Biasiswa Nasional – Adil?

Candu

1. Nampaknya meritokrasi sudah menjadi seperti agama pada masa ini. Agama pula, menurut pandangan Karl Marx, adalah umpama candu. Maka adakah meritokrasi sekarang telah menjadi candu di kalangan pihak tertentu di Malaysia? Nampaknya begitulah.

2. Kesaksamaan tak penting. Padang permainan yang sama rata sudah dilupakan. Keadilan sosial pula seolah-olah sudah terkeluar daripada kamus dan perbendaharaan kata.

3. Meritokrasi, kesamarataan dan persaingan adalah antara issue-based concepts yang diperjuangkan oleh golongan tertentu untuk menggantikan, kononnya, race-based concepts. Namun semua orang tahu bahawa, sebenarnya, konsep-konsep tersebut adalah bersalutkan perkauman. Mereka tak minat terhadap konsep kesaksamaan, padang permainan yang sama rata dan keadilan sosial yang diperjuangkan pula oleh golongan lain.

Law of the Jungle

4. Sebagaimana globalisasi, meritokrasi dan persaingan adalah sebenarnya kolonialisma yang dipakejkan semula. Sesungguhnya ia adalah Law of the Jungle dalam bentuk baru di mana yang lemah akan pupus dan hanya yang kuat sahaja akan terus hidup (survival of the fittest).

5. Begitulah akan berlaku kepada Biasiswa Nasional jika ianya dilaksanakan sepenuhnya atas dasar merit dan daya saing. Ia hanya akan dibolot oleh pelajar-pelajar yang dari dalam perut lagi telah dijaga pemakanan, kesihatan dan IQ mereka. Mereka  berpeluang belajar dari mula pandai bercakap serta ditempatkan pula di sekolah-sekolah yang serba lengkap dari segi kualiti guru dan prasarana pendidikan.

6. Konsep Biasiswa Nasional ini telah diperkenalkan pada tahun 2008. Sepertimana yang telah diumumkan di Parlimen, sebanyak 412 biasiswa telah ditawarkan. Daripada jumlah tersebut, 68% dibolot oleh Bukan Bumi manakala Bumi hanya mendapat 32%. Elok juga diberi tahu taraf sosio-ekonomi pelajar yang berjaya itu. Fakta ini mungkin boleh menolak andaian saya di atas.

7. Tidakkah pemberian biasiswa seperti ini melanggar Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan? Di mana hak keistemewaan Bumi itu?

8. Daripada 2,100 biasiswa pula, Bumi hanya mendapat 56% manakala bukan Bumi menerima 44%. Mengikut komposis rakyat Malaysia, Bumi adalah seramai 67% sedangkan bukan Bumi hanyalah 33%. Justeru adilkah Bumi hanya diberikan 56%? Sekali lagi Bumi dalam kerugian!

9. Bukan Bumi sering meminta. It had always been at the expense of the Bumis’ rights.Maka adakah, kali ini, atas nama keadilan dan kesamarataan, bukan Bumi bersedia mengembalikan 11% (44% – 33%) itu yang asalnya bukan  menjadi hak milik mereka?

Sokong

10. Saya sokong usaha kerajaan to reward para pelajar yang cemerlang. Tetapi ia hendaklah adil. Untuk berlaku adil, di samping pencapaian akademik, saya syorkan agar pemberian Biasiswa Nasional ini diberikan kepada para pelajar cemerlang tanpa mengira kaum mengikut stratifikasi sosial. Persaingan antara semua kaum adalah di kalangan para pelajar di bawah stratifikasi sosial yang sama.

11. Disyorkan stratifikasi sosial seperti berikut:

  • kelas pendapatan berdasarkan pendapatan isi rumah bulanan,
  • bandar
  • luar bandar
  • sekolah yang lengkap prasarananya
  • sekolah yang tidak lengkap prasarananya

12. Seperti permainan golf, untuk berlaku adil, handicap hendaklah diberikan kepada golongan pelajar yang kurang bernasib baik itu.

13. Berdasarkan prinsip ini maka Biasiswa Nasional tidaklah berlandaskan Law of the Jungle dan ia mempunyai wajah kemanusiaan.

Persoalan

14. Dalam pada itu,  terdapat dua persoalan yang saya tidak ada jawapannya.

15. Pertama, ramaikah ibubapa bukan Bumi mengharapkan biasiswa kerajaan ini atau ianya adalah permainan ahli politik?

16. Bukankah mereka yang kaya itu lebih suka tidak terikat dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan dalam menawarkan biasiswa itu? Jika benar, maka sudah tentulah mereka tak begitu ghairah untuk mendapatkan biasiswa berkenaan.

17. Kedua, apakah motif memperkenalkan insentif ini? Adakah ianya bersifat situational atau ianya merupakan sebahagian daripada rantaian untuk mencapai goal yang lebih besar?

18. Jika ianya bersifat situational iaitu untuk memuaskan psyche audience maka political mileage dari golongan ini tidak akan diperolehi kerana mereka merupakan kumpulan  oportunis yang pragmatik. Mereka tahu tawaran daripada Pakatan Pembangkang jauh lebih menarik dan dapat memenuhi wawasan politik jangka panjang mereka. Lantas, mereka tidaklah boleh disalahkan kerana bersikap demikian.

19. Pada masa yang sama, satu kumpulan lain yang lebih besar terasa di‘alienate’ dan sedar hak mereka semakin terhakis. Kumpulan ini semakin bitter. Justeru, sepertimana yang pernah saya timbulkan dahulu,  tidak mungkinkah timbul situasi di mana yang dikejar tak dapat, yang dikendung pula berciciran?

20. Jika ianya pula merupakan sebahagian daripada rantaian untuk mencapai goal yang lebih besar, maka eloklah diterangkan goal tersebut kepada rakyat agar ianya  dapat dikongsi bersama dan menjadi a shared vision.

  1. #1 by download on July 15, 2009 - 3:52 pm

    nice info mas.

  2. #2 by maria on July 27, 2009 - 10:29 am

    WILL these people return back to tanahair and serve the country after their studies?

    or will they use the same excuse : NAK TIMBA PENGALAMAN DULU…

  3. #3 by Bodoh la kamu on July 27, 2009 - 5:34 pm

    Kamu ni memang jahil..

    apa gunanya hantar orang melayu YANG KURANG BIJAK sedangkan kamu ada orang yang LEBIH BIJAK untuk menjadi DOKTOR?

    Hendakkah kamu mati di tangan doktor yang kurang bijak itu?

    Jika kamu rasa bahawa kamu MEMERLUKAN SISTEM YANG BERDASARKAN KUOTA, kamu mengaku bahawa orang Melayu bodoh dan tidak boleh bersaing kerana walaupun menjadi majoriti, masih tidak dapat mencapai peratusan yang lebih daripada peratusan kaum mereka.

  4. #4 by 1Malaysia on December 6, 2010 - 8:00 pm

    bumi? non-bumi? Now i can see the 1Malaysia spirit!🙂 and.. btw, your passage, is one whole load of bullshit🙂 once again

  5. #5 by hello on April 16, 2011 - 12:19 am

    untuk pengetahuan kamu, biasiswa nasional hanyalah ditawarkan kepada 30 PELAJAR TERBAIK DI SELURUH MALAYSIA SAHAJA. Yang kamu baca dalam akhbar THE STAR adalah biasiswa JPA, bukannya biasiswa nasional.

    Dan apa salahnya kerajaan berikan biasiswa kepada pelajar berdasarkan meritokrasi? Tidak cukupkah bantuan-bantuan yang diberikan kepada kaum bumiputera selama ini? Matrikulasi dan biasiswa MARA yang khas untuk kaum bumiputera.

    Tolonglah hadapi realiti. Dunia ini memang peraturannya ialah The Law of The Jungle. Tak ada sesiapa yang akan tolong kamu kalau kamu tidak mampu bersaing. Orang lain pun nak cari makan. Hanya orang yang kuat sahaja yang akan survive di dunia ini. Macam mana nak jadi kuat? Timba Ilmu Pengetahuan. Jangan asyik nak harapkan kerajaan sahaja. kalau kita miskin tidak bermakna kerajaan berhutang dengan kita atau mesti menolong kita. Sampai bila nak harapkan kerajaan menolong kita? Kalau dah ternyata seseorang itu tidak layak untuk mendapat biasiswa, maka tak dapatlah dia. Takkanlah nak minta kerajaan bazir duit beri biasiswa kepada mereka yang tidak layak?

    Dan tolonglah jangan “serang” pelajar non-bumiputera yang pandai, ok? Mereka pun berusaha keras juga. Awak ingat result mereka goyang kaki sudah boleh dapat? Mereka pun berusaha juga, faham? Malam tak tidur, makan tak berselera semata mata untuk belajar. Jadi kalau mereka dapat biasiswa memang patut. Dan ingat bukan semua non-bumiputera kaya. ada yang miskin juga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: