Menghalusi KRA/KPI Najib

Tindakan Berani

1. Salah satu inovasi yang diperkenalkan oleh DS Najib ialah mengguna-pakai KPI (Key Performance Indicators) untuk mengukur prestasi pentadbiran beliau selaras dengan slogan “Prestasi Diutamakan”.

2. Jika masing-masing masih ingat, Pak Lah telah memperkenalkan KPI ini tetapi ia hanyalah bagi penjawat awam. Beliau dan ahli kabinetnya terkecuali. Selama lebih 4 tahun itu, apakah tahap pelaksanaannya di peringkat pusat, negeri dan PBT? Tanggapan saya ialah ianya amat kecil sekali.

3. DSN pula mengangkat KPI ini ke tahap yang lebih tinggi lagi; ia meliputi PM (beliau sendiri) dan semua yang di bawah beliau! Keputusan tersebut merupakan satu keunikan dan kelainan. Pada masa yang sama, ia membuktikan keberanian beliau untuk diukur/dinilai dan sekali gus menghayati dan melaksanakan Kepimpinan Melalui Teladan.

4. Beliau juga nampaknya berani mengaplikasikan management tool (KPI) ini sebagai leadership tool. Beliau tentu arif bahawa risikonya tinggi sekali.

KRA

5. KPI untuk beliau dan para menteri belum lagi dikenalpasti tetapi enam KRA (Key Result Areas), yang berkait rapat dengan KPI nanti, untuk ditangani oleh SEMUA kementerian telahpun diumumkan. Enam KRA itu ialah:

· mencegah jenayah,
· memerangi rasuah,
· meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti & berkemampuan,
· meningkatkan taraf hidup,
· memperkasa prasarana luar bandar & pendalaman, dan
· menambah baik pengangkutan awam.

6. Rakyat berhak bersetuju, menyoal, meminda dan/atau menambah KRA tersebut.

Najib bersama rakyat

Najib bersama rakyat

Ulasan

7. Secara umumnya, KRA tidaklah boleh terlalu sikit sehingga ianya tidak memberi apa-apa impak dan tidaklah pula praktikal sekira ianya terlalu banyak sehingga sukar dicapai. Tetapi apa dia banyak dan apa pula dikatakan sikit? Sebagai Rule of  Thumb, antara 6 – 10 dijangkakan sedang elok.

8. Sekali imbas, 6 KRA berkenaan amatlah wajar dan munasabah untuk diusahakan bagi kesejahteraan rakyat. Dalam pada itu, terdapat satu KRA yang conspicuously missing. KRA tersebut ialah PERPADUAN KAUM yang merupakan tiang seri 1Malaysia. Mungkin DSN mempunyai rasional mengapa ianya tidak dimasukkan.

9. Dari segi pelaksanaan pula, terdapat 4 cerapan utama yang menuntut perhatian:

10. Pertama, diperhatikan bahawa beberapa kementerian dijangka akan dapat relate dan melaksanakan KRA tertentu dengan mudah. Misalnya, KDN akan dengan mudah boleh relate dan melaksanakan KRA pertama (mencegah jenayah) manakala Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi pula akan dengan mudah boleh relate dan melaksanakan KRA ketiga (meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti & berkemampuan).

11. Kedua, turut diperhatikan juga bahawa beberapa kementerian pula dijangka akan mengalami kesulitan untuk relate dan melaksanakan mana-mana KRA berkenaan dengan jelas. Misalnya, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri. Mana satu KRA yang ada kaitan secara langsung dengan core business masing-masing?

12. Ketiga, mampukah semua kementerian, dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat PAR/PRA, menghayati collective ownership ke atas setiap 6 KRA tersebut (misalnya KDN turut mengutamakan 5 KRA yang lain, selain mencegah jenayah) atau mereka akan mengekalkan pegangan tradisi iaitu hanya mementingkan core business masing-masing?

13. Keempat, mampukah semua kementerian menjuruskan 6 KRA berkenaan ke arah menjayakan 1Malaysia  dan seterusnya merealisasikan W2020?

14.  Cerapan kedua, ketiga dan keempat tersebut menuntut dihalusi dan diselesaikan segera.

KPI

15. Walau apapun, mengenalpasti KRA adalah lebih mudah daripada menetapkan KPI. Justeru terserlahlah kebijaksanaan dan pragtisma DSN apabila beliau mengumumkan KRA terlebih dahulu. KPI akan diumumkan kemudian. Jelas beliau duduk dulu barulah berlunjur.

16.  Dilaporkan KPI akan diumumkan beransur-ansur mulai akhir bulan ini hinggalah akhir tahun nanti. Critical Success Factors (CSF) bagi pelaksanaan KPI ialah jika ianya mempunyai elemen-elemen SMART berikut:

· Specific
· Measurable
· Attainable (in control)
· Reasonable
· Time-bound

17.  Jelas 6 KRA di atas mempunyai ciri-ciri tersebut, kecuali meningkatkan taraf  hidup (KRA keempat).

18. DSN dan kerajaan tidak in full control dalam menguruskan taraf hidup / tahap ekonomi. Sebagai contoh, krisis kewangan Asia pada tahun 1997/1999 telah menyebabkan purata pendapatan isi rumah bulanan kita menurun dan kadar kemiskinan pula meningkat. Serangan tsunami ekonomi global masa kini juga di luar kawalan.

19.  Dalam pada itu, taraf hidup / tahap ekonomi yang menurun dijangka akan mendatangkan kesan limpahan/impak pula ke atas kadar jenayah (KAR pertama). Kenaikan kadar jenayah antara 2006 dan 2007 mungkin turut disumbangkan oleh faktor ekonomi ini.

ISO

20. Dari segi teknikal pula, satu lagi CSF bagi kejayaan KPI ialah sudah adanya ISO terlebih dahulu. Ianya merupakan pra-syarat / pre-requisite. Tanpa ISO, ukuran yang measurable, attainable dan reasonable tidaklah dapat ditetapkan secara objektif.

21. Di kalangan agensi kerajaan, mengikut pengalaman, biasanya ISO mengambil masa lebih enam bulan untuk disiapkan. Walau apapun, DSN tentunya menuntut KPI disiapkan, by hook or by crook, menjelang akhir tahun 2009 kelak.

22. Sejak ISO dilancarkan oleh MAMPU pada tahun 1995, berapa banyakkah agensi kerajaan yang telah mempunyai ISO yang lengkap? Bukan sekadar beberapa fungsi saja yang diISOkan.

23. Dalam pada itu, janganlah tersalah anggap bahawa ISO ini adalah kayu pengukur terbaik dan sempurna. Ianya boleh diselitkan dengan unsur-unsur penipuan/pembohongan untuk mempastikan kadar compliance yang tinggi. Lantaran itu, KPI boleh turut menjadi tercela.

SKT

24. Dari satu segi, KPI adalah sama seperti SKT. Siapa yang tahu / ingat apa dia SKT? Sasaran Kerja Tahunan. SKT disediakan lebih awal iaitu pada hujung tahun bagi tahun berikutnya. Pada pertengahan tahun dan di akhir tahun berkenaan, penilaian dibuat untuk mengetahui sejauh mana semua sasaran yang telah ditetapkan itu dicapai.

25. KPI juga demikian. Ia hendaklah disediakan lebih awal supaya ianya boleh dinilai pada bulan Jun dan Disember 2010 nanti. Sebagai contoh, apakah kadar jenayah (KPI) yang hendak dicapai pada akhir 2010? Pada tahun 2007, kadarnya ialah 771 per 100,000 penduduk.

26. Begitu juga rasuah. Ke tahap manakah ianya hendak diturunkan / skor hendak dinaikkan? Menurut IIM, skor rasuah pada tahun 2007 adalah 6.76; menurun daripada 7.04 pada tahun 2006. Maknanya penyakit rasuah bertambah teruk. Justeru bagi KRA ini, apakah skor (KPI) yang hendak disasarkan bagi tempoh yang sama? Apakah pula penanda-aras/benchmarks yang hendak diguna-pakai? Denmark? Iceland?

27. Diyakini semua isu ini akan terjawab pada bulan Januari 2010 nanti. Sabarlah.

  1. #1 by Semerah Padi on July 17, 2009 - 10:34 am

    Salam Saudara,

    Dari sudut pandangan saya, kejujuran dalam menilai sesuatu itu amat penting, tidak kiralah samada penilaian tersebut dilaksanakan melalui KPI, ISO, SKT dsb.

    Satu contoh yang mungkin saya boleh gambarkan ialah mengenai KPI. Ada GLC amat mementingkan keputusan penilaian KPI ini setiap tahun, di mana yang lebih “ternampak” adalah prestasi ketua syarikat tersebut yang selalunya berkait rapat dengan penilaian ‘bos’nya (MOF/Khazanah).

    Sememangnya “on paper” syarikat tersebut nampaknya berprestasi tinggi dengan untungnya “dilaporkan” berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan “angka” yang sebelumnya. Adakalanya “memecah rekod” pula.

    Tapi lain pula “feelings”nya bila berada di “on the ground”. Kalau dulu semasa untung syarikat tidaklah “sehebat” sekarang, warga kerja secara amnya agak “riang” – “Bos tidaklah tangkai jering mana”. Tapi apabila syarikat “dilaporkan” mendapat untung yang “hebat” – secara umumnya rungutan warga kerja semakin meningkat – “semakin kaya semakin kedekut pulak” – sehingga ada kemudahan-kemudahan yang disediakan dulu kepada warga kerja, kini telah ditarik balik satu persatu.

    Saya khuatir “laporan” telah di “doktorkan” untuk tidak menggambarkan keadaan sebenar. Orang kaya yang semakin kaya, tidaklah berperangai semakin tangkai jering, kalau ikut logik secara amnnya.

    Seperti yang terjadi di syarikat gergasi Amerika dulu (Enron), di mana “laporan” dikeluarkan yang menunjukkan syarikat tersebut amat maju dan berprestasi tinggi. Harga sahamnya memang pun melambong tinggi. Keadaan ini berterusan selama beberapa tahun sebelum “ianya” terbongkar (seperti juga skim Pyramid yang tidak akan dapat bertahan selama-lamanya) Akhirnya, gergasi tersebut menyembah bumi dan turut menjejaskan ekonomi dunia.

    1. CEO dulu bertungkus-lumus menanam pokok. Sebelum pokok berbuah, dia telah ditukarganti. (Prestasi CEO – “dikatakan” ala kadar)

    2. CEO sekarang GAH memetik buah ranum, berbangga dengan hasil. Sampai buah yang belum masak pun dikutip, diperam untuk membuktikan hasil. Memetik buah difokuskan sampai tidak memperdulikan kesinambungan ladang untuk generasi yang akan datang. (Prestasi CEO – “dikatakan” paling terulung)

    3. CEO selepas ini, botak kepala mengenangkan ladang yang tiada lagi hasilnya. Bunga tidak berputik lagi. Pokok semakin layu. Ditambah pula “janji penghantaran buah oleh CEO dulu kepada pelanggan masih belum habis tertunai semuanya”. Bila diteliti laporan-laporan “di atas kertas”, makin banyak persoalan yang timbul. (Prestasi CEO – “dikatakan” tidak layak).

    4. Sejarah berulang kembali ??.

    Ada orang kata, “untung” masa depan dapat dibawa pada hari ini, dan kerugian hari ini boleh ditolak ke masa depan. Semuanya ini bergantung kepada olahan “figures” di “atas kertas”. Oleh itu, “financial whizz kid” diperlukan untuk “melaporkan” prestasi syarikat, maka di angkatlah “financial whizz kid” ini mengetuai syarikat gergasi yang mana “core business” langsong tidak melibatkan soal “kewangan”. Kadang-kadang “financial whizz kid” ini tidak kenal pun apa itu “baja urea” dalam “core business” pertanian, tidak pernah tahu bagaimana sesuatu mesin itu beroperasi dalam firma kejuruteraan yang diketuai olehnya etc.

    Hanya satu luahan pandangan dari satu sudut pandangan yang lain.

    “NEGARA INI PERLU TERUS BERDIRI”

    Semerah Padi.

    • #2 by darahtuah on July 27, 2009 - 12:12 pm

      Salam,

      Terima kasih di atas ulasan yang diberi.Ia mengingatkan saya nasihat Kautilya, an Indian ancient expert on sculptures, jangan ‘collect unripe fruits’. Inilah yang sepatutnya diamalkan oleh para pemimpin, termasuk CEOs.

  2. #3 by sujini on July 20, 2009 - 11:20 am

    Assalam mulaikom Datuk,

    Maaf, saya bukan nak komen pasal KRA/KPI. Tapi nak bertanya tentang keadaan di London dan Eropah keseluruhannya, memandangkan Datuk baru saja balik bercuti ke UK. News di Aljazeera mengatakan jangkitan selsema A H1N1 akan merebak lagi keseluruh Eropah semasa musim sejuk ini. Dijangkakan sebanyak 19,000-65,000 kematian akan berlaku pada musim tersebut.

    Bagaimana agaknya keadaan anak-anak Malaysia yang belajar di UK sekarang?
    Bagaimana dengan anak Datuk?

    Jika keadaan ini melarat apakah tindakan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran mengenai pelajar-pelajar kita yang ada di UK, Eropah , USA , Australia dan dinegara-negara yg mempunyai jangkitan selsema ini?

    Bagaimana jika ada rancangan hendak bercuti ke UK/Eropah semasa musim sejuk pada hujung tahun ini?
    Terima kasih.

    • #4 by darahtuah on July 22, 2009 - 6:21 pm

      Puan (?) Sujini,

      1. H1N1

      Mengikut satu laporan terkini, pada 21 / 7 / 09, terdapat 125k kes yang disahkan di seluruh dunia dan seramai 700 orang pula telah mati akibat virus ini. Dalam masa 6 minggu, ia boleh merebak seluas kawasan yang sama diliputi oleh virus flu biasa dalam masa 6 bulan. Namun dalam kapal terbang dan kereta api, di London, Amsterdam dan Paris saya hardly see anyone wearing masks. Kami sendiri tak pakai walaupun ada bawa dari Malaysia.

      Kematian akibat dari seasonal flu adalah seramai 250k – 320k setahun; kematian akibat ketiadaan air minuman bersih seramai 6k sehari (2,190,000 setahun), mengidap HIV/AIDS berjumlah 40 juta dan seramai 500 juta pula mengidap malaria. Mengapa WHO/Dunia tak bising seperti menghebohkan H1N1 ya?

      Boleh buat conclusion daripada sedikit fakta ini?

      2. Pelajar Malaysia

      Di Southampton U (medicine), difahamkan prestasi penuntut Malaysia adalah cemerlang (penuntut tahun pertama hingga akhir).

  3. #5 by Shuhaimi Mohamed on April 23, 2010 - 12:45 am

    Assalamualaikum… minta pandangan dan persoalan yang menarik untuk dibahasakan berkaitan KPI….

  4. #6 by Kapt Md Hisham Abd Razak on October 9, 2011 - 7:14 am

    Saya cuba cari siapa tuan punya blog ini tetapi saya tak dapat cari maklumat.

    Komen saya, kakitangan bawahan tidak dapat nak kaitkan KPI yang dibina pada awal sesuatu projek atau program dengan SKT yang disediakan diawal tahun. Ramai kakitangan bawahan hanya fikir mereka ikut arahan pihak atasan dan tak keratif dalam memberikan sumbangan ‘kecil’ mereka kepada aspirasi negara.

    Pepatah Arab ada laut yang lusas berasal dari titisan air yang kecil yang bermaksud titisan hujan dan mata air bersatu satu menjadi sungai dan sungai bersatu menjadi laut.

    Kapt Md Hisham Abd Razak

    • #7 by akbar ali on October 11, 2011 - 6:38 pm

      Kapt Md Hisham,

      Sebatang lidi tak mampu membersihkan lantai; tetapi jika ianya bersatu dan ikat menjadi sebatang penyapu maka bersihlah lantai bila disapu!

      Isu yg Kpt bangkitkan itu nampaknya lebih menjurus kpd isu komunikasi berkesan, buy in dan collective ownership.

      Hakikatnya semua mempunyai peranan; kombinasi peranan itu yg membawa kejayaan.

      Tk

  5. #8 by maxoil1 on April 21, 2013 - 5:51 pm

    Memang masalahnya adalah komunikasi tetapi saya berpendapat ramai kakitangan terutamanya dari perkhidmatan awam tidak tahu tentang komunikasi organisasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: