MPPB, WAWASAN 2020, BAJET 2010, PELANCONGAN DAN ALTERNATIVE ENERGY

(Siri 4 ini, suntingan sedutan ucapan saya pada 31 Mac 2009 lalu, menyarankan supaya kerajaan memberi perhatian kepada 5 perkara ini)

[Dalam Siri 3 yang lalu, saya telah menyarankan agar dasar kerajaan beranjak dari rich-biased kepada poor-biased. Perhatian khas diberikan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya juga telah menggariskan tentang bagaiamana boleh reallocate peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk membantu golongan kurang bernasib baik ini].

[Ini pula adalah petikan ucapan saya di Dewan pada 7 April lalu. Saya telah memberikan lanskap ekonomi global dan Malaysia yang terkini pada masa itu. Rumusan saya ialah “Maka saya mengambil kira senario ini dan kalau kita buat econometrics, saya jangka GDP kita akan mengecut sekitar -5% atau lebih sikit.” Pada 15 Jun lalu, YAB DS Najib mengakui bahawa pertumbuahan ekonomi negara kita pada tahun ini dijangka mengecut antara -4% hingga -5%. Nota: harga minyak sawit dan minyak mentah, jika kekal pada tahap sekarang atau beransur naik lagi, akan membantu ekonomi negara kita].

Membesarkan MPPB

1. Seterusnya untuk memastikan kesamarataan tadi, untuk mempercepatkan rangsangan dibuat, maka salah satu CSF ialah membesarkan MPPB (Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera). Malangnya dalam buku ini (KSP RMK-9), walaupun ada sasaran 150 ribu usahawan akan diwujudkan di bawah MPPB pada tahun 2010, sebenarnya adakah pegawai yang merangka ini sedar berapa banyak 150 ribu orang ini?

2. Mungkin dia nampak besar tetapi apabila kita faktorkan dengan bilangan orang Melayu dengan hanya mengambil sebahagian saja daripada mereka agar peratusnya nampak besar maka ia hanyalah 1.5% daripada seluruh 17 juta lebih orang Melayu.

3. Adakah 1.5% ini besar? Kalaulah 1.5% ini besar, bagaimana kita hendak mencapai sasaran 30%? Bukanlah kata nak capai mengikut peratus komposisi kaum tadi (67%), sasaran 30% ini pun kita tidak akan dapat capai kerana salah merancang, merancang untuk gagal.

Contoh sme melayu

4. Bagaimana pula sasaran pada tahun 2020? 175 ribu, yes ia sudah meningkat 25 ribu daripada 150 ribu kepada 175 ribu tetapi apabila dinisbahkan kepada penduduk Melayu, rakyat Melayu, peratusnya telah menurun kepada 1.4%. Sudahlah kecil, dikecil-kecilkan lagi. Salahkah kalau kita katakan kita merancang untuk gagal? Jadi benarkah kata pantun ini?

Ambil galah jolok kedondong,
Galah patah menimpa dahan,
Bukanya salah ibu mengandung,
Sudah nasib permintaan badan.

5. Yang bertanggungjawab itu KSU Melayu, KSN Melayu, Ketua Pengarah Melayu, Menteri Melayu, maka hendak salahkan siapa?

6. Untuk huraian saya mengenai MPPB yang lebih panjang, tolonglah baca darah tuah; bukan dara tua di www.darahtuah.wordpress.com dan tolonglah lihat penjelasan yang lebih terperinci di sana.

Revisit Wawasan 2020

7. Berkenaan dengan Wawasan 2020 pula, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib telahpun melaporkan pada 4 Januari yang lalu bahawa beliau mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Wawasan 2020 ini akan berjaya dicapai pada tahun 2020 nanti. Sesungguhnya keyakinan ini cukup penting kerana tempoh yang ada tinggal lebih kurang 11 tahun sahaja lagi.

8. Dalam pada itu, kebanyakan kita, saya rasa, termasuklah Senator dan pegawai kerajaan dalam Dewan ini, ramai yang tidak tahu di mana tahap kita berhubung dengan sembilan cabaran itu. Tidak tahu kerana di dalam buku ini (KSP RMK-9) tidak ada. Dalam yang tebal ini (RMK-9) lagi tidak ada.

9. Kita juga tidak tahu apakah sasaran yang hendak dicapai kecuali GDP hendaklah tumbuh 7% setahun secara purata, sepertimana yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir bin Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu. Akan tetapi, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan pula, kita hanya merancang untuk mencapai pertumbuhan GDP kita sebanyak 6%. Kalau ikut Wawasan 2020, kita mesti mencapai 7% tetapi kita merancang untuk capai 6%.

10. Satu lagi sebab ia penting kerana kita tidak tahu bagaimana hendak mencapainya. Saya tidak pasti pegawai kerajaan tahu macam mana hendak buat sebab di mana metodologi dan dokumennya? Oleh itu kita haraplah EPU, sebelum terlambat, sebelum terlupa, please revisit Wawasan 2020 ini. Kita harus adakan sama ada persidangan meja bulat ataupun persidangan meja tidak bulat untuk mencari consensus, kata sepakat tentang:

(i) benchmark global yang hendak diguna-pakai;
(ii) sasaran yang hendak dicapai bagi setiap sembilan cabaran itu;
(iii) petunjuk kuantitatif yang perlu diterima pakai untuk mengukur sembilan cabaran tadi; dan
(iv) bagaimana hendak mencapainya.

11. Saya harap Pegawai EPU, untuk keterangan lanjut, sedia merujuk darahtuah.wordpress.com.

Bajet 2010

12. Begitu juga dengan penyediaan Bajet 2010, saya telah menuliskan dengan panjang lebar. Supaya tidak mengambil masa yang panjang di sini, pegawai Kementerian Kewangan bolehlah membaca blog yang sama. Apa saranan saya? Supaya berubah, beranjak sama ada you hendak baca buku Stephen R. Covey ataupun hendak baca the Blue Ocean Strategy. Beranjak daripada rich-biased kepada poor-biased, dan seperti mana yang saya telah huraikan tadi.

Pelancongan

13. Seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan sektor pelancongan dan saya gembira di atas pengamatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu.

14. Baginda memberikan tumpuan yang agak lebih kepada sektor perkhidmatan, termasuk pelancongan. Dalam suasana ekonomi dunia sekarang, termasuk Malaysia, di mana, antara masalah besar adalah pengangguran, maka tumpuan yang lebih harus diberikan kepada sektor perkhidmatan, khususnya pelancongan kerana sektor pelancongan, menurut World Tourism and Travel Counsel atau WTTC, adalah job-creator. Pelancongan juga merupakan satu bidang yang paling mudah menyerap self employment. Jadi ianya sesuatu yang cukup baik.

15. Mengikut WTTC lagi, pelancongan adalah export-driver. Jadi dalam suasana external demand yang lemah mungkin pelancongan dapat membantu sebagai export driver. Industri pelancongan memberi sumbangan yang besar kepada GDP dunia. Ia menyumbang sebanyak 10%.

16. Dia mempunyai multiplier effect atau kesan gandaan yang tinggi kerana setiap satu pekerjaan yang diwujudkan dalam sektor pelancongan ia membantu mewujudkan 12 pekerjaan lain, one is to twelve.

17. Seterusnya ia membantu mengisi tabung pendapatan kerajaan kerana dalam keadaan kita hendak mengurangkan cukai, hendak menambahkan subsidi dan sebagainya, maka aspek yang perlu diberi perhatian ialah banyak mana hasil yang kerajaan ada.

18. Sektor pelancongan adalah satu sektor yang boleh membantu menjana revenue kerajaan, sebagaimana yang dibuktikan oleh kajian yang dibuat di UK. Setiap satu paun pelaburan dalam bidang pelancongan, kerajaan mendapat lima paun dalam bentuk hasil. Setiap 1% meningkatnya revenue dalam pelancongan, kerajaan UK mendapat 118 million pound dalam bentuk cukai. Jadi tumpuan Seri Paduka kepada sektor pelancongan ini adalah sesuatu yang bijaksana.

19. Dalam pada itu, kita sibuk dengan pemanasan dunia yang mempunyai kesan kepada 18 industri, termasuk pelancongan. Dunia bercakap fasal green technology, green economy dan green tourism tetapi di Malaysia saya dapati Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan Malaysia senyap sunyi berkenaan perkara ini. Sepatutnya inilah masanya untuk kita bergerak ke depan dalam bidang baru seperti smart tourism sebagai contoh.

20. Tetapi apa yang dibuat oleh Kementerian Pelancongan, selain daripada Zoom Malaysia? Itu adalah perkara yang biasa dibuat, benda yang sama dibuat. Kita kena buat lain daripada itu, terutamanya untuk menangani global warming yang mempunyai kesan yang paling teruk, antaranya, ke atas industri pelancongan.

21. Selain daripada itu, saya ingin tanya mengenai billboard di lebuh raya tentang produk pelancongan yang dipaparkan dan terdapat tiga gambar – Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menterinya. Kita berminat hendak tahu berapa kos tiap-tiap satu billboard ini? Dan seluruhnya berapa banyak?

22. Apa jadi bila Perdana Menteri bertukar, Timbalan Perdana Menteri bertukar? Tidak tahulah Menterinya bertukar atau tidak tetapi yang dua ini macam sudah sahih bertukar. So apa akan jadi dengan billboard itu? Tidak sampai setahun, apa yang akan terjadi? Ini akan mengundang rakyat untuk mengkritik kita. Saya haraplah supaya kita akan lebih berhati-hati lagi tentang perkara seperti ini di masa hadapan.

23. Tentang pelancongan ini juga, saya ingin menyarankan supaya MAS turut membantu mempromosikan produk pelancongan kita. Dia bantu, bukan tidak bantu. Kalau kita naik long haul flight, kita akan lihat balik-balik tiga gambar yang ditayangkan semasa hendak mendarat. Gambar air terjun Langkawi, gambar tarik beca di Pulau Pinang dan Pantai Rhu di Sabah. Ini sahaja. Apa salahnya tunjukkan lebih banyak produk supaya mereka tahu, selain daripada tiga ini, ada tempat-tempat lain lagi yang menarik?

24. Boleh ditayangkan sama ada semasa hendak take off ataupun semasa taxing. Jadi mereka akan lebih tertarik untuk datang ke Malaysia dan yang untung adalah MAS; bukan Datuk Akbar Ali ataupun Datuk Wira Syed Alwi. Jadi saya haraplah MAS akan memberikan perhatian dan saya telahpun maklumkan kepada MAS. Tidak tahulah dia ambil tindakan ataupun tidak.

Alternative energy

25. Menyahut salah satu saranan Yang Berhormat Tuan Osman bin Bungsu, kawan saya, berkenaan dengan tenaga solar, saya rasa sudah sampai masanya kerajaan, setelah selesai merancang berusaha pula untuk mendapatkan participation, penyertaan daripada public tentang alternative energy ini. Yang demikinan, kita semua tahu bahawa kerajaan sesungguhnya merancang untuk masa hadapan rakyatnya.

26. Tetapi sekarang kita bimbang, saya bimbang dan semua rakyat patut bimbang kerana kita sedang mengalami 30% defisit dalam penggunaan tenaga. Jika kita tidak tangani dengan betul, defisit ini akan membesar dan akan mempunyai kesan buruk dan impak yang besar terhadap kehidupan kita; sama ada isi rumah ataupun industri. Oleh itu, berdasarkan komposisi tenaga yang ada sekarang, kita perlu tahu berapa banyak berasaskan gas, arang batu, hidro dan sebagainya? Kita hendak tahu apa komposisi tenaga kita pada tahun 2020 dan pada tahun 2030 nanti?

27. Sekiranya ada big gap, jurang yang besar antara supply and demand, penawaran dan permintaan, apa yang akan dibuat oleh kerajaan supaya jurang itu dapat diatasi demi survival negara kita? Dalam jangka pendek, alternative energy seperti angin dan tenaga suria patut dibekalkan kepada kawasan-kawasan pendalaman. Sama ada di Sabah, Sarawak dan Orang Asli di Johor ataupun di Pahang. Sudah tentu ia lebih murah daripada TNB menarik kabelnya ke kampung yang jauh itu.

Alternative energy: Solar and wind

Alternative energy: Solar and wind

28. Kalaulah Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi mengatakan supply tenaga menggunakan solar, menggunakan angin itu lebih mahal maka, saya rasa, budak sekolah tadika pun boleh jawab ianya mahal; tidak payahlah belajar lebih tinggi. Jawapan yang kita perlukan ialah bagaimana ia dapat dibekalkan at affordable price?

  1. #1 by zainal mohd jais on June 22, 2009 - 6:38 pm

    Respon,

    Sahabat, bila Datuk Najib melancarkan 1 Malaysia, beliau tekankan bahawa gagasan itu berteraskan perlembagaan dan kesinambungan kesemua pemimpin terdahulu. Ini menunjukkan beliau pemimpin berjiwa besar, tidak seperti kebanyakan pemimpin yang akan menenggelamkan dasar dan gagasan pemimpin sebelumnya untuk membina reputasi sendiri. Termasuk Wawasan 2020, Najib juga komited untuk menjayakannya. Justeru, setiap lapisan pemimpin dan pegawai kerajaan mesti pantas menghayati falsafah tersurat dan tersirat gagasan PM itu (lihat tulisan dalam blog saya (diam-diamubi.blogspot.com), yang sarat dengan mesej perpaduan dan pembangunan. Pegawai kerajaan juga punya kewajipan dan amanah untuk dilaksanakan. Mereka tidak seharusnya dengan mudah meletakkan segala beban di bahu pemimpin politik. Kejayaan sesuatu dasar itu hanya akan tercapai dengan komitmen kolektif semua pihak. Ingatlah di bahu mereka itu, adalah amanah rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: