Najib – Harapan Rakyat Tinggi Menggunung!

(Siri terakhir ini, suntingan sedutan ucapan saya pada 31 Mac 2009 lalu, merkamkan penghargaan terhadap jasa Pak Lah dan menukilkan harapan yang tinggi menggunung terhadap Dato’ Sri Najib. Prestasi beliau selama hampir 3 bulan ini boleh dinilai oleh semua. Kesungguhan dan iltizam beliau saya hargai.)

[Dalam Siri 4 yang lalu, saya telah menyarankan supaya kerajaan memberi perhatian kepada 5 perkara – MPPB, WAWASAN 2020, Bajet 2010, Pelancongan dan Alternative Energy].

Penghargaan kepada Pak Lah

1. Sekarang saya beralih kepada peralihan kuasa kepimpinan. Kita ingin merakamkan, bersama kawan-kawan kita yang lain, penghargaan terhadap sumbangan yang telah diberikan oleh Pak Lah selama beliau menganggotai kerajaan, menjadi MP sejak 1978 lalu. Tidak ada perkataan yang dapat saya hamburkan, saya luahkan untuk menyamai sumbangan besar beliau kepada negara. Akan tetapi benarkanlah saya merangkumkan itu semua dalam sebuah pantun ini.

Dari Bentong pergi ke Rengit,
Tanjung Belah airnya tenang,
Langit tergantung bumi tersengit,
Budi Pak Lah tetap ku kenang.

Tahniah Kepada Najib

2. Kita ingin merakamkan pula setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib dan mengucapkan tahniah juga kepada beliau kerana telah dinobatkan pada minggu lalu sebagai Presiden UMNO Malaysia, parti keramat bagi kami. Insya-Allah, dikhabarkan berita, bahawa beliau mungkin diangkat sebagai Perdana Menteri pada hari Jumaat nanti; penghulu hari dan hari keramat. Kita harap ia bukan sahaja memberikan berkat kepada beliau, keluarga beliau, tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.

3. Sehubungan dengan itu, kalau boleh saya sarankan, kalau kita mengambil kira peruntukan Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan dan amalan yang dibuat di negara-negara Komanwel, izinkan saya mencadangkan supaya seluruh Kabinet Pak Lah meletakkan jawatan bagi membolehkan Dato’ Sri Mohd Najib melantik pasukan Kabinet beliau yang baru, dengan 100% kebebasan dan prerogatifnya. Ia bukan tanda hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Dato’ Sri Mohd Najib, tetapi semata-mata melaksanakan suasana baru yang kita laung-laungkan ini, supaya dia (perubahan) bermula daripada Menteri yang ada sekarang.

4. Kita harap juga Kabinet yang akan dibentuk oleh Dato’ Sri nanti akan dapat mengubat sebahagian daripada penyakit yang sedang dialami, dihidapi oleh sebahagian rakyat Malaysia sekarang. Penyakit itu ialah hilang keyakinan, lack of confidence, yang merupakan satu deadly virus sekarang. Ia lebih mahal, lebih berharga daripada emas.

5. Oleh itu kita endorse, kita setuju, kita sokong empat kriteria memilih anggota Kabinet yang telah beliau gariskan, iaitu setia, berintegriti, kompeten dan berdedikasi. Saya seronok juga hendak lihat kalau-kalau beliau membentuk Kabinet ala Lincoln’s team of rivals. Justeru kita dapat lihat bagaimana Dato’ Seri Najib menggembleng semua kebijaksanaan ini untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Setia

6. Akan tetapi saya ingin highlight sedikit mengenai setia. Kerana setia adalah tunggak kelancaran, kelicinan perjalanan Kabinet itu nanti. Dalam hal ini, kalau boleh, saya orang Melaka, saya menarik perhatian semua bahawa kesetiaan itu seperti setianya Hang Tuah kepada Rajanya.

7. Beliau sanggup dihukum bunuh walaupun kerana fitnah dan lebih besar lagi kesetiaan beliau itu kepada Raja apabila beliau sanggup menggadai nyawa berlawan dengan Hang Jebat untuk mempertahankan maruah Raja; untuk menghilangkan arang yang terconteng di muka Raja. Itulah dia kesetiaan yang kita harapkan. Seterusnya…
[Terdapat seorang mencelah… Terima kasih. Tentang kesetiaan ini Yang Berhormat, pada pandangan Yang Berhormatlah, ramaikah orang yang setia ini pada pemimpin dia, apabila pemimpin itu menghadapi kesusahan. Yang kita tahu dia setia bila dia senang. Masa susah, ada pemimpin sendiri yang akan lari meninggalkan pemimpin atau ketuanya yang suatu hari dia menyokong. Apa pandangan Yang Berhormat?]

8. Ini Dato’ Musa hendak geletek saya kot? Sebagai straight forward person, Dato’ Musa, dan Dato’ Musa hidup, saya rasa, lebih lama daripada saya, akan tetapi, dalam tempoh saya yang lebih muda ini, saya telah melihat sejarah – apa yang berlaku kepada Tun Ghaffar? Saya sudah melihat sejarah – apa berlaku kepada Tan Sri Sanusi? Saya sudah melihat sejarah – apa yang berlaku kepada Tun Dr. Mahathir. Sejarah yang berlaku kepada tiga tokoh ini menjawab soalan Dato’ Musa.

9. Akan tetapi saya tetap setia kepada Tun Ghafar hingga ke akhir hayat beliau, terus setia kepada Tan Sri Sanusi dan kepada Tun Mahathir sekalipun mereka tidak pernah memberi saya balak, AP, kontrak dan lain-lain. Hatta seringgit pun mereka tak pernah beri saya. Namun mereka memberi saya apa dia erti perjuangan. Inilah yang amat saya hargai dan sanjungi.

Flying Geese

10. Saya mohon teruskan ucapan saya..Selain daripada kesetiaan itu, terutama untuk menghapuskan kebimbangan yang ada pada Dato’ Musa dan bersarang di dada saya, kita harap Kabinet yang baru dibentuk ini adalah umpama sekumpulan angsa yang sedang terbang. Dalam Bahasa Inggeris the flying geese. Dan saya rasa Melayunya bukan angsa, tetapi itik air sebab angsa di kampung saya tidak boleh terbang.

11. Kalau kita lihat, ini kajian sains sudah dibuat. Kalau kita lihat itik air ini terbang, the geese ini terbang dalam bentuk V, inverted V ataupun the normal V, dengan izin. Mengapa angsa itu terbang dalam formation V? Apabila sekumpulan angsa terbang dalam formation V, ia mempunyai kuasa tambahan melalui kombinasi flipping kepak-kepak itu; ia boleh terbang 71% lebih jauh berbanding ia terbang seekor sahaja. Itu satu.

12. Yang kedua ialah tabii angsa ini. Bila ia terbang sekumpulan, angsa yang di belakang akan berbunyi atau honking. Akan tetapi honking itu bukan memperli, bukan menyorak-nyorakkan. Honking itu dengan tujuan angsa yang di hadapan akan terbang lebih pantas lagi.

13. Yang ketiga, apabila ada angsa yang lemah, macam ada satu tarikan untuk menarik ia ke hadapan dan terus terbang.

14. Yang keempat, jika ada angsa ini yang sakit, maka angsa yang sakit ini akan turun ke air dan bersama-sama dengan angsa tersebut akan turun dua ekor angsa lain mengiringinya, menjaganya sehingga ia selamat dan kembali pulih dan terbang semula untuk menyertai sekumpulan angsa yang baru melintas ataupun joint kumpulan asalnya.

15. Apa pengajaran yang kita boleh dapat daripada cerita ini sebagai orang yang bekerja sebagai satu kumpulan?

16. Pertama kita akan lebih cepat sampai ke satu destinasi jika kita berkongsi arah dan kalau kita ada perasaan kekitaan, esprit de-corps.

17. Kedua pemimpin juga memerlukan sokongan dari orang bawahan.

18. Ketiga kita perlu bekerja sebagai satu pasukan melaksanakan tugas berat secara bergilir-gilir dan berkongsi kepimpinan.

19. Keempat, setia-kawan dan sedia membantu kawan yang dalam kesusahan.

20. Akhir sekali pengorbanan diperlukan dan pengorbanan itu dihargai.

21. Inilah yang kita harap. Kalau binatang yang tidak ada fikiran ini pun boleh mempamerkan satu sifat tabii yang cukup baik, bagaimana kita, yang dikatakan makhluk yang terbaik di kalangan makhluk yang diwujudkan oleh Tuhan?

22. Kita juga berharap, dengan pelantikan Dato’ Sri sebagai Perdana Menteri yang baru, sesuatu yang lebih baik akan berlaku kepada negara kita.

Harapan

23. Sesungguhnya ramai di antara kita, saya difahamkan, telah pun merasa dan mempunyai harapan yang tinggi menggunung, sudah terasa seolah-olah ada semangat baru; Dato’ Sri mempunyai aura yang tersendiri. Bukan kata Mawi sahaja yang ada aura. Jadi kita memang menjangkakan akan berlaku suntikan baru:

Kita rasakan bahawa Dato’ Sri menjadi satu tali pengikat yang keramat, Yang jauh ditarik dekat,
Yang dekat bertambah rapat,
Yang rapat semakin erat.
Antara tidur dan jaga kita melihat
Tanpa sedar berjuta-juta hati akan terpikat.

24. Sesungguhnya rakyat menaruh harapan, menggantungkan harapan yang tinggi terhadap Dato’ Sri Najib kerana beliau diyakini merupakan seorang pemimpin yang condong ditongkat, yang rebah ditegakkan. Inilah harapan yang disangkutkan kepada Dato’ Sri Najib.

najib_angkat_sumpah25. Kita jangka di bawah payungan Dato’ Sri juga rakyat yakin akan dapat berlindung dan berteduh. Rakyat dan negara akan terasa berada dalam keadaan yang selamat.

Pergi ke huma pergi ke ladang,
Tanam nanas di rumpun buluh,
Dato’ Sri umpama pohon nan rendang,
Hujan dan panas tumpang berteduh.

26. Dengan kasih yang padu, kesetiaan yang kental, sokongan yang kukuh dan kepimpinan yang mantap maka UMNO, Barisan Nasional dan negara akan dapat bangkit semula dengan wajah, semangat dan nafas baru. Dengan berbekalkan azimat ini, maka

kita rakyat Malaysia akan mampu mendaki gunung, meredah hutan, mengharung lautan dan membelah awan.

Kita akan berani memberitahu kepada kawan dan lawan:

Padang orang jangan berlari,
Jika padang sendiri hendak berjengket,
Nanti mereka akan tahu bahawa langit itu tinggi,
Dan bumi ini berbukit-bukit.

Terima kasih.

  1. #1 by coolooc on June 27, 2009 - 7:36 am

    If malays are so unhappy in this land, they are free to go back to Indonesia, nobody stop them.

    They are laughed at by everyone in this world for being lazy, stupid, useless morons.

    If we want a good country – we must destroy the Umno party first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: