Poor Biased vs Rich Biased

(Siri 3 ini, suntingan sedutan ucapan saya pada 31 Mac 2009 lalu, bertujuan untuk memperjuangkan golongan yang kurang bernasib baik, seperti keluarga saya…………… dedicated specially for the POOR)

[Dalam Siri 2 yang lalu, saya telah menarik perhatian tentang sejauh mana dasar-dasar yang digubal itu adalah betul-betul poor-centric / poor-biased atau sebenarnya rich-biased. Saya juga telah berjanji hendak mencarikan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion untuk membantu golongan kurang bernasib baik ini].

Agih semula

1. Sukalah saya tegaskan bahawa dasar membantu orang susah ini amatlah bagus; cuma ia perlu diperbaiki dan ditingkatkan lagi supaya dia benar-benar poor-biased atau poor–centric.

2. Kita harus ingat bahawa kemakmuran sesebuah negara tidak akan bertahan lama kalau kita terus mengutamakan orang kaya. Ini satu realiti. Kita harap, sumber yang sedikit ini, kita jangan terus tersalah mengalokasikannya, misallocation of scarce resources.

3. Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada EPU, kepada Kementerian Kewangan, kepada PEMUDAH dan kepada Majlis Ekonomi Negara supaya, seperti saya katakan tadi, mempunyai lebih rasa, perasaan dan jiwa orang miskin, poor-biased. Kita mahu semangat DEB ini diteruskan dan tidak dijadikan sasaran untuk membunuhnya atas nama daya saing dan globalisasi kerana, saya telah katakan tadi, ekonomi masih mampu berkembang dan FDI masih mencurah masuk di bawah landskap atau pun DEB Architecture.

4. Now, bagaimana kita boleh save RM1.6 bilion tadi, Yang Berhormat? Saya ambil contoh, baru-baru ini telah diumumkan sebanyak RM674 juta akan diperuntukkan untuk menangani kenaikan harga gula, tepung dan roti. Atas nama rakyat, atas nama orang miskin, sebanyak RM674 milion ini diperuntukkan tetapi peratus orang miskin tidak sampaipun 4%. Sebanyak 96% adalah orang yang tidak miskin tetapi mereka turut dapat menikmati faedah ini, termasuklah peniaga, usahawan, jutawan dan sebagainya.

5. Sekiranya kita hendak membantu hanya orang miskin, mereka adalah sekitar 209 ribu isi rumah. Sebahagian besar dari mereka ini telahpun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sekiranya kita bagi lagi, kita tambah, RM50 sebulan, maka kita akan dapat selamatkan RM662 juta iaitu jika kerajaan tidak perlu menolong bukan orang miskin.

6. Saya sudah lihat Household Expenditure Survey atau HES, bagaimana, secara purata, perbelanjaan sesebuah isi rumah itu. Tambahan RM50 ini dapat menampung dan meringankan beban isi rumah miskin bagi maksud 3 keperluan berkenaan.

7. Satu lagi, subsidi untuk nelayan dan telah diakui oleh Dato’ Mustapha bahawa 80% diesel untuk nelayan dinikmati oleh 20% nelayan kaya. Sekiranya RM1 bilion subsidi diesel untuk nelayan ini diperuntukkan kepada masyarakat nelayan, bermakna RM800 juta nilai diesel di expropriate oleh 20% nelayan kaya. Ini bermakna, seorang nelayan kaya mendapat secara purata RM40 ribu seorang berbanding RM200 juta yang dapat dinikmati oleh nelayan miskin atau pun hanya RM2,500 seorang secara purata yang masuk ke kocek nelayan tersebut. Itu pun kalau tidak berlaku ketirisan.

botcy8

8. Satu lagi, daripada RM300 juta insentif tangkapan ikan, secara purata seorang nelayan kaya akan memperolehi RM12 ribu atau RM240 daripada RM300 juta insentif ikan ini yang diperuntukkan kepada kaum nelayan. Nelayan miskin pula hanya mendapat RM60 juta ataupun RM750 seorang. Kita lihat gapnya, jurangnya begitu luas antara RM12 ribu seorang dengan RM750 seorang – 16 kali ganda! Diesel tadi antara RM40 ribu seorang dengan RM2,500 seorang – 16 kali ganda!

fisherman

9. Now, kita pergi kepada insentif ternakan pula. Tadi, mula-mula kita sudah save atau selamatkan RM662 juta dari segi subsidi 3 harga barang dan untuk nelayan pula kita boleh selamatkan hampir RM800 juta. Bermakna kita sudah save kira-kira RM1.5 bilion.

Ketirisan / penyelewengan

10. Mengenai insentif ternakan pula, ini berdasarkan angka sebenar yang saya dapat daripada Melaka.

11. Sehingga 19 Mac, sebanyak RM12 juta insentif ternakan telah diberi kepada penternak. Daripada RM12 juta ini, 94% pergi ke kocek penternak kaya. Hanya 6% yang dapat dinikmati oleh penternak miskin.

12. Sebagai contoh, seorang penternak ayam, dia dapat RM312,300.11 sebulan. Ia bersamaan 18 buah rumah PPRT, kalau buat rumah PPRT Orang Asli tetapi penternak kambing hanya dapat RM130.50 seorang sebulan.

ayam

siswazah+penternak+kambing

13. Ini cukup jelas bahawa yang salah bukannya orang lain. Yang salah ialah kita, termasuk saya sebab kita yang meluluskan bajet ini. Jangan salahkan orang lain. Jadi dasar ini mesti diubah. Ia dirangka oleh pegawai kerajaan, tetapi kita yang meluluskannya. Jadi kita juga bertanggungjawab, and the buck must stop here.

14. Yang memburukkan lagi keadaan dalam bidang ternakan ini ialah berlakunya ketirisan. Ketirisan dalam pembahagian minyak diesel di Besut dan di Kuala Perlis adalah suatu yang merupakan rahsia umum, an open secret. Akan tetapi saya terperanjat kerana ini baru lagi, Yang Berhormat Datuk Wira Syed Ali. Saya tahu, dalam pemberian insentif ternakan ini juga berlaku penipuan dan ketirisan dalam dua kaedah.

15. Pertama, ternakan itu dijual dengan timbangan yang ditipu. Kalau 100kg, mungkin dikatakan 150kg dan tidak ada orang hendak pantau. Sebab dia jual 10,000 ekor ayam, 50,000 ekor ayam. Jadi ini adalah satu sumber untuk menipu. Kalau bahasa yang baik sedikit ialah ketirisan.

16. Yang kedua, ‘A’ mempunyai ayam. Katalah, saya jual 10,000 ekor kepada Datuk Wira. Saya claim insentif berdasarkan 10,000 ekor ini. Datuk Wira juga bela ayam. Datuk Wira jual 50,000 ekor, campur 10,000 ekor ayam yang saya jual tadi.

17. Datuk Wira jual 60,000 ekor dan Datuk Wira juga claim insentif itu berdasarkan 60,000 ekor tersebut. Saya sudahpun claim berdasarkan 10,000 ekor yang sama. Inilah satu lagi punca ketirisan. Jadi tidak hairan kalau seorang penternak ayam boleh menuntut insentif sahaja sampai RM300,000 sebulan.

18. Kita haraplah Kementerian Pertanian dan Asas Tani melihat isu ini dan mungkin SPRM, kerana ia tidak boleh dilakukan oleh seorang; they must be working hand in the glove. Mesti ada pakatan, tetapi bukan Pakatan itulah. Jadi saya harap penyelewengan ini dapat dilihat dan dikaji.

19. So dalam keadaan sekarang kita boleh extrapolate, kita boleh forecast, kita boleh unjurkan bahawa jurang akan bertambah luas kerana kita membukitkan gunung dan mendalamkan lurah. Maka jurang itu akan bertambah besar dan ini terbukti berdasarkan angka yang terdahulu.

20. Pada tahun 1990, orang luar bandar memiliki RM1 tetapi orang bandar memiliki RM1.70. Datuk Rahman ada RM1, orang luar bandar, Datuk Wira orang Cheras, orang bandar ada RM1.70. Pada tahun 2007, Datuk Rahman masih lagi RM1 tetapi Datuk Wira sudah ada RM1.91 sen. Jadi berdasarkan nisbah ini jurang bertambah luas.

21. Maka kita tertanya-tanya:

“Baik budi mak si Randang,
anak di pangkuan diletakkan,
kera di hutan disusukan;
dagang pergi awak terhutang,
beras habis padi tidak jadi”.

22. Jadi, salahkah kalau dikatakan kita bukan gagal merancang tetapi kita merancang untuk gagal. Kalau saya boleh petik dari satu ayat lain dalam bahasa Inggeris, jika beginilah caranya maka kita akan menghala ke satu situasi ekonomi dalam masa beberapa tahun akan datang… “Our economy (will be) badly affected, badly weakened, a consequence of greed and irresponsibility on the part of some, but also our collective failure to make hard choices and prepare the nation for a new age”.

23. Kesilapan itu, adalah kesalahan kita yang tamak; sebahagiannya pula adalah kerana kita gagal untuk membuat keputusan yang sepatutnya kita buat tetapi kita mengelakkan diri daripada membuatnya. Kita delay, kita delay dan kita letak di bawah karpet. Sehubungan dengan ini, saya secara spesifik ingin menarik perhatian pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

JKM

24. Saya ucapkan terima kasih kerana sebahagian pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, terutama di Melaka, adalah cemerlang. Namun sebahagian lagi, saya rasa, amat memerlukan perubahan sikap. Harus sedar bahawa mereka berurusan dengan orang sakit, bukan orang sihat. Berurusan dengan warga emas, bukan orang muda. Berurusan dengan OKU, bukan dengan orang sihat. Bermakna mesti ada sense of urgency.

25. Mereka ini bukan fail-fail yang tidak bernyawa. Jadi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mesti ada sense of urgency. Saya cukup lemah apabila mendengar ‘tidak apa datuk, kalau tidak dapat bulan ini kita bagi bulan depan, kita bagi arrears’. Sampai saya terpaksa bagi tahu mereka, bagi orang susah, RM10 hari ini lebih baik daripada RM1 juta esok. Kerana esok mereka belum tentu ada. Sesungguhnya ramai yang meninggal dan tidak dapat bantuan dan ada yang dapat bantuan satu bulan, bulan kedua sudah meninggal.

26. Ini bermakna, kita betul-betul kena ubah cara bekerja, peraturan kena ubah, method kena ubah. KPI kena ubah. Sebab, seperti apa yang dikatakan, if we do the same thing over and over and over again, and expecting the same result, is lunatic, dengan izin. Melaksanakan sesuatu itu berulang-ulang, berulang-ulang yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berlainan, adalah satu yang gila.

27. Jadi salah satu yang mesti diubah ialah KPI. Saya lihat KPI Jabatan Kebajikan Masyarakat, bagus nampaknya. Dari hari siasatan sehingga lulus adalah sebulan. Itu sahaja KPI dia. Ada satu missing link. Saya pernah tanya, antara lulus ini dengan dapat duit, macam mana? ‘Oh, tidak ada KPI, Datuk’. And how can tidak ada.

28. Yang penting bukan you siasat. Bagi orang yang tidak ada duit ini, yang penting itu duit, bukan you siasat. Jadi saya sarankanlah agar menterinya tolong lihat; tambah KPI satu lagi step iaitu bila mesti dapat cek setelah diluluskan dan ia mesti ditambah / diubah kerana mereka ini amat memerlukan wang.

29. Jangan tunggu cek baru hendak dapat duit. Bagaimana kalau boleh operate dengan menggunakan petty cash, impress, ini semua ada kaedahnya tetapi tidak dilaksanakan oleh JKM kerana peruntukan tidak cukup. Satu lagi yang lebih penting, saya lihat kenapa cek untuk orang miskin ini lambat. Ia lambat kerana cek dikeluarkan oleh Akauntan Negara di negeri masing-masing.

30. Akauntan Negara menguruskan banyak jabatan. Bagi dia, semua jabatan adalah sama. Orang miskin, orang kaya, orang hendak mati ke tidak, semuanya sama. Jadi saya cadangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat mesti operate menggunakan apa yang dikatakan self accounting. JKM boleh mengeluarkan ceknya sendiri.

31. Jadi, berdasarkan apa yang saya sebut tadi, saya harap Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat memindahkan urusan mengeluarkan cek ini daripada Jabatan Akauntan Negara ke jabatan sendiri ataupun dipanggil, kalau betullah, self accounting. Maka tidak perlulah bergantung kepada Jabatan lain.

32. Yang ketiganya, Jabatan ini memanglah memerlukan sangat komputer; tidak guna tambah orang, tidak guna hendak cakap e-Cari, e-Kasih kah apa, kalau kemudahan asas seperti komputer ini tidak dilengkapkan.

Menyayat hati

33. Di bawah JKM ini, akhir sekali saya hendak menarik perhatian ucapan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 12 Mac 2009 di Dewan Rakyat. Kebetulan saya terdengar dari radio dan saya cukup tersayat hati dan saya cukup dukacita kerana apa yang dicakapkan itu berlaku kepada kawan saya kira-kira 15 tahun yang lalu.

34. Kata Timbalan Menteri tersebut, kalau saya tidak silap dan harap-harap biarlah saya yang salah, sebahagian sebab kenapa kelulusan tidak dapat diberikan adalah kerana rumah pemohon tersergam, rumahnya besar, rumah batu, ada perabot yang mahal, ada kereta. Kerana itulah, khabarnya, kelulusan tidak dapat diberikan.

35. Inilah yang berlaku kepada kawan saya 15 tahun yang lalu. Pada masa itu, saya bukannya orang besar; air liur pun tidak masin. Saya merayu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat; tidak lulus.

36. Haruslah faham bahawa hari ini pemohon adalah seorang yang kaya kerana suami dia seorang kontraktor tetapi satu minit selepas kematian suaminya, seluruh keluarga itu menjadi orang miskin kerana dia tidak ada pendapatan. Isterinya tidak bekerja dan dia ada enam orang anak masih bersekolah. Betul ada kereta, betul ada televisyen, betul ada fridge, betul ada rumah batu tetapi dia tidak ada pendapatan selepas itu.

37. Dia tidak boleh makan kereta, dia tidak boleh makan televisyen, dia tidak boleh makan settee, tetapi kerana itulah kelulusan tidak dapat diberikan. Pada 12 Mac tahun ini, cerita yang sama saya dengar; ini cukup menghayati hati. Turunlah ke padang.

  1. #1 by Rantong on June 3, 2009 - 9:24 pm

    Salam ziarah. Such a great blog.

    View Profile: Rantong™

  2. #2 by ruyom on June 11, 2009 - 6:42 pm

    I hope everyone studies this carefully crafted article by Awang Selamat (Utusan), one of the best apologists and spin doctors Umno has to offer us, and reflect on the cynicism, hypocrisy and corruption that opportunists hope might appeal to backwards feudal mentalities so beloved of those who walk the corridors of power in Putrajaya.

    Let us examine the Awang Selamat article.

    When Awang Selamat writes the malays have been betrayed, then he is keeping very good company indeed. Adolf Hitler repeatedly wrote the Germans have been betrayed by the minority Jews. Karadzan Milosevic repeatedly said the Serbians have been betrayed by the minority Bosnians.

    Robert Mugabe repeatedly said the Zimbabweans have been betrayed by the foreign West. The BJP regularly say that the Hindus have been betrayed by the minority Muslims.

    Nevertheless I am certain that the Malays nowadays are not as uninformed as Awang Selamat and his political masters in Umno would like to believe.

    The fact is, Malaysia is fast becoming another basket case country – and the most important thing if you can’t fix the problem or won’t fix the problem is that – Umno can still make sure they win the next elections by fixing the blame.

    There is rampant theft by Umno elites, wholesale corruption by Umno cronies whereby the rich and connected malays are entitled to rob the poor and everybody else under the guise of social justice via the NEP, Umno nepotism in the leadership selection process, a fixed judiciary by Umno, a fixed police by Umno and a fixed electoral commissions by Umno.

    Why should Umno leaders fix the problem when they are getting richer by the minute via corruption, cronyism and nepotism?

    Awang Selamat like other Utusan hacks have been hired to do the job for Umno – make sure Umno can fix the blame onto the non-Malays via a good dose of racist rhetoric, scare mongering, hate mongering, bigotry and ethnic xenophobia – straight from the serious and weighty editorial section of Utusan.

    They all have been victims – the minority Bosnian Muslims in the former Yugoslavia, minority Jews in Nazi Germany, minority Muslims in BJP India, minority whites in Zimbabwe and of course, the minority non-Malays in Malaysia.

    There are no prizes for guessing who is being prepared for the role of the fall guy, scapegoat and bogeyman by Umno in Malaysia – it is Hindraf, the Bar Council, Bersih, DAP, PAS and PKR.

    Adolf Hitler, Karadzan Milosevic, Robert Mugabe, BJP and Umno gangs all have one thing in common – they became obscenely powerful, filthy rich while their countrymen suffered, starved and died for it.

    All the while their leaders shouted – traitor this and traitor that – as if the louder they shouted the more easily their lies could be believed.

    Luckily there are a lot of Malay-Muslims in Malaysia who think for themselves, and not swallow everything Utusan tells them to. How stupid do Umno spin doctors think the rakyat have become?

    As for rich Umno elites getting contracts and scholarships, and poor bright non-Malay students not even getting a place in our higher institutes of learning, this is Umno version of social justice – what a joke, what a travesty, what a monstrous lie.

    The fact is Umno cannot make enough money to support their mansions, exotic cars, and wives without stealing from you and me – so Umno version of social justice will always be Umno steals from everybody – you should know by now Umno loves stealing from the poor because the poor are just such easy targets – Malays, Chinese, and Indians – semua di makan oleh Umno – sedapnya!

    Awang Selamat appears aggrieved that today generation of Malay Muslim leaders might actually believe in freedom, equality and fraternity. He might be upset that some Malay Muslim leaders are trying to preach goodwill and compassion to everyone – regardless of race or creed.

    I suppose this is a shocking betrayal of Umno apartheid policies where in Malaysia today you can be threatened, mollycoddled, scapegoat-ed or jailed strictly on the basis of your ethnic origins.

    As a word of caution, I am sure the boys at Utusan will mix it up for their readers – sound conciliatory at some times and then sound racist xenophobic at other times – because even the most stupid people will be able to see through their ploy.

    So recently when Muhyiddin ostensibly tells Utusan off in public for being too racist, what he actually means is this – You Utusan hacks are fooling nobody so please change tactics for now – later when the climate is more conducive, then you can try being racist again!

    Whether the average Malay thinks Awang Selamat is talking sense or nonsense, it is immaterial to me as I have already emigrated to a country where they insist on equal citizenship, equal opportunity, inter racial solidarity, freedom of speech, rule of law, and freedom of religion – and they insist you get it for free.

    Although I love my place of birth, and I am used to racial and religious idiocy from people like Awang Selamat, I see no good reason why my children should have to put up with the same institutionalised racism in a rapidly declining Third World basket case like Umno apartheid Malaysia.

    In future, it won’t really matter if the next generation become university graduates or not because the Malaysian public universities will be so rotten that the degrees will be just worthless pieces of paper. What future will the kids have then?

    The fate of Malaysia will always be in the hands of the malays. I hope they will choose wisely but then again, it is way too late for me and my family, because I am busy creating a life for myself abroad.

    With people like Awang Selamat to lead the way for Umno, in spite of the pain of separation from old friends and family in Malaysia, and loneliness I feel abroad, I smile to myself every time I read Utusan, because I definitely know I made the right decision leaving for a country abroad that actually has a future.

  3. #3 by NCOB on June 25, 2009 - 5:33 am

    Where did you get these figures? Spinning them just to show that non Malays gained more subsidies than the Malays are just unwarranted accusations. All know that the Malays are subsidised race. To pin them to the non Malays are uncalled for. You need more valid research than this.

    In the mean time, spare us the grandfather stories..!

    • #4 by darahtuah on June 25, 2009 - 6:02 pm

      NCOB,
      Fyi, all the relevant figures that I quoted are official figures (eg 9th Plan, Mid Term Review) and actual figures from the departments concerned (eg para 11 & 12). No spinning. Lets be professional.

      Pls be informed that the minister of agriculture & agro based industries had already announced to review the subsidy schemes which are not helping the target groups. So it does seem to confirm that what i wrote was constructive.

      Tq.

      Darah Tuah.

  1. Final lap of the NEM and the liberals’ paradox «

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: