka riang gembira menerima ADUN UMNO melompat ke parti mereka;

• Tidak menipu dengan menggunakan surat peletakan jawatan palsu 3 ADUN berkenaan,

• Nizar mempamerkan sifat as a true gentleman and a true democrat dengan memaklumkan kepada Paduka Seri Sultan Perak hakikat sebenar bahawa gabungan partinya telah hilang majoriti dan menyembahkan dua pilihan kepada Sultan:

• beliau meletakkan jawatan dan yang demikian Sultan boleh menggunakan prerogatifnya untuk melantik seorang MB yang baru (menjunjung Prinsip “Raja Berpelembagaan”), atau

• Sultan membubarkan Dewan yang mana ini adalah kuasa mutlak baginda di bawah Perlembagaan (menjunjung Prinsip “Keluhuran Pelembagaan” yang mana rakyat tak berniat menafikan kuasa raja. Betul, Nizar?)

21. Untuk makluman Nizar, inilah prosidur yang biasanya dilaksanakan oleh para pemimpin berjiwa besar di negara-negara yang mengamalkan demokrasi apabila menghadapi kedudukan politik yang tak stabil. Contohnya, Itali dan Thailand. Nampaknya Nizar harus mengikut jejak langkah seperti mereka itu.

22. Pada 13 Mei, Nizar pula mengemukakan rayuannya untuk mengenepikan perintah yang diperoleh oleh Dr Zambry. Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan tersebut pada 21 Mei ini bersama-sama dengan rayuan Dr Zambry. Hairan juga; jika tak yakin kepada mahkamah mengapa pulak ke mahkamah?

23. Walauapapun, kes perundangan ini tak akan berakhir di situ sahaja. Besar kemungkinannya ia akan sampai ke tahap terakhir – Mahkamah Persekutuan. Ianya memakan masa. In the mean time, apa perkara lain boleh berlaku / akan dilakukan?

24. Pada 15 Mei Sivakumar pula membuat laporan polis terhadap Speaker Ganesan for assaulting and falsely imprisoning him on 7 May 2009. Dalam keadaan gawat ekonomi sekarang, nampaknya kegawatan politik memberi peluang kepada para peguam untuk mencari pendapatan.

Kemelut selesai?

25. Kemelut politik ini boleh diselesaikan melalui 2 proses:

(a) undang-undang / mahkamah – ia akan mengambil masa dan, berpandukan sejarah buruk pembangkang, mereka akan terus mempertikaikannya jika keputusan mahkamah nanti tak memihak kepada mereka. Mana-mana pihak yang menang, akhirnya kena kembali ke Dewan juga.

(b) politik –

(i) adakan persidangan Dewan secepat mungkin untuk mendapatkan undi percaya (vote of confidence). Dijangka Sivakumar akan sengaja buat kecuh dengan berebut kerusi Speaker kerana dia masih menganggap dirinya sebagai Speaker yang sah.

Dia juga dijangka akan mengusir Dr Zambry dan 6 EXCO serta 3 ADUN Bebas supaya keluar Dewan untuk mempastikan BN tak memiliki majoriti. Jika undi percaya terhadap Dr Zambry dapat juga diluluskan maka kekallah beliau sebagai MB dan tumbanglah kerajaan boneka DAP. Justeru perbicaraan di Mahkamah, jika diteruskan, menjadi akademik sahaja.

(ii) jika Dewan tak dapat bersidang dan melaksanakan tugas yang sepatutnya maka, nampaknya, Dr Zambry tak ada pilihan lain, lambat laun, perlu mengadap Sultan untuk memohon pembubaran Dewan. Nizar telahpun melahirkan keazaman yang sama, jika beliau menjadi MB.

Snap election

Nizar bermati-matian mahu membubarkan Dewan kerana dia tahu dia PASTI KALAH jika undi tidak percya terhadapnya dibenarkan. Snap election is the only choice left for him / PR.

Disedari bahawa persepsi terhadap mood rakyat pada masa ini, jika pilihanraya diadakan, pembangkang akan menang. Ini adalah mainan mereka dan sebahgaian daripada perang saraf.

BN boleh mengubah persepsi dan mood tersebut dengan (a) meningkatkan keberkesanan jentera propagandanya, (b) mendahulukan rakyat dan (c) mengutamakan pencapaian serta (d) menghalakan sasarannya secara terfokus dan selective. After all, BN hanya memerlukan 2 sahaja kerusi tambahan untuk menang.

BN boleh menyerang kawasan pembangkang yang undi majoritinya nipis seperti Lubuk Merbau (72 undi), Teja (175 undi) dan Kepayang (490 undi). Tetapai ia juga mestilah mempertahankan kubunya dan kawasan-kawasan yang kritikal seperti Pangkalan Baharu, Kubu Gajah dan Alor Pongsu.

(iii) mengusahakan ‘gencatan senjata’ antara kedua-dua pihak agar perdamaian politik dapat diwujudkan. Justeru tumpuan akan dapat diberikan kepada mentadbirkan negeri bagi kepentingan rakyat serta mengelakkan dari snap election yang pasti panas dan membazirkan jutaan wang rakyat.

26. Rakyat menuntut DS Najib, DS Anwar, Dato’ Nik Aziz, DS Hadi, Lim Kit Siang dan Karpal Singh supaya mendahulukan kepentingan rakyat.

27. Jika kepentingan rakyat tidak didahulukan dan keadaaan yang panas dibiarkan sehingga menjadi tak terkawal serta merebak pula menjadi anarki maka rakyat Perak mengundang pemerintahan ala MAGERAN. Saya yakin rakyat Perak menjunjung Prinsip “Kedaulatan Undang-undang”.

28. Walauapapun, kita sedang menyaksikan drama politik yang terhebat di Perak; mengalahkan drama sebelum ini di Sabah. Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh Plato dalam The Republic … that democracy [people’s power] was little more than a “charming form of government”?

29. Sama-samalah kita saksikan drama selanjutnya.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: