Tahniah sekali lagi kepada PNB

Agihan ASD

1. Pada 16 Disember 2008, PNB telah mengumumkan agihan dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 8.75 sen seunit. Pada 24 Jun lepas, PNB telah mengumumkan pula agihan pendapatan Amanah Saham Didik (ASD). Setiap 224,729 pemegang unit ASD mendapat 6.3 sen seunit. Jika memiliki 1,000 unit maka ia akan dapatlah RM63.00 pada 1 Julai. Pengagihan tersebut melibatkan pembayaran sebanyak RM156.82 juta, meningkat RM20.52 juta (15%) berbanding RM136.30 juta pada tahun lalu.

AHMAD Sarji Abdul Hamid (kiri) bersama Hamad Kama Piah Che Othman menunjukkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Didik di Kuala Lumpur.

AHMAD Sarji Abdul Hamid (kiri) bersama Hamad Kama Piah Che Othman menunjukkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Didik di Kuala Lumpur.

2. Mengambil kira tsunami ekonomi yang melanda dunia sejak akhir tahun 2007, yang mana Malaysia tidak terkecuali, sepertimana yang digambarkan oleh pertumbuhan GDP yang merosot kepada 4.6% pada tahun 2008 berbanding 6.2% pada tahun 2007, maka pemberian dividen sebanyak itu, hanya kurang 0.7 sen berbanding tahun sebelumnya, adalah memberangsangkan. Lebih-lebih lagi jika kita bandingkan pula dengan dividen KWSP sebanyak 4.5% bagi tahun yang sama dan kadar simpanan tetap pula hanyalah sekitar 2.5% pada masa ini.

Prudence

3. Apa yang lebih menarik ialah pendekatan prudence yang diamalkan oleh pihak pengurusan tertinggi PNB. Sebenarnya ia mampu membayar dividen sebanyak 9.7% tetapi telah memilih membayar kadar yang lebih rendah itu kerana ingin turut mengambil kira pendapatan masa depan pemegang unitnya.

4. Sudah dapat diramalkan dengan tepat bahawa ekonomi dunia dan Malaysia akan meguncup pada tahun ini. Unjuran terkini oleh Bank Dunia ialah pertumbuhan GDP global pada tahun 2009 adalah -3% manakala GDP Malaysia pula ialah -4.4%. Perdagangan dunia pula akan merosot sebanyak 11%.

5. Ekonomi akan mula pulih pada tahun 2010 tetapi belum begitu mantap; dijangka masih di bawah paras 2008. Sebagai contoh, ekonomi negara kita diunjurkan tumbuh 3.5% pada tahun depan (2008 = 4.6%).

6. Ini bermakna PNB perlu merancang dengan teliti dengan turut mengambil kira pulangan untuk pemegang unit pada tahun ini dan juga 2010. Lantaran antara salah satu strategi ialah pendekatan prudence tersebut.

Strategi Nabi Yusuf as

7. Sesungguhnya pendekatan atau strategi berkenaan adalah selaras dengan amalan dalam Islam dan mengikut jejak langkah Nabi Yusuf as. Menurut Al-Quran, Nabi Yusuf as membuat perancangan lima belas tahun untuk menghadapi krisis kemarau yang dijangka berlaku.

8. Baginda telah mengetahui kedatangan kemarau melalui ilmu mentafsir mimpi yang dikurniakan Allah kepada beliau. Sehubungan dengan ini beliau telah membuat persiapan yang rapi dan merangka pelan ekonomi yang mantap bagi menghadapi krisis tersebut. Bukan sahaja beliau telah dapat membangunkan ekonomi negeri Mesir tetapi dapat membantu rakyat negara lain.

9. Al-Quran merakamkannya dengan menyatakan, “Yusuf berkata: ‘Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa itu mereka memeras anggur.’” (Surah Yusuf : 47-49).

10. Sehubungan dengan pendekatan prudence dan pragmatis itu serta ditambah pula dengan iltizam, kegigihan dan kepakaran yang dimiliki maka tidak hairanlah PNB mampu menarik 8.8 juta pelabur (termasuk saya dan anak-anak saya) atau kira-kira satu pertiga penduduk negara ini dan berjaya menggembeling RM70 bilion dana serta mengagihkan pula pendapatan lebih RM60 bilion kepada pemegang unit sahamnya.

Tahniah

11. Justeru kejayaan PNB itu amatlah membanggakan. Ia layak berdiri sama tinggi dengan icon yang lain seperti PETRONAS, FELDA, LUTH, MARA dan UiTM. Merrill Lynch, Citibank dan Lehman Brothers tentulah malu dengannya!

12. Syabash dan tahniah kepada YABhg Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan YBhg Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

  1. #1 by julee on July 3, 2009 - 3:41 pm

    This country has racist laws that discriminate against minority citizens. Over the last 3 decades the discrimination has gotten from bad to worse.

    The policies of this government reminds us of South Africa apartheid days which was condemned by all humanity.

    I wonder how these racists can reconcile their actions with the tenets of their religion.

  2. #2 by San on July 3, 2009 - 3:44 pm

    Good move by Kedah DAP. If handled properly, this will strengthen Pakatan.

    To begin with, this is a decision at a DAP state level, where they said they will listen to the center. They hedged wisely.

    It illustrates DAP is willing to give up power to protest (one Dun, three councillors and 43 village appointments).

    While MCA is happy to fan the fire, did MCA quit the BN government when BN did wrong?

    It illustrates a single DAP Dun seat can rock the national coalition, strengthening DAP position in the eyes of voters, and reassuring DAP supporters who voted for PAS. A win for DAP.

    Also a win for Pakatan because Chinese supporters of PAS can see effective protest by coalition partner DAP even if they voted in a non DAP seat.

    Same logic for voters of other states that are not yet under Pakatan. It illustrates DAP needs to get more seats come the next election. Another win for DAP.

    This is another blunder by the unpopular Kedah MB. It increases consensus within Pakatan and the excuse to remove him later. He is just digging his own political grave.

    They should now just delay the abattoir demolition, find a temporary location, then find a good permanent location.

    Pakatan will be strengthened tremendously if this is resolved properly.

  3. #3 by coolooc on July 3, 2009 - 3:48 pm

    If only the malays are a bit smarter, then BN won’t win. The problem is malays are too damn stupid that they keep voting for BN. I don’t know what poison BN gave to make them in this state.

  1. Tahniah Sekali Lagi Kepada Pnb « Hidup Tuah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: